CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 15813|Reply: 75

Aweera main drama x nak nyanyi lagu mojo time ajl

[Copy link]
Post time 22-12-2014 04:51 PM | Show all posts |Read mode
Edry Anggap Aweera Main Drama, Minta Simpati
22 DEC 2014, 12:00AM   |   RIDHATUL RIZKI SAYUTI  |    UTAMA > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:
54  140  




Edry selaku pemain synthesizer bagi kumpulan Mojo berkongsi rasa kecewa dengan tindakan bekas vokalis kumpulan itu, Aweera kerana memilih untuk meninggalkan Mojo dan enggan menerima perlawaan Edry dan ahli kumpulan Mojo untuk turut serta membuat persembahan pada malam Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29).

Kata Edry, persiapan kumpulan itu menghadapi AJL29 tergendala kerana mereka terpaksa mencari penyanyi baru sebagai pengganti Aweera.

“Persiapan terganggu kerana Aweera bukan saja mahu menginggalkan Mojo, malah dia juga tidak mahu terima undangan kami untuk menyanyi bersama di AJL29. Saya difahamkan Aweera ingin membuat persembahan dengan kumpulan lain pada malam AJL nanti dan pada awalnya saya mengalah. Tapi pihak produksi kata sekurang-kurangnya seorang wakil Mojo perlu turut serta. Jadi saya teruskan juga bertanding atas tiket komposer dan penulis lirik,” luah Edry menambah kumpulan itu sedang mencari seorang penyanyi yang mempunyai vokal yang sesuai dengan muzik Mojo untuk menggantikan Aweera.



Advertisement






Aweera tolak pelawaan Mojo
“Ada beberapa penyanyi yang kami dah senaraikan tapi kami perlu ‘jamming’ dengan mereka dulu untuk mencari kesesuaian vokal. Kami tak mahu hampakan peminat dan kami terpaksa lakukan demi memenuhi komitmen kami pada peminat dan pihak produksi.

“Kalau nak ikutkan, kami nak tarik diri tapi pihak produksi kata nanti susah nak cari pengganti dan jadi kontroversi pula. Lagipun juri sudah memilih lagu ini untuk bertanding, takkan kami pula nak tolak perlawaan itu,” katanya.
Kontrak Aweera Belum Tamat
Edry yang juga komposer dan penulis lirik ‘Romancinta’, menambah Aweera sebenarnya masih terikat dengan kontrak dengan kumpulan Mojo dan KRU sebelum meminta untuk dilepaskan dengan alasan ingin bergerak secara solo. Aweera juga dikatakan masih mempunyai isu kewangan dengan KRU. Oleh kerana itu, KRU enggan melepaskan Aweera sewenang-wenangnya.

“Selama ini kami diam tapi Aweera yang main-main drama minta simpati. Saya tak mahu dia putar-belit fakta. Saya rasa kami dah terlalu matang untuk hadapi situasi seperti ini tapi dia yang bermain api dengan kenyataannya. Perkara ini saya dah hadapi dari dulu. Sudah jadi perkara biasa dalam industri apabila seseorang penyanyi dah berjaya dan dikenali, dia jadi besar kepala dan lupa pada mereka yang dah bantu dia ketika susah, lupa pada mereka yang dah jadikan dia terkenal.

“Aweera kata dia nak keluar dari Mojo kerana nak teruskan kerjaya solo, saya ucapkan selamat berjaya kepada dia. Saya tak mahu cakap perkara tak baik pada dia tapi saya harap dia juga tidak berkata buruk tentang Mojo,” katanya yang tidak bimbang ketiadaan Aweera dalam Mojo memberi kesan pada kumpulan itu.



Advertisement






Mojo kini sedang mencari vokalis untuk membuat persembahan di pentas AJL 29
“Kalau dia tak mahu nyanyi lagu saya tak mengapa. Ada artis lain boleh nyanyi lagu saya. Anuar Zain dan Jaclyn Victor pun pernah menyanyi lagu saya. Siapa Aweera untuk menuntut macam-macam? Bukan nak cakap besar tapi kita kena akur kita masing-masing perlukan satu sama lain. Cuma bila Aweera buat macam ni, saya jadi kecil hati dan kecewa,” ujar Edry.

Sebelum ini Aweera pernah membuat kenyataan bahawa dia sudah secara rasmi keluar daripada Mojo dan kebetulan kontraknya bersama KRU sudah tamat. Setelah itu, Aweera mengumumkan dia sudah menandatangani kontrak baru dengan syarikat rakaman Sony Music dan bakal tampil dengan single terbaru. Bagaimanapun Edry berpendapat keputusan Aweera tersebut atas hasutan pihak ketiga.

“Saya rasa ada orang ‘cucuk’ Aweera kerana bagi saya dia masih cukup muda untuk membuat keputusan yang bijak. Mungkin ada pihak yang ingin melaga-lagakann situasi ini,” katanya.

Walaupun tanpa Aweera, jelas Edry, kumpulan Mojo bakal tampil dengan single terbaru menampilkan vokalis baru.

“Saya rasa perkara ini ada hikmah kerana boleh jadi satu cabaran kepada Mojo untuk mulakan semula sebagai kumpulan baru. Mojo bahagian satu dah habis, akan datang Mojo bahagian dua,” jelasnya mengakhiri bicara.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2014 05:03 PM | Show all posts
byk kot retis lain yg bole ganti aweera..x pun suh penyanyi pompuan yg ganti..buat kelainan
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 05:05 PM | Show all posts
bubarkan je lah group neh
tentu arah ramlah ram dgn sleeq better kot
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 05:08 PM | Show all posts
MOJO dah ada vokalis baru kan? sapa ntah nama dia....sore best tapi sayang rupa xde muahahahaaa......
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 06:50 PM | Show all posts
Motip pipi cuba caras thread iols


Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 07:11 PM | Show all posts
laaa pulok...aritu beria aweera bg statement yg dia ni akan nyanyi jugek dengan mojo masa AJL nnti..

aweera ni bodoh laaa..  dia pemes kot dgn mojo... i'll bet dia gerak solo takkan pemesnya masa dia dgn mojo...percayalah...mesti sendu sendan balik...

betul kata edry...org dah perasan pemes ni dan berjaya sikit cepat lupa daratan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2014 07:26 PM | Show all posts
kalau takat nyanyi lagu orang, good luck jah la kan nak gerak solo.
kalau dpt cari lagu sedap then bernasib baik la kau.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodo betul aweera ni. Kacang lupakan kulit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2014 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Soh hazama je lah ganti....eh lagu hazama msuk ajl tak
Takpun black ke, lan typewriter ke, fiq ke
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
chickenwing posted on 22-12-2014 05:08 PM
MOJO dah ada vokalis baru kan? sapa ntah nama dia....sore best tapi sayang rupa xde muahahahaaa..... ...

Siapaaaa..
iols terbayangkan black je.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Black
atau pun Lan Meet uncle hussain..high pitch diaorg amazing jugak
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
sayang betul lagu romancinta tu sedap juga
kot ye pun aweera tunggulah abis ajl
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai aweera..
pikir panjangla dik..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 09:25 PM | Show all posts
Dia ni nyanyi sumbang n sakit telinga di dgr, suka dgr dia xnk nyanyi kt ajl, iols prefer lg black wlupun nyaring tp x sumbang sgt
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 09:29 PM | Show all posts
ada apa2 impak ke pada lagu tu kalo sapa jugak penyanyi nya?bukan boleh menang pun lagu tu....
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 10:11 PM | Show all posts
Awi rafael..
Aweera..

Nama dah dekat2 tu..tp sore lain la kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2014 10:23 PM | Show all posts
minta ayahanda Awie pun ok gak
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts
AJL 29: Penyanyi Aweera Kecewa, Dedah Muslihat Edry (KRU)

Diterbitkan: Selasa, 23 Disember 2014 12:32 AM

Oleh:KEMALIA OTHMAN
kamelia@thestar.com.my

Aweera terkilan tidak dapat beraksi di pentas AJL29.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYAenyanyi Aweera menganggap tindakan komposer Edry Abdul Halim melemparkan tuduhan buruk dan menyingkirkannya untuk beraksi di pentas akhir Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) pada 18 Januari 2014 hanyalah satu fitnah yang sengaja menjatuhkan maruahnya.

Aweera atau nama sebenar Nasharul Aweera Noriyissham, 23,berkata, dia tidak pernah menimbulkan sebarang masalah sepanjang bekerjasama dengan bekas kumpulannya iaitu Mojo ketika bersama-sama membuat persembahan lagu berjudulRomancintapada malam Separuh Akhir Muzik Muzik 2014 pada 28 November lalu.

"Saya terkilan apabila ddia (Edry) menuduh saya disingkirkan daripada Mojo kerana menimbulkan masalah kepada kumpulan itu, kalau saya bermasalah daripada awal lagi saya tidak mahu bagi kerjasama. Perkara sebenar adalah saya yang menarik diri.

"Dia meminta saya untuk berduet dengan penyanyi baru mereka (Mojo) iaitu penyanyi dari Indonesia pada malam AJL 29 nanti dan cadangan itu saya tidak setuju sama sekali," ujarnya kepadamStar Online, ketika dihubungi di sini Isnin.

Edry Abdul Halim

Aweera berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan komposer dan ketua kumpulan Mojo iaitu Edry Abdul Halim yang terpaksa menyingkirkan Aweera daripada bertanding dalam pentas final AJL 29 kononnya kerana menimbulkan masalah.

Tambah Aweera, Edry meminta dia hanya menyanyikan bahagian korus sahaja, manakala penyanyi baharu kumpulan itu akan menyanyikan bahagianverse.

Malah, perjanjian yang dibuat juga tidak adil bagi dirinya apabila ditawarkan akan berkongsi hadiah dengan penyanyi tersebut jika menang pada malam tersebut.

Disebabkan perkara itu, Aweera berkata dia bertindak menarik diri sewaktu perbincangan konsep persembahan AJL 29 bersama pihak produksi TV3.

"Dia suruh saya nyanyi bahagian yang susah dan penyanyi baru itu bahagianversesahaja. Itu tidak adil, ini bukan persembahan majlis makan malam.

"erjanjian pula tidak adil jika kami menang, saya akan berkongsi (wang kemenangan) dengan penyanyi itu. Oleh itu saya tarik diri depan semua krew produksi TV3," ujarnya.

Dalam pada itu, Aweera mengakui ada meminta untuk membuat persembahan tersebut bersama ahli kumpulannya sendiriberikutan tiada komitmen yang diberikan oleh ahli kumpulan asal Mojo.

"Ya, saya minta membuat persembahan dengan kumpulan saya sendiri, ini kerana ahli kumpulan asal iaitu Denny dan Johar tidak dapat beri komitmen yang baik.

"Sewaktu pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 2014 lalu mereka tidak mahu terlibat, ada yang jaga anak dan pergi berbulan madu. Sebab itu saya rasa lebih baik pakai kumpulan saya sahaja yang mana lebih baik daripada mereka," ujarnya.

Sementara itu, Aweera berkata, dia kecewa apabila orang ramai mula menunding jari dan menganggap perkara itu adalah disebabkan kesalahannya.

Sebaliknya dia terpaksa tampil membersihkan namanya daripada kenyataan yang diberikan oleh Edry.

Selepas Aweera keluar daripada kumpulan tersebut pada Mei lalu, Mojo dianggotai oleh Edry, Denny dan Johar.


Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 01:31 AM | Show all posts
dah terbongkar KRU memang propa. tade artis naungan dia pun yg kekal. sejak dulu ye. faham faham lah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2014 03:32 AM | Show all posts
hantu_poyos posted on 22-12-2014 06:50 PM
Motip pipi cuba caras thread iols

owh baru perasan uols punya thread yang sendu tew k. salah iols jugak kaaa?

















Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.088909 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list