CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9646|Reply: 132

[Tempatan] OMG:: CUTI BERANAK 5 TAHUN??!!

[Copy link]
Post time 23-12-2014 09:32 AM | Show all posts |Read mode
Penjawat Awam Wanita Boleh Cuti Lima Tahun Jaga Anak
[size=0.688em]SEREMBAN: Penjawat awam wanita akan dibenarkan cuti tanpa gaji sehingga lima tahun untuk menjaga anak angkat atau anak tiri mereka dibawa satu peraturan yang berkuat kuasa bermula 1 Januari depan.
[size=0.98em]"Peraturan baharu itu adalah untuk memberikan lebih waktu ibu bersama anak walaupun mereka bukan ibu kandung kanak-kanak itu," kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zabidi Zainal.

Beliau berkata mereka yang menjaga kanak-kanak tersebut secara berterusan selama dua tahun, yang disebut sebagai 'de facto' juga layak memohon cuti tanpa gaji selama lima tahun yang boleh diambil secara berterusan atau sebahagian antara anak pertama dan anak-anak yang lain.

Manfaat tersebut, sebelum ini, hanya diberikan kepada mereka yang melahirkan anak dan berhasrat memberikan penjagaan yang lebih baik untuk bayi mereka termasuk penyusuan badan.

Di bawah peraturan yang diperkenalkan pada 2007, ibu kandung dibenarkan untuk mengambil cuti tanpa gaji selepas menamatkan cuti bersalin dengan gaji selama 90 hari.

Mereka yang mengambil anak angkat atau menjaga kanak-kanak lain sepenuh masa tidak layak menerima manfaat itu.

Mohamad Zabidi berkata tanpa mengira bilangan anak yang perlu mereka jaga, manfaat tersebut tidak akan dilanjutkan melebihi lima tahun bagi golongan tersebut.

Ini bermaksud, sekiranya kakitangan mengambil cuti tanpa gaji selama lima tahun secara berterusan untuk anak pertama, dia tidak lagi mendapat manfaat ini untuk anak-anaknya yang lain.

Sekiranya ibu memilih untuk hanya menggunakan tempoh dua tahun daripada lima tahun yang diberikan untuk anak pertamanya, wanita tersebut mempunyai baki tiga tahun lagi untuk digunakan terhadap anak-anak yang lain pada masa hadapan.

"Tempoh yang digunakan oleh mereka untuk cuti tanpa gaji tidak akan diambil kira apabila kami mengira faedah persaraan mereka," kata Mohamad Zabidi.

Namun, beliau mengingatkan bahawa mereka yang memohon untuk mendapatkan cuti tanpa gaji mungkin kehilangan senioriti mereka.

Katanya, jika mereka memenuhi kriteria yang sepatutnya, mereka masih boleh dipertimbangkan untuk dinaikkan pangkat.

Mohamad Zabidi berkata ketua jabatan diberi kuasa untuk memanggil mana-mana pekerja yang sedang bercuti tanpa gaji.

"Jika keadaan terdesak, mana-mana pekerja boleh diminta untuk kembali bekerja," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2014 09:36 AM | Show all posts
Kesian kat siapa yg kena cover kerja orang yg bercuti tu

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 09:57 AM | Show all posts
dah dpt cuti 5 tahun...pastu bonus x dpt bising
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 10:01 AM | Show all posts
cuti tanpa gaji sehingga lima tahun


cuti xde gaji.. xpe kot..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 10:02 AM | Show all posts
cuti tanpa gaji utk jaga anak la, bukan cuti bersalin. cuti bersalin 90 hari je, full pay.
dah lama org gomen dapat keistimewaan ni, cuma sekarang tambah clause, even org amik anak angkat or menjaga anak tiri pun layak mohon
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Cuti tnpa gji..ok la tue..yg jd mslh klu cti bgaji..tp still sian org yg nk cover keje dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2014 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Wah..bestnye...
Brenti.jelah...
Ramai lg yang sedia berkhidmat
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 10:05 AM | Show all posts
wowww.. 5 tahun......................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2014 10:11 AM | Show all posts
cuti tanpa gaji...tlg jgn meroyan...jabatan blh mohon psh...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 10:12 AM | Show all posts
baca la betul2...

cuti tanpa gaji UP to 5 years...
maximum 5 years cuti...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Makin susah la graduan2 nak apply.. Coz jawatan dah penuh tp orgnya duk cuti tanpa gaji leh ikut suami kj luar negara
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 10:15 AM | Show all posts
Beliau berkata mereka yang menjaga kanak-kanak tersebut secara berterusan selama dua tahun, yang disebut sebagai 'de facto' juga layak memohon cuti tanpa gaji selama lima tahun yang boleh diambil secara berterusan atau sebahagian antara anak pertama dan anak-anak yang lain.


ape la TT ni...cuti tanpa gaji..bukannya cuti bergaji penuh..suka buat drama
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 10:15 AM | Show all posts
Kalau dah 5 tahun cuti tanpa gaji baik berenti jelah. menyekat peluang2 dekat orang2 yang hadap nak kerja gomen di luar sana tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 10:15 AM | Show all posts
kalo department tu byk pompuan jenuh...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 10:18 AM | Show all posts
ade kerja...tp xwat kerja...xde gaji..ok lagi..tp org lain yg nak kerja n nak gaji...xde peluang...cmne??? perlu ke semua tu..benti jer la..bg peluang kt org lain...semak jer...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2014 10:19 AM | Show all posts
kentel posted on 23-12-2014 10:15 AM
ape la TT ni...cuti tanpa gaji..bukannya cuti bergaji penuh..suka buat drama

hihihi... saya xcakap pun kat tajuk tu cuti dengan gaji
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2014 10:22 AM | Show all posts
katokcun posted on 23-12-2014 10:18 AM
ade kerja...tp xwat kerja...xde gaji..ok lagi..tp org lain yg nak kerja n nak gaji...xde peluang...c ...

Entah bongok sangat. post ada tapi takde isi. dah menyusahkan pulak nak hire staff PSH/kontrak bagai plak.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 10:22 AM | Show all posts
bestnya..dah lah ada cuti 300 hari sepanjang perkhidmatan tp boleh amik max 90 hari jer perbaby..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 10:23 AM | Show all posts
stress org lain yg duk tanggung kerja & beban..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 10:27 AM | Show all posts
berenti jelah kalo camtu
menyusahkan orang lain dan sekat peluang org lain yg mmg ikhlas nak bekerja
kalo hadap sgt nak jd ibu2, bukaklah pusat asuhan, bleh gak buat duit stp bulan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.588784 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list