View: 3279|Reply: 47
|
[Tempatan]
MAHA 2014: Minyak pelincir halal pertama Malaysia, Halalube
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR 28 Nov. – Sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2014, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) memperkenalkan minyak pelincir pemprosesan pertama yang diiktiraf halal iaitu Halalube.
Produk Halalube adalah 100 peratus jenama Malaysia yang dipasarkan untuk kegunaan melancarkan mesin pembuat makanan, kompresor, gear serta bertindak sebagai minyak hidraulik dan mi­nyak rantai.
Selain digunakan dalam industri makanan dan minuman, minyak pelincir Halalube turut memberi manfaat kepada industri farmasi dan penjagaan kesihatan di negara ini.
Pengurus Besar Nafas, Yuslie Mohd. Yusop berkata, mi­nyak pelincir tersebut sesuai untuk pasaran Malaysia yang terkenal sebagai pengeluar makanan halal terkemuka dan pengeksport antarabangsa kerana tidak me­ngandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi serta bebas daripada bahan kimia beracun.
“Kadangkala minyak pelincir yang tidak diketahui status halalnya digunakan untuk melancarkan mesin makanan, lalu menitis ketika proses penghasilan makanan kering. Walaupun dalam kuantiti sedikit, namun memberi kesan besar kepada pengguna. Oleh itu, minyak pelincir haruslah halal dan bebas daripada racun serta DNA babi.
“Di samping itu, penggunaan minyak pelincir sedia ada turut boleh memberi kesan kanser dalam tempoh jangka masa panjang. Sebagai pengeluar, semua elemen kesihatan dan halal telah diambil kira semasa proses pembuatan minyak pelincir Halalube,” katanya ketika ditemui di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di Serdang dekat sini hari ini.
Turut berangkat sama me­nyaksikan gerai pameran Nafas ialah anakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Seri Lela Manja Pahang Tengku Nong Fatimah Sultan Ahmad Shah yang memberi sokongan terhadap inisiatif agensi itu dalam menjaga kesucian makanan halal.
Menurut Yuslie, minyak pelincir gred biasa akan memberi kesan kepada kesihatan walaupun dalam kuantiti sedikit kerana mengandungi racun berbanding Halalube yang selamat digunakan kerana tidak mengandungi komponen minyak biasa.
Tambahnya, harga pasaran Halalube juga lebih murah iaitu 20 hingga 30 peratus berbanding produk sejenisnya kerana dihasilkan pengusaha tempatan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pelincir babi x halal ke? |
|
|
|
|
|
|
|
pas ni ade la minyak pelincir dibaca ayat suci quran |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga Proton mengeluarkan kenderaan 100% halal secepat mungkin. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu penah nmpk pengusaha cina marah2 badan halal sbb xde sop nk bg spray lipas die logo halal.
Die marah sbb die xleh bw produk die masuk halfest klu xde logo halal.
Iskisk.
Myk pelincir boleh plak dpt halal. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum ni kita dok guna minyak pelincir haram ke? Patutlah gejala buang bayi berleluasa. Kita dah terpakai minyak pelincir haram! |
|
|
|
|
|
|
|
Laahai punya le nak promote product |
|
|
|
|
|
|
|
Halal toyyiban ker nih.... |
|
|
|
|
|
|
|
makanan kucing pun dah ada yang halal |
|
|
|
|
|
|
|
bila agama diperalat utk wang |
|
|
|
|
|
|
|
ingat minyak pelincir ape laa tadi..
|
|
|
|
|
|
|
|
Blueberri posted on 29-11-2014 09:30 AM
makanan kucing pun dah ada yang halal
Insyaallah, lepas kucing tu makan makanan halal jakim, akan terbuka pintu hatinya untuk memeluk agama islam. |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas ni buat minyak lintah halalan toyibban serta dibacakan 30 juzuk al quran pula. Wahahaha bodoh punya lobai. |
|
|
|
|
|
|
|
Lenkali nak sebut minyak pelincir halal buat pelincir utk keseronokkan dan kelancaran aksi berjunub....sebabnya mendanya masuk dlm badan.
Btw utk hidrolik tak boleh guna minyak lah dol....aku dulu keje makmal dan tahu bhw jika cecair hidrolik ada kontaminasi minyak akan fail fungsinya.
Minyak pelincir halal my foot! Fail big time! |
|
|
|
|
|
|
|
Hari tu gi MAHA nampak kat booth Nafas benda ni...i x rasa interested nak pegi booth tu...x da tarikan langsung...hanya memperalatkan hukum agama utk tarikan.
I x pernh dengar lagi yahudi jual Minyak pelincir Kosher (halal). |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau takut minyak.menitis dr mesin..jangan makan mee, kuetiaw, laksa, makanan dlm tin, semua jenis end products...bykkan makan buah sayur ikan yg dibeli sendiri dan dimasak sendiri. Itu lebih halal dan berkat. Last edited by sabbath_shalom on 29-11-2014 10:47 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
ada keperluan ke utk consume minyak plincir? hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
bolehkah minyak ni siguna pd kereta buatan syia iran spt saipa dan khodro.... tkut x compatible je nti :lol |
|
|
|
|
|
|
| |
|