CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2196|Reply: 1

[Jenayah] Tujuh militan Indonesia ditahan di Selangor - Ketua Polis Negara

[Copy link]
Post time 16-12-2014 08:38 AM | Show all posts |Read mode
Tujuh militan Indonesia ditahan di Selangor - Ketua  Polis NegaraBernama | Kemas kini:  Disember 16, 2014
(Diterbitkan pada: Disember 16, 2014  08:18 MYT)        




KHALID: Salah seorang daripada mereka merupakan  fasilitator yang mengatur pemergian anasir militan Indonesia ke Syria. - Gambar  Fail



KUALA LUMPUR: Polis telah menahan tujuh  warga Indonesia termasuk empat wanita di sekitar Selangor baru-baru ini kerana  disyaki terbabit dalam aktiviti militan dengan menggunakan Malaysia sebagai  transit sebelum menuju ke Syria.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu  Bakar, dalam kenyataan Isnin, berkata kesemua mereka berusia antara 25 dan 35  tahun itu ditahan dalam serbuan oleh Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas,  Bukit Aman, pada 2 Dis lepas.

"Salah seorang daripada mereka merupakan  fasilitator yang mengatur pemergian anasir militan Indonesia ke Syria, dan  disyaki mempunyai hubungan dengan Umar Patek, anggota kanan kumpulan Abu Sayyaf  dan anasir Al-Qaeda di Asia Selatan," katanya.

Beliau berkata Polis  Diraja Malaysia (PDRM) bertindak tegas dalam menangani isu anggota militan  antarabangsa yang menjadikan Malaysia sebagai transit sebelum berlepas ke negara  ketiga.

Katanya, kejayaan penahanan kumpulan militan itu merupakan  hasil kerjasama rapat antara PDRM dengan agensi penguat kuasa dan perisikan  serantau dan global.            


  

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/tujuh-militan-indonesia-ditahan-di-selangor-ketua-polis-negara-50355?cp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2014 09:11 AM | Show all posts
dan  disyaki mempunyai hubungan dengan Umar Patek


risau bila misleading baca memula tadi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.068189 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list