CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maxim

Volume 175 - Banglo Gelandangan Bod Gossip - Jemput masuk!!

 Close [Copy link]
Post time 25-12-2014 09:04 PM | Show all posts
EJALTI posted on 25-12-2014 09:02 PM
Betul.....

Aku makan cawangan dia kat bangi yg dekat darul syifa tu, kurang sodap..

ai suka yang hj samuri depan metro kajang tuh..
orang tak ramai sangat..
so boleh laa bersantai2 makan..
orang tu pung masak pun beria-ia laa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2014 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd posted on 25-12-2014 09:02 PM
Sultan Melaka Fans
6 mins · Kuala Kangsar ·


Kehkehkeh......hantu betul buat lawak camni.....

Tapi memang kesian kat mangsa banjir...

Masjid kat kawasan perumahan aku baru jerk buat sembahyang hajat lepas isyak tadi.....

Semoga mangsa banjir di permudahkan olehNya......
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 09:09 PM | Show all posts
EJALTI posted on 25-12-2014 09:01 PM
Kesiannya......


Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 09:11 PM | Show all posts
EJALTI posted on 25-12-2014 09:06 PM
Kehkehkeh......hantu betul buat lawak camni.....

Tapi memang kesian kat mangsa banjir...

re-tepek;


Amran Fans
December 22 at 6:50pm ·


Amran dengan ini , menyusun 10 jari tangan dan 10 jari kaki , kepala Amran serta seluruh badan Amran kat korang .
Amran mohon . Korang tolong lah menderma apa sahaja barang lebihan di rumah korang yang masih boleh digunakan lagi untuk mangsa mangsa banjir di negeri negeri jiran kita ini . Kalau tak mampu menderma dari segi barang , amran harap sangat semua likers Amran menderma RM 1 setiap orang . Kalau 100k likers Amran derma RM 1 seorang . Kita pasti dapat kumpul RM 100k . Ini semua untuk saudara saudara kita juga . Tolong sahabat semuanya







Unlike ·  · Share · 6,941168100




Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd posted on 25-12-2014 09:09 PM

Bagusla.....at least tunjukkan prihatin & simpati kat mangsa banjir.......kesian tawwwwwww.....
Tengok mangsa banjir kucing pun aku dah sodih.....apalagi mangsa banjir kanak2 & orang tua.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd posted on 25-12-2014 09:04 PM
ai suka yang hj samuri depan metro kajang tuh..
orang tak ramai sangat..
so boleh laa bersantai2 ...

Lama dulu, pernah mskan cawangan hj samuri kat R&R Sungai Buluh.....

Not bad la, orang pun tak ramai...
Kuah kacang yg buat sodap tu......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-12-2014 09:15 PM | Show all posts
Syd posted on 25-12-2014 08:49 PM
Natttttttttttttt

tengok nehhhhh

Kesiannya . Ai terlupa binatang pun antara mangsa banjir. Kecik dulu pernah dok pantai timur  tp rumah x pernah kena banjir.

Kpd sesiapa yg ada duit lebih tu , jgn lupa hulur bantuan pd mangsa banjir

Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 09:15 PM | Show all posts
EJALTI posted on 25-12-2014 09:12 PM
Bagusla.....at least tunjukkan prihatin & simpati kat mangsa banjir.......kesian tawwwwwww.....
T ...

nyelit jugak laa citer pasal X'mas..

yelah skrg x'mas, banjir etc...


DrMAZA.com
6 hrs ·

HUKUM UCAPAN SEMPENA PERAYAAN AGAMA LAIN
Soalan: Dr MAZA, kita negara yang berbilang agama. Ramai yang mempunyai kawan pejabat, jiran dan lain-lain yang bukan muslim. Apabila tiba hari raya kita mereka mengucapkan selamat hariraya. Masalahnya, apabila tiba giliran hari raya agama mereka pulak, kita rasa macam serba salah. Bolehkah seorang muslim berikan ucapan selamat hari raya agama lain. Saya takut rosak akidah, tapi ramai pemimpin dan kawan-kawan muslim yang lain ucapkan. Saya pun risau juga kawan-kawan bukan muslim kecil hati, tapi saya pun nak jaga akidah saya. Bolehkah Dr Asri berikan pandangan?

Jawapan Dr MAZA:
Saudara Munif, Alhamdulillah saudara prihatin dengan keadaan akidah saudara di kala ramai yang tidak mempedulikan lagi kebersihan akidah mereka. Akidah adalah pembeza utama antara seorang mukmin dan bukan mukmin. Seseorang bagaimana banyak amalannya pun, tetapi jika akidahnya rosak, maka amalannya ditolak. Maka penting untuk kita mempertahankan akidah dan kesuciannya. Mengenai soalan saudara, ada beberapa perkara yang wajar difahami;
1. Islam mengharamkan seseorang muslim membuat apa-apa perbuatan atau ucapan yang mengiktiraf kekufuran atau kesesatan. Termasuk dalam hal ini membesarkan agama lain dengan mengucapkan ucapan yang mengagungkan atau mengiktiraf kekufuran, atau melakukan amalan ibadah yang mempunyai makna menyembah atau menyeru tuhan selain Allah. Maka, apa sahaja tindakan yang membawa kepada maksud yang disebutkan tadi adalah haram jika dilakukan dengan perbuatan atau ucapan. Jika disertai iktikad bahawa apa yang dilakukan itu benar atau betul, maka dia menjadi kafir. Firman Allah:
مَنْ كَفَرَ بِاللَّهِ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِهِ إِلَّا مَنْ أُكْرِهَ وَقَلْبُهُ مُطْمَئِنٌّ بِالْإِيمَانِ وَلَكِنْ مَنْ شَرَحَ بِالْكُفْرِ صَدْرًا فَعَلَيْهِمْ غَضَبٌ مِنَ اللَّهِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ
(maksudnya) “Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah beriman (maka baginya kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang jantung hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka dadanya menerima kufur maka atas mereka ditimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar. (Surah al-Nahl, ayat 106).
2. Dalam masa yang sama, Islam tidak membenarkan kita menzalimi bukan muslim dan Islam menyuruh kita melakukan kebaikan kepada bukan muslim yang tidak memusuhi kita kerana agama kita. Firman Allah
لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ (8) إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
(maksudnya): “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahah, 8-9)
3. Juga, Islam menyuruh kita mengucapkan ucapan yang baik kepada orang yang mengucapkan ucapan yang baik kepada kita. Firman Allah:
وَإِذَا حُيِّيتُمْ بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ حَسِيبًا
(maksudnya): “Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu”. (Surah al-Nisa, 86).
Inilah adab Islami yang tinggi. Ia merangkumi sesama muslim atau kepada bukan muslim. Sehingga Ibn ‘Abbas r.a menyebut:
لَوْ قَالَ لِي فِرْعَوْنُ: بَارَكَ اللَّهُ فِيكَ. قُلْتُ: وَفِيكَ
“Jika Firaun berkata kepadaku ‘semoga Allah memberkatimu, nescaya aku menjawab ‘untuk engkau juga’” (Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad). Maka sudah pasti mereka yang tidak sejahat Firaun dan tidak memusuhi Islam lebih layak untuk menerima ucapan balas.
4. Oleh kerana dalam masalah mengucapkan tahniah ataupun congratulating sempena perayaan agama lain mempunyai unsur seakan mengakui agama lain –secara langsung atau tidak langsung-, dan dalam masa yang sama ada juga nilai berbuat baik kepada bukan muslim yang tidak memusuhi Islam, maka para ulama berkhilaf pendapat tentang hal ini. Bagi mereka yang melihat unsur mengiktiraf kekufuran, mereka mengharamkan ucapan sempena perayaan agama lain. Sementara bagi mereka yang melihat ia bukan berunsur mengiktiraf kekufuran agama lain, sebaliknya sekadar melakukan barr ataupun kebaikan kepada penganut agama lain yang tidak memusuhi Islam, maka para ulama yang berpendapat sebegini mengharuskan ucapan tersebut dengan syarat-syarat tertentu.
5. Tidak boleh dinafikan bahawa selain nas-nas al-Quran dan al-Sunnah sebagai asas, faktor keadaan, zaman dan persekitaran mempengaruhi para sarjana Islam dalam melihat kepada isu ini. Kitab-kitab yang ditulis pada persekitaran muslim begitu dominan dan tiada keperluan untuk melakukan ucapan tersebut kelihatan keras dan mengharamkan ucapan sempena perayaan agama lain. Sementara, ramai juga sarjana terutama di zaman kini yang mempunyai persekitaran yang baru dan keperluan untuk memperlihatkan keharmonian Islam kepada bukan Islam, fatwa-fatwa mereka ini lebih lunak dan mengizinkannya dengan syarat-syarat tertentu.
6. Syeikh Islam Ibn Taimiyyah r.h. (meninggal 728H) dalam karyanya Iqtida al-Sirat al-Mustaqim dan muridnya al-Hafizd Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h (meninggal 751H) dalam karyanya Ahkam Ahl al-Zimmah dengan tegas mengharamkan hal ini. Mereka telah mengemukakan hujah dan alasan mereka dalam mengharamkannya. Teras kepada perbincangan mereka ialah perbuatan tersebut membawa erti mengerupai orang kafir dan meredhai agama mereka. Focus mereka adalah penyertaan seorang muslim kepada upacara perayaan bukan muslim. Banyak pendapat-pendapat ulama silam yang mereka petik. Pandangan kedua imam agung itu diikuti oleh sesetengah para ulama terutama dari negara yang dominan penduduk muslim seperti Arab Saudi. Maka Lajnah Fatwa Tetap Arab Saudi mengharamkan ucapan selamat sempena perayaan agama lain.
7. Sementara Majlis Fatwa Eropah (The European Council For Fatwa and Research) yang dianggotai oleh ramai sarjana muslim membolehkan muslim memberikan ucapan tahniah atau selamat sempena perayaan mereka (Congratulating Non-Muslims on Their Festive Occasions). Ini lebih dituntut apabila mereka terlebih dahulu mengucapkannya semasa perayaan Islam. Ini berteras ayat dalam Surah al-Nisa, ayat 86 yang kita sebutkan tadi. Pun begitu, mereka tetap mengharamkan muslim menyertai perayaan agama lain. Hanya sekadar ucapan sempena perayaan.
8. Fatwa yang sama yang mengharuskan ucapan sempena perayaan agama lain dikeluarkan oleh beberapa ulama lain seperti Dr Yusuf al-Qaradawi dan al-Mustafa al-Zarqa. Antara hujah yang digunakan oleh al-Syeikh Mustafa al-Zarqa adalah hadis Nabi s.a.w:
إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّتْ بِهِ جَنَازَةٌ فَقَامَ فَقِيلَ إِنَّهُ يَهُودِيٌّ فَقَالَ أَلَيْسَتْ نَفْسًا
“Sesungguhnya telah lalu di hadapan Nabi s.a.w satu jenazah, lalu baginda bangun (untuk menghormati). Lalu diberitahu kepada baginda: “Itu jenazah seorang yahudi”. Baginda bersabda: “Tidakkah ia juga jiwa (insan)?” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Kata al-Zarqa: “Bangun tersebut sebagai menggambarkan penghormatan dan kemuliaan, tiada kaitan dengan akidah jenazah tersebut” (Fatawa Mustafa al-Zarqa, m.s 356. Damsyik: Dar al-Qalam). Ertinya, beliau membandingkan mengucapkan selamat sempena hariraya agama lain kepada penganutnya, bukan bererti mengiktiraf akidah mereka.
9. Dengan ini saya berpendapat, boleh mengucapkan selamat hariraya kepada penganut agama lain sempena perayaan mereka dengan syarat ucapan tersebut tidak mengandungi ungkapan yang syirik atau kufur seperti menyebut ‘anak Allah’ atau tuhan selain Allah. Maka, memadai sekadar ‘selamat hariraya’ atau ‘selamat bergembira’ atau seumpamanya. Hal ini lebih dituntut jika semasa hariraya Islam mereka mengucapkannya.
10. Namun, seorang muslim tidak boleh turut merayakan hariraya agama lain. Sebabnya, perayaan agama merupakan upacara agama. Bukan muslim pun tidak patut disuruh merayakan hariraya kita. Perpaduan antara kita sesama rakyat muslim dan bukan muslim bukan dengan berkongsi hariraya, tetapi dengan keadilan, berbuat baik dan tidak menzalimi antara satu sama lain.
11. Apa yang penting, dalam dunia semasa yang Islam dituduh dengan pelbagai tuduhan liar, kita patut menonjolkan imej Islam yang harmoni dan baik. Dalam masa yang sama kita mesti menjaga benteng akidah kita.

Unlike ·  · Share



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2014 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd posted on 25-12-2014 09:11 PM
re-tepek;



Bagus gak budak meran nih....
Dalam selalu mendajalkan orang lain, ada gak hati perut....

Tapi memang kesian siot kat baby2, budak2 kecik & org2 tua......
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 09:20 PM | Show all posts
borrow posted on 25-12-2014 09:15 PM
Kesiannya . Ai terlupa binatang pun antara mangsa banjir. Kecik dulu pernah dok pantai timur  tp r ...


Mila Catalina
3 mins ·


DATANG LAGI AIR RABBANI
Dan aku adalah air Rabbani
Aku kembali dan datang lagi
Mencurah, mengalir menenggelam bumi
Membawa rahmat menitip rezeki
Dan makhluk makhluk gembira sekali
Kerna kedinginan ku menyaman diri
Memadam kepanasan mentari,
Melega kehausan selama ini
Dan makhluk yang lain bersusah hati
Kerna air itu air gergasi
Membanjiri yang rendah yang tinggi
Meruntuh menelan menghanyut pergi
Yang dikumpul disimpan tiada lagi
Memusnah kesenangan selama ini
Kepayahan tidak terperi
Kesugulan membanjiri hati
Kehidupan seakan sudah mati
Namun air yang datang siapa yang beri ?
Turun sendiri mengalir sendiri ?
Kenapa harus jenuh begini ?
Mengeluh cukup tak mau lagi ....
Namun air yang datang itu...
Sesungguhnya ingin memberitahu ...
Aku juga hanya hamba seperti kamu
Apapun nama kau panggil aku
Tugas ku...
Memberi minum hamba Tuhanku
Dan membersih kotoran dari kamu
Yang mukhaffafah kau renjiskan
Yang mutawassitah kau basuhkan
Yang mughalladhoh kau samakkan
Dan bila kotoran dan bejat membumi
Dan dosa dan mungkar melimpahi
Maka aku di utuskan membersih mensuci
Memberi amaran, menginsafkan, menghukumi
Hamba hamba yang terlanjur mengkufuri illahi
Sebagaimana dulunya umat Nabi Nabi...
Hatta mereka anak isteri Rasul ulul Azmi
Aku adalah air yang suci
Meskipun membanjiri menenggelami
Melenyap kegembiraan para insani
Namun...
Aku datang dengan misi Rabbani
Bukan sekadar sesuka hati
Bukan untuk menyakitkan hati
Hadirku menayangkan kuasa Illahi
Menyedarkan yang lupa diri
Mengingatkan tangan tangan Firauni
....jangan kau musnahkan bumi alami
Menginsafkan hati yang tercemari
Bahawa kebesaranmu di bumi akan pergi
Seperti berlalunya airku ini
Bahawa kemusnahan duniamu adalah pasti
Usah kau bangga apa yang diperolehi
Kerna semuanya pinjaman Illahi
Usah kau cemari kesucian muka bumi
Dengan noda dan busuk hati
Usah menyakiti usah menzalimi
Selamatmu hanya mungkin sehari
Siksa hidupmu mungkin infiniti..
Terima lah kedatanganku ini
Dengan terbuka hari
Dan istighfar tanpa henti..
ZullDaud
Prutiaw, Sadao
25 Disember 2014





Unlike ·  · Share

  • You like this.



Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 09:21 PM | Show all posts
EJALTI posted on 25-12-2014 09:19 PM
Bagus gak budak meran nih....
Dalam selalu mendajalkan orang lain, ada gak hati perut....


Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 09:25 PM | Show all posts
borrow posted on 25-12-2014 09:15 PM
Kesiannya . Ai terlupa binatang pun antara mangsa banjir. Kecik dulu pernah dok pantai timur  tp r ...

Ni SHARING is CARING ye...

Yang berminat untuk sertai sebagai SKUAD PENYELAMAT KUCING, boleh hubungi no dibawah;

Zahir Fc
013-4655110




Tenkiu.

Syd
S/U Sukarela
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 09:27 PM | Show all posts
EJALTI posted on 25-12-2014 09:19 PM
Bagus gak budak meran nih....
Dalam selalu mendajalkan orang lain, ada gak hati perut....

Tazkirah malam Jemahat by Setad Meran

Amran Fans
2 mins ·


Lelaki ni kalau nak mengayat awek senang je , biase lah perempuan ni akal die pendek , nafsu buas sampai ada 9 nafsu pulak tu . Huhu
Kat facebook ni lah paling senang nak mengayat , mula mula add perempuan lawa DP yang guna app 360 , kalau perempuan tu dah terima , itu tandanya perempuan tu senang nak makan . Kalau susah nak makan tu biasenya budak baru lagi , baru nak bekecimpung dalam dunia kongsi awek ni . Biase lah budak baru nak up lah kan .
Biase lelaki akan tunjuk sifat peramah kat komen , perempuan tahu tahu je lah , update status sakit perut lah , lapar lah , nak berak lah . Nasib baik die tak upload gambar kemaluan die , yang tu lagi senang nak makan . Macam cilake tak ade malu .
Waktu tu lah masa klimaks yang paling sesuai untuk lelaki baling mata kail dengan cacing dalam kolam . Buat buat bersimpati sikit , buat buat nak tolong belikan makanan lah , buat buat kelakar padahal die ni jenis memang tak kelakar . Keturunan die pun tak kelakar sebenarnya . Mak betul lah .
Kalau perempuan tu melayan , itu tandanya mata kail dah sangkut . Tunggu nak pusing tali je bagi dekat sikit . Lelaki tu biarkan sehari dua dulu . Cukup hari lelaki ni mula lah message , buat buat tanya khabar , buat buat ambil berat . Padahal perempuan tu memang sihat pun , update status sejam je dah 5, 6 kali . Tak termasuk upload gambar lagi . Sikit lagi die nak sangkut dah .
Bila dah mula couple permulaannya lelaki ni akan jamu si perempuan ni dengan kata kata islamik . Contoh tanya dah solat ke belum , puasa tak hari ni . Sebenarnya soalan soalan islamik macam ni ada rupa bertopengkan seton sikit .
Pastu bila si pakwe bertanya dah solat ke belum dan perempuan tu pulak kebetulan cuti . Hmm Amran malas lah nak cerita lagi . Semalam pun dah bagi tahu rasanya . Amran nak ulang balik rasa segan pulak . Teringat kat mak Qaseh masa peraduan Gores dan Menang dulu . Huhu
Unlike ·  · Share · 728




Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd posted on 25-12-2014 09:25 PM
Ni SHARING is CARING ye...

Yang berminat untuk sertai sebagai SKUAD PENYELAMAT KUCING, boleh hu ...

@Syd

Kalau ko rajin, boleh tak tepek no2 akaun untuk mangsa2 banjir.....

TQ Syd.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleA posted on 24-12-2014 10:41 PM
Kan,tukar la ke tajuk yg elegan sikit,ini dgn rupa pacik tu adoyai,hahaha

Malam uols

Da dinner ke

Iols kehabesan suara
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 09:30 PM | Show all posts
EJALTI posted on 25-12-2014 09:28 PM
@Syd

Kalau ko rajin, boleh tak tepek no2 akaun untuk mangsa2 banjir.....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2014 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
tengokjerrr posted on 24-12-2014 10:50 PM
dia letak rempah kari kot .. maybe terlajak boh la tu

Uols penah try laksa kt ah cheng laksa tk
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 09:32 PM | Show all posts
EJALTI posted on 25-12-2014 09:28 PM
@Syd

Kalau ko rajin, boleh tak tepek no2 akaun untuk mangsa2 banjir.....


Thursday, December 25, 2014 INFO PENTING, INFORMASI, PANDUAN

Senarai Tabung Bantuan Kecemasan Banjir Malaysia 2014



Senarai Tabung Bantuan Kecemasan Bencana Banjir Malaysia 2014. Artikel ini disharing dari Blog # Projek 2 Ribu untuk senarai tabung bantuan kecemasan bencana banjir yang melanda Malayia kini pada bulan Disember 2014. Diharap rakyat Malaysia yang pemurah dan berbesar hati untuk menyumbang kepada mangsa banjir tak kira wang ringgit atau barangan ke saluran yang dinyatakan di bawah ini.

MAKLUMAT TERKINI BANJIR BOLEH RUJUK DI SINI


KELAB ANAK-ANAK GUA MUSANG
Assalamualaikum.Gua Musang dilanda banjir besar.Maka atas dasar simpati yang amat sangat maka satu sesi kutipan sumbangan pakaian(seluar/baju/kain/dll) untuk mangsa banjir di Gua Musang akan diadakan.Sahabat semua boleh serahkan sumbangan pakaian tersebut kepada PIC yang tersenarai di bawah :
1. Amran Arifin
(017-2089569).
Lokasi : Depan Alamanda Putrajaya
Masa : 2.00pm - 5.00pm
Tarikh : 25.12.2014 / Khamis
2. Zack Kagum
(017-6166528)
Lokasi : Depan Tesco Ampang
Masa : 10.00am - 12.00pm
Tarikh : 25.12.2014 / Khamis
3. Haji Hazmi Hanipa
(013-9100020/012-9192037)
Lokasi : Shell Greenwood,Gombak
Masa : 11.00am - 12.00pm
Tarikh : 25.12.2014 / Khamis
4. Mohd Sharuddin
(019-2949300)
Lokasi : Restoran Wira Sejati
Seksyen 24 Shah Alam
Masa : 24 jam (On Call)
Tarikh : 25.12.2014 / Khamis
Mohon jasa baik sahabat semua uar-uarkan kerja amal ini.Semoga Allah SWT bagi ganjaran setimpal untuk kita sama-sama ringankan beban sahabat dan keluarga di sana
tak dapat sumbang sbarkan di group masing2 insyaAllah
MERCY MALAYSIA EAST COAST FLOOD RELIEF
Does MERCY Malaysia accept cash donations?
Yes. You can pay cash directly to our office at the following address:
Malaysia Medical Relief Society (MERCY Malaysia),
No.4, Jalan Langgak Golf,
off Jalan Tun Razak,
55000 Kuala Lumpur,
Malaysia.


You can also bank-in your cash at the following accounts:

Malayan Banking Berhad (MAYBANK) Account Name:MERCY Humanitarian FundABA Swift Code:MBBEMYKL
Account No:5621 7950 4126
Address:
MAYBANK BERHAD
20G-28G, Jalan Wawasan 4/5,
Bandar Baru Ampang,
68000 Ampang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia
CIMB BANK
Account Name:MERCY Malaysia
ABA Swift CodeIBBMYKL
Account No:8000 7929 08
Address:
CIMB BANK
Lot 112, 1st Floor, Podium Block,
Citypoint, Kompleks Dayabumi,
Jalan Sultan Hishamuddin,
50050 Kuala Lumpur,
Malaysia


For cash donations or direct transfer into our account, please fax or email us your remittance slip and include your personal details (name, address, phone number) should you wish to claim tax-exempt receipts.



















Read more: http://rossacalla.blogspot.com/2014/12/senarai-tabung-bantuan-kecemasan-banjir-malaysia-2014.html#ixzz3MuuQlYt6
Follow us: [url=home.php?mod=space&uid=1949767]@Rossacalla on Twitter[/url] | PerlingPutih on Facebook

  
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Malam semua

Iols kelaparan
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd posted on 25-12-2014 09:32 PM
Thursday, December 25, 2014  INFO PENTING, INFORMASI, PANDUAN
Senarai Tabung Bantuan Kecemasa ...

Tempat iols da dengar bunyi guruh.. sat g mesti ujan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.290958 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list