CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 894|Reply: 6

[Tempatan] Selangor catat kes denggi paling tinggi

[Copy link]
Post time 25-1-2015 06:28 PM | Show all posts |Read mode

BALIK PULAU:
Selangor merekodkan jumlah kes denggi tertinggi iaitu lebih 1,000 kes dalam tempoh seminggu, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata punca negeri itu mencatat rekod tertinggi penularan wabak denggi adalah disebabkan faktor kutipan sampah yang tidak terurus.

"Penyakit demam denggi makin meningkat kini. Di seluruh negara ia mencatat jumlah kes hampir 3,000 dalam tempoh seminggu namun daripada jumlah itu, Selangor mencatatkan lebih 1,000 kes denggi," katanya kepada pemberita selepas program penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 peringkat Parlimen Balik Pulau di sini hari ini.

Dr Hilmi berkata kawasan yang merekadkan jumlah tertinggi wabak denggi di Selangor adalah di Petaling.

"Selangor merupakan satu kawasan urban (bandar), kerajaan tempatan perlu melihat semua sekali, perlunya penguatkuasaan di semua kawasan termasuk di kawasan-kawasan setinggan," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang dicadang oleh kerajaan DAP Pulau Pinang, Dr Hilmi berkata tidak perlu membuang masa untuk berpolitik.

"Jangan buang masa banyak sangat hendak berpolitik, kita ada pilihan raya lima tahun sekali, cukuplah lepas itu kita buat kerja untuk rakyat, fikirkan bagaimana hendak bangunkan negeri untuk rakyat," katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Hilmi yang juga Anggota Parlimen Balik Pulau berkata sebanyak 16 klinik musnah disebabkan banjir akan dibina semula.

Katanya 16 klinik yang musnah itu meliputi empat klinik di Terengganu, 11 di Kelantan manakala satu di Beaufort, Sabah.

Pada majlis itu, sebanyak 1,061 menerima bantuan BRIM yang bernilai antara RM350 dan RM250.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2015 08:53 PM | Show all posts
penyakit yg menyebabkan sikap manusia itu sendiri ......
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 08:59 PM | Show all posts
tahanlasak replied at 25-1-2015 08:53 PM
penyakit yg menyebabkan sikap manusia itu sendiri ......

kalo iols baca komen uols ni .. macam ayat datuk semi value jer
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
MissNigga replied at 25-1-2015 08:59 PM
kalo iols baca komen uols ni .. macam ayat datuk semi value jer

Penyakit yang memyebabkan ke disebabkan....hihi
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 09:35 PM | Show all posts
noor2 replied at 25-1-2015 09:23 PM
Penyakit yang memyebabkan ke disebabkan....hihi

tu ar .. sepatutnya disebabkan ...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah selangor darul urban tapi kotor lehanat..saya doakan ditimba banjir besar biar bersih segala kekotoran disana.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-1-2015 09:32 AM | Show all posts
Selangor serius tangani masalah denggi

SHAH ALAM - Kerajaan negeri komited dan terus serius dalam menangani isu denggi selepas Kementerian Kesihatan mengesahkan Selangor merupakan negeri tertinggi mencatatkan kes denggi dalam tempoh seminggu.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya memandang isu denggi ini secara terus dan akan memastikan kerjasama dengan kerajaan persekutuan akan dilakukan secara berterusan bagi memastikan masalah denggi dapat ditangani.

"Isu denggi ini merupakan isu serius, sekali lagi kita lihat fakta iaitu kerajaan negeri sambut baik kerjasama yang dibuat bersama kerajaan persekutuan dan saya sendiri yang menyambut kedatangan menteri kesihatan ke negeri Selangor baru-baru ini.

"Pendirian yang kita ambil secara bersama itu mestilah dibuat secara kolektif antara kerajaan pusat dan negeri. Jadi, ada beberapa perkara yang kita bincangkan antara persekutuan dan negeri yang memerlukan kerjasama yang lebih erat," katanya.

Beliau berkata, demikian ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran Lambaian Kaabah Selangorku di Masjid Tengku Ampuan Jamaah, Bukit Jelutong, hari ini.

Kelmarin, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya mendakwa Selangor  merekodkan jumlah kes denggi tertinggi iaitu lebih 1,000 kes dalam tempoh seminggu.

Beliau berkata, punca negeri itu mencatat rekod tertinggi penularan wabak denggi adalah disebabkan faktor kutipan sampah yang tidak terurus.

Dr Hilmi berkata, kawasan yang merekodkan jumlah tertinggi wabak denggi di Selangor adalah di Petaling.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.110147 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list