CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2810|Reply: 49

[Tempatan] PAU 2014: Cybertrooper aka semut api 'akan diwujudkan'

[Copy link]
Post time 26-11-2014 03:24 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Pergerakan Puteri UMNO akan mewujudkan barisan semut api yang berperanan mengatur strategi untuk menepis propaganda, penipuan dan fitnah dalam media sosial.

Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkata itu antara tanggungjawab sayap untuk memastikan pemikiran generasi muda bersih dan mendapat maklumat yang tepat.

"Kita dekati orang muda, kemukakan bukti dan fakta supaya mereka tidak mudah terpengaruh dengan propaganda yang direka pihak tidak bertanggungjawab.

"Kita ada ramai pakar teknologi maklumat dan pakar undang-undang. Jadi, kita akan gunakan teknologi digital serta media sosial untuk sanggah semua itu," katanya berucap pada Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi.

Mas Ermieyati berkata, sifat dan cara kerja semut mengajar untuk mementingkan peradaban hidup, sikap positif dan pentingnya memandang baik dalam hidup ini.

"Semut kecil tetapi gigitan sakit, bekerja secara kumpulan, ..inilah yang saya mahu terapkan dalam barisan semut api Puteri," katanya.

Dalam pada itu, beliau menggesa kerajaan memberi perhatian kepada perniagaan online bagi memperjuangkan kepentingan wanita Melayu muda dalam sektor ekonomi.

"Kerajaan juga boleh memberi inisiatif potongan cukai serta beberapa keistimewaan khas kepada mereka sebagai galakan menceburi keusahawanan online," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2014 03:29 PM | Show all posts
otak semut api ni besar mana???
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 03:31 PM | Show all posts
wakakakakaka

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 03:36 PM | Show all posts
rasa2 mcm dah ada semut2 api beroperasi kt CI ni....
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 03:37 PM | Show all posts
aku lelaki..xleh join plak.. @lavasalmon boleh lah join..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 03:38 PM | Show all posts
melia_star posted on 26-11-2014 03:36 PM
rasa2 mcm dah ada semut2 api beroperasi kt CI ni....

yang ada ni bukan semut api..semua gajah-gajah jer..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2014 03:38 PM | Show all posts
patutnya ketua puteri tu suhla ketua dia pi berdebat aja..
buang masa aja buat semo ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 03:42 PM | Show all posts
semut api dengan semut tonggek

saya pilih semut tonggek!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2014 03:43 PM | Show all posts
apa pau

pau ahmad?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Habis yang Dzeck, Knights dan gang tu semut apa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2014 03:47 PM | Show all posts
dulu dh ada dah
team cybertrooper minta laptop dan tab
sebab katanya seiring dgn teknologi
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 03:49 PM | Show all posts
idupppppppp umono......
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 03:50 PM | Show all posts
R2D2 posted on 26-11-2014 03:47 PM
dulu dh ada dah
team cybertrooper minta laptop dan tab
sebab katanya seiring dgn teknologi

diaorang buat tengok porno je kot.....
tak jalan....
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 03:52 PM | Show all posts
ada lagi ke yang sanggup jadi macai kecil-kecilan umono niiii.... Last edited by OmJualGas on 26-11-2014 03:57 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2014 03:55 PM | Show all posts
KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pemuda Umno, Jamawi Jaafar berikrar untuk berusaha memastikan biro penerangan sayap parti itu bergerak proaktif dalam menghadapi serangan siber oleh pembangkang.
      
        Katanya, Pemuda Umno sukar untuk menghalang serangan siber ini kerana kurangnya maklumat berhubung isu-isu berkenaan.
      
        "Alangkah baiknya, apabila isu ini timbul, Biro Penerangan Pemuda dapat bertindak dengan proaktif untuk memberi penjelasan yang sebaik-baiknya kepada akar umbi agar mereka lebih memahami," katanya ketika ucapan penggulungan, hari ini.
      
        Katanya, serangan yang dilakukan pembangkang hanyalah bertujuan untuk mewujudkan persepsi negatif terhadap dasar dan usaha kerajaan.
      
        "Ini juga dapat dilihat dalam situasi sekarang apabila pembangkang memainkan isu pengurangan subsidi bahan api, gula, pengenalan GST, peningkatan tarif elektrik dan sebagainya," katanya.
      
        Beliau turut mencadangkan agar ahli Pemuda dibekalkan i-Pad untuk memudahkan kerja-kerja mematahkan serangan siber pembangkang
      
        Menurutnya, beliau akan berbincang dengan Biro Penerangan Umno Pusat berhubung cadangan agar unit ini dapat menjelajah ke seluruh negara bagi menyalurkan maklumat yang betul kepada rakyat.
      
        "Melalui jelajah ini kita dapat menerangkan kepada rakyat berhubung isu GST dan isu kenaikan tarif elektrik," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 03:57 PM | Show all posts
OmJualGas posted on 26-11-2014 03:52 PM
ada lagi ke yang sanggup jadi macai umono niiii....

hidop sekarang susah, bang...
harga barang semua naik...
jadi macai ni, dapatlah sikit duit untuk tampung perbelanjaan dapur...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2014 03:58 PM | Show all posts
freebird posted on 26-11-2014 03:57 PM
hidop sekarang susah, bang...
harga barang semua naik...
jadi macai ni, dapatlah sikit duit untu ...

idupppppppppp umono!.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2014 04:04 PM | Show all posts
spiderman80 posted on 26-11-2014 03:45 PM
Habis yang Dzeck, Knights dan gang tu semut apa?

tak pasti dia org dh dapat i-pad ke tidak

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 04:08 PM | Show all posts
Jika berdebat dengan kebenaran, pasti kebenaran akan menang biar mcm mana ko pusing mcm @d'zeck pakcik An, badak sumbu, rashiman putar dlm forum nie
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 04:11 PM | Show all posts
R2D2 posted on 26-11-2014 04:04 PM
tak pasti dia org dh dapat i-pad ke tidak

diaorang tu kalau kena belanja lobster sabah, boleh laaaaa....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.079490 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list