CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: FOTHER-MUCKER

[Tempatan] Banjir landa Kelantan luar biasa

 Close [Copy link]
Post time 23-12-2014 12:17 PM | Show all posts
Banjir dikhuatiri lebih besar
Melanda tiga negeri di Pantai Timur
WAN ZULKIFLI WAN YAAKOB, MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB 
DAN MOHAMAD SHOFI MAT ISA  |  23 Disember 2014 1:45 AM



BANDAR Lama Gua Musang digenangi air akibat hujan lebat sejak

Advertisement
BANDAR Lama Gua Musang digenangi air akibat hujan lebat sejak semalam. – UTUSAN/JAZLY AMRY JAAFAR
KUALA LUMPUR 22 Dis. - Banjir yang lebih besar dikhuatiri melanda Kelantan ekoran hujan lebat yang berte-rusan sementara faktor cuaca yang tidak menentu menyebabkan jumlah mangsa banjir di Pahang dan Terengganu meningkat semula apabila beberapa kawasan kembali dinaiki air.
Di KELANTAN, Pegawai Meteoro-logi Kanan Pusat Cuaca Nasional, Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, hujan lebat di negeri itu dijangka berterusan sehingga 28 Disember ini.
Keadaan itu turut menyebabkan beberapa kawasan yang sebelum ini tidak pernah terjejas seperti di daerah Gua Musang mula dinaiki air.
Hujan lebat juga menyebabkan beberapa sungai utama di negeri ini berada pada paras bahaya iaitu di Sungai Galas, Dabong, Sungai Lebir, Tualang, Sungai Golok, Rantau Panjang dan Sungai Kelantan iaitu di Tangga Krai dan Jambatan Guillemard.
Bagaimanapun, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan semakin berkurangan berbanding semalam dan sehingga pukul 6 petang ini, seramai 16,217 orang dari 5,421 keluarga ditempatkan di 60 pusat pemindahan di lapan buah daerah.
Pasir Mas terus merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 10,575 mangsa diikuti Tumpat (4,092), Kuala Krai (440), Pasir Puteh (556), Jeli (160), Tanah Merah (148) dan Machang (19).
Dalam pada itu, 10 jalan di daerah Gua Musang, Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah dan Tumpat terpaksa ditutup kepada kenderaan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.hVMC4v2Q.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2014 12:18 PM | Show all posts
15 laluan ditutup kepada lalu lintas di Kelantan
23 Disember 2014 10:31 AM
  7  4 Google +0
KOTA BAHARU 23 Dis. - Sebanyak 15 laluan di lapan jajahan di negeri ini ditutup akibat banjir yang semakin buruk pagi ini.
Menurut portal banjir kerajaan negeri, lapan laluan ditutup kepada semua lalu lintas manakala tujuh lagi ditutup kepada kenderaan ringan.
Laluan yang ditutup kepada semua kenderaan ialah Km37 Jalan Gua Musang-Jelawang-Dabong di Gua Musang, dua laluan di Kuala Krai iaitu Jalan Sultan Yahya Petra (Bandar Kuala Krai) dan Jalan Jirat (Bandar Kuala Krai).
Di Tumpat, dua laluan yang ditutup kepada semua kenderaan ialah Km8 Jalan Cabang 4 Kampung Jambu-Meranti dan Km2 Jalan Keselamatan (Kesban) Pengkalan Kubor-Kampung Jambu.

Advertisement
Di Pasir Mas, dua laluan ditutup kepada semua kenderaan iaitu di Km12 Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu dan Km11 Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang (Jalan Lama) Kampung Siram, selain satu laluan di Machang iaitu di Km8 Jalan Machang-Pangkal Meleret-Wakaf Bata.
Sementara itu, tiga laluan di Pasir Mas ditutup kepada kenderaan ringan melibatkan Km3 Jalan Pengkalan Rakit, Km23 Jalan Banggol Kulim Lokasi 2 dan Km24-Km26 Jalan Lebuhraya Pasir Mas-Rantau Panjang.
Di Tanah Merah, satu laluan ditutup kepada kenderaan ringan iaitu di Km1.5 Jalan Tanah Merah-Kusial-Kampung Ipoh manakala di Machang laluan yang terlibat ialah di Km6 Jalan Kubor China-Temangan.

Advertisement
Di Jeli, laluan di Km37 Jalan Jeli-Dabong dan Km10 Jalan Kota Baharu-Pantai Cahaya Bulan turut ditutup kepada kenderaan ringan.
Menurut portal berkenaan, jumlah mangsa banjir kembali meningkat kepada 20,468 pagi ini berbanding 16,081 orang malam tadi. - BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.gg9CKEH4.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 12:19 PM | Show all posts
Bertabahlah rakyat Kelantan.....

semoga dipermudahkan segala urusan....
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 12:19 PM | Show all posts
semoga mereka yg miskin iman akan mendapat taufik dan hidayah..aamiin..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 12:19 PM | Show all posts
tempat org kene musibah, kat forum sibuk ngn tuhan bayar cash..

bala ke, rahmat ke sape tau..

macam bodoh jea, bajet bagus..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 12:21 PM | Show all posts
camner budak nak gi sekolah nanti..
lagi 2 minggu kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2014 12:23 PM | Show all posts
Minggu lepas seminggu hujan kt kuala krai xhenti2
Firt time brcuti lelama dpt tgk la rumah tenggelam
Air sungai naik melintasi jalan raya
Hee seremm trbyg mcm2

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 12:25 PM | Show all posts
Gambar yang TT post tu gmbr lata rek kan?
Aku pnh g situ
Glerlah smpi tenggelam sume
Tinggi kot air terjun situ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2014 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
thanks pada yang bersimpati...
tapi seminggu ni memang kb gelap ajer mendung....
alhamdulillah setakat ni rumah xde la sampai masuk air setakat kt aras tangga umah jer...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 12:43 PM | Show all posts
Kesian taw pd mangsa banjir
bila dok sana br fhm knp leh banjir tetiap tahun
tanah dorg xrata means yg rendah, rendah sgt
plus byk pantai, lata dan sungai kt sana pantai timur
plus hujan non stop
iols balik selangor hujan gk tp xtruk sgt.and hr cerah jugak leh r sidai baju smpi kering
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Bandar lama gua musang dinaiki air spenuhnya..Bandar baru pon dah start naik..

Kuala krai pon dah jadi pulau,sparuh bandar duk dlm air.

Selagi hujan di gunung gagau xhenti air naik sepantas 20 cm/ jam sis.

Bersedialah kota baru your turn will come..cash saja. Sis.

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 01:08 PM | Show all posts
famri7 posted on 23-12-2014 12:55 PM
Bandar lama gua musang dinaiki air spenuhnya..Bandar baru pon dah start naik..

Kuala krai pon dah ...

Yeke sis.lucky I dh blik cni jumaat lepas
Tetap bersimpati dgn mangsa banjir
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
nk ckp bala pun blh..tp klu dh islam,pikir la elok2...jgn kait ngan hudud.jari tgn ngan akal tu,allah yg bg.pikir ler kebesaran allah..allah bg kemarau jer,abes pokok rentung.ni dia bg hujan lebat,pun kita xterjangka..pikir khilafdiri kan lbh baik.nmpk la jgk cerdik dr permainkan agama..xpyh nk sinis2.benda xklakar.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
naina posted on 23-12-2014 05:08 AM
Yeke sis.lucky I dh blik cni jumaat lepas
Tetap bersimpati dgn mangsa banjir

Untunglah sis..saya stranded di Jeli saja..xbleh balik kg.Jeli aman jah sebab xda sungai utama.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 01:13 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER posted on 23-12-2014 03:12 AM
Aku nak ambil kesempatan! Ni lah gara gara nak buat undang undang hudud yang tidak ikhlas! Kan tuhan ...


maaf la... saya pon nak amik kesempatan jugak..

ade sorang hamba Allah tu yg suke sgt mendoakan negara org lain tenggelam....
nah amikkkk ko... Allah bayar cash je skang ni..   mau tinggal roof top je....

saya doakan hamba Allah yg suke sgt mendoakan negara org lain tenggelam tu mudah2an rumah dia tak tenggelam... Aminnn..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 01:16 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER posted on 23-12-2014 01:12 AM
Aku nak ambil kesempatan! Ni lah gara gara nak buat undang undang hudud yang tidak ikhlas! Kan tuhan ...

mother f...jadi kalau banjir berlaku di thailand satu ketika dulu pula kerana apa?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2014 01:17 PM | Show all posts
kat maran pahang dah banjir
ni sebab apa lak...sebab MB makan rasuah ker
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER posted on 23-12-2014 01:12 AM
Aku nak ambil kesempatan! Ni lah gara gara nak buat undang undang hudud yang tidak ikhlas! Kan tuhan ...

Kau bergelak ketawakan semasa atas tanah ni.   Bawah sana nnt baru tahu apa akibat persendakan agama org.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 01:36 PM | Show all posts
makin teruk..lusa nk blk kg...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 01:38 PM | Show all posts
nilah manusia..bila dikaitkan banjir dgn hudud misalannya...macam2 keluar.

tapi bila dulu anak pemimpin UMNO dirogol dibunuh...dikaitkan kununnya UMNO tak mahu laksanakan hudud dan sebab tu diberikan bala oleh Allah swt..siap ceramah kehulu kehilir.....ok plak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.080864 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list