Pastinya setiap wanita idamkan tubuh badan yang langsing. Dengan badan yang langsing, akan membuatkan lagi ramai jejaka tertarik.
Penyanyi Hollywood, Demi Lovato sanggup buat apa sahaja untuk menguruskan badannya walaupun sudah ramping.
Alahai Demi !!! Dah kurus lepas tu nak kurus lagi.
Gara-gara obsess dengan kurus, Demi pernah mengalami bulimia sehingga penyanyi itu terpaksa mendapat rawatan di sebuah pusat pemulihan pada tahun lalu.
Dan kali ini, sekali lagi Demi nyaris dihantar ke pusat pemulihan kerana masalah yang sama.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Demi dalam Dailymail;
"Saya hampir dimasukkan ke pusat pemulihan kerana jadual pemakanan saya yang tak betul. Saya mahu makan tapi masa yang sama saya takut berat badan akan bertambah".
Walaubagaimanapun, Demi beruntung kerana memiliki boyfriend yang benar-benar memahaminya.
Wilmer Valderrama akan memastikan pemakanan yang diambil oleh Demi itu benar-benar berkhasiat.
"Wilmer sangat mengambil berat terhadap saya dan dia juga mula membuat jadual diet pemakanan saya", katanya. -paparazzi
Last edited by Mary_jane on 9-12-2014 12:57 AM
|