CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: FOTHER-MUCKER

[Tempatan] Hudud akan memecah-belahkan masyarakat – Marina Mahathir

[Copy link]
Post time 22-12-2014 01:59 PM | Show all posts
taikor posted on 22-12-2014 01:48 PM
kebanyakkannya kerana perlaksanaan yg kurang memuaskan...

Saya tak percaya Amno akan menyokong ...

sy pulak xde kuasa apa pun.tidak menentang,malah xmenghalang..cuma dlm isu hudud ni mmg ada pihak yg melagakan,malah mengambil kesempatan.menangguk di air keruh,pura2 sokong atau tunggu ms nak tepuk tgn sahaja klu gagal.jd,ia perlu diperhalusi sebaik mungkin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2014 02:00 PM | Show all posts
Dulu masa PAS guna isu Hudud utk kapirkan UMNO...saya tak setuju..krn semata2 PAS nak politikkan isu hudud utk hentam musuh dia UMNO...sedangkan tidak ada satu usul pun PAS buat utk dibentangkan, dibahaskan diParlimen...habis org UMNO dikapirnya...dipulaunya kenduri kendara...diceraikan isterinya....berlaku 2 imam..kubur pun asing2.

tapi bila PAS sedang merangka hudud utk dibawa ke sidang parlimen dimana UMNO pun ada didalam jawatankuasa bersama mengkaji hudud utk diusul, dibahaskan dan diundi utk mendapatkan kelulusan 2/3...itu saya setuju...dan sepatutnya dibuat lama dulu dah...bukan mengkapirkan UMNO demi kepentingan politik pemimpin2 PAS utk berumah banglo, berkereta merc.

semasa disidang parlimen tu nanti, baik PAS baik mana2 macai akan lihat sendiri parti mana yg menyokong dan parti mana yg akan menentang dan parti mana yg akan berkecuali..dipihak BN saya pasti PBS, MCA, Gerakan dan MIC akan menentang..diPihak PR..lu sendiri pk lah.

So..bagi marina...eloklah ko terima dulu usul hudud ni dibahaskan diParlimen..biar masing2 kupas baik dan buruknya, pro dan konnya.

bagi saya pula...saya memang takkan setuju kalau hudud hanya dilaksanakan pada org islam sahaja...yg bukan islam kena ikut sivil....mana boleh sebuah negeri atau negara membuat dua undang2....nanti org islam sendiri minta keluar dari islam jadi murtad sbb mereka pk tak kena hudud...hanya kena sivil.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 02:01 PM | Show all posts
khaira01 posted on 22-12-2014 01:58 PM
buat camne.. ramai yg takut hudud ni, takut jadi kudungla, cacatla..
padahal kalo xbuat jahat, taku ...

iye la tu....
dalam dunia khayalan ko yg ideal.. boleh la ko kata macam tu...
dalam dunia kelam kabut malaysia.. tak de istilah kalau tak buat jahat ko jangan takut...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 02:03 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 22-12-2014 02:00 PM
Dulu masa PAS guna isu Hudud utk kapirkan UMNO...saya tak setuju..krn semata2 PAS nak politikkan isu ...

skarang ni .. umno pula terhegeh2 suruh pas buat hudud.. tapi umno tak nak hudud.. tapi umno nak hudud pula.. tapi umno takut hudud.. tapi umno nak pas buat hudud.. tapi umno benci hudud...
dan begitu la seterusnye lobai2 umno yg kekeliruan itu
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 02:05 PM | Show all posts
sedeh tengok orang islam sendiri tak reti pasal hudud, qisas, tazir dan diyat
lagi sedeh tengok orang islam yang tak reti tapi malas nak me'reti'kan diri
bertambah sedeh tengok orang islam jenis dedua ni gegeh beria-ia mempertahankan sesama sendiri

qiam tak betul, boleh dibetulkan
tak perlulah jaga pride dan ego tu sampai sanggup putar-belitkan cerita supaya nampak diri tu betul
malah mengharapkan orang-orang lain tertipu dan ikut sama

di hari akhir nanti, tuhan akan kata salah tetap salah
tuhan tak kata kalau majoriti buat perangai sama maka ianya betul
autokrasi, bukan lagi demokrasi

tau lah iman tak dapat diwarisi
rupanya kecerdikan pun tak dapat diwarisi
meski punyai masa dari kecik sampai besar panjang untuk melihat, meneliti dan belajar dari orang yang ada di sisi
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 02:08 PM | Show all posts

Saiful Nang shared Warga Prihatin's photo.
48 mins · Edited ·
Jika bapa dah begitu, anaknya lagilah. Takutkan hudud seperti takutkan bayang-bayang sendiri. Jika hidup dah biasa BEBAS mana akan suka dengan HAD-HAD (HUDUD).
Tun Mahathir pernah berjaya mengurangkan kuasa raja-raja dan dengan kenyataan anak beliau ini nampaknya Tun juga berjaya mengurangkan kuasa Allah dengan mengelaskeduakan solusi hudud dalam menangani masalah jenayah yang sering lalu tepi telinga kita setiap hari.
Pandangan Warga Prihatin
//Ohh...cerita di rumah Tun di London masa Marina muda bergetah dulu...saya tahu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2014 02:08 PM | Show all posts
atira posted on 22-12-2014 02:03 PM
skarang ni .. umno pula terhegeh2 suruh pas buat hudud.. tapi umno tak nak hudud.. tapi umno nak h ...

saya keliru ke atira yg keliru sebenarnya?.

bila masa pula UMNO suruh PAS buat hudud?......yg terhegeh2 PAS yg beria2 nak buat hudud...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 02:11 PM | Show all posts
sekngucing posted on 21-12-2014 11:08 PM
aku setuju dgn marina
secularism all the way

plain obvious.

cuma mereka yang telah dibutakan mata hati sahaja yang masih tak nampak peranan secularism dlm memastikan rencam dunia ini manageable.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2014 02:12 PM | Show all posts
atira posted on 22-12-2014 02:01 PM
iye la tu....
dalam dunia khayalan ko yg ideal.. boleh la ko kata macam tu...
dalam dunia kelam  ...

itula le yg sy faham. hukuman ni tujuan utk mendidik.
bkn org yg bersalah je rasa insaf dan terkesan, malah masyarakat sekeliling.
kalau kita belajar proses pelaksanaan hudud ni, byk peringkatnya.
tak semudahnya hukuman dikenakan ke atas seseorg.
jd tak perlu rasa takut.

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 02:13 PM | Show all posts
PKR bincang isu hudud, esok
NIZAM ZAIN
21 Disember 2014
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services
0


NURUL IZZAH
< 1 / 2 >
KUALA LUMPUR - Hasrat kerajaan negeri Kelantan pimpinan Pas untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu bakal dibincangkan dalam mesyuarat Biro Politik PKR, esok.

"Insya-ALLAH esok kami (Biro Politik) akan ada pertemuan politik untuk memperhalusi perbincangan dalam hal ini, pada 3 petang di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor.

"Kita akan beri kenyataan rasmi selepas pertemuan esok," kata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar kepada pemberita selepas menemui penduduk di Jalan Bukit Pantai, Bangsar, di sini, hari ini.

Isu hudud kembali menjadi polemik dan hangat diperbahaskan apabila Konvensyen Nasional DAP 2014 pada minggu lalu meluluskan sembilan resolusi merangkumi 32 perkara termasuk menolak cadangan melaksanakan hukum hudud yang diperjuangkan Pas.

Pada konvensyen itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa PR untuk menjelaskan pendirian mereka untuk tidak melaksanakan hudud jika mahu menang pada pilihan raya akan datang.

Sementara itu, kerajaan negeri Kelantan akan mengadakan sidang khas Dun Kelantan pada 29 Disember ini untuk meminda Kanun Jenayah Syariah II bagi membolehkan sebahagian hukum Hudud dilaksanakan di negeri itu.

Cadangan Kelantan itu bagaimanapun menimbulkan konflik dalam PR di mana DAP menentangnya manakala Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap cadangan itu bermasalah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 02:13 PM | Show all posts
cupu posted on 22-12-2014 01:52 PM
dan sbb islam ajar,tu kita kn pilih dgn siapa kita berkawan..nk check diri kita check kwn dulu.kwn ...

mmg kena pilih kawan..
tp kan ada kata pepatah "rambut sama itam, ati lain2"...bkn senang kta nak tau siapa yg betol2 baik / jahat...
tp yg pasti di akhir zaman ini fitnah menjadi makanan harian...
lagi pulak mmg dah diberi amaran bahawa di akhir zaman ni, ada yg akan mengambil kesempatan dengan menjual agama...
mmg susah nak pastikan siapa yg betol2 ikhlas untuk mempertahankan agama..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 02:14 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 22-12-2014 02:08 PM
saya keliru ke atira yg keliru sebenarnya?.

bila masa pula UMNO suruh PAS buat hudud?......yg ...

so jelas la umno sememangnye  menentang hudud ?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 02:14 PM | Show all posts
Hudud nyawa Pas
DAP boleh cari keselesaan dengan jalan lain
MOHD. ASRON MUSTAPHA  |  22 Disember 2014 1:50 AM
  
KUALA LUMPUR 21 Dis. - Pergeseran antara Pas dengan DAP kian panas apabila parti itu dalam reaksi segeranya terhadap kelancangan Lim Guan Eng bertegas, hudud merupakan nyawa kepada Pas yang tidak akan digadaikan walau atas apa alasan sekalipun.



Malah, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din ketika membuat kenyataan tegas itu berkata, jika DAP mahupun Guan Eng tidak selesa dengan perjuangan Pas itu, Setiausaha Agung DAP tersebut boleh mencari ‘ke-selesaan’ lain dengan jalannya tersendiri.
Bahkan tanpa berselindung, beliau mengakui, siri ‘serangan’ oleh DAP terutamanya mempersoal dan mempertikai hukum hudud yang menjadi asas kepada perjuangan Pas telah ‘mengoyak’ syarat tahaluf siyasi (kerjasama politik) dalam pakatan pembangkang.
Justeru, tegas tokoh ulama yang disegani dalam Pas itu, jika DAP atau Guan Eng berterusan mempertikai hukum hudud, parti tersebutlah sebenarnya bertanggungjawab merosakkan ‘kertas’ tahaluf siyasi yang dipersetujui pakatan pembangkang sejak 2008.

Advertisement
“Pas tidak terbelenggu oleh komen lawan mahupun kawan. Hudud nyawa Pas dan ini perjuangan asas yang tidak pernah lekang. Jika Guan Eng merasakan tidak selesa, maka carilah jalannya sendiri untuk keselesaan kerana hudud tetap diteruskan (di Kelantan).
“Apa yang dibuat DAP telah mencacat dan mencarik-robek tahaluf, kalau terus-menerus demikian, maka DAP yang mengoyak kertas tahaluf kerana Pas tidak pernah mempertikai asas perjuangan DAP,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Guan Eng dalam siri ‘serangan’ terbaharunya ke atas Pas menyifatkan, komitmen sekutu DAP itu untuk tetap melaksanakan hudud di Kelantan adalah penghinaan kepada pakatan, selain mendakwa langkah ber-kenaan bertentangan dengan konsensus pakatan.

Advertisement
Kenyataan tersebut dibuat Ketua Menteri Pulau Pinang berkenaan tidak sampai seminggu selepas beliau mendesak pakatan pembangkang memuktamadkan pendirian untuk menolak hudud ketika merasmikan Persidangan Kebangsaan DAP kononnya demi aspirasi pengundi.
Tidak menunggu lama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob kemudian membalas dengan menegaskan kerajaan negeri akan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Khas 29 Disember ini untuk meminda Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Pindaan 2014).
Penegasan Ahmad itu disusuli pula kenyataan sinis oleh Timbalannya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah yang mengalu-alukan DAP untuk keluar pakatan sekiranya tidak yakin dapat memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14, jika hukum hudud dilaksanakan di Kelantan.
Sementara itu, Haron mempersoal apa sebenarnya motif Guan Eng apabila Setiausaha Agung DAP tersebut berterusan mempertikai isu hudud, sedangkan antara semua parti sekutu dalam pakatan sudah ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’ berkait soal asas perjuangan.
“Mengapa sebelum ditubuhkan pakatan dulu tidak disebut? Mengapa baru sekarang? Nasihat saya kepada Guan Eng usahlah membuang masa menegur Pas kerana kami tidak akan mempedulikan kata-kata seperti itu. Pas tidak akan meninggalkan perjuangan ini,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.NDymnc7A.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 02:14 PM | Show all posts
aku dari dulu memilih jalan paling selamat yakni sekularisma.

risiko meletakkan mullah to run the country according to dogma ni terlalu tinggi. Paling bahaya bila mereka mendakwa jurucakap tuhan, siapa yang berani bantah?...

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 02:16 PM | Show all posts
khaira01 posted on 22-12-2014 02:12 PM
itula le yg sy faham. hukuman ni tujuan utk mendidik.
bkn org yg bersalah je rasa insaf dan terke ...

ko tgk aja hukum syariah yg dikatakan hukum allah tu dilaksanakan di malaysia?
adil sangat kah?
dgn banyak loop hole... tak cekap.... penindasan... itu dah bertahun2 punye pelaksanaan tu

tak dpt aku bayangkan bagaimana kelam kabutnye kalau hudud dijalankan....
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 02:16 PM | Show all posts
atira posted on 22-12-2014 02:14 PM
so jelas la umno sememangnye  menentang hudud ?

nama je pensyarah....tu yg umno dlm jawatankuasa kaji hudud bersama PAS utk PAS bawa ke sidang parlimen tu UMNO tentang lah tu kan kan kan.

opssssss...silap..tu UMNO wayang je kan kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2014 02:18 PM | Show all posts
atira posted on 22-12-2014 02:16 PM
ko tgk aja hukum syariah yg dikatakan hukum allah tu dilaksanakan di malaysia?
adil sangat kah?
...

tapi idola atira Nik Aziz..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 02:19 PM | Show all posts
hukuman hudud utk kesalahan jenayah sudah lah... xyah la menyeluruh... so bolehlah kurangkan jenayah tu.. kasi gertak sket
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 02:19 PM | Show all posts
spankee_fili posted on 22-12-2014 01:43 PM
Sbb kita idop di zaman fitnah...kkdg yg dpn mata pn mgkin tak benar...ada bukti video pn mungkin p ...

atau video tu tak boleh jadikan bukti..sebab besi..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 02:29 PM | Show all posts
nie la kalo bercakap tanpa ilmu... hurm...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.074599 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list