CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1609|Reply: 17

[Dunia] 14 tahun mogok lapar

[Copy link]
Post time 25-1-2015 06:52 PM | Show all posts |Read mode
Guwahati: Polis India menangkap - sekali lagi - aktivis hak asasi manusia yang bermogok lapar sejak 14 tahun lalu, hanya beberapa jam selepas dia dibebaskan dengan arahan mahkamah.

Irom Sharmila yang digelar Wanita Besi Dari Manipur dibawa ke penjara kelmarin atas tuduhan cuba membunuh diri.

Sebelum ini dia ditangkap juga atas tuduhan sama.

Ketua Polis Guwahati, Jhaljit semalam berkata, Irom kini diberi cecair melalui hidung di sebuah hospital atas faktor perubatan.

Irom dikenali sebagai pejuang hak asasi manusia yang melakukan penentangan tanpa kekerasan.

Dia menghabiskan masa bertahun-tahun di dalam penjara tanpa mengambil sebarang makanan.

Berusia 42 tahun, Irom dibebaskan atas perintah hakim pada Khamis dan tuduhan yang dikenakan terhadapnya digugurkan.

Dalam tempoh lima bulan terakhir ini, Irom ditangkap dan dibebaskan sebanyak dua kali.

Pada Ogos lalu sebuah mahkamah di Manipur mengarahkan Irom dibebaskan selepas hakim memutuskan aksi mogok laparnya adalah “tuntutan politik melalui cara yang dibenarkan.”

Sementara itu pertubuhan Amnesty International menganggap penahanan semula Irom sebagai “mengarut” dan “mempersenda proses keadilan jenayah India.”

Pengarahnya, Shemeer Babu berkata, mogok lapar bukan tindakan cuba membunuh diri.

“Kami tak faham mengapa pihak berkuasa berulang kali membawa tuduhan sama walaupun ia sudah diketepikan mahkamah,” katanya.

Irom mula mogok lapar pada November 2000 selepas menyaksikan tentera India membunuh 10 orang awam di sebuah hentian bas di Manipur. - AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2015 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat mesia penah ada mogok lapar tak?

Sekadar bertanya...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Irom Iron Lady
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 08:38 PM | Show all posts
tanda bantahan kpd sesuatu isu .....
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 08:51 PM | Show all posts
Iromwoman

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 09:15 PM | Show all posts
apa jadi dengan mogok lapar di malaysia tu?...masih berlapar lagi ka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2015 09:15 PM | Show all posts
mogok tk dpt makanan adalah...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
jengkoil replied at 25-1-2015 08:14 PM
Kat mesia penah ada mogok lapar tak?

Sekadar bertanya...

Org malaysia mana nk mogok klu pasal mkn jenggg.....sbb tu ramai yg mati sbb mkn....

Tapi baring atas jalan pernah ada kat malaysia......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2015 10:23 PM | Show all posts
Cuba mogok dahaga plak
Asyik mogok lapar jek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2015 10:44 PM | Show all posts
Sabtu, 24 Januari 2015 3:30 PM
Kumaar Aamaan tamat mogok lapar berikutan permintaan Palanivel

PUTRAJAYA: Setiausaha Agung MIC, Datuk G Kumaar Aamaan bersetuju menamatkan mogok lapar berikutan permintaan daripada presiden parti berkenaan, Datuk Seri G Palanivel pada Jumaat.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Palanivel berkata beliau prihatin terhadap tindakan Kumaar Aamaan mengadakan mogok lapar di Pendaftar Pertubuhan (ROS) di sini, sejak petang Khamis.

"Walaupun ia keputusan peribadinya, saya telah meminta beliau menamatkan mogok lapar demi imej MIC dan Barisan Nasional.

"Saya baru bercakap dengan beliau dan saya gembira kerana Kumaar Aamaan telah bersetuju dan akur dengan permintaan saya untuk menamatkan mogok lapar," katanya.

Sementara itu, Kumaar Aamaan yang terpaksa melakukan tindakan seumpama itu sebagai bantahan terhadap ROS, memberitahu pemberita bahawa beliau akan mematuhi kehendak presiden parti berkenaan.

Dalam pada itu, Naib Presiden MIC, Datuk M Saravanan, berkata beliau masih menghormati dan menerima nasihat Palanivel, namun berharap presiden parti itu berbincang dengan pemimpin lain sebelum mengambil sebarang keputusan berkaitan parti berkenaan.

"Saya hormati nasihat beliau demi kebaikan MIC dan mengucapkan terima kasih atas langkah positif yang diambilnya bagi menyelesaikan masalah MIC.

"Tetapi apa yang menyedihkan, saya selaku naib presiden parti, tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya," katanya.

Kemelut MIC bermula apabila ROS pada 5 Disember lalu, meminta MIC mengadakan pemilihan semula bagi tiga jawatan naib presiden dan 23 anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dalam tempoh 90 hari selepas mendapati wujud salah laku dalam pemilihan pada Perhimpunan Agung MIC di Melaka pada 30 November 2013.

ROS juga mengarahkan parti mengadakan pemilihan semula bagi beberapa bahagian selain menasihati MIC tidak mengadakan perhimpunan agung tahunan sehingga semua perkara itu selesai.

- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 11:21 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Gigihnya.. Hbis dia minum jeke 14 tahunni? Dasyat.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 11:26 PM | Show all posts
jengkoil replied at 25-1-2015 08:14 PM
Kat mesia penah ada mogok lapar tak?

Sekadar bertanya...

Kat Malaysia pun ada .MIC  la yang buat.. yang paling terkenal M.G Pandithan..buat mogok lapar letak keranda kat sebelah..tapi tak lama lepas tu berenti mogok lapar.. tapi kena pecat MIC juga.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 11:37 PM | Show all posts

14 tahun tak makan pun, tapi tak adalah kurus sangat, as i expected
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Xde ke yang announce mogok sexual intercourse? Xnak main till objektif tercapai..

Haaaaa...nama panjanggg ko...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 02:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu mogok lapar camne tak mati? 14 tahun tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2015 02:40 AM | Show all posts
14 tahun dah tak meninggal pun lagi.

ada kes emas mogok lapar kat sini,
kes selepas marah ex husband so rendamkan 3 anak sampai meninggal,
dia mogok lapar terus masa kat penjara.. meninggal pun dah selepas beberapa bulan
mogok lapar...

ni 14 tahun, mogok lapar ke separa lapar...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2015 09:43 AM | Show all posts
rugi dia mogok lapar
kalau dia dtg malaysia tentu dia tak sanggup lama sangat mogok lapar
sini ada nasi kandar
roti canai
kambing golek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.218552 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list