CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: Changa

mikrofon hafiz dah jumpa, abg junaidi pulangkan

[Copy link]
Post time 1-12-2014 11:37 AM | Show all posts
abil_tetra posted on 1-12-2014 11:25 AM
erm kes lupa la ni...bkn kes curi,
sbb mcm terbaca tajuk kena curi tuh tp x gigih plak baca

mmg bukan kes curi pun....Hafiz sendiri mmg mengaku kehilangan mic dia diatas kecuaian dia sendiri....mgkn dia buat laporan polis tersebut sekadar utk rekod pihak polis...Abg Junaidi jumpa mic tu berhampiran tempat letak kereta Hotel Seri Pacific yang terletak bersebelahan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2014 11:43 AM | Show all posts
Pembaca mStar Online Temui Mikrofon Hafiz Suip

Diterbitkan: Jumaat, 28 November 2014 2:21 PM

Mohd Al Qayum Azizi  
Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI
qayumazizi@thestar.com.my


Hafiz bersama Junaidi dan isterinya, Juliana Jamal serta anak-anak mereka ketika pertemuan di Sentul pada malam Khamis. Foto Ihsan Instagram Hafiz Suip.

PETALING JAYA: Kegelisahan penyanyi Hafiz Suip ekoran kehilangan mikrofon kesayangannya pada Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) yang berlangsung pada 7 November lalu akhirnya terlerai selepas peralatan itu ditemui oleh seorang pembaca mStar Online.

Individu tersebut, Junaidi Kargo, 39, ketika dihubungi berkata, dia menemui mikrofon tersebut berhampiran tempat letak kereta Hotel Seri Pacific yang terletak bersebelahan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di mana acara itu berlangsung ketika dalam perjalanan pulang selepas menyaksikan anugerah itu.

"Ketika menemui mikrofon tersebut saya tidak tahu ia milik Hafiz biarpun pada kotaknya ada tertera namanya tetapi langsung tidak menyangka ia milik seorang penyanyi.

"Apabila membaca laporan mStar Online yang mengatakan Hafiz kehilangan mikrofon selepas ASK baharulah saya tahu ia milik penyanyi tersebut," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Jumaat.




Komen yang ditinggalkan oleh Adila pada ruangan komen di mStar Online.

Hafiz dalam laporan mStar Online bertarikh 24 November lalu berkongsi rasa sedih akibat kehilangan alatan tersebut yang dibelinya sejak setahun lalu kerana ia mempunyai nilai tinggi.

Bagaimanapun Hafiz mengakui kehilangan tersebut bukan disebabkan kecurian sebaliknya atas kecuaian dirinya sendiri yang meletakkan kotak mikrofon tersebut di bumbung keretanya.

Ekoran kejadian tersebut, Hafiz turut membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi pada hari berikutnya.

Difahamkan mikrofon itu bernilai puluhan ribu ringgit.

Selain Hafiz, beberapa artis tempatan lain turut mempunyai mikrofon sendiri seperti Datuk Siti Nurhaliza dan juga Misha Omar.

Dalam pada itu, Junaidi berkata, selepas membaca laporan kehilangan tersebut di mStar Online, dia meminta bantuan adik iparnya yang dikenali sebagai Adila untuk mendapatkan nombor telefon pihak pengurusan Hafiz bagi membolehkan dia memulangkan semula peralatan berkenaan.


Hafiz lega mikrofon kesayangannya ditemui semula.

Adila dalam ruangan komen berita itu di mStar Online  memaklumkan mikrofon tersebut berada dalam simpanannya serta meninggalkan nombor telefon Junaidi dengan harapan pihak Hafiz menghubungi mereka.

"Asalnya isteri saya yang baca artikel berkenaan dan mula menyedari bahawa mikforon yang kami jumpa itu miliknya dan meminta bantuan adiknya untuk menghebahkan perkara itu di laman sosial supaya peralatan berkenaan dapat dipulangkan.

"Alhamdulillah selepas beberapa hari pihak Hafiz menghubungi saya dan pada malam Khamis (semalam) dia datang sendiri ke rumah saya di Sentul untuk mengambil alatan tersebut," katanya.

Sementara itu, Junaidi berkata, Hafiz kelihatan cukup gembira apabila menerima mikrofon tersebut dan tidak henti-henti mengucapkan terima kasih.

Dia juga berbesar hati dapat membantu Hafiz dan yakin mikrofon berkenaan mempunyai makna besar dalam karier penyanyi itu.

"Syukur mikrofon berkenaan dapat dipulangkan kepada tuannya dan paling tidak sangka Hafiz datang ke rumah kami malah menghabiskan masa lebih sejam untuk beramah mesra dengan kami sekeluarga.


Adila memaklumkan dalam laman Twitter miliknya Hafiz sudah mengambil mikrofon berkenaan.

"Hafiz seorang yang sangat merendah diri dan cukup mesra. Anak-anak saya paling teruja dapat bertemu dengannya," ujar Junaidi.

Dalam perkembangan sama, Hafiz menerusi laman Instagram miliknya melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Junaidi sekeluarga atas keikhlasan dan kejujuran yang ditunjukkan kerana bersungguh-sungguh untuk memulangkan mikrofon tersebut.

"Alhamdulillah... terima kasih saya ucapkan kepada abang Junaidi kerana telah menemui mikrofon kesayangan saya dan kepada seluruh ahli keluarganya kerana menyambut kedatangan saya dengan hati yang terbuka.

"Insya-Allah, mikrofon tersebut akan digunakan pada malam Anugerah Juara Lagu (AJL) yang akan berlangsung tidak lama lagi," ujarnya.



Credits: mstar.com.my


Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 11:49 AM | Show all posts
adeh ada lg yang tanya suara boleh jd sedap ke tak ngn mic ni..kat thread lama dah ada yang eksplen kot..bukan buat suara jadi lagi sedap..tp nk bagi balance dengan music arrangement..takde suara tenggelam timbul ke lautan dalam bagai...voice output jadi clear tak pecah2 sound nya...bukan mcm microfon dekat majlis kenduri kendara yang DJ nyanyi lagu pelamin anganku musnah tu

kalau suara yang mmg semulajadi tak sedap contohnya ehemmmmmmmmmmmmmm spin sana sini..hadaplah mic harga 100k pon..tak kemana jua
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 11:55 AM | Show all posts
siputsedut posted on 1-12-2014 11:49 AM
adeh ada lg yang tanya suara boleh jd sedap ke tak ngn mic ni..kat thread lama dah ada yang eksplen  ...

kann?...dah berkali2 org dok explain fungsi sebenar mic tu tapi masih jgk tak paham...ke mmg sengaja buat2 tak paham?...kang cakap bingai sentap pulak nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 12:00 PM | Show all posts
achik2009 posted on 1-12-2014 11:55 AM
kann?...dah berkali2 org dok explain fungsi sebenar mic tu tapi masih jgk tak paham...ke mmg senga ...

kannnn..akak husnudzon saja..theyols tak baca thread lama tu kot...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 12:01 PM | Show all posts
kalau apis kata dia kene buat show 2 3 kali jugak baru dpt kumpul duit beli mic yang dari spekuan akak2 kat page2 belakang ni harganya dlm RM10k..maksudnya satu show apis tak mahal sangat lah ye? akak budget heols pon ala2 DCT jua..satu show belas2 ribu gituh....satu show dah boleh beli 3 mic apis ni kekdahnye...

ye lah sbb apis dah byk kali menang AJL..byk award...ada masuk pertandingan kat luar negara bagai...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2014 12:11 PM | Show all posts
hapis merendah diri jer tuh @siputsedut  
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 12:29 PM | Show all posts
siputsedut posted on 1-12-2014 12:01 PM
kalau apis kata dia kene buat show 2 3 kali jugak baru dpt kumpul duit beli mic yang dari spekuan ak ...

duit show Hafiz bukannya masuk poket Hafiz saja...sebahagian tu mesti astrok ambik jgk kan?....ntah2 50-50 kot?...lainlah kalo Tok Ti...semua duit show dia yg ambik sbb sykt sendiri....sbb tu bila ada org dok komplen kata Hafiz kekwat dan minta bayaran tinggi mmg tak masuk akal...dah sah2 bayaran utk show dia astrok yg tetapkan....artis AF ni mcm seolah2 makan gaji dgn astrok kekdahnya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2014 12:35 PM | Show all posts
untungla abg junaidi boleh jumpa hafiz. i minat suara hafiz ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 12:42 PM | Show all posts
achik2009 posted on 1-12-2014 11:37 AM
mmg bukan kes curi pun....Hafiz sendiri mmg mengaku kehilangan mic dia diatas kecuaian dia sendiri ...

oh. yela kot dah repot..paper pon war2..dpt la jumpa
naseb dijumpai org  jujur
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 12:45 PM | Show all posts
siputsedut posted on 1-12-2014 12:00 PM
kannnn..akak husnudzon saja..theyols tak baca thread lama tu kot...

btul la tu akak husnudzon...mmg ada yg x baca pon
tp idok le pk mic tu bole bg sedap sore....
ala ada adek2 acik2...mmg x pernah tau kot psl mic tu..redha jelah
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 12:47 PM | Show all posts
nasib baik jumpaaa
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 01:36 PM | Show all posts
noell posted on 29-11-2014 02:55 PM
diminta kokping beli sebijik mic neh...supaya aku tak sakit uluhati lagi bila dgr dia nyanyi

kihkihkih..betui..betui..betui.. suara xsesuai jd penyanyiiii
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 01:42 PM | Show all posts
noell posted on 29-11-2014 02:55 PM
diminta kokping beli sebijik mic neh...supaya aku tak sakit uluhati lagi bila dgr dia nyanyi

berjurai airmata kokping baca komen ko ni. hahahahaha
menjejer air mata arjuna beta..

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 01:49 PM | Show all posts
mmg mn2 penyanyi ptt de mic sendiri..yg mampulh..sbb tu bila mn hafiz wt repot psl mic dia ilang x surprise sgt coz mmg benda tu mhl n berharga sgt kt penyanyi lebih2 lg retis mcm hfiz..nsb yg jumpa tu jujur..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 01:55 PM | Show all posts
achik2009 posted on 1-12-2014 12:29 PM
duit show Hafiz bukannya masuk poket Hafiz saja...sebahagian tu mesti astrok ambik jgk kan?....nta ...

gitooohh...akak tak terfikir plak psl kontrak dia dengan asteruk tu...tuh la kan..kesian...tp yang bagusnya...terjamin lah gituh...ala2 kompem ko hade job walaupon rupa ke bakat sendu jah..cumanya kalu cam hafiz ni die kalu gerak sendiri pon boleh pegi jauh sbb mmg die ada suara pon...kalau dah cukup dptkan contact tu..bawak2 la gerak sendirik hafiz oi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2014 01:56 PM | Show all posts
genUmi posted on 1-12-2014 12:11 PM
hapis merendah diri jer tuh @siputsedut

kens..berbasa basi jah akak tak rasa lah satu show dia dua tiga ribu jah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.344053 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list