CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: atira

[Tempatan] Apa cerita result PT3 hari ni?

[Copy link]
Post time 23-12-2014 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut la kawan2 aku yg ada anak form 3 semua senyap aje takde nak upload gmbr slip keputusan anak. Mesti dorang berharap aku lupa yganak dorang form 3 heheheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2014 11:53 AM | Show all posts
PT3: Keputusan ‘mengejutkan’

Beberapa sekolah luar bandar catat A semua mata pelajaran
SOFIAN BAHAROM, AZHARI ZAINOODDIN, NORLIZA 
MOHAMAD ZAKARIA, 
SALEHUDIN MAT RASAD 
DAN NAZWIN IZAN AHMAD NAZRI  |  23 Disember 2014 2:14 AM
  
PELAJAR-PELAJAR Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wilayah, (dari
PELAJAR-PELAJAR Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wilayah, (dari kiri), Ashlisya Murshed Munir, Nur Arifah Aiddid, Siti Hajar Othman Siru, Shahirah Shamzul, Nadia Ramlan dan Mawaddah Faisal ceria sambil menunjukkan keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 setelah memperoleh 5A hingga 7A di Kampung Baru, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/DJOHAN SHAHRIN SHAH

KUALA LUMPUR 22 Dis. - Hasil sulung pelaksanaan ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun ini menyaksikan keputusan yang ‘mengejutkan’ dengan beberapa sekolah di luar bandar mencatatkan keputusan semua A dalam semua mata pelajaran.
Pada masa sama, kebanyakan sekolah ternama pula mencatatkan kemerosotan mendadak jumlah pelajar yang mencatat keputusan semua A dalam mata pelajaran yang diambil di negara ini.

Di TERENGGANU, sebanyak 10 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mak Lagam, Kemaman mendapat keputusan cemerlang 11A dan 10A bagi PT3 mereka.
Pengetuanya, Azizah Jusoh berkata, pihaknya tidak dapat membuat perbandingan mengenai pencapaian para pelajar kerana PT3 hanya bermula tahun ini, tetapi menyifatkan keputusan itu sebagai permulaan yang baik.
“Kami berbangga dengan pencapaian mereka yang turut mendapat A dalam pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
“Kami berharap kepada mereka yang berjaya agar terus kekal dengan SMK Mak Lagam hingga mencapai keputusan terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas majlis penyerahan sijil kepada para pelajar.

Di PULAU PINANG, antara sekolah cemerlang yang terkesan dengan keputusan kurang memberangsangkan daripada pelaksanaan PT3 itu adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jambul, SMK Agama Al-Irshad, SMK (P) St. George’s dan SMK Agama Al-Mashoor (L).
Pengetua SMK Bukit Jambul, Noorzeela Abu Bakar berkata, hanya enam daripada 183 calon PT3 sekolah itu mencatatkan keputusan semua A dalam mata pelajaran yang diduduki mereka.
“Sukar untuk kita membandingkan pencapaian PT3 ini dengan PMR (Penilaian Menengah Rendah) kerana format kedua-dua peperiksaan jauh berbeza. Melalui PT3 pelajar diuji dengan soalan berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan tiada soalan berbentuk objektif seperti PMR sebelum ini,” katanya.
Sementara itu, di SMK Agama Al-Mashoor (L) pula, hanya dua daripada seramai 121 pelajarnya berjaya mendapat keputusan semua A dalam PT3.
Pengetuanya, Abd. Razak Osman berkata, keputusan itu mengecewakan dan jauh berbeza jika dibandingkan dengan PMR tahun lalu.
“Keputusan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik juga tidak memuaskan berbanding mata pelajaran lain. Kita akan menilai pencapaian PT3 ini dengan memberi fokus kepada punca pelajar gagal mendapatkan keputusan cemerlang supaya program penambahbaikan boleh dirangka segera,” katanya.

Sementara itu di MELAKA, SMK Infant Jesus Convent mencatat seramai sembilan pelajar cemerlang daripada 219 pelajar tingkatan tiga sekolah itu dalam PT3.
Pengetuanya, Norizan Ismail berkata, secara keseluruhan, sekolah itu memperoleh tidak kurang daripada 60 pelajar yang cemerlang dalam PMR sebelum ini.
“Memang keputusan jauh berbeza yang mana sekolah ini memperoleh hanya sembilan pelajar cemerlang dalam PT3 yang merupakan salah satu komponen dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Para pelajar pada tahun depan akan diberikan laporan bagi setiap komponen ini dan ibu bapa tidak boleh bandingkan dengan PMR kerana ini merupakan sebahagian daripada PT3.
“Format soalannya pun berbeza, kalau PMR dalam bentuk objektif tetapi PT3 semuanya dalam bentuk subjektif malah dimasukkan pula kemahiran berfikir aras tinggi sebagai persediaan para pelajar untuk menduduki peperiksaan di tingkatan lima nanti,” katanya.


Kata Norizan, pencapaian kurang memberangsangkan adalah dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.
Dalam pada itu, di PAHANG, Pengetua SMK Panglima Perang Tengku Muhammad, Kuantan, Mohd. Yunus Mahil berkata, keputusan PT3 membabitkan 257 calon di sekolah berkenaan adalah kurang memuaskan.
“Kita sudah jangka kerana ini merupakan kali pertama PT3 diperkenalkan. Misalnya dalam mata pelajaran Sains dan Matematik boleh dikatakan majoriti calon PT3 di sekolah ini tidak menguasai tahap minimum atau mendapat keputusan F.
“Ibu bapa tidak perlu terkejut dan risau, kita baru hendak menyesuaikan diri dengan PT3, sudah tentu ada sedikit kesan dengan keputusannya jika dibandingkan rekod-rekod sekolah pada PMR sebelum ini. PT3 adalah satu usaha jangka panjang kerajaan dan memerlukan kerjasama semua pihak bermula dari ibu bapa sehinggalah pihak pengurusan sekolah,” katanya.

Di Maran, berlaku penurunan jumlah pelajar cemerlang yang mendapat A dalam semua mata pelajaran berbanding PMR sebelum ini.
Berikutan itu, tinjauan Utusan Malaysia di beberapa sekolah menengah di daerah ini mendapati keghairahan pelajar untuk ‘meraikan’ keputusan PT3 tidak semeriah berbanding sewaktu PMR dahulu berikutan kekurangan ramai calon cemerlang.
Bagaimanapun bagi Pengetua SMK Jengka Pusat, Mohd. Rozi Mat Sani yang ditemui, kekurangan bilangan pelajar cemerlang disebabkan aras soalan yang dikemukakan kepada calon adalah soalan Kbat.
Menurut beliau, ini berikutan PT3 menguji keupayaan pelajar menguasai proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan juga PBS yang ingin dicapai dalam Pelan Pembangunan Pendidikan.
“Lima aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan, inilah yang perlu dicapai oleh pelajar.
“Justeru, kita rasional dengan perubahan sistem pendidikan negara yang berteraskan kepada kemampuan pelajar itu sendiri dalam menguasai proses pendidikan yang bersifat global dan berdaya saing,” katanya.

Di PERAK, Pengetua Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh, Noor Aini Zainal Abidin berkata, daripada 123 pelajarnya yang menduduki PT3 tahun ini, hanya 22 pelajar mendapat keputusan 7A ke atas.
Katanya, keputusan itu agak menyedihkan kerana sasaran awal berdasarkan pencapaian tahun sebelumnya adalah lebih 60 pelajar akan memperoleh keputusan A dalam semua mata pelajaran.
“Jika dilihat kepada keputusan itu, kita tidak berpuas hati tetapi keputusan ini tidak boleh dibandingkan dengan PMR kerana pembelajarannya yang berbeza.
“Oleh itu, kita perlu mengkaji semula kaedah dan strategi baru bagi menghadapi PT3 pada tahun hadapan. Bagaimanapun, apa yang membanggakan kebanyakan pelajar yang cemerlang ini adalah mereka yang seimbang dalam penglibatan aktiviti luar dan pelajaran,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.72C2UA5Z.dpuf Last edited by Anak_Nogori on 23-12-2014 11:55 AM

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 11:59 AM | Show all posts
Jangan salahkan PT3
23 Disember 2014 1:46 AM
  3  0 Google +0
KUALA LUMPUR 22 Dis. – Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) berharap pihak sekolah tidak menyalahkan perubahan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sekiranya keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang diumumkan hari ini tidak seperti yang dijangkakan.

Mohamad Ali Hassan
Presidennya, Prof. Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hassan berkata, percubaan pertama oleh kementerian itu perlu dipandang secara positif dan dapat menerima apa sahaja keputusan PT3 yang diperoleh dengan hati yang terbuka.
Katanya, keputusan tersebut seharusnya tidak membebankan pelajar dan guru malah, perlu dijadikan iktibar serta mengambil tindakan bersama bagi menangani kemerosotan akademik para pelajar.
“Kementerian juga perlu mengkaji semula bagi memastikan PT3 ini berjaya dilaksanakan seiring dengan tujuan asalnya iaitu untuk mencungkil bakat-bakat yang terpendam dalam kalangan pelajar di samping mendapat bimbingan daripada pihak sekolah.

Advertisement
“Penilaian baharu untuk tingkatan tiga tersebut dilihat dapat mengenal pasti dan memberi peluang kepada pelajar yang tercorot dalam akademik tetapi mempunyai kebolehan dalam bidang vokasional untuk mencapai kejayaannya yang tersendiri,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengumumkan penambahbaikan PBS iaitu memperkenalkan ujian PT3 mulai tahun ini.
Menerusi pelaksanaan tersebut, tiada lagi peperiksaan berpusat untuk pelajar tingkatan 3 dan PT3 akan dilaksanakan di peringkat sekolah.
Tambah Mohamad Ali, dunia zaman sekarang yang semakin meningkat maju bukan sahaja tertumpu kepada ahli akademik semata-mata tetapi juga memerlukan kemahiran dalam bidang teknikal.
Apabila ditanya mengenai ketelusan dalam memeriksa kertas peperiksaan memandangkan ia hanya melibatkan khidmat guru dari sekolah tersebut, Mohamad Ali berkata, semua guru yang terlibat dengan PT3 perlu bersikap profesional dan menjaga etika sebagai seorang pendidik.
“Saya tidak menafikan bahawa perkara tersebut boleh mendorong guru-guru untuk memberi markah yang tinggi kepada pelajarnya bagi menjaga serta meningkatkan prestasi sekolah.
“Oleh sebab itu, tenaga pengajar yang terlibat dalam penilaian PT3 ini perlu diberi latihan dan kursus bagi memastikan sikap pilih kasih tidak timbul ketika menjalankan tugas,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.ThoSqQXF.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 12:02 PM | Show all posts
mommymonster82 posted on 23-12-2014 07:21 AM
Klu ada yg dakwa gitu... Bermkna guru besar tu pon xfaham pbs tu mcm mana...hrp di sini ibu bapa b ...

kat fb  sek ank  saya mak/bapak melalak marahkan cikgu.
sbbnya cikgu war2kan pelajar  dpt C  dlm math  n sains kena keluar
sekolah. puas cikgu tu terangkan yg mereka bukan saja dinilai dari kep PT3
tetapi PBS juga, cikgu tuterangkanygPBS tu ada pentaksiran psikometrik
dan dari situ dpt kesan yg budak2 tu tak sesuai dgn aliran sains tulin bla bla...
tapimak/bapak apa peduli janji ank aku nampak pandai...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 12:05 PM | Show all posts
ckp  dgn kwn tadi kalau tgk standard marking yg tinggi hebat jugaklah ank dia
walau tak dpt straight, 6A 4B kira hebat jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
arasham posted on 23-12-2014 12:02 PM
kat fb  sek ank  saya mak/bapak melalak marahkan cikgu.
sbbnya cikgu war2kan pelajar  dpt C  dlm  ...

Itulah mak bapak... Nak pulun  gak anak masuk aliran sains... Padahal xlayak...

Dah byk kali u gtu..sekolh me pon... Pmr dulu math sains  dpt C- D pon sibuk nk amik aliran sains..amik add math dgn fizik... Sampi thap mak bpk dtg ngamuk kt sekolah...kitorg bg jerlah walu xcukup syarat.. Akhirnya anak mmg xleh bawak.. Stress ja anak tu dapat... Spm dpt ala2 jer...org len amik aliran art dpt result lg elok..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2014 12:13 PM | Show all posts
setuju untuk kekalkan gred mcm tu..yg benar2 layak saja dpt A,
selama ni, ckgu2 sekolah asyik kena buat laporan bila keputusan percubaan
jatuh teruk..kdg2 peratus lulus masa percubaan 50% tup2 bila keputusan peperiksaan
sebenar terus melonjak hingga 80-90%..sedangkan guru2 amat maklum tentang
keupayaan pelajar2 yg ada di depan mata...

Cuma cara pelaksanaan PT3 tu dlm keadaan tergesa2...bayangkn bulan Jun pn masih ada
perubahan itu ini, guru2 baru dipanggil taklimat, nak memahami kehendak PT3, dlm
masa yang sama melaksanakan PBS, bulan Julai perlu siapkan kerja kursus Sejarah & Geografi
bulan Ogos ujian lisan dan mendengar, diikut percubaan PT3, kemudian peperiksaan sebenar.
Memang tidak terkejar rasanya dan agak tidak adil bila  keputusan pelajar2
di tingkatan 1 dan 2 tidak diambil kira band yang mereka dapat seolah2 pelajar hanya
perlu melakukan semuanya semasa di tingkatan 3

Dan sangat2 kasihan pd guru2 terutama guru2 tingkatan 1 dan 2, punya la bersengkang mata
bangun 3, 4 pagi nak isi data pelajar secara online tiba2, data yg diisi tu tak diambilkira langsung.
Ada pulak tu, bukan sekali isi, berulang2 kali kerana data tetiba hilang...itu yg menimbulkan
rasa tidak puas hati, rasa mcm main sembunyi2 dan  diperbodohkan.


Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 12:14 PM | Show all posts
bagus pt3 ni kita dapat tengok budak mana yg betul2 ada critical thinking.. tak de la main menghapal je atau tembak dadu ABCD macam PMR yg lepas.. just harap tiada pressure drp pihak pentadbir ke atas guru2 utk menaikkan ranking sekolah la... kejar mengejar ranking tu yg buat soalan bocor membocor sana sini..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2014 12:15 PM | Show all posts
mommymonster82 posted on 23-12-2014 12:11 PM
Itulah mak bapak... Nak pulun  gak anak masuk aliran sains... Padahal xlayak...

Dah byk kali u  ...

patutnya mak/bapak tu yg sekolah semula biar depa fahamkan
bagi saya ini satu permulaan yg baik, kalau org  baru kahwin pun org
kata 5 tahun pertama masa kritikal so tlglah beri sokongan pd PT3 demi
masa depan negara.. abg muhyidin yasin sila bertabah..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
arasham posted on 23-12-2014 12:15 PM
patutnya mak/bapak tu yg sekolah semula biar depa fahamkan
bagi saya ini satu permulaan yg baik ...


Sy harap ibu bapa dpt bersuara utkkekalkn pt3.. Dipihak guru suara kami xde nya didengar...

Harap pt3 dpt dikekalkan..demi kelansungan generasi yg berkualiti.. Bukn kuantiti jer..

Result pt3 ni terutama sains n math kira valid n telus sbb dia berkait dgn result timss n pisa... Dpt timss n pisa sm mcm pt3... Bukn mcm pmr dulu.. Result pmr mencanak2 naik konon.. Sekali buat exam timss n pisa.. Malaysia tercorot.... Yg dpt A dlm pmr dlm timss hnya score b dan c shj... Lebih separuh dari calon A Pmr xdpt kekalkn gred A masa exam timss n pisa... Jd tahap apa kualiti A kita? So kli ni lbih telus n kebolehprcayaan tinggi...walaupon cikgu2 sendiri yg tanda
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 12:34 PM | Show all posts
kechikchomel posted on 22-12-2014 02:47 PM
tadi tgk buletin 1.30
sekolah ttdi ada 4 org dpt straight a's
sekolah infant jesus melaka 9 org st ...

Wah.... my ex-school Infant Jesus Convent (IJC) ...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
kata najib dh batalkan pt3 kan?ada dpt wassup.rasionalnya bagus gak pt3 ni.teringat plk aku.ms form3 dpt 7a.aku kn msk kls sains.ms tu aku xnak sains.aku nak kls eco ke,kls sastera.sbb aku mmg xleh bwk add mate tu.kra wlupun aku dpt 7a tu xsepadan ngan aku.nak tkr,tp cikgu plk xkasi.last spm,setakat kredit jer..udoh spm result aku.yg adik aku msk kls sastera.dia pun suka membaca.elok2 jer dpt msk maktab,jd cikgu.msk u,dh kn ngan bidang dia,siap dpt 1st class,ptptn pun xyah byr..aku jgk kena byr ptptn...:Q
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 12:38 PM | Show all posts
arasham posted on 23-12-2014 12:15 PM
patutnya mak/bapak tu yg sekolah semula biar depa fahamkan
bagi saya ini satu permulaan yg baik ...

tu jenis mak pak PPRT...yg urban lama tahu dah..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 12:40 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 23-12-2014 12:38 PM
tu jenis mak pak PPRT...yg urban lama tahu dah..

kita  ni urban ke beruban  cik AN
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 12:40 PM | Show all posts
cupu posted on 23-12-2014 12:37 PM
kata najib dh batalkan pt3 kan?ada dpt wassup.rasionalnya bagus gak pt3 ni.teringat plk aku.ms form3 ...

ye ke najib dah batalkan?...tapi lam paper ucap tahniah plak.

PM ucap tahniah
23 Disember 2014 1:46 AM


0 0 Google +0




Advertisement



Datuk Seri Najib Tun Razak





KUALA LUMPUR 22 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang mencatat kejayaan cemerlang dalam ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang diumumkan di seluruh negara hari ini.

Kepada pelajar kurang cemerlang pula, Perdana Menteri meminta mereka jangan mudah berasa kecewa sebaliknya meneruskan usaha untuk mencapai lebih banyak kejayaan pada masa depan.
“Keputusan PT3 baru diumumkan hari ini. Tahniah kepada semua dan teruskan usaha anda untuk mencapai kejayaan,” kata Najib sebagaimana dipetik dari laman Twitternya hari ini.
Seramai 453,413 calon di seluruh negara menduduki ujian PT3 di 2,608 pusat peperiksaan pada Oktober lalu.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.NnE77fAl.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 12:50 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 23-12-2014 12:40 PM
ye ke najib dah batalkan?...tapi lam paper ucap tahniah plak.

PM ucap tahniah

ni wassup yg sy dpt..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2014 12:53 PM | Show all posts
cupu posted on 23-12-2014 12:50 PM
ni wassup yg sy dpt..

try masuk tweet najib....ada tak Najib batalkan spt dlm wassup tu?.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 12:56 PM | Show all posts
cupu posted on 23-12-2014 12:50 PM
ni wassup yg sy dpt..

17 dec 2014
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 12:59 PM | Show all posts
Kittie posted on 22-12-2014 03:50 PM
Tekanan ibu bapa kot. Entahla, budak2 & ank2 muda zaman (even yg lg tua dr Kittie pun) kdg2 geram  ...

Yang kita komen budak2 sekarang tak kreatif tu, adakah yang dulu2 tu pandai. Kalau KFC datang dari US, Dutch Lady datang dari Belanda, Boeng datang dari US, mainan budak2 datang dari China, H/P datang dari Korea. Buat kereta terhegeh-hegeh lagi. Pandai apanya bapak2 bapak dan mak2 budak kat Malaysia ni....
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 01:03 PM | Show all posts
InangPutri posted on 23-12-2014 12:13 PM
setuju untuk kekalkan gred mcm tu..yg benar2 layak saja dpt A,
selama ni, ckgu2 sekolah asyik kena  ...

jangan kata guru, mak bapak mcm i ni pun confuse dgn pt3 punya konsep ni.  Patutnya finalise la dulu baru implement, ni tak masih under construction dah on pastu nak cenggitu cenggini, what de hell? awat yg kalut sgt tu? pstu yg susahnya semua orang. Bila dah result teruk senyap pulak, at least menteri ke pengarah ke bagi la ulasan sikit, bagi la pencerahan pasal result pt3, tak kirala teruk ke bagus ke. Ni tak bila bagus bukan main lagi seme orang nak masuk tv, bila teruk semua menyorok. Macam gamp....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 03:39 AM GMT+8 , Processed in 0.293527 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list