CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8147|Reply: 46

Zain selesa tayang badan di Instagram??

[Copy link]
Post time 28-11-2014 06:04 PM | Show all posts |Read mode
Rungutan dan usikan Rozita Che Wan selaku isteri yang mengatakan diri beliau berisi badan membuatkan Zain Saidin sendiri bersemangat untuk mendapatkan badan tegap.
Malah selepas tiga bulan menjaga diet yang betul selain melakukan senaman, Zain kini berbangga kerana cita-citanya untuk menjadi daddy fit akhirnya tercapai.
Malah di laman Instagram, Zain sendiri dengan bangganya menayang gambar badan sasanya. Bagi Zain, sejak dulu lagi beliau selesa berbuat demikian apatah lagi pernah bergelar jurulatih kecergasan sebelum menceburi dunia lakonan.
"Saya tak kisah orang nak cakap diri ini menunjuk badan atau tak. Tapi saya secara tak langsung mahu memberi contoh kecergasan dan kesihatan yang baik untuk pengikut di laman bergambar popular itu. Malah saya sendiri sudah membuka akaun Instagram khas di bawah nama @nozainnogain.
"Saya nak menunjuk pun sebagai bukti dengan usaha keras dan jitu kita boleh mendapat badan yang diingini. Selama ini pun isteri selalu cakap saya gemuk dan sekarang saya buktikan. Hajat nak jadi daddy fit kepada anak kami Aaisyah Dhia Rana juga kian dipenuhi.
"Setakat ini nak cakap saya puas hati dengan hasil mendapatkan badan sasa baru 80 peratus. Saya perlu kejar lagi 20 peratus untuk melengkapkan sasaran," katanya yang dihubungi BH Online, sebentar tadi.
Zain turut memberitahu beliau juga akan memberi perhatian untuk mengadakan kelas kecergasan seperti mana yang pernah dilakukan Atilia, Sharifah Sakinah dan Shiha Mentor tidak lama lagi.
"Tapi itu tidak bererti lakonan saya akan letakkan noktah. Ia sebagai jaminan masa depan," katanya.
Sementara itu, Rozita yang berada di sebelah Zain sewaktu dihubungi menjelaskan, beliau turut berkobar-kobar untuk menurunkan berat badan. Ketika mengandung, berat badannya mencecah 75 kilogram. Kini selepas bersalin beratnya sudah turun 69 kilogram.
"Saya pun nak ke gim untuk turunkan berat badan menjadi 49 kilogram," katanya yang akan kembali aktif mulai Januari depan di lapangan dunia seni.
Dalam pada itu, pengusaha jenama Padusi itu turut ditanya mengenai akaun Instagram anaknya yang diwujudkan peminat. Kata Rozita setakat ini, sudah ada lebih 10 akaun Instagram yang diwujudkan oleh pengikutnya.
"Memang seperti kami cakap sebelum ini, tiada hasrat untuk wujudkan akaun rasmi Instagram untuk Aaisyah seperti mana anak artis lain. Akaun sendiri pun tak terlayan macam mana nak uruskan akaun anak pula.
"Setakat ini saya sudah tanya pengurusan Laugh Out Loud Entertainment mengenai kewujudan akaun Instagram Aaisyah dan mereka katakan selagi gambar yang dimuat naik bersifat positif, lalu tiada sebab untuk kami menghalang. Ia masih terkawal," kata Rozita.

Apa kata korang???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2014 06:09 PM | Show all posts
Mna gmbr shirtless? Itu lbh pnting
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 06:18 PM | Show all posts
September14 posted on 28-11-2014 06:09 PM
Mna gmbr shirtless? Itu lbh pnting

mcm kene edit je


Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 06:23 PM | Show all posts
supernaturalee posted on 28-11-2014 06:18 PM
mcm kene edit je

Kecik sgt perut tu.. Edit la ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 06:33 PM | Show all posts
September14 posted on 28-11-2014 06:23 PM
Kecik sgt perut tu.. Edit la ni

dh macam katun plak aku tgk


Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawak pulak gambar tu hihi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2014 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee posted on 28-11-2014 06:18 PM
mcm kene edit je

dia pakai korset ke tuh?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 07:35 PM | Show all posts
Orix posted on 28-11-2014 07:31 PM
dia pakai korset ke tuh?

ha'ahkan
ade bentuk kt 6pek tu mcm korset

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2014 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia rasa terhina sbb anak tiri ada 6 pax walaupon.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 07:40 PM | Show all posts
dah berketul, harus la tayang...
umah marhein pon gitu jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 07:45 PM | Show all posts
cikta nak turunkan sampai 49kg kah ala jgn kuruih sgt cam dulu
sheols dahlah tinggi  170cm kalo berat 49kg mmg sekeping jelah.


suke tgk muka dia ngan pipi yg naik  tu nampak berseri2 je..

tp yela dia model nak tak nak kena bersaiz xxs gaklah walopun saiz s adalah lebih sesuai ngan sheol.

btw berat tak penting berapa,yg penting saiz badan

iols adalah org yg berat badan tak selari dengan saiz
badan berat tapi saiz badan kecik,anggap jelah berat otot
hehehe

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 07:46 PM | Show all posts
supernaturalee posted on 28-11-2014 06:18 PM
mcm kene edit je

huhuhu lucu je tgk

ramping nauu pinggang zain nihh



Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 07:55 PM | Show all posts
Suchi posted on 28-11-2014 07:45 PM
cikta nak turunkan sampai 49kg kah ala jgn kuruih sgt cam dulu
sheols dahlah tinggi  170cm kalo ber ...

bukan berat dosa eh?







Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 07:58 PM | Show all posts
toxicated posted on 28-11-2014 07:35 PM
Dia rasa terhina sbb anak tiri ada 6 pax walaupon.....

walauponn ????
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
pakai koset che ta kot
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia katik. 6pax camne pn ttp tak delicious
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2014 08:19 PM | Show all posts
supernaturalee posted on 28-11-2014 07:55 PM
bukan berat dosa eh?

hahaha takde kene ngena lah

berat otot sbb sejak 2-3 bulan nih byk wat latihan tuk mantapkan lg tubuh

sblm nih ringan n tp cutting tak begitu menarik

kalau lelaki sasaran nak bahu lebih lebar,dada bidang dan sikpek bagai

tipikal pompuan kat malaysia biasanya nak berat bawah 50kg dgn badan yg sekeping pembaris

tp iols punya sasaran takmo gitu

target iols pornstar secara natural kehkeh..perut tak sikpek takpe janji flat ade 2 line tu pun dah syukur dah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 08:21 PM | Show all posts
muka elok tapi bimbo jugak zain ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 08:22 PM | Show all posts
Suchi posted on 28-11-2014 08:19 PM
hahaha takde kene ngena lah

berat otot sbb sejak 2-3 bulan nih byk wat latihan tuk mantapkan lg ...

i bdn kecik je
tp mmg ade target utk 6pek, dada berotot semua
but its really f****** hard you know


good luck to you

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 08:22 PM | Show all posts
dia ni bukan dari dulu ke narcissistic ?(betul x meols eja?)

x silap meols, dia sendiri pernah ngaku zaman sekolah org gelar dia zain the vain

so x heran pun... lagipun dia jenis katik , biasa lelaki yg tubuh kecik ni self esteem low sikit...sbb tu kene tayang body bajet cool

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.092300 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list