CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1245|Reply: 9

[Tempatan] Cukai naik 14 % bebankan rakyat - Kebangga Rakyat Penang

[Copy link]
Post time 23-12-2014 10:20 AM | Show all posts |Read mode
Cukai naik 14 % bebankan rakyatMPPP, MPSP naikkan 14 peratus cukai
AZELI ALI  |  23 Disember 2014 1:32 AM


0 0 Google +0


BUKIT MERTAJAM 22 Dis. - Kenaikan cukai taksiran oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sebanyak 14 peratus bagi setengah tahun pertama tahun depan bakal memberi kesan kepada kos sara hidup penduduk di negeri ini.

Mohd. Nor Suhaili




Lebih mengecewakan, kenaikan cukai taksiran itu tidak disusuli dengan jaminan peningkatan kualiti perkhidmatan yang memberi kemudahan dan keselesaan kepada rakyat menyebabkan penduduk mahu kenaikan itu ditangguhkan atau dibatalkan.
Pengerusi Pertubuhan Pemikir Muslim Pulau Pinang, Mohd. Nor Suhaili Jamali berkata, jika selama ini Kerajaan DAP Pulau Pinang melaungkan slogan negara berkebajikan, sudah pasti mereka mengambil perhatian terhadap kenaikan kos sara hidup rakyat ekoran peningkatan cukai taksiran tersebut.
Menurutnya, kenaikan cukai taksiran itu tidak sepatutnya berlaku semata-mata untuk menambah pendapatan negeri kerana rakyat bakal menjadi mangsa.




Advertisement



“Jika selama ini pakatan pembangkang menuduh kerajaan zalim kerana mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bermula tahun hadapan, mereka juga bertindak serupa apabila menaikkan cukai taksiran.
“Jadi, jika GST itu zalim, maka Kerajaan DAP Pulau Pinang juga berlaku zalim kepada rakyat. Mereka seolah-olah 'bercakap tak serupa bikin' dengan menindas rakyat bawahan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas rungutan penduduk di sekitar Seberang Perai yang menerima cukai taksiran baharu untuk tahun hadapan yang menyaksikan kenaikan sehingga 14 peratus.

Ekoran kenaikan itu, penduduk di daerah Seberang Perai perlu membayar bil cukai taksiran setengah tahun pertama bagi tahun 2015 sebanyak RM333.60 berbanding hanya RM291.90 bagi cukai taksiran setengah tahun sebelum ini.
Pandangan sama disuarakan Setiausaha Persatuan Muka Buku Pulau Pinang, Muhsin Abdul Latheef yang mendakwa kenaikan cukai taksiran itu membuktikan Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak prihatin terhadap rakyat.
Jelasnya, kenaikan cukai itu merupakan satu beban yang mendorong rakyat tidak membayar cukai kerana tidak berkemampuan.

“Kerajaan DAP Pulau Pinang harus bijak menangani masalah ini dan bukan dengan menaikkan harga cukai kerana tindakan itu seolah-olah menunjukkan kerajaan negeri sekarang sedang dalam kesempitan wang.
“Kami mendesak agar kadar cukai taksiran ini dikembalikan kepada kadar asal agar tidak membebankan rakyat,”ujarnya.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.r9dV1Sz9.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2014 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka melayu yg pangkah DAPig
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Cina kalau mentadbir negara, serba serbi akan dinaikkan... Dia buat negara yg ditadbir sebagai tempat mencari keuntungan dari segala bayaran yg perlu dibayar penduduk... Lihat saja apa sudah jadi pada singapore
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 10:45 AM | Show all posts
primemova posted on 23-12-2014 10:28 AM
Cina kalau mentadbir negara, serba serbi akan dinaikkan... Dia buat negara yg ditadbir sebagai tempa ...

melayu umno tadbir negara : tambang bas sekolah naik,kos ubat naik,kos hidup naik,kos kesihatan naik,tol naik,yuran nurseri naik,minyak naik,gas naik,diesel naik,gula naik,tambang teksi naik,harga rumah naik,tarif elektrik naik,cukai pintu naik,tambang lrt naik,harga ayam naik,harga sayur naik(kecuali kangkung),bil air naik, gaji MP naik,hutang negara naik,indeks rasuah naik,kadar jenayah naik,taraf kemiskinan naik,taraf pendidikan tak naik,gaji tak naik.....banyak nye naikkkkkkkkkkk
Last edited by dodolgemok on 23-12-2014 10:51 AM

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 10:47 AM | Show all posts
betul2...semua bangang kerajaan pulau pinang.
kerajaan umno mmg bijak mentadbir & x pernah bebankan rakyat, btul x anak nogori si tua?
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 11:00 AM | Show all posts
komen sikit @cmf_herrhughie  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2014 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
primemova posted on 23-12-2014 10:28 AM
Cina kalau mentadbir negara, serba serbi akan dinaikkan... Dia buat negara yg ditadbir sebagai tempa ...

Bang, kat Malaysia ni, kos kehidupan tak pernah naik ke? Tengok kos Internet sebagai contoh.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 11:04 AM | Show all posts
Bertopengkan Islam lagi?

Ingat kaum lain tak kena?

Utusan mmg raja provokasi.

I think is correct to caj tinggi pasal facilities dah upgraded byk tapi mamat ni buta kata tak upgrade...ingat mcm dulu semua biar bocor saja?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-12-2014 11:29 AM | Show all posts
spiderman80 posted on 23-12-2014 11:03 AM
Bang, kat Malaysia ni, kos kehidupan tak pernah naik ke? Tengok kos Internet sebagai contoh.

Kan...saya mati2 ingat kat Malaysia saja kos kehidupan naik..semua naik....sampai ramai yg marah...kununnnya kerajaan Malaysia menindas rakyat..tidak mengamalkan "kerajaan berkebajikan" macam kerajaan DAP diPenang..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 01:12 PM | Show all posts
lolol sila2 guling2 mcm guling2 bantah gst

pastu ada la macai tak sertu serta samak blur sotong tanya cukai taksiran tu apa

hahahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:13 PM GMT+8 , Processed in 0.068596 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list