Dafi artis Malaysia pertama sertai syarikat Ahmad Dhani Oleh Zaidi Mohamad
[size=0.8em]Dafi (kanan) bersama komposer, Ahmad Dhani.
KUALA LUMPUR: Hari ini penyanyi Dafi mengesahkan dirinya menjadi artis Malaysia pertama menaungi syarikat Republik Cinta milik komposer Ahmad Dhani. Pengurusannya di Malaysia Laugh Out Loud memberitahu Dafi diikat setahun kontrak rakaman dan pengurusan di bawah syarikat berpangkalan di Jakarta itu. Penyanyi Bila Terasa Rindu itu kini berada di sana dan majlis menandatangani kontrak itu berlangsung hari ini.
"Saya gembira dan bersyukur kerana apa yang diimpikan selama ini akhirnya menjadi kenyataan. Selepas lapan tahun bergelar artis ia menjadi saat bermakna dalam hidup saya. "Perbincangan bersama Ahmad Dhani sudah berlaku dua tahun lalu tetapi tiada lanjutan selepas itu. Saya ingat dia sudah tak berminat tetapi tanpa disangka awal tahun ini, dia menghubungi saya untuk kerjasama ini. "Saya tidak sabar untuk memulakan kerjasama ini secepat mungkin. Insya-Allah Januari depan," kata Dafi yang dihubungi BH Online.
Dafi (kanan) bersama komposer, Ahmad Dhani.
|