CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 18767|Reply: 44

[Tempatan] 5 Duit Syiling Paling Mahal Di Malaysia

[Copy link]
Post time 26-11-2014 10:02 PM | Show all posts |Read mode


Siapa sangka rupa-rupanya duit syiling Malaysia sebenarnya mahal. Selalu kita dengar dari kecil hingga besar pasal kehebatan duit 10 sen keluaran 1971 di mana harganya mencecah ribuan ringgit.

Tetapi tahukah anda bahawa  sebenarnya ada lagi duit syiling yang paling mahal di Malaysia yang telah terjual. Bayangkan duit 50 sen di jual dengan harga puluhan ribu ringgit. Mungkin duit tersebuat anda pernah guna dan tidak sedar akan nilainya.



Kebanyak duit syiling yang akan disiarkan nanti telah dilelong oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura atau sebelum ini dikenali sebagai Numismatic Society Asia (NSA).

Berikut adalah nilai syiling termahal di Malaysia.

5. 50 sen 1967 Milled Edge NGC MS65 dilelong RM7600



Pada 4 Oktober 2014, Duit syiling 50 sen 1967 tanpa sisi sekuriti (Milled Edge) yang telah digred MS65 oleh Syarikat Pengredan dari Amerika Syarikat, Numismatic Guaranty Corporation (NGC) telah dilelong RM7,600 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan numismatik oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura.

Duit syiling itu adalah yang kedua terbaik didalam grednya untuk syiling 50 sen 1967 Milled Edge. Syiling gred terbaik untuk 50 sen 1967 Milled Edge adalah pada Gred NGC MS66 yang dimiliki oleh Trigometric Sdn Bhd.

4. 50 sen 1969 Milled Edge NGC AU55 dilelong RM10,253



Pada 19 Oktober 2013, sekeping Syiling 50 sen 1969 Milled edge telah terjual dengan harga RM10,253 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan yang diadakan oleh Numismatic Society Asia (NSA) di Hotel Landmark Village, Singapura. Syiling itu digred oleh Numismatic Guaranty Corporation (NGC) sebagai Au- 55.

Khabar angin mengatakan, syiling itu telah dibeli oleh orang yang turut memenangi Syiling 50 sen 1969 security edge ketika lelongan Malaysia Numismatic Society (MNS) No.157 pada 29 September 2013 di Jabatan Muzium, Muzium Negara, Kuala Lumpur.

3. 50 sen 1968 Milled Edge NGC MS66 dilelong RM19,942



Pada 19 April 2014, didalam acara lelongan oleh Collectibles Auction Asia (CAA)di Hotel Landmark Village, Singapura, sekeping syiling 50 sen 1968 Milled Edge (sisi bergerigi) telah dilelong pada harga RM19,942 (termasuk premium pembeli).

Duit Syiling 50 sen 1968 Milled Edge yang dilelong pada harga SGD6500 (tanpa premium pembeli) tersebut adalah gred yang terbaik untuk syiling 50 sen 1968 Milled Edge didalam rekod Numismatic Guaranty Corporation (NGC) pada gred MS66. Duit syiling itu juga adalah koleksi Master Sifu Wong Hon Sum.

2. 1 sen 1970 Copper Clad Steel NGC MS63 RB dilelong RM46,769



Pada 4 Oktober 2014, syiling 1 sen 1970 Copper Clad Steel NGC MS63 RB yang dilelong didalam acara lelongan Collectibles Auction Asia (CAA) yang sama seperti di atas turut mendapat harga penutup yang tinggi pada harga RM46,769 termasuk premium pembeli.

Pada masa ini, hanya ada 4 keping syiling 1 sen 1970 Copper Clad steel yang telah direkodkan. Syiling 1 sen 1970 yang normal adalah diperbuat daripada copper berbanding dengan syiling ini daripada copper clad steel yang melekat pada magnet.

1. 50 sen 1969 Milled Edge NGC MS65 dilelong RM81,846




Pada 4 Oktober 2014, Duit syiling 50 sen 1969 tanpa sisi sekuriti (Milled Edge) yang telah digred MS65 oleh Syarikat Pengredan dari Amerika Syarikat, Numismatic Guaranty Corporation (NGC) telah dilelong RM81,846 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan numismatik oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura. Gred MS65 adalah gred yang terbaik setakat ini untuk duit syiling 50 sen Milled Edge 1969.

Selain syiling ini, ada sekeping sahaja syiling 50 sen 1969 Milled Edge yang mendapat gred MS62, syiling kedua terbaik untuk kategori syiling ini. Pembeli duit syiling itu adalah seorang collector dari Singapura. Anda boleh baca dengan lebih lanjut mengenainya disini: 50 sen 1969 Milled Edge sold RM81,846.- Siakapkeli.com.my


Sumber malaysiancoin...
Credit to http://www.siakapkeli.com.my

p/s ... Momod... kalo dah ada, kasi katop jer... kbyeeeeeeee ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2014 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Btw, siapa masih simpan duit syiling seringgit yang warna emas tu? Last edited by ice_sky92 on 26-11-2014 02:13 PM

Comments

Syiling singgit tu ke? Aku rasa aku ada lg....  Post time 27-11-2014 09:40 AM
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 10:15 PM | Show all posts
ramai baru tahu ka
rugila masa kecik2 aku tak simpan emas yg terbelah tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 10:29 PM | Show all posts
Aku ada simpan duit shiling warna emas 1 ringgit tu sebab duit tu dah tak laku Last edited by akusukaq on 26-11-2014 02:33 PM

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 10:30 PM | Show all posts
4 - 5 bulan lalu baru ja akak pi tukaq duit siling  kat kawan....masa dok kira duit tu memang banyak siling yg lama2 akak belek tapi masa tu tak tau pulak nilai dia tinggi....lepas dh tukar ngan kawan baru ada org pos dlm fb,nilai duit siling lama ni....dekat akak ada 3 keping duit singgit tahun 1980,82 ngan 85)...anak ada pernah mintak sebb dia pernah jual ......tapi akak x bagi sebab ni pemberian arwah mak
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
aku ada siling 50sen 1967..bole jual tk?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2014 10:55 PM | Show all posts
rospinki posted on 26-11-2014 10:34 PM
aku ada siling 50sen 1967..bole jual tk?

Boleh...jual kan kat saya RM7200. Boleh tak?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
spiderman80 posted on 26-11-2014 10:55 PM
Boleh...jual kan kat saya RM7200. Boleh tak?

ehh betul ke spiderman80?? ko jgn tipu..aku betul2 nk duit ni..haha

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2014 10:59 PM | Show all posts
rospinki posted on 26-11-2014 10:57 PM
ehh betul ke spiderman80?? ko jgn tipu..aku betul2 nk duit ni..haha

Hahahahaha.....wa saja bergurau.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
spiderman80 posted on 26-11-2014 10:59 PM
Hahahahaha.....wa saja bergurau.

haiya lu ah...mikin wa hati panas wooo..

ada ke buyer siling 50sen tu..?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 11:14 PM | Show all posts
rospinki posted on 26-11-2014 11:05 PM
haiya lu ah...mikin wa hati panas wooo..

ada ke buyer siling 50sen tu..?

Saya percaya ada punya. Cuba awak tanya kedai antik ataupun pergi cari pengumpul siling lama di Internet. Saya amat percaya nilai yang dorang akan offer agak tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
spiderman80 posted on 26-11-2014 11:14 PM
Saya percaya ada punya. Cuba awak tanya kedai antik ataupun pergi cari pengumpul siling lama di In ...

ooo..mcm tu ya..hrp ada la yg betul2  bole letak harga tinggi..kalau tk saya nk simpan smpi up2 rega dia..hahah pakcik kayoooo

Terima kasih spider for info..elok je bahse kamu, anak sapa la ni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 11:24 PM | Show all posts
rospinki posted on 26-11-2014 11:22 PM
ooo..mcm tu ya..hrp ada la yg betul2  bole letak harga tinggi..kalau tk saya nk simpan smpi up2 re ...

Hahahaha....wish you all the best. Kalau dapat jual dan untung ribu-raban nanti jangan lupa belanja saya KFC.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
spiderman80 posted on 26-11-2014 11:24 PM
Hahahaha....wish you all the best. Kalau dapat jual dan untung ribu-raban nanti jangan lupa belanj ...

orait. KFC bucket saya belanja buat spider and puan dan anak2..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 06:03 AM | Show all posts
aku ada satu tin milo duit 50sen ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 06:21 AM | Show all posts
Collector nak syiling masa hari pelancaran.. Ada tempat bekas lagi.. Bukan yang letak dlm tin milo.. Tapi ada value jugak la yang hat letak dlm bekas tin milo.. Tapi tak sebanyak ribuan la Last edited by Datinaishah on 27-11-2014 06:25 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2014 07:30 AM | Show all posts
sekngucing posted on 26-11-2014 10:15 PM
ramai baru tahu ka
rugila masa kecik2 aku tak simpan emas yg terbelah tu

yang mahal bukan yang terbelah la...yg tahun 1967,68, 69 org cari yg takde belahan tu...


Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 07:39 AM | Show all posts
kalaulah ku tahu bernilai, sure disimpan..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 08:10 AM | Show all posts
Syiling seringgit yang masih dalam simpanan saya....



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 10:18 AM | Show all posts
ice_sky92 posted on 26-11-2014 10:09 PM
Btw, siapa masih simpan duit syiling seringgit yang warna emas tu?

aku ada seplastik kecik. setakat 30 keping ada kut. nak simpan la. kut la 20 tahun lagi ada nilai tinggi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.512608 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list