CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10378|Reply: 48

orang kidal, sila tentukan ni fakta ke auta.. hihi!

[Copy link]
Post time 19-12-2014 02:53 PM | Show all posts |Read mode
                    17 Perkara Kenapa Orang Kidal Lebih Power Dari Orang Tangan Kanan
Hello ladies and gentlemen sekalian
Macam yang kita semua tahu, golongan-golongan terpilih ini iaitu tangan kidal selalu dikerumuni dengan persoalan. Boleh kata 80% dari soalan-soalan tersebut adalah soalan makan guna tangan kiri ke kanan atau berkaitan tandas. Which is, annoying. haha.
Pernah tidak anda semua terfikir kenapa orang kidal lagi pandai dari tangan kanan, lebih tinggi dari tangan kanan, lebih kaya dari tangan kanan dan lebih hensem / comel dari tangan kanan. Wow


So memandangkan aku ni seorang lelaki yang baik, pemurah, setia, kacak dan tangan kidal, maka hari ni aku akan ceritakan kepada korang beberapa fakta yang bakal membuatkan orang tangan kanan benci golongan atasan seperti kami. Gelak evil. kah kah kah


1. Menurut statistik, dari sebuah populasi, 15% daripadanya adalah kidal. Lelaki biasanya dua kali lebih cenderung menjadi kidal berbanding wanita.
2. Orang kidal memiliki kemungkinan lebih besar untuk mejadi genius. 20% dari jumlah anggota organisasi MENSA, sebuah organisasi untuk manusia dengan IQ tertinggi di dunia, dilaporkan kidal.
3. Jika anda seorang lelaki, kidal, dan masih belajar, maka diperkirakan anda akan 15% lebih kaya daripada lelaki yang tidak kidal. Sekiranya sudah tamat kuliah, lelaki kidal akan 20% lebih kaya!
4. Walaupun begitu orang kidal memiliki kecenderungan lebih tinggi untuk ketagih rokok. Sebagai lelaki, fakta ini tidak releven. HAHA*
5. Jika kedua orang tua kidal, maka ada kemungkinan 50% keturunan mereka juga akan kidal. Sebaliknya, jika kedua orang tua tidak kidal, kemungkinan untuk anda menjadi golongan atasan seperti kami adalah 2% sahaja.
6. Pakar psikologi dari Universiti Queen di Belfast menyatakan bahawa kucing betina cenderung tidak kidal, sementara kucing jantan cenderung kidal. Kucing pun ada kidal, korang ada?




7. Orang kidal katanya lebih suka membaca buku berjilid dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal. Sebab itu kami pandai.
8. Orang kidal dapat merespon stimulasi (rangsangan) dengan lebih baik sehingga kebanyakan orang kidal juara dalam bermain game.
9. Semakin berusia seorang wanita mengandung dan melahirkan, semakin besar kemungkinan anaknya lahir kidal.
10. 4 dari 5 designer komputer Mac dilaporkan kidal. Take this!
11. Menurut sebuah kajian, orang kidal hidupnya 9 tahun lebih pendek dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal.
12. Orang kidal lebih cenderung menjadi ahli sukan, memiliki kesedaran yang lebih istimewa dan berfikir lebih pantas.
13. Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh Dr Alan Searleman dari St Lawrence University di New York, menunjukkan bahawa orang kidal mampu mendukung sisi kiri tubuhnya untuk semua kegiatan fisikal. Orang kidal juga dua kali lebih berjaya dalam penyelesaian masalah dan memiliki IQ lebih tinggi dari orang yang aktif dengan tangan kanan.
14. Orang dengan tangan kidal relatif lebih cerdas daripada bukan kidal (Guardian UK)
15. Orang Kidal lebih mudah mengawal emosi dibandingkan dengan bukan kidal (National Geographic)
16. Jumlah orang Kidal meningkat pesat setelah tahun 1910 (BBC)
17. Orang Kidal sehingga kini berjumlah sekitar 10% dari seluruh populasi dunia (National Geographic)
Well girls, bila nak cari pasangan hidup dan dibuat kahwin carilah seperti golongan kami. Dan kalau boleh, carilah yang berumur 20 – 30 sebab mereka lebih sweet dan manja.
Apa pun, terima kasih sebab sudi baca artikel ini. Double terima kasih kat sesiapa yang baca sambil ketawa, apa nak marah-marah kan.
Kalau ada salah di artikel ni, sila betulkan.

sumber:the vocket

                       
                                       

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2014 03:58 PM | Show all posts
3. Jika anda seorang lelaki, kidal, dan masih belajar, maka diperkirakan anda akan 15% lebih kaya daripada lelaki yang tidak kidal. Sekiranya sudah tamat kuliah, lelaki kidal akan 20% lebih kaya! ........ BOO, x boley pakai langsung bende ni hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 01:15 AM | Show all posts
Saya kidal. Kalau makan pakai sudu/garpu saya guna tangan kiri, kalau makan pakai tangan saya guna tangan kanan. Memberi dan menerima pakai tangan kiri. Agak kurang ajar disitu tapi takleh buat apa sebab dah jadi habit.

Orang kidal akan tengok satu permasalahan dari sudut yang berbeza dari orangramai dan bagi pendapat yang tak popular.

Contohnya kalau ada objek warna kuning sebelah kanan dan warna biru sebelah kiri. Orang kanan akan kata warna objek tu kuning tapi orang kidal lihat objek tu berwarna biru. Sebab mereka melihat dari satu sudut akibatnya akan berlaku pertentangan pendapat.

Contoh lain. Pendapat ramai anggap pendek umur tuh tak bagus. Tapi orang kidal lihat pendek umur tuh sebagai satu rahmat.

Dengan kata lain orang kidal selalunya berfikir secara bertentangan dengan pendapat ramai.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 03:31 AM | Show all posts
1. mmg byk jumpa ramai lelaki yang kidal dari perempuan.. retis, adp , yusry

2.ada betulnya, cara orang kidal berfikir lain sikit, sbb otak kanan lebih dominan dari yang kiri (sila rujuk kat google)

3.lelaki yang kidal selalunya ada company sendirik .. especially company yang based on art, logiknya disitu dikatakan lelaki kidal lebih berpendapatan lebih sikit dari yang tangan kanan.

4.aku kidal dan aku alergik asap rokok.

5.parent aku tak kidal, tapi makcik aku kidal.

6.dulu aku ada kucing kidal jantan, tapi terlalu jarang sangat nak jumpa kucing kidal.

7.yes, aku lebih suka buku berjilid, lagi2 berjilid tebal.. lebih appeal , kenapa? entah, mungkin salah satu sebb buku tu lebih tahan lama dan boleh dibelek berulang kali bentuknya tidak berubah, tak sama macam kita belek majalah2 yang nipis, 2-3 kali belek, bentuknya dah berubah. selain tu byk kegunaan buku berjilid tebal ni.

8.game yang aku suka games hanya yang simple macam marble saga. tak minat dgn games hardcore macam warcraft etc tu sumer. tapi semestinya aku suka DIY.

9. retis cheta kidal, nanti tgk anak perempuannya kidal tak.

10.again, fungsi otak kanan lebih dominan. bahagian artistik mmg byk orang kidal. the way we see and analyze things pon beza. kadang2 rasa macam alien pon ada haha. sbb apa? selalu idea kami bertentangan dgn idea orang tangan kanan. orang kidal lebih subjectif, orang kanan lebih objectif.

11.walopon nyawa itu ditangan tuhan. mungkin ada benarnya, kebanyakannya terjadik sebb fatality kepada penggunaan alatan yang dicipta utk orang bertangan kanan. susah tau kalau guna gunting dan sudip yang direka utk orang tangan kanan.

12. tapi saya tak minat sukan , bahkan saya tak berapa nak paham konsep sukan itu melainkan utk kecergasan dan kesihatan tubuh badan. tapi sukan catur , memanah dan menembak lebih banyak didominasi orang kidal. saya suka dart.

13.byk kali test iq, nak kata cerdik tu tak jugak, ada gak bengongnya, tapi most of the test iq mmg markah saya lebih tinggi dari orang tangan kanan. saya jugak tak pandah math, tapi bila wat test iq , pekerjaan yang sesuai dgn saya, dipadankan sebagai professor mathematik, engineer, arkitek. konfius jugak. ada yang bagi explanation, orang kidal lebih kepada menyusun dan menginterpret data sesuai dgn sequence.

14.byk saintis2 dunia dan pemimpin2 besar dan orang bijak pandai terdiri dari orang kidal.

15.yang ni mungkin ada benarnya melalui pengalaman diri sendiri, orang kidal lebih menerima konsep "perkara yang dah terjadi, tetapi terjadi, no reverse" walau apapun tindakbalas kita.

16.mungkin lebih banyak perkahwinan campuran ras, etnik dan bangsa menyebabkan gen kidal itu tersebar dgn lebih meluas. dulu2 orang berkahwin dgn orang2 terdekat dalam satu kawasan.

17.10percent?? banyak jugak tu.. tak termasuk yang berkebolehan menggunakan tangan kanan dan kiri sekaligus.

yes, aku seorang kidal.



Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 09:49 AM | Show all posts
aku pun kidal... tapi dari segi kepandaian tuuuuu.... aku dikira agak bangang gak la. aku rasa semua di atas tu tak menggambarkan aku.

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 10:47 AM | Show all posts
kurt cobain & lin dan genius dlm bidang masing2 tapi nulis tgn kanan...lagi rare...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2014 01:26 PM | Show all posts
..tetibe ak rase nak cari abam2 kidal plak..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 01:58 PM | Show all posts
hot nye abam kidal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2014 02:40 PM | Show all posts
My sis kidal. Dari kecik dah nampak tolol. Masuk sekolah belajar benak sungguh. Darjah 4 masih tak boleh membaca. SRP 2 kali ambil. SPM 2 kali ambil. KAwin dgn lelaki kidal juga. So - so je.. la. Ada anak, auto kidal. 2015 nak UPSR, membaca masih mengeja..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 03:31 PM | Show all posts
Masa aku sekolah rendah ada sorang cikgu ke ustazah aku dah tak ingat cakap orang yang guna tangan kiri/ kidal nih pengikut iblis sebab katanya iblis buat kerja guna tangan kiri. Aku rasa down sangat dengan statement cikgu tuh.

Bila dah besar aku bukak cerita kat kawan baik aku yang selalu support aku terus dia gelak katanya kalau jumpa cikgu tu cakap suruh dia potong tangan kiri dia sebab tak berguna. Kalau guna karang jadi pengikut iblis pulak. Ialah aku kecil lagi masa tuh tak reti nak menjawab.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 04:20 PM | Show all posts
adik beradik iols ada 6 orang. 3 kidal 3 lagi normal. tapi yang sorang kidal je bijak. yang lain biasa biasa je. iols normal k. tulis tangan kanan bijak je dari diorang *bangga jap* . heeeee
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 09:09 PM | Show all posts
Saya kidal..ada hari specific utk org2 kidalkan..last month rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 08:35 AM | Show all posts
Aku tgh mengandung. Aku doakan anak dalam perut aku kidal sbb aku mmg teringin nak anak yg kidal sbb special dan genius kata org. Ekekekeke~
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 07:49 PM | Show all posts
sy, mak n adik beradik perempuan semua kidal
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 07:50 PM | Show all posts
aha!! patot la aku ni kacak dan hebat! rupanya org kidal memang dilahirkan hebat, bukan macam @malaywood.NET dah la bodoh, hina macam anjing kurap lak tu! pastu perasan org nk tiru identiti dia yg hina tu... ceh, identiti aku lg hebat la.. HARRRRRRKKKKK TUIHHH!!! HAHAHAHAHAAHAHAHAHAH!!!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 07:53 PM | Show all posts
Munnalicious posted on 21-12-2014 08:35 AM
Aku tgh mengandung. Aku doakan anak dalam perut aku kidal sbb aku mmg teringin nak anak yg kidal sbb ...

ko sanggop ke kalau anak ko yg kidal tu ada dislexia yg nak kena beri extra special care tapi bijak? mcm2 masalah yg nak kena uruskan kalo anak dislexia, sbb diorang ni special n cerdas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2014 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
SoalanSaye posted on 21-12-2014 07:53 PM
ko sanggop ke kalau anak ko yg kidal tu ada dislexia yg nak kena beri extra special care tapi bija ...

Mmg org kidal ni menghidap dyslexia ke? Ai xpaham la. Dyslexia tu lmbt bertutur dan menulis kan. Tp apa kaitan dgn kidal? Mohon share jika xkeberatan.

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 10:48 PM | Show all posts
Aku yang kidal...............
Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 02:07 AM | Show all posts
Munnalicious posted on 21-12-2014 10:04 PM
Mmg org kidal ni menghidap dyslexia ke? Ai xpaham la. Dyslexia tu lmbt bertutur dan menulis kan. T ...

xsemua disleksia. tp peratusnya si kidal adalah lebih tinggi cenderung ke arah disleksia. yep, disleksia lambat bertutur dan menulis. diorang bukan cacat otak atau lembab berfikir, diorang 100% tidak ada ape2 kecacatan otak, sama je cam org tgn kanan yg xde sebarang kecacatan, tetapi cara diorang memproses maklumat ke otak, adelah berbeza. mcm Komputer, cara ia  berkerja belainan dgn henpon. secara umumnya kelainan kebijaksanaan nilah yg mampu mengubah dan mempelbagaikan jenis tamadun manusia ke arah lebih advanced dan hebat.  tanpa manusia yg berlainan kebijaksanaan, maka ada kemungkinan besar TV, keretapi, roket, astro, kenderaan, mentol lampu, pencipta muzik, pelukis, pengarang, xkan wujud atas dunia.

kalo akan dtg u dpt anak disleksia, tolong hargai dn bersyukur anak u tu dan beri didikan yg betul dn jgn samakan mereka dgn budak2 OKU... sbb anak disleksia ni sgt sepcial kebijaksanaan dia dn merupakan antara anugerah yang terulung utk u....
Last edited by SoalanSaye on 22-12-2014 02:14 AM

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 08:11 AM | Show all posts
SoalanSaye posted on 22-12-2014 02:07 AM
xsemua disleksia. tp peratusnya si kidal adalah lebih tinggi cenderung ke arah disleksia. yep, dis ...

kalau mcm tu biarlah anak ai normal sajalah. Asalkan dia bijak pandai. Btw terima kasih uolls atas explanation tersebut. moga murah rezekimu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.163966 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list