|
Hubungan di antara artis ini dan
pasangannya SS lihat agak pelik. Bukan apa,
mereka sering dilihat muncul bersama tetapi
mengakui tiada perasaan cinta.
Sama ada artis itu mahupun pasangannya
kalau ditanya masing-masing hanya memberi
jawapan selesa berkawan. Bahkan, apabila
diterjah dengan ungkapan 'teman tapi mesra'
mereka tidak pula mengaku.
Pernah seorang teman melabelkan mereka
pasangan kekasih, kesannya artis itu bermati-
matian tidak mengaku. Malah, reaksinya
nampak macam tidak suka dianggap begitu.
Kata kawan itu, alasan diberi artis terbabit
dia tidak mahu digelar hidung tak mancung,
pipi pula tersorong-sorong. Ujarnya, jangan
cuba buat cerita tidak betul kerana takut
termalu.
Pendapat teman SS pula senang saja, kalau
tidak mahu diri dikaitkan dengan cerita palsu
artis itu sepatutnya lebih bijak menjaga
tingkah laku di mata umum.
Kalau betul dia dan pasangannya itu tiada
sebarang hubungan istimewa, janganlah asyik
berkepit berdua ke mana saja. Apabila orang
gosip mereka yang berasa tidak selesa.
Bahkan, jangan juga ghairah memuat naik
gambar bersama di laman sosial masing-
masing. Dari situ, bukan saja media, peminat
dan masyarakat pun boleh fikir sendiri.
Nampak semuanya daripada tindak tanduk
mereka sendiri.
Kata pepatah lama, jangan cuba berumah di
tepi pantai kalau takut dilambung ombak.
Entahlah mungkin mereka juga mahu
memancing publisiti cara begitu dengan
harapan orang bergosip.
SS: Ingin lihat siapa teman wanita Firman,
Juara AF2014 |
|