CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12032|Reply: 163

[Dunia] Wanita lebih tertekan bila guna Facebook

[Copy link]
Post time 25-1-2015 06:32 PM | Show all posts |Read mode


Penggunaan teknologi digital tidak memberi tekanan secara langsung kepada para penggunanya tetapi media sosial boleh meningkatkan tekanan atau stres terhadap masalah yang sedang dihadapi oleh ahli-ahli keluarga, rakan-rakan dan tekanan itu berjangkit.

Laporan penyelidikan daripada Pew Research Center dan University Rutge membuat kesimpulan bahawa tekanan yang dihadapi sesetengah pengguna rangkaian sosial berkaitan dengan "kos penyayang."

"Tidak ada bukti dalam data kami yang menunjukkan pengguna media sosial menghadapi tekanan yang lebih berbanding mereka yang kurang menggunakan teknologi digital atau individu yang tidak menggunakan langsung," kata penyelidik Keith Hampton.

Data yang ada juga tidak menyokong pendapat segelintir pihak yang manusia menjadi tertekan kerana menggunakan rangkaian media sosial seperti Facebook dan Twitter.

Sebaliknya, kata beliau, "belajar dan mengingati tentang peristiwa-peristiwa yang tidak diingini dalam kehidupan orang lain membuat individu berasa tertekan".

Dapatan kajian ini menunjukkan "tambahan kos penyayang membuktikan bahawa stres atau tekanan boleh berjangkit".

Secara keseluruhan, para penyelidik mendapati, penggunaan media sosial dan Internet secara kerap tidak menyebabkan tekanan berada pada tahap tinggi.

Malah kebanyakan individu yang menggunakan Twitter, emel dan perkongsian gambar melalui telefon bimbit mempunyai tahap tekanan yang rendah.

Bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan jantina bagaimana penggunaan media sosial menjejaskan tekanan.

"Tidak terdapat perbezaan statistik dalam tahap tekanan di antara orang-orang yang menggunakan media sosial, telefon bimbit atau Internet dan orang-orang yang tidak menggunakan teknologi-teknologi ini," menurut para penyelidik.

Bagaimanapun, seorang wanita yang mengguna Twitter beberapa kali sehari, menerima dan menghantar 25 emel sehari dan berkongsi dua gambar digital menerusi telefon bimbit setiap hari, mendapat skor 21 peratus lebih rendah dalam ukuran tekanan berbanding wanita yang langsung tidak menggunakan teknologi digital.

Dalam kajian itu, para penyelidik mendapati Facebook meningkatkan tekanan terhadap kehidupan orang lain.

"Facebook adalah satu teknologi yang boleh meningkatkan tekanan baik wanita mahupun lelaki, jika berlaku sebarang kejadian atau peristiwa dalam kehidupan kenalan rapat atau jauh," menurut kajian tersebut.

Seorang wanita yang mempunyai saiz rangkaian rakan-rakan sederhana dalam Facebook, lebih 13 peratus tertekan jika sebarang kejadian berlaku kepada rakan rapat.

Dapatan kajian itu menjadikan 'kos penyayang lebih menjurus kepada wanita'.

Hasil kajian tersebut turut menunjukkan dua fakta mengenai wanita dan stres - yang pertama, wanita dilaporkan mengalami tahap tekanan lebih tinggi dan wanita lebih tertekan jika berlaku sebarang kejadian menimpa rakan-rakan atau ahli-ahli keluarganya.

Kajian yang dijalankan pada 7 Ogos hingga 16 September tahun lalu itu membabitkan 1,801 orang dewasa Amerika.

Hasil kajian yang didedahkan pada minggu lalu mendapati Facebook kekal sebagai rangkaian sosial media paling popular dalam kalangan rakyat Amerika dengan menggunakannya sebanyak 71 peratus.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2015 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah 1 tahun takde FB. Aman damai hidup..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Off kos la tertekan..dah fb tu jd tmpt nk show off..luahan perasaan semua
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
laparnye nk makan ape mlm ni?

ni antara status bodo yg aku selalu tgk
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorry I tak termasuk...tak minat nak on fb sangat...memang jarang..jarang...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
how i wish i could return to life in 1990s
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2015 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
cm.ni cite die

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul la tu. Sometimes aku stress baca status org tak paushati dgn jiran sebelah rumah la, politaik status, gaduh kawan/bf/lakibini. Unfriend and block. Puashati.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2015 07:05 PM | Show all posts
yang tak bole bla, manosia yg pegi like status2 sengal nih..
terutamanya kalo postnya dari pompuan..

ai wonder.. takde life ka?

org yg slalu post status annoying ni selalu aku unfollow ja..
lapang sket news feed aku dari sampah sarap, negative vibes dan politaik jamban..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada fb ni kepala hotak makin disemakkan dgn mcm mcm input yg x perlu tahu
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 07:16 PM | Show all posts
Dah bertahun xde fb .... i hv a life .
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 07:32 PM | Show all posts
wa dah tak ada facebook

sekarang layan insta geram aje
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 07:33 PM | Show all posts
kebanyakan amoi sudah upgrade gi instageram so wa follow
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 07:39 PM | Show all posts
TuntungReturn replied at 25-1-2015 06:43 PM
laparnye nk makan ape mlm ni?

ni antara status bodo yg aku selalu tgk

"opps terbeli....."... sambil tyg koleksi pandora terbaru.... mana la pompuan tak tensen.....
klau laki plak tyg spot rim baru....
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 07:42 PM | Show all posts
noor2 replied at 25-1-2015 06:47 PM
Sorry I tak termasuk...tak minat nak on fb sangat...memang jarang..jarang...

fb ni berguna utk aku mintak life candy crush ja...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 25-1-2015 07:39 PM
"opps terbeli....."... sambil tyg koleksi pandora terbaru.... mana la pompuan tak tensen.....
kla ...

Kalau Spotrim baharu tp utang x byr lg tensen tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2015 07:45 PM | Show all posts
sampai sekarang aku masih aktif guna fb..

idak lah aktif update.. tapi aktif membaca macam2 status..

status terhangat sekarang adalah status ustaz mohd kazim elias tuh..

sampai sekarang idup aku releks je..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 07:54 PM | Show all posts
dino replied at 25-1-2015 07:42 PM
fb ni berguna utk aku mintak life candy crush ja...

tolong jgn invite sy main game.. sy x main la game kat fb ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 07:58 PM | Show all posts
primemova replied at 25-1-2015 07:43 PM
Kalau Spotrim baharu tp utang x byr lg tensen tak?

dabel tensen....
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 07:58 PM | Show all posts
haruslah tertekan..duk sebar fitnah jah kerja..pastu cuak takut SKMM sumbat dlm lokap..choiiii~
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.083172 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list