CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17862|Reply: 115

"Berkemban Ikut Tuntutan Watak" - Izreen Azminda

  [Copy link]
Post time 17-12-2014 03:50 PM | Show all posts |Read mode



Oleh: Editorial MH
Tarikh: 17 Disember 2014

Sebelum ini, Erma Fatima selaku pengarah supertele dan teater 'Takhta 3 Ratu' sudah bercakap berkenaan isu berkemban yang dipertikai sesetengah pihak.  Antara lain Erma mahu karya terbarunya itu tidak dipandang negatif hanya kerana wujudnya watak pelakon berkemban.

Menerusi teater 'Takhta 3 Ratu' yang mula dipentaskan pada 14 Disember lalu, Izreen Azminda yang membawakan watak Galuh Chenderai Kirana iaitu puteri dari kerajaan Majapahit perlu tampil dengan imej berkemban.

"Dari awal lagi saya sudah tahu watak tersebut memerlukan saya berkemban.  Malah Erma juga bertanya sama ada saya bersedia atau tidak untuk tampil sedemikian.  Apabila saya menerima tawaran membawakan watak Galuh, saya tahu ia akan jadi isu.  Tapi saya anggap ia normal apatah lagi setelah dipentaskan.

"Segala komen dan kritikan adalah di luar kawalan saya.  Lagi pula saya bukannya nak sangat berkemban, cuma sekadar menjayakan tuntutan watak tersebut.  Saya buat berdasarkan logik cerita.  Seandainya penampilan Galuh itu dipersembahkan seperti Tun Teja, memang tidak kena.  Jadi saya harap isu ini tidak dipandang negatif," jelas Izreen.


Meski ini penampilan sulungnya di pentas teater, Izreen bertuah kerana bekerja di samping nama-nama besar.  Selain pengarahnya, Izreen bersama pelakon-pelakon lain turut mendapat tunjuk ajar lakonan daripada Ellie Suriaty.

"Tak rugi saya berlakon teater sebab tawaran bukannya selalu datang.  Dalam erti kata lain memang berbaloi.  Meski selalu dimarah dan dijerit oleh Erma ekoran lontaran dialog Jawa yang kurang tepat, tapi itu membuatkan saya belajar untuk terus memperbaiki.  Para pelakon, Erma dan Ellie banyak membantu," kata Izreen lagi.

Selain Izreen, 'Takhta 3 Ratu' membariskan pelakon-pelakon hebat lain seperti Erra Fazira, Soo Wincci, Awie, Remy Ishak, Beto Kusyairy, Azree Iskandar, Datuk Rahim Razali, Tasha Shilla dan ramai lagi.

Tiket untuk menonton teater ini masih boleh dibeli di kaunter Istana Budaya atau melayari laman www.airasiaredpix.com dengan RM50 hingga RM350.

Kredit: Media Hiburan



p/s:   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2014 04:02 PM | Show all posts
kemain lagi mak jan sorang nie..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 04:05 PM | Show all posts
makin menyeksi dia ni tp anak dia comey
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 04:07 PM | Show all posts
lantak dia...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 04:07 PM | Show all posts
dia mmg tak tutup aurat dari dlu..so isu kat sini ialah?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 04:08 PM | Show all posts
dah dia pelakon
dah dia mmg watak mcm tuh

ramai jugak yang berkemban

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2014 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
yg x berlakon pun banyak yg berkemban.. xde isu kot
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 04:12 PM | Show all posts
menutup aurat adalah tuntutan agama.

boleh buat tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2014 04:14 PM | Show all posts
Tuntutan Allah bila nak buat?

Jwpn cliche artis : itu dosa antara saya dgn Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 04:17 PM | Show all posts
akak ingatkan kemban ala2 pasha sendar belakon citer mamak rajak mohideng tuh
tak thrill langsung la hazrin hamindah nih






Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 04:17 PM | Show all posts
Dia ni berlakon memang best, menghayati watak sungguh.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 04:29 PM | Show all posts
lor.. ingatkan berkemban kain batik tuh.. berkemban pakai kostum rupanya..

dah tuntutan wataknya gitu.. die pun tak kisah dosa pahala.. rasanya erma pun tak paksa org yang sukarela berkemban..



Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 04:33 PM | Show all posts
Dah wataknya puteri dari tanah jawa yang dari dulu dicerminkan pakai baju macam ni.. even dalam filem2 indonesia yang lama-lama pun macam ni.. even puteri gunung ledang dulu pun berkemban jugak.

Carila scoop yang fresh bukan yang recycle..

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 04:37 PM | Show all posts
nampak kurus la sheols pakai cmtu
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
ramai jah retis2 yg x tlibat teater berkemban tp berkemban gak ke mane2 majeliss resmi
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Agak berani jugak la dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2014 04:50 PM | Show all posts
tuntutan watak ikottt..abis tuntutan agama???..ko nak campak celah bedah mane..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 05:15 PM | Show all posts
name pn artis...klu dah ikut tuntutan agama..xde ar dia jadi artis...adulahaii..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 05:27 PM | Show all posts
erm .. jadi bahan lah kan
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
aku minat azreen azminda ni blakon mmg best..bab berkemban tu..dah beso memasing sendiri pikir la kannnn..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.086180 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list