CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6999|Reply: 47

"AJK Tidak Puas Hati Dengan Saya Perlu Cermin Diri" - Zed Zaidi #pg2

[Copy link]
Post time 20-12-2014 07:56 PM | Show all posts |Read mode
Zed Zaidi Dedah AJK Baharu Seniman Hanya Pandai Cakap


Zed Zaidi agak kecewa dengan barisan jawatankuasa baharu Seniman ketika ini.

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi meluahkan rasa kesal apabila beberapa ahli jawatankuasa baharu yang dilantik untuk menerajui persatuan tersebut sukar memberi kerjasama.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 34, berkata, kebanyakan barisan baharu yang dipilih pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-14, September lalu terdiri daripada pelakon-pelakon popular yang lebih banyak bercakap daripada melakukan tindakan.

"Sejak barisan ahli baharu ini dipilih sebagai anggota jawatankuasa, memang agak rumit menguruskan persatuan kerana kebanyakkan mereka pelakon terkenal. Baguslah mereka semua bersemangat untuk berpersatuan.

"Tetapi disebabkan semuanya terlalu pandai ilmu lakonan, hanya pandai bercakap sahaja daripada melakukannya," ujarnya kepada mStar Online.

Zed berkata, perkara tersebut menyukarkannya untuk mengerakkan persatuan itu bagi menjalankan aktiviti kebajikan.

Jelasnya, terlalu ramai yang akan mempersoalkan tindakan yang dilakukan terhadap persatuan sama ada wajar atau tidak.
"Bila ramai sangat yang tinggi ilmu lakonan apa yang saya lakukan sentiasa dipersoalkan dan dicari salah.

"Kalau mereka mahu jadi presiden, dahulu semasa pemilihan kenapa tidak mahu bertanding dan letak nama mereka," soalnya.

Tambah Zed, persatuan Seniman bukan satu-satunya persatuan yang dipimpin olehnya ketika ini.

Dia juga memimpin beberapa persatuan belia yang melibatkan Umno.
"Saya bukan pimpin persatuan Seniman sahaja, malah ada beberapa persatuan belia yang perlu saya uruskan dan setakat ini tidak ada masalah.

"Seniman ini sahaja persatuan yang susah kerana banyak sangat orang yang kaki bantah berbanding yang betul-betul nak buat kerja,” katanya.

Terdahulu Zed Zaidi pada Jumaat telah membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati terhadap bendahari persatuan iaitu aktres Vanidah Imran kerana melarikan buku cek milik Seniman.

Vanidah berkata, tindakan itu mempunyai sebab tetapi enggan menjelaskan kenapakah dia berbuat demikian.

Selain Zed dan Vanidah, Seniman turut dipimpin oleh Zack (Kool), sebagai Timbalan Presiden, Zahrin Ishak sebagai Setiausaha Kehormat manakala penolongnya ialah oleh Rena Tan.

Tujuh Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Seniman pula disandang oleh Sofia Jane, Jamaludin Mat (Abang Jem), Khir Rahman, Sharifah Amani, Lisa Surihani, Arash Mohamad, dan Rashidi Ishak.

Pelakon Dira Abu Zahar dan Adlin Aman Ramli menyandang jawatan sebagai juruaudit.

Last edited by maxim on 24-12-2014 09:47 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2014 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan dah ada kt page report polis tu @maxim.
Bab seniman dan jed jedi ni, iols rasa tak perlu lah nk berbenang2. Hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
letih laaa nak seru @encikWawad sbb jed jedi nihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg ni ada kaitan ngan kes vanidah imran tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 09:34 PM | Show all posts
pening jadi ko ni jed...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak bising lah dia ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2014 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko buat la persatuan sendirikkkk
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 10:55 PM | Show all posts
masalah lagi kan ..
asek masalah je kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2014 12:10 AM | Show all posts
takyah pusing2 ckp je yg ajk baru tu kebanyakannya tak ngam atau bukan org2 kau
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 12:30 AM | Show all posts
Dah ketua nye pun same je
Takde beza pun
Kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 06:15 AM From the mobile phone | Show all posts
X abih2 lagi abam zed ni...
Ngapa abam???
Byk sgt x puas atinya ....
Ermmmm
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 11:21 AM | Show all posts
Tak nak komen.....nak kacang je...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 03:31 PM | Show all posts
dear abe jed jedi

SHUT UP!

stupidity jgn ditunjukkan sgt
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 03:33 PM | Show all posts
Meroyan saje jed gemokkk nih. Dah nak menopos (versi laki) dah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 03:41 PM | Show all posts
meroyan lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 03:44 PM | Show all posts
heshe ini mesti masa skeolah stok2 gila kuasa , segala persatuan pun kau nak mencapub sebegitu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2014 04:33 PM | Show all posts
ketua yg tak ngam ke barisan kabinet?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 04:34 PM | Show all posts
+ je dulu sebelum kne kunci.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 04:37 PM | Show all posts
tak habis-habis meroyan la dia ni.
dah la tak ada sumbangan pada industri pon.
harapkan drama sembilu tu jelah.

pfttt
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Syd posted on 20-12-2014 08:27 PM
letih laaa nak seru @encikWawad sbb jed jedi nihhhh

I kena sorok dengan boss iols dalam bilik sulit sebab tu tak dapat tolong abam jedi i niii - heols suka tau tuduh orang itu ini - sah2 tak lama lagi heols bersalah dan menjadi bahan kutukan industri - btw i notice abam i dah mula jaga badan - yessss
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.080275 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list