CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4316|Reply: 5

Wang Nyanyian Punca Tegar Tahu Membaca

[Copy link]
Post time 17-1-2015 12:42 AM | Show all posts |Read mode
[size=0.75em]Tegar

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]PETALING JAYA: Penyanyi cilik dari Indonesia iaitu Tegar yang selama ini buta huruf sudah tahu membaca gara-gara usahanya mengupah seorang guru untuk mengajarnya di rumah hasil wang nyanyian.

Tegar atau nama sebenarnya Tegar Septian, 14, berkata, atas bimbingan gurunya itu, dia bersyukur sudah kenal huruf yang dapat mengubah tanggapannya selama ini dia mungkin tidak tahu membaca selama-lamanya.

“Saya sudah tahu membaca. Semuanya atas asuhan guru yang mengajar saya selama ini. Waktu pelajaran saya ialah enam hari seminggu,” katanya kepada mStar Online.

[size=0.98em]Tegar berkata, jika dia tidak bergelar penyanyi seperti hari ini, mungkin usaha untuk menjadi seperti orang lain tidak akan terlaksana.

Ini kerana wang yang diperoleh hasil melakukan persembahan dan jualan album digunakan untuk menambahkan ilmu pengetahuan selain membantu keluarga.

[size=0.75em]Imej terkini Tegar yang dirakamkan pada 11 Januari lalu.


Tambah Tegar lagi, lebih bermakna ibu-bapanya juga ketika ini sudah mampu hidup senang dan selesa.

Dia juga sudah memiliki rumah yang lebih sempurna di Kampung Pengaden, Subang, Jawa Barat yang didiami oleh keluarganya selain menyediakan sebidang tanah untuk mereka melakukan kerja-kerja pertanian.

“Alhamdulillah… saya juga sudah mampu mempunyai rumah yang selesa dan juga tanah untuk keluarga saya bertani. Saya belikan mereka tiga buah motosikal. Semuanya hasil wang daripada bidang nyanyian saya,” katanya.



Tegar yang popular dengan lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang berkata, ketika ini banyak masanya dihabiskan di Malaysia dan Singapura untuk mempromosikan dirinya selain terlibat dengan aktiviti yang dianjurkan.

Ditanya dalam usia remaja ini adakah dia mempunyai peminat yang luar biasa khususnya di kalangan anak-anak gadis Tegar berkata, perkara itu tidak dapat dielakkan.

“Ya… mana-mana pergi pun ramai orang macam sukakan saya,” katanya yang menganggap ia sebahagian dariapda cabaran sebagai penyanyi.

Ditanya lagi adakah dia mempunyai sesorang gadis yang dicintai, Tegar tersipu-sipu malu dan enggan menjawab soalan itu.

“Hihi… ada… ehhh… tidak…” katanya bergurau.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2015 02:34 AM | Show all posts
kesian org indon tak pi sekolah, sib baik la ko pandai nyanyi guna wang utk sepatutnya utk masa depan
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2015 08:35 AM | Show all posts
Tahniah adik Tegar!

Dalam hidup ini bukan ada 1 je jalan nak berjaya..

Tuhan berikan talent & gift utk pandai menyanyi. Dari situ, jalan lain akan terbentang luas..

Dlm masa yg sama, harap jugak adik Tegar jgn lupa ilmu akhirat jugak.. Seimbang kan..

Peace
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2015 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
cepatnye dia membesar... 14 tahun bru pndai membaca
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2015 10:22 PM | Show all posts
harap dimurahkan rezeki utk Tegar sbb nampak dia berusaha utk memajukan diri...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2015 10:07 AM | Show all posts
rezeki nya ditulis sebegitu..
dari seorang jalanan mampu menjadi seorg yg dikenali skrg..
semoga dia terus dgn sikap low profilenya kelak
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.061207 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list