CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: faisyah

perampas now bakal pengantin shooping kt pavi

[Copy link]
Post time 30-1-2015 03:15 PM | Show all posts
Khamis, 29 Januari 2015 @ 11:09 AM         
Hanez Suraya-Romie nikah 14 Mac
  
        
Oleh Zaidi Mohamad


KUALA LUMPUR: Pelakon Hanez Suraya mengesahkan akan bernikah 14 Mac ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Akad nikah Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abdul Aziz dengan pasangannya, Romie Razin Adilha dilangsungkan pada sebelah pagi, manakala pada sebelah malamnya diadakan majlis berinai di kediaman keluarga beliau di Seremban.

Majlis menyambut menantu pula akan dilangsungkan pada 21 Mac di kediaman keluarga Romie di Andalas, Klang. Seterusnya pasangan ini akan diraikan dalam satu majlis resepsi di Sime Darby Convention Centre pada 22 Mac.

Hanez dan Romie sebaik mungkin cuba mempercepatkan perkara baik ini. Pasangan ini bertunang 3 Januari lalu di Seremban.

Ikuti temubual Hanez dan Romie kepada BH  Online baru-baru ini.
     
"Asalnya memang keluarga masing-masing memberikan tempoh enam bulan selepas bertunang  untuk ke fasa perkahwinan. Tapi tempoh itu umpama syarat ketika rundingan keluarga diadakan.
   
"Hakikatnya keluarga mahu kami mempercepatkan ia ke bulan Mac.
   
"Cuma ketika itu masih belum ada tarikh tetap. Konsep majlis kahwin saya nanti serba sederhana dan paling penting jemputan yang datang pulang dengan gembira selain menjamu selera dengan makanan sedap," kata Hanez.
   
Menurut Hanez untuk majlis perkahwinannya nanti tiada tajaan besar daripada mana-mana pihak. Seperti biasa Hanez turut mahu mengabadikan hari bahagiannya dengan sentuhan jurusolek kesayangan seperti Chomel dan Syed Dewa.
  
"Yang ada tajaan pun hanya tajaan kecil seperti bahagian inai. Kami juga menggunakan khidmat perancang perkahwinan sendiri untuk setiap majlis yang akan berlangsung. Saya juga akan memakai baju kahwin rekaan antaranya seperti Wanpa dan KuntumbyNajeeb.
   
"Saat ini memang saya sibuk membuat persiapan kahwin. Boleh kata sudah hampir 80 peratus sudah boleh lepas tangan kepada perancang perkahwinan. Saya juga akan edarkan kad kahwin tak lama lagi sejurus siap urusan cetakan kad itu," katanya.
     
Hanez memberitahu ketika beliau sedang sibuk merencana hari bahagia, ada tawaran berlakon yang bertandang.
   
"Saya kena bincang elok-elok dengan pihak produksi kerana takut bertindan dengan tarikh perkahwinan," katanya.


Last edited by edoraixora on 30-1-2015 03:18 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2015 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Mangkok mana yg bijak sangat nak amek hs ni berlakon? Murah rezeki ko haaa.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2015 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
jargon replied at 25-1-2015 06:57 PM
kn aku da ckp..raayat mesia ni pemaaf semua,mula2 caci keji,dah lama dipuji..tgk skrg lah sbb dah br ...

Itu namanya berlapang dada, tiada rasa dendam dan tidak melampa-lampau. Semua sikap ni ada kaitan dengan ketenangan hati. Dituntut dalam Islam.

Kalau rasa marah, baran, benci yang teramat, dendam---> tidak sekali-kali mengubah ketentuan Allah. Tapi orang yang macam ni, macam2 penyakit datang.

Ini juga satu ujian oleh Allah yang diperuntukkan khas untuk bekas isteri Romi.

Saya sendiri tidak suka perbuatan Hanis tapi apabila berlapang dada, hati jadi tenang. Hati tenang sangat mahal harganya. Sekurang-kurangnya Hanis dan Romi tidak bersekedudukan.

All the best kepada Romi dan Hanis.

Insya Allah ada hikmah yang amat indah kepada bekas isteri Romi jika dia redha dan tidak melampaui batas(bunuh diri, rancang bunuh Hanis, mengamuk, fitnah) dalam meredakan kesedihannya.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2015 12:10 PM | Show all posts
zameyla replied at 26-1-2015 09:04 AM
bukan ct tu adik angkat TZ ka?  Diaorg kenal lama kan...sblum TZ dgn DK bercerai lagi....
Sorry ...

Wallahua'lam. Saya pun tak tahu. Mungkin awak boleh postkan mana2 berita yang ada tulis tentang hal ini?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2015 12:11 PM | Show all posts
faisyah replied at 26-1-2015 07:58 AM
Mereka terpaksa cover sebab public figure..tahu ke hal2 blkg...kalau kwn dgn wartawan pasti tahu.. ...

Terima kasih reply.

Alasan terpaksa cover tak valid dan tak logik sebab seluruh Malaysia tahu siti kahwin dengan siapa. Wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2015 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkinkah title perampas tp xnak mengaku akan padam lepas nikah?org mlayu mudah lupa katenye caitt
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-2-2015 01:45 PM | Show all posts
sixret replied at 31-1-2015 12:11 PM
Terima kasih reply.

Alasan terpaksa cover tak valid dan tak logik sebab seluruh Mal ...

cover bkn kahwin dgn sapa..cover cerita baik2 belaka....contoh citer siti dgn tg.zawiah awalnya urusan biz last2 cilok dato k....dan mcm2 citer lagi...syarat ct nak kahwin dgn dato k adalah kena dato k ceraikan tg.zawiah dsbgnya...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ni mesti pkai tdung, post ala2 islamik. Pastu jual brg. Dah tau sgt drama :
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2015 09:12 AM | Show all posts
anony-mous replied at 1-2-2015 04:56 PM
Lepas ni mesti pkai tdung, post ala2 islamik. Pastu jual brg. Dah tau sgt drama :

tak payah pakai tudung.. tu hah ko skrol ke atas sket ada org kata Saya sendiri tidak suka perbuatan Hanis tapi apabila berlapang dada, hati jadi tenang. Hati tenang sangat mahal harganya. Sekurang-kurangnya Hanis dan Romi tidak bersekedudukan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
belilies replied at 2-2-2015 09:12 AM
tak payah pakai tudung.. tu hah ko skrol ke atas sket ada org kata Saya sendiri tidak suka perbuat ...

Jgn kata xbersekududukan. Tu ada yg kata, XPELA, DIAORG PON DAH NK KWEN. Cmtu jom rmai2 jd perampas, then biar kita kwen ngn laki org & otomatik masyarakat maafkan. Blom lg pkai purdah2.

Bg aku perampas xlayak rse bahagia
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 02:58 PM | Show all posts
udah2 la mengutuk mencaci maki diorang ni. tak dapat apa pun. dosa dapat la.
kan ke elok diorang nak nikah. dari terus2 buat maksiat ke hulu hilir bersama.
aku bukan la peminat HS. tak penah minat pun.
tapi kan ke bagus bila diorang nikah.
toksah doakan rumahtangga diorang bergolak. dosa.
doakan yang baik2 dah la...

*mode ustajah lak
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 03:29 PM | Show all posts
bukan dia cakap dia tak takut karma ek??? bkn dia dan jantan mangkuk tu dah give up ek?

well...skang ni aku x nampak die nyesal apa yg dia wat. x nampak dia tarik balik "takut dgn karma"





ps: aku sokong lyana menan
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 03:43 PM | Show all posts
anony-mous replied at 2-2-2015 06:08 AM
Jgn kata xbersekududukan. Tu ada yg kata, XPELA, DIAORG PON DAH NK KWEN. Cmtu jom rmai2 jd perampa ...

Esok lusa jadi kat derang, harap2 kena setepek org cakap benda yg sama kat derang to their face. Biar padan muka kaw2.

Agree with you, perampas tak layak bahagia.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 04:41 PM | Show all posts
Perampas memg x layak ada laki pun..baru nak nikah belum nikah org dah  lupa yg dia legendary  perampas ...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat pengantin  br kpd  si dara hanez
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 05:36 PM | Show all posts
faisyah replied at 1-2-2015 01:45 PM
cover bkn kahwin dgn sapa..cover cerita baik2 belaka....contoh citer siti dgn tg.zawiah awalnya ur ...

Ada bukti sahih tak? Keratan berita? Atau mana-mana link?

Boleh tak beri saya sebab mengapa anak-anak Tengku Zawiyah masih RAPAT(up until 8 Februari 2015) dengan Siti sedangkan Sitilah perosak(a per your claim) hubungan ibu bapa(TZ dan Datuk K) mereka?

Dan boleh tak berikan sebab mengapa emak Datuk K dan adik-beradik Datuk K, mempunyai hubungan yang baik dengan Siti sedangkan Sitilah perosak hubungan Datuk K?

Dan boleh tak berikan sebab mengapa Tengku Zawiyah datang ke rumah Datuk K dan Siti(betulkan saya kalau saya silap) still bergambar bersama-sama dengan Siti in a family photo jika benar siti perosak hubungan TZ dan Datuk K?

And what is the point of the reporters to COVER UP the issue?

Saya tak nak jawapan "mungkin". Saya nak jawapan "pasti dan sahih" kerana tohmahan awak ini is a very big thing. p/s: "perosak" is always a big thing in anyone's opinion/perception to the detriment of the reasonable and sensible judgment.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2015 05:44 PM | Show all posts
belilies replied at 2-2-2015 09:12 AM
tak payah pakai tudung.. tu hah ko skrol ke atas sket ada org kata Saya sendiri tidak suka perbuat ...
tak payah pakai tudung.. tu hah ko skrol ke atas sket ada org kata Saya sendiri tidak suka perbuatan Hanis tapi apabila berlapang dada, hati jadi tenang. Hati tenang sangat mahal harganya. Sekurang-kurangnya Hanis dan Romi tidak bersekedudukan.


Boleh tolong jelaskan tak statement awak(i.e. tak payah pakai tudung) dengan quote from my statement?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.093487 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list