CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: atira

[Tempatan] Apa cerita result PT3 hari ni?

[Copy link]
Post time 22-12-2014 09:54 PM | Show all posts
Wahh...baru dapat panggilan dari adiks.

khabarnya beliau dapat semua A's.

Iols sebagai abam haruslah bangga karna legasi kecerdikan dan kesyumulan berjaya diwarisi turun temurun.

Moga beliau terus cemerlang hingga ke SPM, dapat tajaan ke oberci dan seterusnya kerja profesional persis abamnya yang terchenta
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2014 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Aisyah bukti kemampuan dalam PT3
ISNIN, 22 DISEMBER 2014 - 6:30PM



KUALA LUMPUR: Biarpun terpaksa menyesuaikan diri di tempat baharu dengan sistem pembelajaran yang jauh berbeza, Aisyah Azizul Raheem, 15, masih mampu memperoleh keputusan yang agak baik dalam Ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

Anak sulung kepada Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal, pasangan yang pernah ditahan pihak berkuasa Sweden kerana kesalahan memukul anak mereka semasa berada di negara itu, memperoleh 5A biarpun gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Ujian Bertulis.

Ibu saudara Aisyah yang menjaganya di Kelantan, Shaleena Norshal, 43, berkata keputusan itu satu pencapaian membanggakan kerana Aisyah baharu sebelas bulan belajar di negara ini di samping mengharungi krisis keluarganya.

"Walaupun Aisyah hanya memperoleh 5A dan gagal Bahasa Melayu ujian bertulis tetapi kami sekeluarga berpuas hati dengan keputusannya. Kegagalan dalam subjek itu bukan bermakna gagal PT3.

"Ia satu keputusan cemerlang bagi kami, di saat pelbagai tekanan emosi dihadapi Aisyah akibat krisis keluarga, tambahan lagi belajar di sebuah tempat baharu yang asing dari segi sistem pembelajaran, bahasa dan budayanya," kata Shaleena yang juga seorang guru, ketika dihubungi di sini hari ini.

Aisyah yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Kala, Melor, Kelantan memperoleh "A" bagi Bahasa Inggeris Ujian Bertulis, Bahasa Inggeris Lisan, Matematik, Sejarah dan Geografi.

Beliau memperoleh B bagi Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Melayu Lisan (C), Sains dan Pendidikan Islam (masing-masing E) dan Bahasa Melayu Ujian Bertulis (F).

Aisyah berkata, walaupun dia gagal dalam ujian Bahasa Melayu Bertulis namun ia tidak akan mematahkan semangatnya untuk menguasai mata pelajaran itu dan mendapat keputusan lebih baik pada masa akan datang.

Dia juga tidak menyangka akan turut mendapat A dalam mata pelajaran Sejarah dan Geografi selain Bahasa Inggeris Ujian Bertulis, Bahasa Inggeris Lisan dan Matematik.

"Secara jujur saya katakan, peperiksaan itu sangat sukar bagi saya... semuanya berbeza sekali dengan apa yang dipelajari di Sweden.

"Apa lagi sebelum ini saya hanya ambil tahu mengenai format mengenai Penilaian Menengah Rendah (PMR), tetapi tahun ini ia ditukar kepada PT3, saya bukan sahaja di tempat baharu, kawan baharu, tetapi juga peperiksaan baharu, ia memberi tekanan," katanya.

Azizul Raheem, 38, dan Shalwati, 46, didakwa di mahkamah di Sweden, atas tuduhan memukul dan mendera keempat-empat anak mereka dalam beberapa insiden sepanjang tiga tahun sejak September 2010 sehingga Disember 2013.

Pada 28 Mac 2014, Mahkamah Daerah Solna di Stockholm mendapati Shalwati yang juga seorang guru bercuti tanpa gaji dan Azizul Raheem, yang juga Pengarah Pelancongan Malaysia di Sweden, bersalah atas tuduhan mencabuli integriti dan mengasari anak-anak mereka, Aisyah, Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif,7.

Azizul dijatuhi hukuman penjara 10 bulan dan diperintah membayar pampasan SEK36,400 (RM18,367) kepada anak-anak mereka. Beliau dibebaskan pada 9 Julai 2014.

Shalwati dihukum penjara 14 bulan dan diperintah membayar pampasan SEK67,200 (RM33,909) kepada anak-anak mereka.

Shalwati dibebaskan daripada Penjara Hinseberg, Frovi di Sweden pada 29 September 2014.

- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 10:20 PM | Show all posts
Ketirisan 80%
Baik xpayah exam.bagi jer ler budak2 tu markah.
Tak payah susah2 buang duit fotostat soalan.
Buang masa buat jadual exam kalau cikgu sendri tak telus dan tak amanah.
Apa yg dikejar dgn grade A kalau menipu bagi soalan bocor gituh? Bdk2 grade D pon bleh skor A gituh. Cikgu xpayah tanda paper ler...dah bdk2 jwb hafal skema jawapan. Keji betul cikgu bperangai gini!
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
bungarose posted on 22-12-2014 10:20 PM
Ketirisan 80%
Baik xpayah exam.bagi jer ler budak2 tu markah.
Tak payah susah2 buang duit fotost ...

Dalam ketirisan 80% pun result kelaut..cuba xada ketirisan, uols rasa result mcm mana??
Dalam 80orang shj dpt semua a dlm MALAYSIA..dalam 80% KETIRISAN
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak saudara saya dapat 7A3B kt salah sebuah mrsm di swak.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
kentel posted on 22-12-2014 07:21 AM
blanje la sosej bang...yang hidup punya

Sosej hidup tu apa?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2014 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
STONER posted on 22-12-2014 07:14 AM
awek abg yg PT3 dpt semua A. malam ni nk kena belanja dia mkn mekdi

Awek bwh umo ??
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 01:22 AM | Show all posts
cicicumel posted on 22-12-2014 01:46 PM
ayooo soalan PT3 mmg susoh noxies noxies...klu i amik exam lom tentu i dpt straight a..

REFER blo ...

Soalannya agak mencabar, tapi xde la sampai tahap x bole jawab
Iols rasa ramai susah nak score sebab soalan dia kena dissect and pahamkan betul2
But masa yg diberi nak menjawab tu kejap sgt

Yg English paper dlm link tu 7 questions in 2 hours.
Dalam 7 soalan tu ada lak sub-subnya.
Siap ada essay semua walaupun 200 words essay je

Soalannya okey sebab buat student berfikir secara kritikal semua.
But maybe students ni kena bagi more time nak jawab or kurangkan no soalan yg ditanya

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2014 01:47 AM | Show all posts
ikan_kaghing posted on 22-12-2014 09:54 PM
Wahh...baru dapat panggilan dari adiks.

khabarnya beliau dapat semua A's.

ye lah tu....
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 04:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Bateesta posted on 22-12-2014 03:00 PM
adakah ini REALITI yg selama ini DISEMBUNYIKAN

Ye pandai ko dik.. Ini la hakikat. Anak tak berderet A sbb tu mak pak bising. Selamat ni ramai A sbb gred rendah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 05:02 AM | Show all posts
ada org cakap subjek sejarah mmg confirm dapat A sbb ianya kerja kursus..jadi cikgu tolong mana2budak yg lemah. ada cikgu kena marahdek gurubesar sbb x bg anak murid dpt A..mcm2..taktelus jugak. penat org atas piker camana nak laksanakan KBAT..last2 cikgu naikkan gred..
but personally I rasa mcm ok je PT3 ni..kurang    org dpt A. fb pun xde org post  anak memasing dpt straight A.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 06:11 AM | Show all posts
cicicumel posted on 22-12-2014 09:46 PM
ayooo soalan PT3 mmg susoh noxies noxies...klu i amik exam lom tentu i dpt straight a..

REFER blo ...

aku tgk soalan english tu dan pass pada anak2 my doter yg umur 10 tahun ckp..'oh this is easy' ( aksyen betul)...yg doter 8 tahun pulak ckp hmm 'i think i know how to answer them'...yg my son 6 tahun pulak terkebil2 baca,ckp 'what the heck is this'...
Last edited by nour2001 on 23-12-2014 06:12 AM

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 06:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Kementerian pelajaran ni x de ke buat perbincangan ke proposal ke dgn muhyidin b4 nk implement bende2 cmni? Ni masa depan budak. Patah hati dorg tgk result teruk. Cmni baikla masukkan anak international school.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 06:23 AM From the mobile phone | Show all posts
wana89 posted on 22-12-2014 10:11 PM
Aisyah bukti kemampuan dalam PT3
ISNIN, 22 DISEMBER 2014 - 6:30PM


Agama islam E. Lmao!
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 06:56 AM From the mobile phone | Show all posts
iman_kasih posted on 22-12-2014 05:19 PM
please cikgu siapkan anak2 dgn soalan kbat masa mengajar dlm kelas..
blh guna socratic questionin ...

Bukn cikgu jer..ibu bapa skali kena main peranan kali ini... Pastikn bhn bcaan anak..rumh tgk cerita apa..tgk tv kt rumah bukn kuasa cikgu dah nk kawal... National geo tu ker mende tu ibu bapalah kena pantau cerita yg anak2 tgk..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
bungarose posted on 22-12-2014 10:20 PM
Ketirisan 80%
Baik xpayah exam.bagi jer ler budak2 tu markah.
Tak payah susah2 buang duit fotost ...


Apa yg puantulis ni sama mcm puan menuduh cikgu2 tidak amanah n berintegriti dlm menjlnkan tugas... Apa puan kira kalau betul dakwaan puan ada ketirisan 80% boleh dpt result mcm ni? Klu betul kami xde integriti mesti dah rami yg dpt stret A...kmi bg sj soalan bocor pd murid... And tanda kertas pon sembarangan sj.....bg jer semua A... Walau jawapan kosong...

Boleh pn bg bukti dimana ketirisan sehingga 80%?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2014 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Ibu bapa yg melalak2 nk suruh mnsuh pbs n pt3 ni baru nak ambil tahu ke pbs n pt3 ni mcm mn? Sblum ni kami buat taklimat... Panggil ibu bapa dtg sekolah.. Yg dtg xsampi 10% pon... 3 tahun ank kt sekolh menengah pernah ke ambil tahu corak soalan yg keluar mcm mn?

Skrg ni ibu bapa pon kena main peranan..pantau cerita yg anak tgk..pantau laman2 internet yg anak buka... Sentiasa berkomunikasi dgn anak untuk bntu galakkan anak berfikir...

Di sekolh me ada murid yg bukn dr kelas depan dpt stret A.. Mak bpknya selalu dtg ke sekolh bincang dgn cikgu.. Tanya cikgu pasal pbs.. Anaknya pon xde masalh pbs selalu siap.. Rajin bertanya... Dan berbincang dgn cikgu jika beliau ada masalh dalm belajar..

Kali ni yg dpt stret A yg mmg kami dr mula dah nmpk usaha mereka utk majukn diri..yg amik mudah .yg pbs buat sambil lewa.. Memang kompem xdpt stret A.. Result kali ni lebih telus... Walaupon cikgu sendiri yg tanda kertas... Jd skrg ni kenalah pntau balik... Cikgu mn yg ngajar sambil lewa pon boleh di tukar... Yg result teruk di sbp n mrsm.kena cek balik mn punca.. Klu dtgnya dr guru kena buat sesuatulah...

Mcm ni barulah sistem lbih berkualiti.. N pendidik pon lbih berkualiti... Bukn sistem jer yg ada transformasi..guru..murid..ibu bapa jugak..jgn igt boleh mcm dulu harap tusyen sj.. Skrg ni tusyen n kem2 teknik menjawab soalan pon susah nk cr mkn.. Sbb soalan kbat ni boleh pelbgai.. Semua pihak kena bantu n galakkan murid berfikir...bukn lagi hafal2 mcm dulu Last edited by mommymonster82 on 23-12-2014 07:15 AM

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
syasya99 posted on 23-12-2014 05:02 AM
ada org cakap subjek sejarah mmg confirm dapat A sbb ianya kerja kursus..jadi cikgu tolong mana2buda ...

Klu ada yg dakwa gitu... Bermkna guru besar tu pon xfaham pbs tu mcm mana...hrp di sini ibu bapa boleh main peranan..

Kalu betul cikgu boleh tolong jer bg dpt A knpa result kita drop teruk.? Ibu bapa harap boleh bg kerjasama n bantu guru berdepan dgn "pihak2 yg nak sangat jaga nama ni" ..jgn sampai dorg tekan cikgu  jd tidak berintegriti.. Ubah sana sini...akhirnya jd mcm dulu...mcm pmr dulu.. Ramai yg dpt stret A tp kualiti hncur...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagi 1 klu betul nk galak kritikal thinking.. Jgn paksa cikgu utk bg markah utk jawapn yg hanya dlm skema shj...jawapn yg xde dlm skema dikira salah... Klu mcm tu apa beza dgn pmr

Klu dah kritikal thinking..jawapn budak2 bijak ni akan mcm2 terutamanya ikut arus semasa.... Dan buku teks pon maklumat ada yg dah xrelevan dan up to date...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 07:30 AM | Show all posts
mommymonster82 posted on 23-12-2014 07:14 AM
Ibu bapa yg melalak2 nk suruh mnsuh pbs n pt3 ni baru nak ambil tahu ke pbs n pt3 ni mcm mn? Sblum n ...

sejak semalam masuk sini sebab nak buat post mortem PT3. Madam pengetua ndak sebelum 1st meeting 29hb nanti..
pandangan cikgu2 yg mengajar amat di alu-alukan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 05:04 PM GMT+8 , Processed in 0.089064 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list