CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3232|Reply: 12

[Tempatan] Benarkah Melayu di Pulau Pinang tidak terancam..??

[Copy link]
Post time 25-11-2014 10:41 AM | Show all posts |Read mode
MP: Melayu di Pulau Pinang tidak terancam
Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari berkata dakwaan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang telah mendiskriminasi orang Melayu adalah tidak benar.

Sebaliknya, tegasnya, media arus perdana telah memainkan propaganda untuk menunjukkan orang Melayu di Pulau Pinang terancam.

“Ia adalah sebuah persepsi yang telah dibina untuk memperkecilkan DAP dan Pakatan Rakyat sebagai sebuah kerajaan yang anti-Melayu,” ujarnya dalam Forum ‘Adakah Melayu dan Islam Diancam’ anjuran DAP malam tadi.

Menurut Zairil, hasil daripada perang propaganda menyebabkan beliau sering diasak dengan pelbagai soalan yang sama seperti adakah azan dan perarakan menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad telah diharamkan di negeri itu.



“Saya dikejutkan dengan soalan itu. Islam merupakan agama persekutuan. Walaupun tidak ada sultan di Pulau Pinang, tapi tidaklah sampai ke tahap azan dan perarakan Maulud Nabi dilarang,” katanya. Beliau mendakwa bahawa soalan seumpama timbul kerana menurutnya, BN telah berjaya membina persepsi sedemikian melalui media arus perdana.

Zairil turut memberikan contoh bagaimana tidak seimbangnya media arus perdana menyampaikan berita apabila kerajaan di negeri itu merobohkan 20 gerai penjaja haram di Taman Pelangi, namun sebuah stesen televisyen hanya memfokuskan kepada empat penjaja Melayu sahaja.

Malah, tambahnya, dalam satu kes yang berlainan, di mana empat gerai orang Cina dirobohkan kerana isu perlesenan, tetapi “tiba-tiba” gerai itu di milik orang Melayu. Beliau berkata, berdasarkan kepada laporan Majlis Pembandaran Pulau Pinang (MPPP), kebanyakan gerai yang diroboh adalah milik bukan Melayu.

Selain itu, Zairil berkata, orang Melayu di negeri itu menerima manfaat seperti 90 peratus penerima skim kredit mikro di Pulau Pinang adalah usahawan Melayu, 70 peratus usahawan yang berjaya di bawah sistem tender terbuka adalah kontrator Melayu dan penerima bantuan tunai tunai negeri untuk golongan miskin juga sebahagian besarnya Melayu.

"Kerajaan negeri Pulau Pinang telah membeli tanah dari bukan Islam untuk digunakan sebagai tanah perkuburan Islam dan juga untuk membina sebuah mahkamah Syariah yang baru.

“Jika orang bekata orang Melayu tidak setanding dengan bukan Melayu kerana faktor sosio- ekonomi, itu tidak benar," katanya.

Sementara itu, Penasihat Palimen DAP, Lim Kit Siang berkata perbelanjaan kerajaan persekutuan kepada agensi Islam di negeri itu juga telah meningkat sejak 30 tahun yang lalu. Beliau berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempunyai belanjawan sebanyak RM4.3 juta pada tahun 1980 dan meningkat 29 kali ganda kepada RM125 juta pada tahun 1997. Perbelanjaan agensi lain seperti mahkamah syariah, jabatan wakaf, zakat dan Haji, universiti berteraskan Islam telah menyaksikan penggunaan dana yang besar sebelum ini.

"Semua perbelanjaan ini adalah untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan Islam. Jika masih berkata Islam diancam, kami ingin tahu jika semua perbelanjaan ini adalah sia-sia," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata terdapat satu kajian yang telah dijalankan dan menunjukkan orang Melayu berpendapatan kurang daripada orang bukan Melayu. Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa perbezaan kekayaan tidak boleh dipersalahkan ke atas bukan Melayu tetapi menurutnya adalah kegagalan pemerintah.

Sebagai contoh, katanya, apabila kerajaan persekutuan tidak membayar RM800 juta setahun royalti kepada kerajaan negeri Kelantan walaupun kebanyakan penduduknya adalah orang Melayu, dasar bumiputra telah bertukar kepada kronisme.

“Menurut Syed Hussein Alatas dalam bukunya, jika kedudukan orang Melayu dari sebelum sehingga kini telah merosot, itu adalah kesilapan dan kelemahan para pemimpin yang berkuasa.

"Oleh itu, kita tidak boleh mengatakan bahawa orang Cina adalah satu ancaman kepada orang Melayu atau India adalah satu ancaman kepada orang Melayu. Ia adalah pemimpin Melayu yang menjadi ancaman kepada orang Melayu," katanya.

Husam juga kesal kerana adanya "kumpulan pelampau kaum" yang mendakwa mempertahankan Islam, walaupun Islam itu sendiri mengecam perkauman. Beliau berkata hal ini akan menyempitkan Islam untuk hanya orang Melayu,dan menimbulkan kemarahan kepada bukan Melayu dan menolak untuk menerima ajaran Islam.

"Melayu boleh naik dan turun, tetapi mesej Islam adalah universal," katanya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2014 10:51 AM | Show all posts
Benar laaa
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 11:49 AM | Show all posts
apoh nak buek Zairil...meke dah desperadoh...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 03:19 PM | Show all posts

Satu demi satu kawasan perniagaan orang Melayu di robohkan di Pulau Pinang.Apakah ini yang dikatakan sebagai kebaikkan kerajaan Pulau Pinang kepada rakyat.Nampaknya usaha DAP untuk menjadikan orang Melayu sebagai rakyat kelas kedua semakin lama semakin berjaya.Cuba anda bayangkan,warga asing pun boleh berniaga di Pulau Pinang,tetapi tiada tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri yang ditadbir oleh parti paling rasis dalam sejarah Malaysia,namun orang Melayu juga dijadikan sasaran oleh mereka.Dengan menggunakan anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang,tindakan zalim dan tidak berperi kemanusiaan ini dilaksanakan dengan bersahaja tanpa rasa bersalah oleh pihak penguatkuasa.Jika dahulu semasa pemerintahan Barisan Nasional di Pulau Pinang,kaedah budi bicara sering digunapakai oleh kerajaan negeri.Namun apabila DAP mengambil alih negeri tersebut nampaknya mereka lebih selesa dengan menggunakan kaedah ala Zionist dalam melayan penduduk Melayu di negeri tersebut.

Bayangkan betapa luluhnya hati apabila mata pencarian mereka dimusnahkan dengan jentolak milik kerajaan negeri.Setiap kepingan zink dan batu yang dipecahkan seolah-olah menjadi tanda gelapnya masadepan mereka dibawah pemerintahan Lim Guan Eng.Ini tidak termasuk barangan perniagaan yang rosak teruk akibat kekejaman kerajaan negeri yang tidak pernah senang melihat bangsa Bumiputera kaya dan mahsyur di negeri yang diperintah oleh mereka.Di dalam setiap ceramah yang dianjurkan oleh DAP, mereka kononya melaungkan slogan Malaysian Malaysia seolah-olah ingin mengatakan kerajaan persekutuan mengamalkan konsep rasisma didalam pentadbiran negara. Namun begitu kaedah “affirmative action” yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak pernah menidakkan hak mana-mana bangsa untuk mencari rezeki di Malaysia.Tidak seperti DAP yang sering menganggu perniagaan orang Melayu Islam di mana sahaja mereka berkuasa.Di Selangor pula,kita akan dapat melihat sekiranya di kawasan bandar, para peniaga Melayu juga bakal mendapat nasib yang sama.saya sendiri pernah melihat bagaimana restoran Melayu diperas ugut dan disita kerana kesalahan yang direka-reka.Premis perniagaan Melayu tidak dibenarkan untuk memasang meja di luar restoran, malah gerai burger anak-anak Melayu juga sering disaman dengan alasan menganggu lalu lintas.Ini juga berlaku kepada perniagaan orang India di Selangor.



Walhal jika kedai orang Cina ataupun restoran milik orang Cina,letak seberapa banyak meja di luar kedai pun tidak apa.Terus dikatakan ini adalah hak mereka dan tiada penguatkuasaan pun dijalankan keatas mereka. Melayu sudah pun merempat di sebahagian tempat di negeri Selangor dan juga keseluruhan di Pulau Pinang.Adakah gerakan ini akan berterusan sehingga orang Melayu tidak lagi mempunyai tempat di seluruh negara ??? Apakah orang Melayu akan merempat di tanah air sendiri tidak lama lagi ??? Sebagai insan yang mempunyai hati dan akal, kita seharusnya patut menilai tentang perkara yang terjadi disekeliling kita.Bayangkan,di negeri yang mereka tidak mempunyai kuasa besar seperti Selangor pun mereka mampu untuk menindas orang Melayu.Mana perginya tok-tok lebai PAS dan para pejuang reformis PKR yang katanya akan membela nasib rakyat sekiranya ditindas.Tidak pernah lekang dibibir mereka tentang kezaliman Barisan Nasional kononya menggunakan rakyat untuk kesenangan pemimpin, namun para pemimpin PAS & PKR lagi jahat dan zalim kerana menggunakan kuasa politik yang sedia ada hanya untuk kepentingan mereka.Masalah rakyat satu pun tidak diatasi dengan baik. Mungkin ada diantara pak Lebai PAS yang keliru dengan perjuangan DAP dan mungkin juga ada reformis PKR yang lupa dengan sejarah lampau.Namun begitu,apa yang terjadi di Selangor dan Pulau Pinang ini wajar dijadikan pedoman buat kita semua.PR hanyalah haiwan politik yang gilakan kuasa, harta dan pangkat.Tiada seorang pun dari mereka yang sudi untuk berkhidmat melaikan kepada bangsa chauvinist yang tidak faham erti keharmonian di dalam negara majmuk yang mereka diami.

APA KATA ANDA ???
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 03:20 PM | Show all posts
VIDEO : NASIB MELAYU PULAU PINANG DITINDAS.......... @CmLimGuanEng @dapmalaysia @afifbahardin



Sedih dan sayu apabila melihat apa yang terjadi didalam video ini. Namun inilah hakikat yang harus kita terima. Umpama pendatang ditanah air kita sendiri. Siapa yang harus dipersalahkan pihak penguatkuasa atau peniaga itu sendiri. Bukti yang jelas disini adalah kekejaman yang telah dilakukan oleh pegawai bertugas dari pihak Majlis Pembandaran Seberang Perai itu sendiri.

Bagi MKP adalah tidak wajar pihak MPSP bertindak secara kasar dan melulu sepatutnya tindakan secara berbincang secara baik patut diambil sebelum merampas meja serta kerusi peniaga berkenaan. Dari permulaan video jelas menampakkan jelas bahawa masih lagi ada pelanggan yang sedang makan. Meja bersebelahan terus diangkat terus kedalam lori MPSP. Ini adalah tindakan tidak wajar dilakukan? Mana budi perkerti dan toleransi.

MKP berharap pihak Dr Arif Bahardin( Adun Seberang Jaya) dapat memberikan penjelasan mengenai isu yang berbangkit supaya tidak melebar menjadi satu penyakit kelak. MKP tidak mahu menyalahkan mana-mana parti politik tapi bila dah menang sepatutnya menjaga peniaga atau rakyat dikawasannya. Paling tidak pun lihatlah apa yang terjadi pada Isteri peniaga berkenaan sampai pengsan tidak sedarkan diri.

Itu pun Dr Arif masih lagi mempunyai sifat kemanusian bertimbangrasa terhadap anak bangsanya sendiri. Peniaga ini hanya mencari sesuap nasi demi anak mereka. Bayangkan Dr Arif jika nasib yang sama terjadi pada Keluarga anda sendiri. Apakah tindakan yang harus dilakukan? Jangan hanya pandai bercakap mengenai KEADILAN namun tidak diterjemahkan pada Rakyat Kawasan anda sendiri.




Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 03:21 PM | Show all posts
Melayu ditindas lagi di Pulau Pinang? Inilah nasib peniaga Melayu di Pulau Pinang..Gerai melayu diroboh tanpa notis, gerai apek cinabeng dibiarkan beroperasi tanpa lesen..DAP ternyata racist ke atas orang Melayu! Babi punya Lim Guan Eng!!! Dua peniaga gerai makan di Persiaran Gurney Georgetown kecewa apabila Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) meroboh gerai makan yang terletak di halaman rumah mereka di Georgetown hari ini tanpa notis pemberitahuan. Ramlah Ahmad, 75, berkata pada kejadian 10 pagi itu dia terperanjat apabila lebih 20 pekerja MPPP meranapkan gerai yang diusahakan bersama anak lelakinya, Mohamad Zambri Mohd Said, 36, dan gerai jirannya. "Saya berniaga di sini sudah lama sejak tahun 1980-an...gerai kami dok dalam kawasan halaman rumah bukannya kacau ruang pejalan kaki depa mai roboh sat sahaja apa pun tak tinggal," katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini. Ibu tunggal itu berkata gerai itu menjual sarapan pada sebelah pagi dan menyediakan pelbagai masakan bergoreng pada sebelah malam. Dia tidak menyangka berniaga di halaman rumah adalah kesalahan dan tidak pernah menerima aduan atau surat amaran daripada mana-mana pihak berhubung aktiviti perniagaannya. Ramlah mendakwa kerugian hampir RM10,000 apabila perabot, bumbung, dan peralatan elektrik di dalam gerai itu rosak dan berkata perniagaan itulah satu-satunya punca pendapatannya. "Kalau diberi notis kami boleh bersiap sedia, buat rayuan kepada kerajaan negeri paling kurang pun bagi peluang kami pindahkan apa barangan yang patut," katanya. Seorang lagi peniaga, Mohd Fairus Saad, 33, berkata dia telah enam tahun berniaga makanan di situ dan pernah memohon tapak perniagaan daripada MPPP namun permohonannya tidak diluluskan. Katanya tindakan MPPP meroboh gerainya hanya memburukkan keadaan kerana dia dan jirannya sentiasa memastikan kebersihan persekitaran premis mereka memandangkan kawasan berkenaan menjadi tumpuan orang ramai. "Sisa gerai yang kena roboh ni siapa nak kemas? Kami memang tak terdaya lagi. Hancur rasa hati apabila tengok apa yang kita usahakan bertahun-tahun musnah begitu sahaja," katanya. Sementara itu Yang Dipertua MPPP Datuk Patahiyah Ismail gagal dihubungi untuk memberi penjelasan berhubung isu berkenaan. Penang Wasabi..

Make Money at : http://bit.ly/copy_win

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2014 03:22 PM | Show all posts
LGE sanggup bohong nak tutup gerai Melayu ... Bila Cina, buat tak tau aje

Menurut bloggerCucu Tok Wan blog Flying Kick, Father Omar Abdul Aziz dah bercakap. Setiap kali dia bercakap, dia pasti berbohong. Berikut petikan dari blognya mengenai goreng terbaru LGE berkenaan Ghani Jiman:
Ghani kata KMA jadi kambing hitam. Lim Guan Eng pula bagitahu para penyokongnya, kalau tak bayar sewa, tak boleh berniaga. Ghani Jiman siap marahkan media kununnya putar belitkan benda nih... Ghani ni dah panas punggung sebab tembelang pecah amanahnya orang dah tahu ke? Atau takut lubang rahsia lebih besar terpokah? Paling best bila dia kata, semuanya ini hanya technical error. (Malaysian Insider)
Menurut Pisau pula:
Lim Guan Eng Ketua Menteri Paling Celaka Dalam Sejarah Negeri,sekali lagi berbohong kepada rakyat. Tindakan beliau menuduh Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Komtar, Mohamed Ghani Abd. Jiman berniat jahat adalah cubaan untuk menutup kekejaman beliau terhadap para peniaga bazar ramadhan di KOMTAR.

Kenyataan Guan Eng yang dipetik dari twitter
'PDC Dato Rosli maklum penganjur Bazar Ramadan Komtar kutip sewa dpd peniaga tetapi tak bayar kpd PDC itu sebab PDC halang.PR dianiaya lagi'.
Pembohongan Guan Eng membuatkan anjing anjing belaan beliau menyalak diblog blog hinggakan menuduh UMNO terbabit dan membuat fitnah kepada Khalifah sosialis kesayangan mereka.

Hari ini digemparkan apabila para peniaga dan wakilnya En Gani telah mendedahkan betapa mereka dianaiya oleh Kerajaan DAP. Pihak PDC dikambing hitamkan untuk menutup kerja jahat menghalang peniaga melayu berniaga di KOMTAR.

Satu sesi mesyuarat diadakan bersama PDC dan peniaga bazar ramadhan KOMTAR.


Dalam sesi mesyuarat,En Ghani telah menyelar pihak PDC kerana cuba berbohong apabila mendakwa pihak penganjur tidak membayar sewa kepada pihak PDC.


Tindakan cuba menganaiya dan mempermainkan peniaga melayu adalah satu tindakan yang kurang ajar,dalam masa yang sama DAP telah mengerahkan pihak keselamatan dan MPPP untuk merobohkan gerai gerai orang melayu adalah satu tindakan yang zalim.
Pisau dedahkan pula sikap berat sebelah LGE berhubung Food Court haram di Bukit Mertajam kepunyaan penyokong kuat DAP.
...Pihak Majlis Perbandaran dihalang oleh Guan Eng untuk menjalankan tugas. Walhal arahan untuk merobohkan Food Court haram sudah dikeluarkan dan tarikh merobohkan gerai tersebut adalah 8hb Ogos 2010.







Tetapi berdasarkan hasil siasatan Pisau,pemilik food court tersebut adalah seorang penyokong kuat DAP dan hasrat pihak MPSP untuk merobohkan food court haram tidak tercapai apabila Guan Eng rasis sosialis telah menghalang agar tindakan tersebut dihentikan. Selanjutnya :klik sini
Hangpa pi pula ke blog dr Novandri, gerai haram New Lane takda apa pun ... baik saja

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 03:40 PM | Show all posts


aku tengok OK je melayu pulau pinang ni. perniagaan mereka berkembang maju, banyak cawangan dan ada yang merebak sampai ke lembah kelang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2014 03:48 PM | Show all posts
melayu dekat johor lagi ramai yang terancam... nak pegi mancing, laut dah kena tambak. Nak beli rumah banyak rumah mahal. nak main bola dekat padang seri gelam kena gaduh dulu dgn tmj. nak bercuti sekeluarga, cuti minggu dah tak sama. kerja pulak gaji tak sepadan dgn kos hidup. nak beli barang2 kena lawan harga mahal dengan singaporean.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 03:57 PM | Show all posts
semua propaganda.. gambar cium tu pon propaganda..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2014 05:50 AM | Show all posts


tak tau pulak Pulau Pinang..orengmelayu golap golap ajoh...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2014 06:43 AM From the mobile phone | Show all posts
@spiderman80

awak tinggal di pulau pinangkan?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2014 11:03 AM | Show all posts
Esmiria posted on 30-11-2014 06:43 AM
@spiderman80

awak tinggal di pulau pinangkan?

Tak adalah sayang, saya orang Shah Alam, tapi bekerja di Tampin, N9.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.074112 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list