CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: enchikfitz

Komposer Kering Idea, Punca Kurang Lagu Berkualiti - M.Nasir

[Copy link]
Post time 19-12-2014 01:46 AM | Show all posts
freakyskinny posted on 19-12-2014 01:35 AM
yes actively..
selalunye just silent reader...
sbb tu agak noob hihihiih

ala..xbest la mcm ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2014 08:13 AM | Show all posts
tringat dlu heols kata psl ketinggalan zaman kat toki ngn rohana jalil, masa juara lagu...
masa tuh ramai la menghencap kat paper sampai seminggu...
realitinya, lagu2 heols masih main kat radio era, suria etc...mentera semerah padi ngn hud2 tuh sentiasa kuar radio time peak hours lagi....
ala iols rasa, dia pn tau lagu firman tuh tk ke mana, tkdenya dia nak compose khas tuk firman....memang stock2 lagu reject....
tp kan, heols ni klu msk AJL mesti menang kan, klu tk juara lagu juara kategori,adala 2 3 kali je tk menang...
nak tgk berapa ramai komposer akan tersentap dgn statement ni....
pa pe pun amik positif suda....

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
lazim posted on 18-12-2014 07:05 PM
mak aku x igt la tu ade bdk nama adel

Syukur jgk la. Coz kesian yg lain tu tahap kucen jek rupanya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 09:49 AM | Show all posts
macam lawak sekarang la kan
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 09:54 AM | Show all posts
hijau88 posted on 19-12-2014 09:17 AM
Syukur jgk la. Coz kesian yg lain tu tahap kucen jek rupanya.

tpi mak aku cakap semalam. ewal tu betina.. so nk tkr jadi nama adel
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 10:01 AM | Show all posts
toritonz82 posted on 19-12-2014 12:35 AM
Yang inikah???

yang ini betul jugak masa dia xsetuju lagu awan nano dulu...... iolss dulu pon x sangka sebenarnya M nasir bleh wat lagu awan nano ni...huhuu.....

Tapi ni article yg iolss maksudkan...

"M Nasir yang terlupa asal usul"

Menatap kejayaan dan kegemilangan yang dicapai oleh seniman M. Nasir (Datuk) atau nama sebenarnya Mohamad Nasir Mohamad (lahir 4 Julai 1957) hari ini sebagai pengkarya tersohor tanahair sepintas lalu, banyak perkara dan persoalan yang bermain di benak saya walau saya percaya hidup ini hanyalah sekadar musim yang datang dan pergi.
Jika penyanyi-penyanyi pop atau personaliti hiburan terkenal menjadi duta untuk satu jenama produk coklat yang terkenal, saya agak memahami, cuma kalau M. Nasir yang dipilih dan menerimanya demi ringgit , bagi saya ianya agak janggal dan melucukan juga.
Jika dipilih menjadi duta untuk barangan yang melibatkan seni dan muzik, jadi duta untuk mikrofon, gitar atau apa sahaja yang melibatkan kesenian dan budaya contohnya, itu lebih bersesuaian dengan statusnya sebagai seorang seniman.

M. Nasir adalah seniman hebat kelahiran Singapura yang mencipta nama sebagai komposer, produser dan penyanyi di Singapura dan Malaysia sejak hujung tahun 70an lagi.

Jasanya dalam industri muzik tanahair juga telah mendapat pengiktirafan negara dengan menganugerahkan gelaran “Datuk” baru-baru ini.
Saya adalah salah seorang pendengar dan membesar dengan kumpulan Kembara dan lagu-lagu mereka sewaktu zaman sekolah di awal 80an dulu sejak kumpulan trio yang dianggotai oleh M. Nasir, A. Ali juga Shahlan itu muncul dengan album pertama mereka yang berjudul “Kembara” tahun 1982 dulu.
Jadi kalau M. Nasir dan Kembara ni saya bolehlah bandingkan beliau dengan folk singer-songwriter favourite saya seperti John Lennon, Harrison, Al Stewart, Cat Stevens, Iwan Fals, Ebiet, Harry Chapin, Sting, Chiharu Matsuyama (Jepun), Mike Oldfield, Albert Hammond antaranya.
Singer-songwriter adalah penyanyi yang menyanyikan lagu-lagu ciptaan mereka sendiri dan juga menulis cerita di dalam lagu-lagu mereka tentang cinta kepada alam, Tuhan, manusia dan sebagainya dalam bentuk yang mereka selesa dan faham.
Ada antara mereka berjaya dengan konsep pop folk seperti Cat Stevens dan Chiharu Matsuyama (folk singer songwriter terkenal Jepun yang muncul dengan single pertamanya pada tahun 1977 dan seterusnya menjadi penyanyi terkenal negaranya sehingga hari ini ).
Cita-cita saya juga sejak awal proses mencipta lagu tahun 1982 dulu memang untuk menjadi folk singer seperti M. Nasir. Ianya tercapai pada tahun 1993 apabila saya diterima sebagai artis rakaman Luncai Emas pada tahun berikutnya selepas sesi ujibakat bersama M. Nasir di studio rakamannya yang terletak di Sungai Buloh.
Berbangga kerana sebagai seorang folk singer juga songwriter saya rasa saya telah melepasi tahap kelayakan dan mendapat pengiktirafan dari seorang produser dan komposer yang terkenal dan dihormati di negara kita waktu itu.
Ianya satu kepuasan yang maksimum bagi saya waktu itu.
Juga saya berbangga mengenalinya sewaktu beliau masih kekal dengan “attitude”nya sebagai ikon yang punya ciri-ciri rebel dalam diri sehinggalah isu kontroversinya “Siapa Mahathir” pada tahun 1996 yang telah mengakibatkan lagu-lagunya digam RTM.
Selepas itu bermulalah era keseimbangan seorang seniman yang bernama M. Nasir yang beransur-ansur diproseskan dari seorang ikon yang rebel sehinggalah menjadi seperti beliau yang kita lihat hari ini.
Hari ini saya hanya melihat M. Nasir hanya sebagai seorang penghibur yang telah hilang “roots”nya tentang apa yang diperjuangkan melalui lagu-lagu juga melalui filem yang dibintanginya seperti “Kembara Seniman Jalanan” yang diarahkan oleh Nasir Jani. Apa yang beliau miliki hanyalah semalam.
Apabila ditanya tentang apa saja, jawapannya adalah jawapan yang semalam. Beliau hanya menyanyikan lagu yang semalam. Segalanya tentang kenangan dan nostalgia, tidak lebih dari itu.
Selain menjadi selebriti untuk program-progam hiburan yang melibatkan glamour, materi dan tersengih sambil berposing di depan kamera, tidak ada apa yang boleh dibanggakan tentang M. Nasir hari ini.
Album terbaru beliau, “Sang Pencinta” (2006) adalah pelengkap kegagalannya sebagai seorang pengkarya yang telah hilang sentuhannya.
Karya beliau hari ini juga ternyata tidak dapat menandingi karya-karyanya yang terdahulu walaupun beliau menang anugerah juara-lagu baru-baru ini.
Tidak ada lagi lagu-lagu tentang kehidupan dan perjuangan seperti “Kawan”, “Lindungilah Kami”, “Perjuangan”, “Hati Emas”, “Bas No. 13”, “Jalan Sehala”, “Ekspres Rakyat” dan banyak lagilah.
Sebagai seorang komposer dan penyanyi yang mendapat bayaran kutipan royalti antara yang tertinggi dari MACP saban tahun, juga kejayaan demi kejayaan dalam bentuk komersial dan materi, beliau rasanya tidak punya masalah dalam bab kewangan malah boleh dianggap jutawan juga.
Tapi itulah, kita lebih tahu untuk apa kita hidup ini sebenarnya. Jika kita anggap hidup ini hanya satu perjalanan, maknanya ianya perlulah ke arah yang lebih bermakna berbanding materi dan kegemilangan dan jika itulah tujuan untuk hidup kita di sini, untuk apa lagu “Tanya Sama itu Hud-Hud dicipta”?
Sekurang-kurangnya saya lebih menghormati ikon muzik folk Indonesia Iwan Fals yang masih kekal dengan jati diri, konsep dan perjuangannya di dalam lagu-lagu walau pun kehidupannya semakin redup dan penuh dengan elemen keseimbangan hari ini.
Muzik sebenarnya berperanan dalam banyak hal dan perkara yang penting di dunia ini selain hiburan. Ianya melangkaui garis politik sekalipun. Itu seperti yang dilakukan oleh John Lennon, Cat Steven, Bono (U2) dan Iwan Fals antaranya di atas pengaruh mereka sebagai Ikon yang di hormati.
Materi membentuk dan mampu mempermainkan minda kita untuk berlegar di ruang nafsu yang berlebihan walau dalam elemen apa yang kita bawa sekalipun. Nafsu ada di dalam ketuhanan, keagamaan, politik dan kehidupan. Kita juga sering memanipulasi ilmu yang kita miliki untuk kepentingan dunia dan materi.
Saya masih lagi mengharapkan karya-karya M. Nasir yang merakyat seperti dulu waktu beliau masih berbaju western kotak dan berkasut jenama Fung Keong yang itu bagi saya musim-musim terbaiknya sebagai seorang seniman berjiwa Marhaen, juga mampu mewakili golongan tersebut.
Seperti nyanyinya di dalam lagu:
Manakah teman-temanku?
Yang sama berjuang dahulu?
Hilang sudah, hilang sudah...
Kebendaan menggelapkan .
Lupa dengan perjuangan, lupa sudah ..
Siapa orang Kita — M. Nasir dari album “Lagu-lagu dari filem Kembara Seniman Jalanan” (1986).
* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.pPyo753G.dpuf
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2014 10:04 AM | Show all posts
abbey posted on 19-12-2014 08:13 AM
tringat dlu heols kata psl ketinggalan zaman kat toki ngn rohana jalil, masa juara lagu...
masa tuh ...

toki tu kalo tak silap ada gak belajar dari dia.takkan dia nak hencap kotyg paling femes dia hencap ahmad nawab.tapi bukan hencapan pondan lorong.beselah standard dia sebaris 2 ayat yg tak hengat sampai sentap berzaman ahmad nawab dgn dia.tapi tula masa tu zaman dia muda..dah tua2 neh slow down sikit molot laser tu dah...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 10:11 AM | Show all posts
silampumeja posted on 19-12-2014 10:01 AM
yang ini betul jugak masa dia xsetuju lagu awan nano dulu...... iolss dulu pon x sangka sebenarnya ...

bagi aku artikel neh tak realistik langsung...masih nak harapkan dia pakai kasut fung keong kat istana budaya?terima la seadanya yg m.nasir dah tua.passion dah berkurangan....mcm karut saja nak harapkan dia sebijik  mcm zaman2 kembara 80an.bono zaman2 album joshua tree takkan sama zaman bunyi-bunyian lagu2 U2 zaman skrg.imej jgn cakap laa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2014 10:25 AM | Show all posts
alesandra posted on 19-12-2014 10:11 AM
bagi aku artikel neh tak realistik langsung...masih nak harapkan dia pakai kasut fung keong kat is ...

hehee aku xckp pasal realistiknya article ni pon...just masukkan yang sebelum M nasir komen karya org, karya dia pon dh dipersoalkan dulu... tu je...as stated kat bawah artikel ni la... pendapat peribadi collumnist ni... bukan aku... tapi sdikit sbanyak yang dia kate karya m nasir dh berubah tu betol la...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 10:32 AM | Show all posts
silampumeja posted on 19-12-2014 10:25 AM
hehee aku xckp pasal realistiknya article ni pon...just masukkan yang sebelum M nasir komen karya  ...

karya dia berubah sbb dia ikut peredaran zaman..kena jugak berubah....bayangkan.. dia start dari akhir zaman70an sampai skrg sbb apa?sbb ikut peredaran itulah.mana ada komposer lagi yg boleh survive dari zaman tu  sampai skrg mcm dia?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 10:33 AM | Show all posts
alesandra posted on 19-12-2014 10:32 AM
karya dia berubah sbb dia ikut peredaran zaman..kena jugak berubah....bayangkan.. dia start dari a ...

yup betol....kita yg tak biasa....
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 10:44 AM | Show all posts
alesandra posted on 19-12-2014 10:04 AM
toki tu kalo tak silap ada gak belajar dari dia.takkan dia nak hencap kotyg paling femes dia hen ...

kebenaran itu menyakitkan....
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Puii lagu aman tu first time smapi bila2 aku dgr mcm lagu unic jahh
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 11:04 AM | Show all posts
Seluruh dunia kekurangan idea katanya.

Phuih la M.Nasir. Sindri tak kreatif nak babitkan marhaen seluruh dunia pula.

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 11:37 AM | Show all posts
apa yg dia ckp ada betulnya...
aku suka lagu2 dia zaman arwah isteri dan loloq masih ada...
time lagu2 dia utk spider..
tapi lately ni dia mcm lost...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
abbey posted on 19-12-2014 08:13 AM
tringat dlu heols kata psl ketinggalan zaman kat toki ngn rohana jalil, masa juara lagu...
masa tuh ...


Kemenangan m. Nasir di AJL bergantung kpd situasi politik. Byk tahun juga dia pulang dgn tgn kosong... sbg pnyanyi dia klh tahun 1990 dan 2001 sbb politik time tu x mnyebelahi dia.. lg satu tshun 2006 lagu nafas cahaya terkandas di semi sbb politik.

So klu dia menang lagi pun atas pengaruh politik juga... especially bila dia dilantik jd juri.. the following year lagu dia ada potensi menang..sbb kerusi juri tu silih berganti diduduki komposer yg masih aktif bertanding... ibarat konsep ko bg aku menang, aku bg ko menang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2014 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
M. Nasir ni klu dia betul2 compose lagu utk seseorg retis tu... projek utk produce album retis tersebut mesti ambik masa yg lama... so bila dia bg lagu2 kt retis2 AF...meols yakin dia just carikan lagu2 stok lama heols yg x dipakai lg.. olsh sikit2 n jual kt astro.. boleh buat duit. Most of the song yg dia bg kt AF pun dia x fully produced... ada penerbit lain yg arrange n record lagu tu.

Termasuk lagu Aduh Saliha yg stok reject dr album Phoenix Bangkit katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 01:24 PM | Show all posts
sepitsiput posted on 19-12-2014 01:14 PM
M. Nasir ni klu dia betul2 compose lagu utk seseorg retis tu... projek utk produce album retis terse ...

dia  pencipta lagu,penulis lirik...jenis yg mencipta melodi dari humming atau gitar kapuk je.arrangement semua tu bukan forte dia.susunan muzik mungkin dia tak penah buat pun.byk je songwriter jenis mcm tu.aduh saleha tu arwah loloq sendiri mention kat ac disini hasil melodi dari m.nasir main ketuk2 kotak mancis kat studio sblm konsert final.mcm mana pulak timbul citer lagu reject phoenix bangkit?
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
alesandra posted on 19-12-2014 01:24 PM
dia  pencipta lagu,penulis lirik...jenis yg mencipta melodi dari humming atau gitar kapuk je.arran ...


Aduh saliha tu modified drpd some of his demo dr album phoenix bangkit.... album phonenix tu ada byk lebihan demo lagu2 berunsur pdg pasir. mungkin heols ketuk2 mancis utk chorus part & merge dgn existing verses.

Yes..setuju m.nasir compose n org lain arrange..tp x semua. Ada je lagu2 yg dia tlibat dlm arrangement n producing. Contohnya lagu angin syurga heols x buat arrangement tp heols produced. When he produce maknanya from A to Z dia kne libatkan diri termasuk dlm mnentukn bentuk susunan lagu. Last edited by sepitsiput on 20-12-2014 01:30 AM

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 01:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak tercapai akalku. Fuuhhhhh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.065374 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list