CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1483|Reply: 11

[Tempatan] Pengorbanan ibu ikat perut terbalas

[Copy link]
Post time 23-12-2014 10:41 AM | Show all posts |Read mode
  • Nur Ain Izzati (depan, dua kiri) bersama rakan-rakannya menunjukkan keputusan PT3 yang diperoleh mereka di SM Sains Kubang Pasu, semalam.


[url=][/url]



        JITRA - Pengorbanan pasangan suami isteri dalam memenuhi keperluan pelajaran anaknya membuahkan hasil apabila mencapai keputusan cemerlang dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), yang diumumkan, semalam.

        Ahmad Satmi Mohd Sobri, 48, yang bekerja sebagai tukang pendawaian elektrik dan Noraini Shaari, 49, seorang tukang cuci hanya mampu tersenyum bangga selepas anak mereka, Nur Ain Izzati Ahmad Satmi, 15, mendapat keputusan 10A.

        Nur Ain Izzati yang juga pelajar Sekolah Menengah (SM) Sains Kubang Pasu berkata, meskipun dia belajar di sekolah berasrama penuh dan mendapat biasiswa, namun keluarganya memberi wang perbelanjaan kira-kira RM250 sebulan bagi melengkapi keperluan pembelajarannya.

“Keluarga saya memang susah dengan pendapatan isi rumah kurang RM2,000 sebulan, selain terpaksa menanggung tiga adik beradik lain yang masih belajar, namun ibu bapa saya tidak pernah berkira soal pelajaran kami.

“Malah, ibu sendiri kata dia sanggup mengikat perut asalkan saya mendapat apa yang diperlukan dalam pelajaran dan sentiasa menasihati supaya sentiasa fokus semasa dalam kelas,“ katanya kepada Sinar Harian, semalam.

        Nur Ain Izzati antara sembilan pelajar di SM Sains Kubang Pasu yang memperoleh keputusan cemerlang 10A membabitkan subjek Bahasa Melayu Ujian Bertulis, Bahasa Melayu (Lisan), Bahasa Inggeris Ujian Bertulis dan Bahasa Inggeris (Lisan).

        Dia turut cemerlang dalam subjek Sejarah, Geografi, Pendidikan Islam, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup Bersepadu-Perdagangan dan Keusahawanan.

        Dalam pada itu, secara keseluruhan, seramai 137 pelajar di SM Sains Kubang Pasu menduduki PT3 buat kali pertama, Oktober lalu.

        Nur Ain berkata, dia juga akan memastikan ulang kaji pelajaran dibuat setiap malam selama sejam setengah supaya ilmu yang diperoleh sentiasa segar dalam ingatan.

“Selain itu, saya juga memberi tumpuan sepenuhnya dalam kelas dan merujuk guru sekiranya tidak faham sesuatu topik,” katanya.

        Sementara itu, Noraini berkata, setiap kali anaknya itu menduduki peperiksaan, dia akan melakukan solat hajat dan membaca Yasin supaya anaknya mudah menjawab soalan.

“Saya bagitahu Izzati, selain bantuan kewangan, hanya cara ini saya mampu membantu anak saya supaya sentiasa berjaya dalam pelajaran .

        "Dan Alhamdulillah melalui usaha saya lakukan sebelum ini, dia juga berjaya memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), tiga tahun lalu, “ katanya.

Sinar Harian


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2014 10:53 AM | Show all posts
bgusla....thniah dik
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 10:57 AM | Show all posts
bijak2 btl bdk2 ni...kagum aku tgk leh dpt smpi 10A...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 11:10 AM | Show all posts
tahniah dik..x sia2 pengorbanan org tua...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 11:16 AM | Show all posts
tahniah adik, moga terus sukses dlm pelajaran
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
tahniah dik..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2014 11:32 AM | Show all posts
tahniah adik...doa ibu kann...siap buat solat hajat dan yassin untuk anak....
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 11:49 AM | Show all posts
Tahniah kepada yang mendapat keputusan yang baik, yang kurang baik cuba lagi untuk PMR..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2014 11:54 AM | Show all posts
Tahniah..nanti kalau dah berjaya jangan lupa pengorbanan ibu bapa...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 12:00 PM | Show all posts
Actually aku kurang setuju la konsep BANYAK A = PANDAI
Skrg ni seboleh2 semua yang atas2 dok push kene usaha dapatkan A.
So kualiti pengajaran menjurus kepada dapat A, bukan lagi nak bagi ilmu
Sbb masuk kelas je, kalau soalan camni jawab macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 12:01 PM | Show all posts
acuan yg sama cuma lulus cemerlang
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 02:33 PM | Show all posts
byk gak la dia dpt dr parents RM250 sebulan.. katanya biasiswa pun dpt.. makan semua fully covered kalau SBP.. teringat plak zaman haku dolu kat sbp dpt RM40 sebulan masa form 1.. Form 4/5 dpt RM50.. buat A level pun JPA bagi RM220 jah sebulan.. anyway, tu pun dah syukur sangat-sangat...  Tahniah la adik sbb berjaya dan juga mengharumkan nama ibu bapa..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.335732 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list