CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: damian_lee

Burung Dan Pontianak?

[Copy link]
Post time 23-12-2014 02:35 PM | Show all posts
bukan ke sllu burung org kaitkan ngan langsuir ke....

mak ai pernah kena....dorang cakap kuku langsuir
yang ditegurnya burung je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2014 02:45 PM | Show all posts
damian_lee posted on 23-12-2014 02:28 PM
yang pasal saka tu nanti aku selit hujung2 sbb sekarang cite pasal pontianak ....
yang saka tu ak ...

ni burung jenis apa yg kait dgn cik ponti?
selalu nya dgr2 psl kaitan burung ni, kalau org menekut burung wak-wak.. mmg sesuatu laa skit.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2014 02:57 PM | Show all posts
SAMBUNGAN:

Malam yang dijanjikan sudah pun tiba. tapi selesai solat maghrib Ustaz belum datang2 lagi.
dan adik tu mula berperangai pelik dia duduk di bucu ruang tamu. dia hanya duduk diam.
Aku mula rasa ada yang tak kena dan sesuatu yang dramatik akan berlaku malam ini.
Sama ada akan berlaku selepas ustaz tu datang ke tidak aku tak pasti. semoga adik tu buat perangai lepas Ustaz datang, kalau tak aku yang angkat kaki dulu. hihihi.

tak lama lepas tu Ustaz tu datang, Dia kata dia berhenti kat Masjid di pekan dulu untuk solat Maghrib.
dan Ustaz tu pun mengarahkan untuk kami mengaji bersama-sama. Aku pun memang bawa baju lebih takut tak bersih time mengaji. Jadi acara mengaji pun di mulakan. Setelah beberapa mini bermula adik tu still duduk kat bucu dan tidak bergerak cuma sesekali dia mendengus. tak lama lepas tu aku nampak anak dara pak cik dan mak cik tu pejamkan mata.
Ustaz tu suruh buka mata and teruskan mengaji. aku nampak ada tangisan mula mengalir dekat pipi anak gadis itu. Entah apa yang sedang di alaminya. Ustaz memotong beberapa limau nipis dan kalau tak salah Ustaz juga menyedia kan air dan lada sulah. aku tak berapa pasti dengan barang2 yang disediakan oleh Ustaz itu.

Tak kemudian giliran pak cik tu seperti bergetar melihat sesuatu. Aku tak dapat fokus mengaji ustaz pandang aku mungkin dia tau niat aku untuk tengok-tengok sahaja. Aku mulai tidak fokus pada Al-Quran yang ada di depan aku.
Apa yang aku lakukan hanyalah membaca surah-surah yang terlintas pada akal dan fikiran aku masa tu. Aku nampak adik tu mula mengangkat kepalanya. dia terlihat seperti menahan kesakitan dan amarah yang teramat sangat, Ustaz pun mula memegang kaki kaki adik tu. Aku rasa ustaz tu ada tenyehkan macam lada tapi aku tak pasti. Adik tu mula menjerit kesakitan. mak cik mula menangis melihat anak lelakinya yang paling bongsu kesakitan. Aku tengok ke sekeliling dan aku nampak anak gadis itu masih menangis dan kali ini aku melihat ketakutan yang teramat sangat di wajah anak gadis itu.

drama mengaji dan tangisan itu berterusan sehinggalah hampir isya'. dan segalanya kembali tenang dan Ustaz pun meminta izin utk sembahyang Isya'. kami ramai2 pun mula solat berjemaah. Selesai solat jemaah kami mula la duduk2 sambil minum2. Ustaz pun tanya pada anak gadis itu apa yang dilihat tadi walaupun sebenarnya aku pasti Ustaz dah tau apa yang dilihat anak gadis itu. maka dia pun berceritalah. pada beberapa minit awal dia nampak seperti bayang2 hitam di sudut rumah itu di tempat adik dia duduk. tak lama selepas itu dia dapat melihat perempuan cantik dengan jelas tapi perempuan itu sikit demi sedikit berubah menjadi wanita yang sangat hodoh dan menggerunkan. Muka wanita itu tidak sekata sangat kusut dan matanya penuh kebencian. ketika ustaz tu menekan ibu jari adik dia dia meihat perempuan tu bertambah hodoh dan semakin marah disebabkan kesakitan yang teramat sangat.
Bila ditanya kepada pak cik, pak cik pun nampak benda yang sama.
Ustaz kata biasalah kawasan macam ni lalu Ustaz senyum.

Dan pasal soal saka plak time berbual2 tu ada gak la selitkan sikit2 pasal saka tu.
mak cik tu kata dia mula sakit2 kaki sejak dia pindah rumah tu. and dia selalu bermimpi ada orang nak serahkan botol kecik kat dia. tapi dia menolak.
maka diceritakanlah oleh ustaz itu bahawa ada orang yang datang rumah itu sebelum mereka pindah.
orang yang simpan benda tu kat situ adalah ahli keluarga mak cik tu sendiri. bukan orang lain. tujuan saka itu kat situ adalah untuk melindungi mak cik itu.
Tapi aku tak tau sama ada dia dah di ubati oleh Ustaz tu ke tak.

~END~

nanti kalau aku rajin aku buat thread pasal setinggan lama yang yang dirobohkan. - Ekspedisi Cari Hantu setinggan lama -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2014 02:59 PM | Show all posts
@MokChu @embun @nakkomenjugak @tenderfly @woddy @CrowneGlory @seeri_7843  @zehra2

ok ... dah selesai .....nanti kalau aku rajin aku buat thread pasal setinggan lama yang yang dirobohkan. - Ekspedisi Cari Hantu setinggan lama -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2014 03:01 PM | Show all posts
ai_fah posted on 23-12-2014 02:35 PM
bukan ke sllu burung org kaitkan ngan langsuir ke....

mak ai pernah kena....dorang cakap kuku lan ...

eh? ... xtaulah hantu tu pontianak ke langsuir ke .... tp kalau langsuir tu bukan suka goda lelaki ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2014 03:02 PM | Show all posts
zehra2 posted on 23-12-2014 02:45 PM
ni burung jenis apa yg kait dgn cik ponti?
selalu nya dgr2 psl kaitan burung ni, kalau org meneku ...

entahlah burung jenis apa ... tapi ia lebih besar dr size biasa mengikut cerita .....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2014 03:05 PM | Show all posts
damian_lee posted on 23-12-2014 03:02 PM
entahlah burung jenis apa ... tapi ia lebih besar dr size biasa mengikut cerita .....

isk mesti lah ada spesikfikasi.. burung jenis apa? gagak ke? burung jadi-jadian ke?
dah ler org selalu ckp jenis burung hantu.. takde pulak kait burung hantu tu dgn hantu apa...

takpe.. meh sambung lagi cerita.

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 06:38 PM | Show all posts
tak pe... teman tabah menunggu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2015 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Xpaham lah tt. Ahli keluarga makcik tu siapa yg tanam benda tu..sbenarnya skaa baik ke x. Kan saka mmg x baik
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.170396 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list