CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2204|Reply: 19

[Tempatan] kali ni salah cikgu...

[Copy link]
Post time 24-11-2014 09:38 AM | Show all posts |Read mode




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2014 09:39 AM | Show all posts
yerrr kerrrr????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2014 09:40 AM | Show all posts
Cuti sekolah tiba lagi, namun para guru tidak dapat bercuti dengan aman kerana memikirkan tanggungjawab berat yang menunggu mereka pada tahun persekolahan 2015.

China Press melaporkan, senarai 100 tugas cikgu dikhabarkan sudah tersebar melalui Internet sementara ramai guru merungut di alam maya selepas menyemak senarai tersebut. Antara tugas yang menunggu cikgu termasuk Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS), Mentor Mentee, VLEFrog (pengajaran menggunakan Internet) dan HRMIS (sistem maklumat sumber manusia).

Walaupun bukan semua guru akan terlibat dalam kesemua 100 tugas, namun dijangkakan setiap cikgu masih memikul sehingga 80 peratus tugas. Beberapa tugas turut mengkehendaki cikgu mengerja masa untuk memasukkan maklumat berkenaan dalam masa yang ditentukan.

SAPS (pengisian markah pelajar) juga merupakan tugas yang memeningkan cikgu. Seorang cikgu memberitahu, komputer di sekolah adalah terhad dan ramai pendidik perlu menggunakannya secara bergilir, namun tempat kosong masih sukar ditemui.

Sesetengah cikgu merungut beban kerja yang berat mungkin memaksa mereka bertugas di sekolah pada Sabtu termasuk bermesyuarat, mengemas kini rekod, menghadiri kursus atau menganjurkan aktiviti.

Sementara itu, cikgu juga perlu menghadiri 25 kursus secara dalam talian dan menjalani peperiksaan melalui Internet. Sekiranya, seseorang guru memperolehi markah di bawah 60, maka pendidik tersebut perlu mengambil ujian semula.

Kerja yang berat ditambah dengan ujian, maka tidak hairanlah ramai guru merungut.



Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 09:46 AM | Show all posts
padan la dengan gaji yg dapat
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 09:59 AM | Show all posts
buat je cuti tahunan macam skim-skim lain.. senang nak cuti time cuti sekolah
tapi kalau cuti time kelas, jenuh la nak ganti
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 09:59 AM | Show all posts
SPPBS?
Kan ke dah lama dah x pakai
Ape da reporter
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2014 10:48 AM | Show all posts
cikgu2 bertabahlah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 11:28 AM | Show all posts
sekarang kerja cikgu mmg membebankan.. tu sbb cikgu2 lantikan KPLI byk mohon masuk jabatan kerja office hour..

kerja office mcm kita ni haaa.. byk jer masa berforum..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2014 09:11 PM | Show all posts
budak sekolah dah cuti tapi cikgu sekolah masih dtg sekolah siapkan fail2 yg ntah-sapa-sebenarnya-nak-tengok
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 09:31 PM | Show all posts
Hrmis tu bukan dah lama ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 09:34 PM | Show all posts
mind set cikgu : time cuti sekolah dorg pun kena cuti...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 09:46 PM | Show all posts
apa yg tak aman nya?..iols aman2 saja datang sekolah time cuti...lgpun mmg i amalkan minggu pertama cuti sekolah hujung tahun, untuk habiskan keje2 yg blom settle...pastu, baru i cuti2 malaysia...yahuuuu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Knpa wartawan ni sj nk cr point org cerca cikgu? Bohong sgt xaman..biasa2 jer..cuti pon bukannya kata cuti terus...biasalh kami ni awal 2-3 minggu ni masih berulg kt sekolh.yg jg spmlah..yg buat apa yg patut..cuti pon buat kerja gak..siapkn modul..perbaiki rpt.. Planning aktiviti ngajar...planning aktiviti tahunan. Ramai ja cikgu yg partner bukan cikgu so mn der g bercuti sgt sbb pasangan  xcuti...

Nak gak tau dia interview saper ni..

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 06:55 AM | Show all posts
Entah betul ke tak artikel ni. So far takde pun guru2 yg merungut. Mcm happy je semua.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 07:06 AM | Show all posts
Radzor posted on 24-11-2014 08:34 AM
mind set cikgu : time cuti sekolah dorg pun kena cuti...

adakah lain mind set dengan orang bukan cikgu
yang cuti ialah cuti ?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 07:07 AM | Show all posts
Deff_Lepak posted on 23-11-2014 10:28 PM
sekarang kerja cikgu mmg membebankan.. tu sbb cikgu2 lantikan KPLI byk mohon masuk jabatan kerja off ...

jujurnya u

harap ramai tidak memburukkan cikgu
cikgu dengan menulis di sini semasa masa bekerja...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2014 08:29 AM | Show all posts
mommymonster82 posted on 25-11-2014 12:44 AM
Knpa wartawan ni sj nk cr point org cerca cikgu? Bohong sgt xaman..biasa2 jer..cuti pon bukannya kat ...

sbnrnya semo wartawan yg cri point cerca cikgu cikgi ni, penah putus cinta ngn cikgu..tu yg derang balas dendam..



Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana posted on 25-11-2014 08:29 AM
sbnrnya semo wartawan yg cri point cerca cikgu cikgi ni, penah putus cinta ngn cikgu..tu yg derang ...

Pinangan ditolak xpon minta kpli xdpt...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 01:08 PM | Show all posts
Kesian cikgu...x dapat Long Leave kan...kerja lain senang je dapat Long Leave..cuti2 satu Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 01:14 PM | Show all posts
pe kate penggal skolah dibuat macam ala2 tertiery education.... ala2 IPT... pastu kasik cuti 25 hari setahun kat cikgu.... mase students cuti, cikgu kena buat keje2 mcm pensyarah2 kat IPT buat.... amacam?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.072450 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list