CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3704|Reply: 9

Selebriti dan Nama Anak Yang Gila/Unik

[Copy link]
Post time 19-1-2015 11:04 PM | Show all posts |Read mode
Edited by bawangputih05 at 19-1-2015 03:04 PM


Bila kita bercakap tentang pasangan selebriti, sudah tentu kita mahu nama-nama anak mereka, bukan? Sesetengah nama ini boleh disifatkan gila atau terlalu puitis.
North West
Pasangan: Kim K dan Kanye West

Dari mana datangnya nama ini? Itulah soalan pertama yang bermain diminda anda disaat pertama kali mendengar namanya.“Ia bermula sebagai gosip di surat khabar dan kami tidak mengambil serius tentangperkara itu.

Akan tetapi, semasa kami sedang menjamu selera makan tengah hari,Pharrell Williams datang dan berkata, ‘adakah kamu akan menamakan anak kamu North? Itu adalah nama yang terbaik!’” Kim bagaimanapun menolak gossip tersebut dan mengatakan ianya tidak benar.

“Selepas itu, Anna Wintour juga bertanyakan perkara yang sama”. Anna memberitahu mereka yang nama North itu adalah nama yang genius!”.

Poppy Honey, Daisy Boo and Petal Blossom Rainbow
Pasangan:Jamie Oliver dan Jooles
Apabila kita berbicara tentang nama yang paling pelik, serahkan sahaja kepada selebriti chef ini. Nampaknya,motif floral atau bunga amat penting bagi keluarga Oliver ini.

Rocket Ayer
Pasangan: Pharrell Williams dan Helen Lasinchanh
Pharrell ada menerangkan mengenai nama ini di rancangan Oprah.Dia berkata, “ianya sama seperti konsep orang India yang suka menamakan anak mereka berdasarkan kuasa dan elemen. Kami menamakan anak kami berdasarkan mesin yang dicipta untuk NAIK!. Dan secara metafornya adalah seperti Stevie Wonder’s Rocket Love, Elton John’s Rocket Man, dan Herbie Hancock’s Rocket. Mereka semua adalah pemuzik yang saya minati. Dan nama tengah anak saya bukanlah Man, tetapi Ayer, bersempena dengan Roy Ayers.

Apple
Pasangan:Gwyneth Paltrow dan Chris Martin
Idea ini bukan datang dari Granny Smith’s Apple ye. Tetapi nama ini diinspirasikan daripada nama anak kepada salah seorang anggota kumpulan Chris Martin sendiri. “Saya suka nama ini kerana ia berbunyi seperti sesuatu yang menyihatkan dan bersih”, ujarnya dalam temubual rancangan Oprah.
Aurelius
Pasangan:Elle Macpherson dan Arpad Busson
Sedap bukan namanya? Tidak? Baiklah.Nama ini diinspirasikan dari golongan elit semasa zaman penjajahan Roman. Nama golongan elit tersebut adalah Aurelii dan Aurelius adalah nama versi lelaki bagi anak lelaki kepada pasangan ini.


BlueAngel
Pasangan:The Edge dan Aislinn O’Sullivan
Tidak dapat dipastikan sama ada nama ini berdasarkan rujukan bible ataupun nama saudara mereka. Yang pasti, bunyinya seperti jenama baju, kan?

BluebellMadonna
Ibu:Geri Helliwell
Nama anaknya diispirasikan oleh pemuzik terkenal dan juga bunga yang cantik. Kreatif yang amat sangat!

Fifi Trixibelle, Peaches and Pixie
Pasangan:Bob Geldof dan Paula Yates
Apalah yang mereka fikirkan semasa menamakan anak mereka ini? Paula Yates juga mempunyai seorang lagi anak bersama Michael Hutchence yang dinamakan Tiger, atau nama penuhnya Heavenly Hiraani Tiger Lily. (I literally facepalmed here. Seriously.)

DiezelKy
Pasangan:Toni Braxton dan Keri Lewis
Ejaan yang kreatif bagi pasangan ini. Abang kepada Diezel dinamakan Denim Cole.

BronxMowgli
Pasangan:Ashlee Simpson dan Pete Wentz
Pasangan tersebut tidakmenjelaskan dari mana datangnya nama Bronx itu tetapi menyatakan bahawa mereka adalah peminat rancangan The Jungle Book. Maka,dari situlah datangnya nama Mowgli. (Iols speku they made love kat Bronx la..hehe)
BlueIvy
Pasangan:Jay Z dan Beyonce
Pasangan tersebut ada menyatakan yang mereka suka akan warna biru. Ivy pula datang dari nombor roman IV untuk 4.Nombor itu sangat bermakna kerana tarikh lahir kedua-duanya dan tarikh ulangtahun perkahwinan mereka jatuh pada 4 haribulan.

Seven Sirius, Puma Sabti and Mars Merkaba
Pasangan: Erykah Badu dan Andre Benjamin
Mereka amat menitiberatkan nama panggilan anak mereka. Sirius bukan? Puma? Adakah mereka peminat jenama kasut itu? Mars? I don’t know what to say.

Moxie CrimeFighter and ZoltenPasangan: Penn Jillette
Penn Jillette adalah seorang illusionist. Mungkin dia juga adalah seorang yang berimaginasi tinggi atau bercita-cita mahu menjadi penulis skrip?

Pilot Inspektor
Pasangan:Jason Lee dan Beth Riesgaf
Hmmm…terlalu kreatif.

Kal-El
Pasangan:Nicholas Cage dan (tak sure yang mana satu mak budak ni)
Mungkin Nicholas Cage teramat sangat meminati rancangan Superman.

Jermajesty
Pasangan: Jermaine Jackson dan Alejandra Genevieve Oaziaza
Sebutannya adalah seperti ‘Her Majesty’. Usah pelik, lihat saja nama ibunya.

Moon Unit, Dweezil and Diva Muffin
Pasangan: Frank Zappa dan Gail Zappa/Kay Sherman
Frank merupakan pemuzik yang dilahirkan pada tahun 1940. Sudah tentulah beliau merupakan‘perintis’ kepada semua artis untuk menamakan anak mereka dengan nama yang pelik.


p/s: dalam banyak2 article yang iols tulis, article yang ni lah aku gelak sampai sakit perut. Boleh masuk bod lawak gak ni..kan?

pps: format asyik lari je. den xtau nk edit cemane dh..hope xsakit mata uols.
sumber: sheknows.com







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2015 07:37 AM | Show all posts
meme pelik
sian kt baby
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2015 08:01 AM | Show all posts
Pilot Inspektor  ?Moon Unit ?
Moxie CrimeFighter ? macam2 huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2015 03:24 PM | Show all posts

kan..i pun rasa kesian kt anak2 diorg
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 02:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Sometimes rasa diorang nanti nak branding kan nama anak bile dah besar, like blue ivy n north ewest.. Rappers kan ske buat merchandise items, manala tau kan dah besar nanti, ada brand nama anak diorang, bleh buat duit...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 01:06 AM | Show all posts
Ade yg berbelit nak menyebutnye
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2015 02:48 PM | Show all posts
agaknye teruk tak anak2 dia org kena ejek kat kindergarten atau primary school ??
pas tu budak2 tension... mulalah menembak segala bagai... hurm.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 04:14 PM | Show all posts
Kal-El tuh naseb baik tak jadi Key-El
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-1-2015 05:09 PM | Show all posts
valetta1811 replied at 28-1-2015 08:14 AM
Kal-El tuh naseb baik tak jadi Key-El

kalo jd key-el..dh sesuai menetap jd warga KL dh kn
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2015 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
ngarut nama seko2.. mmg lucu hahahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.443714 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list