ALOR SETAR - Kedah bakal mewartakan 15 perkataan ekspresi dalam Islam yang tidak boleh digunakan oleh bukan Islam, sama ada dalam bentuk
cetakan mahupun pengucapan umum.
Exco Agama, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata, perkara itu diputuskan pada persidangan Dun lalu, selepas dibuat pindaan Rang Undang-Undang Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam (Pindaan) 2014.
“Enakmen 1988 itu dipinda bagi memelihara kesucian agama Islam yang kebelakangan ini diserang dari pelbagai sudut. Perkataan berkenaan adalah ayat dalam al-Quran dan diguna seharian masyarakat Melayu Islam,” katanya.
Perkataan itu ialah, Assalamualaikum, Insyaallah, Allahu Akbar, Subhanallah, Alhamdulilah, Lailahaillallah, Masyaallah, Astagfirullahalazim, Auzubillahi, Walillahilhamd, Watallahi, Tabarakaallah, Wallahi, Wabillahi serta Lahaula Walaquata lllabillahilaliyil Azim.
Mohd Rawi berkata, sekiranya terbukti mana-mana individu mahupun pemimpin bukan Islam menggunakan perkataan itu, tindakan boleh diambil bawah seksyen tertentu yang boleh membawa hukuman penjara antara tiga hingga empat tahun.
“Contohnya, ada pemimpin bukan Islam ucap Assalamualaikum sebelum ceramah umum, kita boleh dakwa. Kita akan bertindak tegas untuk elak perkataan khusus Islam digunakan sewenangnya oleh bukan Islam,” katanya.
Mohd Rawi berkata, pindaan ini dibuat demi menjaga kesucian agama Islam, di mana kebelakangan ini negara sering berdepan dengan serangan pemikiran liberal.
Menurutnya, terdapat 40 lagi perkataan yang tidak boleh dikaitkan dengan agama bukan Islam, di mana dibuat penambahan sebanyak 16 perkataan baharu.
Antara perkataan itu termasuk, ALLAH, firman ALLAH, hadis, Kaabah, ibadah, kiblat, haji, mufti, rasul, Quran, solat, khutbah, fatwa, imam, dakwah, wahyu, masjid, surau, zakat, syariah, akhirat, serta nabi.
Ish3...sampai kena penjara 3-4 tahun kalau bagi salam pun. Rasanya ada sesetengah perkara perlu tegas tapi ada sesetengah perkara perlu bersederhana, dikuatiri nanti org2 yang berminat nak mempelajari Islam terus tertutup hatinya dek terlalu sempit sgt pendekatan.
Post time 23-11-2014 11:32 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ummah pprt bimbo strikes back..so sekarang bahasa ereb trus diclaimed kepunyaan meleis isele dan diharamkan umah kaper guna???..kononnya penegak syiar isele ke sis? Habistu kalau orang ereb kaper nk sebut apa sis?
Saya harap ummah hindu dan kokeshen claimed smua bahasa meleis biar ummah berkomunikasi dgn bahasa isyarat saja..cash lah sis.
famri7 posted on 23-11-2014 11:32 PM
Ummah pprt bimbo strikes back..so sekarang bahasa ereb trus diclaimed kepunyaan meleis isele dan dih ...
Ye lah kan kat Dubai sanun european kerja sana boleh fasih berbahasa Arab assalamualaikum, Allah huakhbar insyaallah dah jadi bahasa harian mereka. Tak ada pulak Arab nak haramkan Malah dia orang bangga bila orang luar bercakap bahasa Arab. Pelik lah dengan dia orang ni. Buat aku dah bertambah meluat sangat ni. Last edited by FOTHER-MUCKER on 24-11-2014 12:11 AM
Post time 24-11-2014 12:03 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Mudah2an dgn membaca Al-Quran..
Hatinya terbuka untuk islam... asalkan dia x baca dengan salah atau mengejek2 ungkapan mulia tu... jika dia berniat jahat... biar Allah membalasnya...
Antara perkataan itu termasuk, ALLAH, firman ALLAH, hadis, Kaabah, ibadah, kiblat, haji, mufti, rasul, Quran, solat, khutbah, fatwa, imam, dakwah, wahyu, masjid, surau, zakat, syariah, akhirat, serta nabi.
kata lah aku non muslim nak bagi penerangan kepada sekumpulan orang ;
Selamat pagi semua dan teeeeeet kepada muslimin dan muslimat, kami yg bukan islam ni tak diwajibkan teeet dan pergi ke teeet pada hari jumaat untuk teeet mengikut teeet. kami tak lerlu bayar teeet atau membaca teeettt...
teringat kan sorang kawan china aku masa zaman sekolah dulu, punya minat islam, dia belajar alfatihah dan solat dengan kita orang, dah pandai baru dia berani masuk islam, sekarang dia lebih alim dari kita orang.
mak eeeh..kono tanyo oreng kodah...pehal maseh adoh yang duduk bawah tempurung.....kalu gitu...kalu oreng tanyo kat oreng bukang Islam rumah si anu kat mano...depa tak leh cakap ...sobab umah kawen tu doket Masjid.......betui betui bawah tempurung.....kesian....
So klu org bukan islam, yg tgh belajar/berminat psl islam mcm mana plak yer? meaning diaorg takleh la nak belajar sebut bnda tu semua selagi dia blm masuk islam.....