View: 4512|Reply: 20
|
Bapa guna kereta perisai hantar anak ke sekolah
[Copy link]
|
|
MEAD (depan) memandu sebuah kereta perisai ketika menghantar dua anaknya ke sekolah di bandar Northamptonshire di Britain.
NORTHAMPTONSHIRE, Britain – Seorang bapa menghantar anak-anaknya ke sekolah dengan menaiki sebuah kereta perisai bagi memastikan mereka tidak lewat dan berasa seronok setiap kali mahu ke sekolah.
Bapa tersebut, Nick Mead, 53, berkata, dia memandu sebuah kereta perisai seberat 17 tan untuk menghantar dua anaknya, Danny, 16, dan Ashley, 13, ke sekolah hampir setiap hari.
“Anak-anak saya sangat teruja setiap kali menaiki kereta perisai model FV432 ini dan mereka berasa seronok untuk ke sekolah.
“Setiap kali tiba di sekolah kereta perisai ini akan menjadi perhatian pelajar-pelajar lain dan saya berasa seronok melihat mereka bergambar serta menyentuh kenderaan ini,” katanya.
Ujarnya, dia mempunyai sejumlah 130 kenderaan tentera yang menjadi koleksi peribadinya dan sebahagian kenderaan berkenaan telah mendapat kebenaran untuk digunakan di jalan raya.
Menurutnya, semua kenderaan tentera berkenaan turut dilengkapi dengan senjata tetapi ia sudah dinyahaktifkan supaya boleh digunakan di jalan raya. – Agensi
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau bwk kat kl ni abis lambat budak2 pegi sekolah, bapak2 lambat pegi keje.,,jalan jem byk keta slow |
|
|
|
|
|
|
|
Pasti selamat juga naik kereta kebal ni...siapa berani langgar? |
|
|
|
|
|
|
|
best la naik kereta perisai. |
|
|
|
|
|
|
|
Agaknya ada samseng jalan raya nak kacau dia tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Best nya kalau malaysian dibenarkan memiliki kenderaan spt ni. Dapat 6x6 2nd atm pun dah best gila. |
|
|
|
|
|
|
|
Oh... Ingat keta kebal da tdi... |
|
|
|
|
|
|
|
mempunyai sejumlah 130 kenderaan tentera yang menjadi koleksi peribadinya
waaa..byk tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
cool gile |
|
|
|
|
|
|
|
anak dia sure kembang hidung ja... |
|
|
|
|
|
|
|
syok laa. mesti anak-anak bangga bercerita dgn kengkawan dorang. |
|
|
|
|
|
|
|
Menurutnya, semua kenderaan tentera berkenaan turut dilengkapi dengan senjata tetapi ia sudah dinyahaktifkan supaya boleh digunakan di jalan raya. ..
adakah ini bermaksud kalo kita punya uang, kita buleh beli kereta perisai??
parking mesti susah ni... |
|
|
|
|
|
|
|
mrsLucky posted on 20-12-2014 03:07 PM
Pasti selamat juga naik kereta kebal ni...siapa berani langgar?
errr....tak silap wa kat mesia dah 2 atau 3 kes kemalangan kereta perisai ni, kereta perisai terbalik...
ada yg mati pun...
|
|
|
|
|
|
|
|
salimrock posted on 22-12-2014 02:41 PM
errr....tak silap wa kat mesia dah 2 atau 3 kes kemalangan kereta perisai ni, kereta perisai terba ...
Lol...yakah? Ingatkan kebal... |
|
|
|
|
|
|
|
mrsLucky posted on 22-12-2014 02:47 PM
Lol...yakah? Ingatkan kebal...
yup...ada kes 2 kat perak, 1 kat lahad datu, yg baru2 ni la...yg kat lahad datu tu bukan pasal perang tau...accident...terbalik
|
|
|
|
|
|
|
|
salimrock posted on 22-12-2014 02:54 PM
yup...ada kes 2 kat perak, 1 kat lahad datu, yg baru2 ni la...yg kat lahad datu tu bukan pasal per ...
Mungkin kerana jalan tak berturap dan berlubang...hahaha...ok tq for info |
|
|
|
|
|
|
| |
|