CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8499|Reply: 28

Burung Dan Pontianak?

[Copy link]
Post time 22-12-2014 04:54 PM | Show all posts |Read mode
ini kisah hampir benar(sebab aku xtahu apa yang aku dengar adalah betul ke idok) maafkan aku bila aku tak tahu bercerita
============================================================================
Pada bulan lepas aku pergi ke kawasan yang agak jauh dr pekan dimana kawasan perumahan itu dikelilingi ol hutan dan bukit bukau.
yang tinggal dikawasan perumahan itu tidak lah ramai
lebih kurang 7 keluarga kerana kawasan ini baru sahaja diteroka.

Ada rumah2 yg mula tersergam tersergam indah dan cantik. Tapi ada beberapa rumah yang belum siap dibina dan ada juga yang tidak berpenghuni. ada juga tapak2 tanah yang masih belum lagi didiriikan.
Mungkin disebabkan tanah ini bukan didirikan oleh pemaju tapi tanah dibeli oleh persendirian. maka ada yang sudah bina dan ada yang belum.
tenang dan nyaman kerana dikelilingi oleh hutan.

tapi pada lewat senja itu aku mula rasa xtenang seperti ada yang tak kena.
suasana luar masih belum gelap kerana masih ada cahaya matahari yang tersisa.
walaupun ada bekalan elektrik tapi disebabkan rumah2 itu terlalu jarang dan ada beberapa rumah yang masih belum siap dan ada juga yang tak berpenghuni dan lampu jalan juga masih belum didirikan mungkn akan gelap gelita malam nanti. dan aku juga terpaksa menempuh perjalanan 10 minit sebelum smpai ke jalan raya.

Jadi aku mengambil keputusan untuk pulang dahulu. Esok aku akan kesini lagi. Maka berjalanlah aku ke kereta. Haruman mula menusuk hidung aku. tapi aku buat tak endah sebab makin dilayan makin benda tu suka.

aku teruskan memandu pulang. Alhamdulillah tiada apa2 gangguan sepanjang jalan pulang,
esoknya aku datang awal ke rumah semalam sebab tkut tercium bunga lagi.
aku bukan orang yang pemberani sgt,

Esoknya aku cuba bertanya dengan nada gurau. tak takut ke tinggal sini ... tak ada yang kacau ke?.
maka mula la mereka bercerita apa yang mereka lalui.

BURUNG dan PONTIANAK?
ditingkat dua rumah itu ada 3 bilik.
satu bilik anak dara
satu bilik anak lelaki yang masih bersekolah rendah
satu bilik anak bujang yang sudah bekerja.
diceritakan pada malam itu anak lelaki bujang mendengar bunyi burung di luar rumah.
tapi dia tak endahkan and malas nak layan. tapi burung itu semakin bising and bila dia jenguk keluar dia lihat kelibat burung yang besar dan dibelakang burung itu ada"seorang" wanita yang agak menggerunkan paras rupanyan. Wanita itu memandang dengan penuh amarah dan seperti mengejek untuk terus mengganggu. Tp si bujang itu terus menjerit untuk perempuan itu pergi dari rumah mereka dan mengugut untuk membakar perempuan itu. Perempuan itu ketawa lalu kelibat perempuan dan burung itu hilang.

tak lama kemudian bunyi hentakan tingkap dari bilik adik lelaki mula kedengaran. dan bila ayah dan anak lelaki bujang itu jenguk ke bilik anak lelaki itu. tidak terlihat apa2 dan keadaan seperti biasa.

maka tidurlah kembali mereka. Pergilah Abang dan Ayah ke tempat kerja.
Tapi alangkah terkejut ayah dan abang bila mendapat panggilan dari si ibu yang adik lelaki mulai berperangai aneh. habis ibu itu digasak dan diterajang oleh adik lelaki itu.
sepertinya kemarahan yang teramat sangat,

BERSAMBUNG .....

p/s: sambungan cerita ini aku terlibat sama.
Last edited by damian_lee on 23-12-2014 09:31 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2014 04:57 PM | Show all posts
Laa..sambunglaa
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 05:14 PM | Show all posts
bersambung la pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 05:23 PM | Show all posts
best jalan citernya....nk lagi please...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 06:33 PM | Show all posts
cer citer cer citer...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 08:59 PM | Show all posts
suspen gak cerita ni.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-12-2014 09:28 AM | Show all posts
SAMBUNGAN:
Pada saat mereka bercerita itu barulah saya tahu yang adik lelaki tu belum "sembuh". semalam(as on the last month situation) saat saya pergi rumah mereka patutlah saya tak nampak adik tu. adik tu pergi berubat di salah satu rumah jiran kat situ.

Salah seorang Jiran dia tidaklah hebat mana cuma boleh "tengok-tengok macam tu jer. and jiran dia tolonglah untuk memanggil seorang ustaz.

adik lelaki tu duk diam jer tapi aku boleh nampak kemarahan dan kebencian yang amat sangat dekat mata dia.
Disebabkan hati aku tak kental mana maka sering juga lah aku alihkan pandangan tiap kali mata kitorang bertentang.

Ustaz tu nak datang pada malam itu. Jadi aku pun minta izin nak tengok prubatan itu.

Maka seperti yang dijanjikan maka datanglah Ustaz itu. Bila Ustaz tu tengok maka dia katalah. Biasalah kawasan hutan yang baru diteroka tapi Ustaz tu ternampak benda lain selain gangguan "Pontianak Itu".

Dia tanya kepada ibu adik lelaki tu. Dia tanya pasal dia ada ahli keluarga yang lebih tua bela "apa2" tak?.
Suspen pulak aku bila dia tanya macam tu kat mak cik tu, ingatkan masalah "pontianak" tu jer sekarang masalah "saka" plak?.

lalu ibu adik tu pun macam serba salah nak cakap. bukan sebab dia bela tapi mmang ada salah satu ahli keluarga yang lebih tua dalam keturunan dia membela.
Aku tak tanyala sebab hal keluarga mungkin kalau aku yang tanya tak mau kena kejar ngan penyapu sebab aib kelaurga.
Selesai soal jawab ustaz tu bagi tau.
yang dia akan cuba ubati untuk gangguan Pontianak ni dulu sebab Pontianak tu dh mula menganggu "alam manusia". mungkin dia marah sebab kawasan dia diceroboh dan mngkin dia juga marah sebab di ancam oleh abang lelaki tu.

Ustaz tu kata dia malam ni nak balik dulu esok siapa2 yang boleh mengaji sila bawa quran and mengaji sama2. habis jer ustaz itu bagi cadangan itu tiba2 terdengar cakaran dekat bilik adik lelaki itu. tapi tak lama selepas itu terdengar suara gelak dan hilai di bilik adik perempuan tu pulak.

Ustaz tu senyum jer. maka pulanglah ustaz tu tanpa membuat apa2 cuma mencadangkan untuk buat majlis mengaji berjemaah keesokan harinya.

Dalam hati alamak kena tebalkan muka nak tengok untuk esok plak.
balik jer ustaz tu aku pun minta follow ustaz tu keluar dari kawasan perumahan tu.
aku cadangkan aku jalan dulu. sebab kalau aku follow dari belakang kalau jadi apa2 mesti ustaz tu tak perasan. hihihi.
Tapi sebelum ustaz tu masuk ke dalam kereta ........

BERSAMBUNG
Last edited by damian_lee on 23-12-2014 09:33 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2014 09:30 AM | Show all posts
@MokChu @embun @nakkomenjugak @tenderfly @woddy

dah sambung .... nanti ada masa aku sambung balik Last edited by damian_lee on 23-12-2014 09:31 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-12-2014 09:46 AM | Show all posts
SAMBUNGAN:

Masa ustaz tu nak masuk dalam kereta aku perasan dia tengok ke arah satu pohon yang ada dekat hutan berdekatan. Aku perhati dia tengok lama jer kat pohon tu. Mau tak mau aku pun perhati2 gak lah kawasan hutan. Nasib baik aku tak nampak apa-apa. Aku alihkan pandangan aku balik ke ustaz. Aku nampak ustaz tu seperti terkumat kamit membaca sesuatu dan xlama selepas itu dia pandang balik pohon kat dalam hutan tu. walaupun aku tak nampak apa-apa tapi aku nampak ada satu pohon yang agak rendang dan tinggi tu ranting2 dia bergoyang semakin lama semakin kuat pohon tu bergoyang aku tengok lah kat pohon sekeliling kot2 angin... bukan ... bukan angin .. sebab pohon tu yang paling kuat bergoyang.

tak lama selepas tu pohon tu perlahan2 mulai "tenang". dalam hati aku nak jer aku tumpang kete ustaz tu tak pasal2 aku punya kete kena goyang.
takkan la aku nak tumpang kat rumah pakcik dan makcik ni tak pasal2 aku kencing malam kena kacau. Aku nekad nak follow ustaz kelaur dr kawasan tu.
Aku tengok jam dah pukul 9:30 malam. Kawasan tu memamng sudah gelap gelita cuma sinar2 lampu dr rumah2 berdekatan dan cahaya yang dipinjamkan bulan membantu penglihatan malam itu.

Setelah pohon itu tenang ustaz pun minta izin untuk pulang dan suruh pak cik and mak cik tu untuk tengok2 anak lelaki dorang lebih kerap.

maka pulanglah aku dengan Ustaz tu. seperti yang dirancang aku memandu di depan dan ustaz mengekori kereta aku dari belakang membuat aku rasa lebih selamat.

maka berakhirlah episode seram malam itu.
Tapi aku tak sabar untuk mengalami apa yang akan terjadi pada keesokannya.

BERSAMBUNG ....
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 10:30 AM | Show all posts
erk..eleh sambung lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2014 10:48 AM | Show all posts
@embun xsempat nak type semua sekali ,,,,, dalam hari ni aku try settlekan .... maaf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2014 11:53 AM | Show all posts
SAMBUNGAN:

Keesokan harinya aku terlalu excited pada tengah hari aku dah sampai. Nasib baiklah ada orang kat rumah. Ada mak cik yang tengah menyidai kain, adik tu tengah ada dalam rumah and anak dara dia tengah menyapu. Pak cik dan anak lelaki dia pergi bekerja.
Sambil menunggu petang tiba aku pun berjalan-jalan dikawasan perumahan tu. Ada satu rumah tu ada pekerja2 indonesia tengah bertukang.Ada pekerja yang dah mula duduk2 untuk berehat waktu tengah hari.
maka aku ambil la kesempatan untuk berborak dengan pekerja2 indonesia tu untuk menunggu waktu petang,
tengah rancak berbual masuk la kami ke pengalam seram pekerja2 indonesia itu.
diorang tinggal kat rumah yang diorang tengah buat tu sampai rumah tu siap lagi pun dia orang selain buat rumah tu diorang buat rumah sebelah sebab 2 tapak tu dibeli oleh adik beradik.

Kisah 1
=======
Salah seorang pekerja bernama Yudi pun mula berkongsi pengalaman dia time tengah mandi pagi2. disebabkan wiring belum lagi sempurna maka bilik air masih bergelap.
Pada waktu sebelum subuh dia terjaga. seperti biasa dia akan terus mandi sebelum solat subuh.
ketika dia sedang mandi ada orang mengetuk penghadang bilik air.
dan dia buat tak tahu sebab dia ingat kawan dia saja main2 nak takut kan dia. Tapi lama kelamaan bunyi ketukan tu main kuat. Dia pun rasa marah sebab "kawan" dia yang ketuk pintu tu tak jawab2 bila ditanya nak buang air kecil ke air besar. Habis jer dia siram kepala untuk hilangkan sabun kat kepala and muka dia keluar untuk jenguk tapi tak ada orang dia ingat kawan dia dah tidur balik. so dia sambung mandi time dia mandi tu badan dia kena "gegar" dengan sesuatu. dia toleh ke belakang ......... tapi tak nampak apa2. dekat bilik air tu ada satu tungkap kecil dan dekat sebelah bilik air tu(jauh sikitla tak tau berapa meter ada sepohon pokok nangka. dia pun menjeling keluar dia nampak ada satu lembaga hitam yang tengah bertenggek. lembaga itu berbulu lebat. sebelum lembaga tu menghilang dia dengar lembaga tu seperti menjerit tp tak terlalu kuat cuma suara tu agak tajam dan mengerikan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu jugak dgr bunyi mcm burung berkepak luar bilik... Anak i la yg takut ..tp i ckp kelawar kot.. Kalau burung mana ada keluar malam kecuali owl
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2014 12:02 PM | Show all posts
SAMBUNGAN:

Kisah 2
=======
Ini pula kisah lagi seorang pekerja nama dia kalau tak salah weng. malam tu dia tengah tidur. tiba2 dia dengar bunyi sepeti orang tengah melakukan sesuatu kat tingkat dua. dia tengok sekeliling semua kawan dia ada kat situ.
dia pun cuba lelapkan mata untuk endahkan benda tu. tapi bunyi tu tak berhenti. tak lama kemudian dia dengar bunyi hentakan tu semakin kuat seperti menuruni tangga. dia cuba lelapkan mata seketat2 nya tapi keinginan untuk melihat seperti memaksa dia untuk tengok juga apa yang berlaku. dia nampak lembaga tu turun dari tangga ke arah ruang tamu dimana tempat mereka hamparkan tilam bujang untuk tidur beramai2. lembaga hitam tu turun dengan longlai yang anehnya semakin dia hampir bunyi tu semakin perlahan. lembaga hitam yang berbulu itu terus berjalan longlai menuju pintu utama. dan ketika lembaga itu telah tembus ke pintu utama dia mendengar bunyi tangisan dari luar rumah.
diselang selikan dengan suara jeritan garau. dia kejutkan kawan-kawan dia sebab dah tak tahan tapi bunyi itu sudah pun menghilang

bersambung ... (lagi)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2014 12:07 PM | Show all posts
SAMBUNGAN:

Kisah 3
=======
Ini diceritakan oleh didi salah seorang pekerja indonesia tu. Malam tu dia terjaga dan apa yang mengejutkan dia nampak ada lembaga hitam seperti sedang mendodoikan anaknya disudut tilam bujang yang dia tiduri. lembaga itu tetap mendodoikan sesuatu nasib baik lembaga tu tak menoleh time tu,

ok itu kisah dari pekerja2 indonesia yang dapat aku share sebenarnya ada lagi tapi untuk disingkatkan cerita saya kembali ke rumah makcik and pak cik tu. lagi pun jam sudah menunjukkan pukul 3.

Bersmabung .... (lagi)
p/s: kisah seterusnya terus skip time ustaz datang untuk mengaji berjemaah tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 01:08 PM | Show all posts
Wureit2, sdg baca ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2014 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
TT..... tumpang tanye sket...nk kepochi ni
Sbb musabab ko terjebak kt rumah tu kenape?
Maksud aku .....motif memula ko pegi kt rumah tu
Tu rumah sedara mara ko ke....atau ko ader urusan keje kat situ
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2014 01:42 PM | Show all posts
seeri_7843 posted on 23-12-2014 01:26 PM
TT..... tumpang tanye sket...nk kepochi ni
Sbb musabab ko terjebak kt rumah tu kenape?
Maksud aku  ...

sebenarnya kawasan perumahan tu ada tanah nak di jual
and my parents dengar kawasan pedalaman diorang terus macam tertarik
sebab diorang suka kawasan2 macam tu
so aku pegilah tinjau2 tanah tu sebab kalau ada duit urusan pembelian dan surat menyurat boleh settle ngan peguam

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 02:24 PM | Show all posts
saka tak bertuan ke?
dah lah cari rumah lain pulak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2014 02:28 PM | Show all posts
zehra2 posted on 23-12-2014 02:24 PM
saka tak bertuan ke?
dah lah cari rumah lain pulak.

yang pasal saka tu nanti aku selit hujung2 sbb sekarang cite pasal pontianak ....
yang saka tu aku x follow sampai habis ..... tp kira sebab musabab saka tu aku tau la sbb time mengubat tu ada la dorang selit2 pasal saka
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.077383 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list