CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6398|Reply: 2

Surirumah Jadi Bahan Ujikaji Kesan Dadah LSD. VIDEO.

[Copy link]
Post time 18-12-2014 08:43 PM | Show all posts |Read mode
HOUSEWIFE TAKES LSD ON CAMERA FOR THE GOVERNMENT
NEWS


What happens when an ordinary woman takes LSD for the first time as a government experiment?  She begins having one of the most profound spiritual experiences one could have.  Let’s take a look!
In 1956 this unnamed American house wife took LSD at the Veteran's Administration Hospital in Los Angeles. This woman's husband was an empoloyee at the hospital and referred her to this study which was supposedly done for a television program on mental health issues.

This video was found by biographer Don Lattin.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-12-2014 09:11 PM | Show all posts
Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria.Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga amat susah membezakan yang benar dan yang tidak.Jika diambil dalam dos yang tinggi,bahan-bahan ini menyebabkan halusinasi. Jenis-Jenis Halusinogen
LSD(lysergic Acid Diethylamide)
Sejarah LSD direka pada tahun 1938 oleh Hoffman dan Stoll di Sandoz Laboratories, Basle,Switzerland.Kesan sebenar halusinogen disedari apabila dr. Hoffman termakan LSD dengan tidak sengaja.Istilah LSD adalah singkatan daripada nama Jerman dadah tersebut iaiyu Lyserg Saure Diethylamid.Dalam tahun tahun 1950-an dan 1960-an,LSD telah digunakan secara eksperimental untuk membantu psikoterapi.Penggunaan bukan untuk tujuan perubatan juga bermula pada awal tahun 1960-an apabila dua orang professor psikologi Universiti Harvard bernama Leary dan Alpert mencuba-cuba LSD.Kegiatan mereka dikaitkan dengan kepercayaan agama dan diberi publisiti luas.Tiga tahun kemudian kegiatan mereka telah disiasat Kerajaan Amerika dan mereka telah meninggalkan Harvard. Bentuk Dan Kesan PenggunaanLSD juga dikenali sebagai lysergide dan LSD-25.LSD adalah serbuk habluran tidak berwarna atau berbau dan larut dalam air dan alkohol.LSD selalunya dijumpai dalam bentuk cecair,serbuk atau dititik ke atas gula dadu,gelatin atau kertas blotter dan hanya sedikit sahaja diperlukan untuk mengeluarkan kesan halusinasi.Kesan LSD adalah seperti berikut:-       -anak mata membesar       -tekanan darah menigkat       -pencerapan deria yang berubah(merasa,memgang,warna atau bunyi)       -pengalaman psikik(good trip-menyeronokkan atau bad trip-menakutkan)
DMT(Dimenthyltryptamine)
DMT adalah bahan habluran tidak berwarna yang berasal daripada pokok-pokok tertentu West India dan Amerika Selatan.Ia juga boleh dikeluarkan secara sintetik. Biji-biji yang dihancurkan dihidu dan dikenali secara popular di Haiti sebagai cohoba.
PCP(phencyclidine,’Angel Dust’) PCP yang dikeluarkan secara sah digunakan sebagai ubat pelali(anaesthetic) binatan.Ia juga dikeluarkan oleh makmal-makmal hram dan kadang-kadang dijual sebagai LSD,THC atau meskalin.PCP boleh dimakan atau dihisap selepas ditaburkan di atas ganja atau tembakau. Meskalin Meskalin diperoleh daripada kaktus peyote yang mula-mula digunakan oleh
orang India Aztec di Mexico beribu-ribu tahun dahulu.Ia masih digunakan dengan
sah oleh orang Indian Amerika yang menjadi ahli Native Amerikan Church
kerana Perlembagaan Amerika Syarikat tidak membenarkan penganiayaan
(persecution) mana-mana dan penggunaannya adalah dengan cara dimakan.
Terdapat juga analog-analog meskalin iaitu derivatif amfetamin yang mempunyai
kesan serupa seperti meskalin.Di antaranya ialah TMA(3,4,5 trimethoxyamphetamine).TMA-2(2,4,5-trimethoxyamphetamine),
DOM(2,5-dimetoxy-4-methylamphetamine) dan MDA(3-metoxy-4,5-methylene-dioxyamphetamine).Analog-analog ini mempunyai kesan beberapa kali ganda lebih kuat daripada meskalin.
Psilosibin Dan Psilosin
Psilosibin dan psilosin berasal daripada sejenis cendawan bernama "Psilochbe Mexicana" yang ditanam di Mexico.Ia juga digunakan oleh Orang Indian Amerika yang menjadi ahli Native American Church.Psilosibin juga dikeluarkan secara sintetik dan terdapat dalam bentuk serbuk putih atau sebagai larutan jernih.

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
lsd ni mcm dadah meth, pil kuda bagai tu ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.064024 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list