CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: FOTHER-MUCKER

[Tempatan] Hudud akan memecah-belahkan masyarakat – Marina Mahathir

[Copy link]
Post time 24-12-2014 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Berdosa keluar ayat mcmtu...ker dia tak bermaksud mcm tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2014 01:04 PM | Show all posts
Hudud bukan dasar bersama PKR, DAP, Pas
HUSSAINI AMRAN 
DAN FAZRINA AYU RADUIAN  |  24 Disember 2014 2:16 AM
  2  1 Google +0
KUALA LUMPUR 23 Dis. - Hasrat kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hudud di negeri itu dijangka berdepan kesukaran berikutan penegasan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa undang-undang tersebut bukan dasar bersama pakatan pembangkang.

MOHAMED AZMIN ALI
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, dasar-dasar yang digubal termasuk hudud mesti dimuafakati oleh semua parti dalam pakatan pembangkang terlebih dahulu.
“Tidak ada cadangan untuk bawa hudud ke Parlimen setakat ini. Bahkan tidak pernah ada cadangan untuk dibincangkan dalam Majlis Presiden pakatan pembangkang,” katanya seperti dilaporkan portal berita Free Malaysia Today hari ini.
Setakat ini, PKR masih belum menyatakan pendirian rasmi parti itu terhadap isu pelaksanaan hudud di Kelantan yang dijadualkan bermula tahun hadapan.

Advertisement
Biro Politik PKR dilaporkan telah mengadakan mesyuarat berhubung isu berkenaan semalam namun sehingga kini, tiada keputusan yang diumumkan. Difahamkan, PKR akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung keputusan mesyuarat tersebut dalam masa terdekat.
Menteri Besar Selangor itu menambah, isu hudud mungkin dibincangkan sekiranya ia dibangkitkan dalam persidangan Majlis Presiden pakatan pembangkang yang dijadualkan awal bulan depan.
Walau bagaimanapun, beliau tidak menjawab secara jelas pendirian partinya terhadap kenya-taan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan dan Industri Asas Tani Selangor, Zaidy Abdul Talib semalam yang menegaskan, ahli dan pemimpin PKR yang beragama Islam seharusnya menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan.
Sementara itu, di SHAH ALAM malam tadi, Mohamed Azmin berkata, kenyataan Naib Pengerusi DAP negeri, Datuk Teng Chang Khim bahawa Pas perlu meninggalkan pakatan pembangkang jika tidak berpegang kepada janjinya mengenai hudud adalah pendapat peribadinya.
Menurutnya, apa yang dinyatakan oleh Chang Khim tersebut tidak boleh dianggap sebagai mencerminkan pendirian pakatan pembangkang terhadap pelaksanaan undang-undang Islam.
“Sebarang cadangan baharu atau pendapat mengenai hudud akan dibincangkan pada peringkat Majlis Presiden dan perkara itu (hudud) hanya akan diputuskan selepas mendapat persetujuan semua parti komponen,” katanya kepada pemberita selepas majlis Penyampaian Hadiah Pemenang ‘Zon Bersih’ anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Advertisement
Semalam, Chang Khim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang ketika menyentuh mengenai langkah Pas untuk meneruskan pelaksanaan hudud di Kelantan dalam laman sosial Facebook miliknya berkata:
“Sekiranya kamu tidak tahu menunaikan janji tidak melaksanakan negara Islam dan hudud semasa berada dalam pakatan rakyat, keluarlah dari pakatan rakyat!” yang dipercayai merujuk kepada Pas.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.TddSQ15B.dpuf

P/s;- Macam biasa..kalau lawan cakap macam Chang Khim cakap...itu pandangan parti...kalau dia..itu pandangan peribadi...cam hampeh je..PAS pun rela..terima jelah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 01:11 PM | Show all posts
addamnor posted on 24-12-2014 01:35 AM
Saya tidak hairan lah hukum hakam tuhan ditentang ramai.. Di dlm kor'an pon allah taala sudah ulang  ...

ngapa ye org islam (melayu) menentang hukum jenayah syariah,
bak kata uai... kalau ianya org yahudi leh tahan kire... mntang hukum hudud

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 01:12 PM | Show all posts
Pas tidak boleh bertindak sendiri
24 Disember 2014 2:16 AM
  1  0 Google +0
KUALA LUMPUR 23 Dis. – DAP menafikan parti itu dan Pas berkongsi pendirian ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’ dalam soal pembenta-ngan rang undang-undang persendirian berhubung pelaksanaan hudud di Dewan Rakyat.

Lim Kit Siang
Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, pendirian yang dicapai pada 24 September 2011 hanya menegaskan bahawa hudud bukan sebahagian daripada dasar bersama pakatan pembangkang selagi ia tidak dipersetujui oleh semua parti.
Menurut beliau, maksudnya adalah jelas iaitu Pas tidak akan meneruskan pelaksanaan hudud secara bersendirian tanpa persetujuan pakatan pembangkang.
“Kita dimaklumkan bahawa Majlis Pimpinan pakatan pembangkang tidak akan dimaklumkan tentang butiran sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan berhubung pelaksanaan hudud pada 29 Disember ini.

Advertisement
“Perkembangan ini menimbulkan persoalan tentang kepentingan dan nilai pakatan pembangkang pada pandangan pucuk pimpinan Pas,” katanya menerusi laman blognya di http://blog.limkitsiang.com hari ini.
Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar hari ini menyatakan, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah bersetuju bahawa Pas berhak meneruskan usaha untuk melaksanakan hudud dengan syarat ia dilakukan mengikut pro-ses yang betul.
Pas sebelum ini dikritik berikutan keengganan parti itu berkongsi butiran terperinci tentang pelaksanaan hudud bersama sekutu-sekutunya dalam pakatan pembangkang.

Advertisement
Kit Siang menambah, pakatan pembangkang mungkin kalah teruk sekiranya hudud menjadi isu kontroversi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
“Barisan Nasional (BN) bukan sahaja berupaya memenangi semula majoriti dua pertiga di Parlimen malah, pakatan pembangkang mungkin kehilangan Selangor selain daripada Kedah manakala Johor kembali menjadi ‘simpanan tetap’ BN,” jelasnya.
Beliau memberitahu, masa depan pakatan pembangkang juga terumbang-ambing ekoran tindakan salah satu parti komponennya yang dianggap sebagai penghinaan terhadap sekutu-sekutunya yang lain.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.4uN4D0wv.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 01:13 PM | Show all posts
Tetap dilaksana tahun 
depan di Kelantan – MB
24 Disember 2014 2:16 AM
  2  0 Google +0
AHMAD YAKOB (kanan) menyampaikan Anugerah Tokoh Tahfiz 2014 serta

Advertisement
AHMAD YAKOB (kanan) menyampaikan Anugerah Tokoh Tahfiz 2014 serta sijil kepada Muhammad Hafif Mahdi dalam Majlis Graduasi Tahfiz 2014 Yayasan Islam Kelantan Kali Ke-5 di Pusat Tarbiah Islamiah, Pengkalan Chepa, Kelantan, semalam.
KOTA BHARU 23 Dis. – Kerajaan Pas Kelantan akan tetap melaksanakan hukum hudud di negeri ini seper-ti yang dirancangkan pada tahun depan biarpun mendapat ‘sera-ngan’ tanpa henti daripada sekutunya, DAP.
Malah Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya tidak ragu-ragu untuk mengkaji semula tahaluf siyasi yang diadakan dengan DAP jika sekutu dalam pakatan pembangkang itu masih tidak bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang Islam tersebut.
Beliau berkata, pelaksanaan hukum tersebut tidak boleh dipertikaikan oleh DAP kerana ia adalah mandat yang diberikan oleh rakyat negeri ini melalui pilihan raya umum sejak tahun 1990.
“Sama ada dia (DAP) serang atau tidak, kita terus buat kerja kita (laksanakan hukum hudud) sebab itu tuntutan rakyat. Di Kelantan kita sudah mandapat mandat daripada rakyat sejak tahun 1990 lagi, saya tidak mahu kata apa lagi, saya akan terus jalankan tugas di bawah sistem demokrasi yang diberikan oleh rakyat,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Graduasi Tahfiz Yayasan Islam Kelantan (YIK) di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini hari ini.
Dalam majlis tersebut, beliau menyampaikan sumbangan sijil tamat pengajian tahfiz kepada 273 pelajar yang menuntut di sekolah-sekolah kendalian YIK.
Kelmarin Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din menegaskan hudud merupakan nyawa kepada Pas yang tidak akan digadaikan walau atas apa alasan sekalipun dan jika DAP mahupun Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng tidak selesa dengan perjuangan Pas itu, Guan Eng boleh mencari ‘ke-selesaan’ lain dengan jalannya tersendiri.
Guan Eng dalam siri ‘serangan’ terbaharunya ke atas Pas menyifatkan, komitmen sekutu DAP itu untuk tetap melaksanakan hudud di Kelantan adalah penghinaan kepada pakatan, selain mendakwa langkah berkenaan bertentangan dengan konsensus pakatan.
Ahmad yang juga Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas berkata, kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang boleh dikaji semula sekiranya ketegangan berhubung tahaluf siyasi itu masih berterusan.
“Apa-apa perjanjian dan kerjasama boleh dinilai semula apabila keadaan nampak ketegangan supaya kita boleh lihat di mana titik tolak kita untuk tahaluf siyasi,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, ahli Parlimen beragama Islam daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) seharusnya menyokong pelaksanaan hukum hudud.
“Sepatutnya ada sikap daripada ahli Parlimen Muslim berada di tempat yang jelas,” katanya.
Sementara itu, tambahnya, sidang Dewan Undangan Negeri khas yang dirancangkan pada 29 Disember ini untuk pindaan enekmen jenayaah syariah negeri ini akan diteruskan biarpun keadaan banjir semakin buruk.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.9vj7NnBS.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 01:19 PM | Show all posts
karlee posted on 24-12-2014 01:11 PM
ngapa ye org islam (melayu) menentang hukum jenayah syariah,
bak kata uai... kalau ianya org yahu ...

mungkin sebab ramai melayu islam yang jadi pencuri, penzina skang ni..
jadi mereka tak mau ketakadilan berlaku ke atas mereka..
adakah kerana mereka melayu islam maka perbuatan mencuri, zina mereka dihukum kejam sedangkan orang lain tidak?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2014 05:44 PM | Show all posts
karlee posted on 24-12-2014 01:11 PM
ngapa ye org islam (melayu) menentang hukum jenayah syariah,
bak kata uai... kalau ianya org yahu ...

Jika dia benar2 faham apa itu islam, dia tidak akan tentang.. Kalau menentang maknanya tidak faham lah apa itu suruhan allah azzawajalla.. Dan tak perlu sedih kerana tuhan sudah bilang awal2 ajaran islam tidak akan sama sekali disenanangi oleh orang kafir. Sama jua dengan ajaran yang dibawa oleh ibrahim musa isa serta nabi2 lain.. Mereka ditentang dimaki hamun sampai ke peringkat bunuh.. Stakat orang kafir memfitnah islam dgn slogan islamophobia tu, beribu tahun dahulu tatkala tiada lagi era teknologi komunikasi sudah ada gerakan ini, masakan pula pada masa kini
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 06:03 PM | Show all posts
Aku sokong je hudud dilaksanakan tapi dengan syarat kalo RAJA or SULTAN or pemimpin buat salah WAJIB kena dulu.  
Boleh ke kat Mesia ni buat pertuduhan kepada SULTAN?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2014 06:36 PM | Show all posts
ref up 01
_
Salam Sejahtera,
Salam 1Malaysia,
        
      
Berita menarik kepada wanita-wanita yang ingin
  menambahkan keanggunan di bahagian kewanitaan mereka.
  Kami menawarkan produk terkini - krim tembam kelaapa dara di mana

  ex- moderator DARSITA menjadi model nya.Sekarang,
  DARSITA aktif berforum dengan nick super mod isabel

pangilan manja - kaka bel
sebelum ini DARSITA guna nick super mod naen.
  ~ ~   hubungi super mod isabel untuk tempahan krim tembam ~ ~

                                                                SEBELUM di sapu krim tembamn

                                          
.                                             

                                                              SELEPAS di sapu krim tembamn

                                         

                           Lihat lama2 pada bhgian sulit super mod isabel. Level tembam nya
                                mengkagumkan selepas  6 bulan
di sapu krim keelapa dara

                   boleh juga tempah krim tembam dari mod  perang_sivil
                  perang_sivil, isabel,naen, xpdckelate,dan DARSITA adalah
                  individu yg sama  (  high profile model semestinya punyai banyak ID    )




mod nixar @ ashna suka lagi arif tentang ketembaman bhg sulit kaka bel .
untuk lebih info, PM direct to nixar @ ashna      
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga hudud dapat dilaksanakan dgn baik
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 07:52 PM | Show all posts
Dlm masa pimpinan Tun M, hudud di haramkan dari perlaksanaan nya dan di sekat dari di bawak bicara dlm parlimen. Sekarang oleh kerana Pak Najib makin lemah dan mungkin akan berkubur bersama isterinya tak lama lagi, maka PAS ambik kesempatan lah....
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian mahathir ada anak mcm ni....
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 07:59 PM | Show all posts
SoalanSaye posted on 22-12-2014 02:30 AM
aku sokong laksanakan hudud, tp laksanakan pd non muslim jgk terutama cina. kita guna cara halos utk ...


Hanya setan saja boleh berpikir dgn niat jahat mcm kau. Harap kau jadi orang pertama di hukum hudud jika PAS dpt laksanakanya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 08:42 PM | Show all posts
terlalu bahaya untuk rakyat nak membincangkan pekara zalim ka tak hudud nie..
yang pasti hudud tak penah zalim... yg zalim orng yang nak buat tu...
sama ada ikut mcm mn al-quran kata ataupon tidak...
bg aku bab sesuai ka tidak nie bg ulamak ja yang berbincang...
kita rakyang yg jahil pasal agama nie jagan nak ckp banyak... sebab klu tersalah ckp akidah blh lari...
kita mungkin blh bincang pasal cara pelaksanaan..
kadar hukuman ka.. mungkin ada yg blh buat kajian pasal penetapan kadar dan si pelaksana...
tp bukan bab zalim..memecah belah atau tak adil...
klu tak adil tuhan tak turun kan kat nabi muhammad saw...

bukan tak bagi nak bincang bab nie... bnyk orng yang cerita bab hudud nie dia pon tak paham apa makna dan tujuan nak buat hukum nie... sebab klu nak bincang bab adil ke tak... kita tak cukup ilmu untuk nak menetap kan... sedang kan ulamak yg alim keluar kn fatwa pon masih ada yg bercanggah.. ini kan plk kita yng tak da ilmu...

kesian kat orng yg kn potong tangan tu... tp pnh tak kita kesian kat orng yang ditikam sb kn curi... yg kn pukul sampai koma... ada yang mati... ada anak yg dirogol... kita tak penah fikir sebab ada yg tak pnh hadap benda nie...

mudah ckp dia mcm ne la... bila kita kn kencing manis dan doktor ckp kn potong kaki..  tak da seorng pon dlm dunia dari sealim ulamak... sepakar profesor dan sejahil ummat yang bangun kata potong kaki orng kencing manis nie zalim... tak kesian ka bila dia kn potong kaki.. mcm mn man drive.. nak bejalan... nak cari duit? sebab apa... sebab kita tahu yng doktor td mmg alim dan tahu pasal penyakit nie... dia lebih tahu dari kita.. jadi satu dunia sepakat kata orng kencing manis yg kritikal luka pada kaki(kebiasaannya) perlu potong kaki dan itu adalah kaedah yng terbaik selepas kaedah perubatan lain tak boleh nak pulihkan...jadi takda la orng nak kata zalim kan....

tp bila hukum hudud nak di potong tangan ada plak dri seallim ulamak dan sepakar profesor dan sejahil umat yang bangun bg tahu ini zalim... mencuri nie penyakit dlm masyarakat.. dan mencuri nie manusia tak kn pnh jumpa ubat dia... dah berpa banyak undang2 dan berapa lama tamadun manusia kat atas dunia nie cuba untuk nak hilangkan penyakit mencuri nie... tak pernah ada satu tamdun pon yang berjaya selain islam... allah yg maha mengetahui... sebab mencuri adalah makhluk DIA... dan si pencuri pon adalah makhluk DIA... hanya ALLAH saja yang tahu ubatnya... bila Allah kata potong tangan orng yang mencuri kita bangun nak kata zalaim.. tak adil... kesian kat yg kn potong tangan... adakah kita manusia makhluk yg hina dan lemah nie lagi alim dari Allah tuhan sekelian alam? lupakah kita yang Allah mencipta kita dan keturunan sebelum dan selepas kita?

sama2 renungkan...

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 08:48 PM | Show all posts
MH37O posted on 23-12-2014 07:38 PM
nak tanya, brunei pakai hudud kan?

hurm,,,rasanya hhudud boleh diapply dimalaysia utk islam shj.. ...

Penduduk Brunei tak sampai setengah juta. Perlembagaannya monaki muklak dan ekonominya hanya tergantung pada minyak. So tak kisah ada hudud atau tak kerana meraka tak ada hak langsung utk membantah.

Tapi kalau betul betul Hudud di laksanakan pada seluruh Mesia tak kira bangsa dan agama, tak payah lah melucutkan kerakyatan org2 Cina yg bersalah saja. Org2 Cina dan bangsa2 lain dgn sendiri akan melucutkan kerakyakan dan berhijrah ke negara lain dgn wang2 dan pelaburannya sekali gus. Bukan itu saja, pelabur2 asing pun akan lari dari Mesia. Habis ekonomi negara akan runtuh, org2 Melayu akan hilang kerja dan menjadi lebih miskin. Dengan tiada bangsa lain utk bermusuh, orang2 Melayu akan bermusuhan antara sama sendiri. Jenayah pun naik tinggi dan akhirnya hukum hudud boleh lah di laksanakan dgn sepenuhnya. Last last Mesia akan menjadi negara fail States seperti Syria, Iraq, Libya, Sudan dll. Puas hati?
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Astaghfirullah...sapelah kita nk lekehkan hukum Allah...bertaubatla
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2014 01:52 AM | Show all posts
bila  nak bawa ke dewan rakyat?
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 02:04 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 25-12-2014 01:52 AM
bila  nak bawa ke dewan rakyat?

selepas dibawa ke sidang dewan negeri kelantan pada 29/12 ni..lepas tu lah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 02:12 AM | Show all posts
aku berharap hukum hudud dilaksanakan segera agar org takut nak mencuri,meragut dan merompak
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 01:01 AM | Show all posts
koliba posted on 25-12-2014 02:12 AM
aku berharap hukum hudud dilaksanakan segera agar org takut nak mencuri,meragut dan merompak

Kalau orang itu sudah ada niat jahat dia mana ada takut. Lepas kena tangkap baru teringat rasa takut. Macam pengedar dadah, lepas kena tangkap baru dia tau dia akan di hukum gantung sampai mati. Itu pun masih ada orang tak takut. Kita sering baca di suratkhabar ada orang kena tangkap kerana mengedar dadah. So lu ingat dgn adanya Hudud jenayah akan hapus ke?
Last edited by RearAdmirer on 26-12-2014 01:09 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 09:29 AM GMT+8 , Processed in 0.442110 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list