CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: atira

[Jenayah] Ummah menggelupur apabila rotan mahu di jadikan kesalahan jenayah

[Copy link]
Post time 25-1-2015 10:52 PM | Show all posts
Cadangan merotan dijadikan kesalahan jenayah disaran ditarik balik
Bernama | Kemas kini: Januari 25, 2015

KUALA LUMPUR: Cadangan menjadikan kesalahan merotan anak sebagai satu kesalahan jenayah dalam akta baharu bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 disaran ditarik balik kerana dibimbangi melahirkan generasi 'besar kepala' dan tidak menghormati ibu bapa.

Pengerusi SukaGuam Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata pelaksanaan akta seumpama itu akan disusuli dengan tindakan memisahkan anak dengan ibu bapa sehingga berusia 18 seperti yang berlaku di Sweden.

Katanya, kesalahan jenayah melibatkan dua elemen iaitu actus reus (perlakuan) dan mens rea (niat jenayah).

"Niat jenayah hanya wujud andai ia berlaku secara konsisten dan tidak bersebab. Merotan anak bagi tujuan mengasuh jelas terkeluar daripada pengertian ini," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata merotan anak berkemungkinan menjadi kesalahan dalam akta baharu bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang dijangka dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya Jun depan.

Khairul Anwar turut berkongsi maklumat bahawa beberapa pihak di Sweden mendakwa undang-undang perlindungan kanak-kanak di bawah Seksyen 4A, Bab 4 Kanun Keseksaan Sweden dimanipulasi untuk mengaut keuntungan apabila wujudnya 'industri anak angkat' di negara itu.

Beliau berkata pemberi maklumat dan ibu bapa angkat di negara itu diberi bayaran sehingga RM4,300 sebulan bagi seorang anak angkat yang dijaga.

Tambahnya, merotan anak-anak adalah diharuskan oleh Islam bagi tujuan mendidik seperti yang disebut di dalam hadis Nabi Muhammad saw.

Senada dengan Khairul Anuar, Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin turut mencadangkan agar ia dikaji secara terperinci, merangkumi pelbagai aspek terutama berkaitan tuntutan agama Islam yang mengharuskan ibu bapa merotan anak-anak bagi tujuan mendidik.

"Perkara ini perlu dikaji secara mendalam dengan melibatkan pandangan banyak pihak dan meneliti pelbagai aspek termasuk peranan ibu bapa dalam mendidik anak dengan cara tersendiri kerana mereka lebih mengenali anak-anak mereka," katanya.

Mas Ermieyati berkata Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga perlu meneliti tafsiran merotan yang terkandung dalam perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) kerana ia merujuk kepada aspek penderaan termasuk penderaan mental terhadap kanak-kanak.

Sementara itu Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang turut berkongsi pendapat sama berkata, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa untuk menggubal rang undang-undang baharu itu sebaliknya perlu menelitinya dengan lebih mendalam.

"Saya harap pihak kementerian (KPWKM) mengadakan rundingan khusus dengan semua pihak berkepentingan seperti Persatuan Ibu Bapa, pakar psikologi, NGO dan pakar-pakar berkenaan sebelum keputusan dibuat.

"Jabatan Peguam Negara juga perlu mengadakan satu pertemuan segera dengan semua pihak termasuk Wanita Barisan Nasional (BN) untuk mendengar penjelasan dan maklum balas mengenai kesan terhadap undang-undang yang akan dilakukan," katanya.

Sebaliknya, Presiden Persatuan Kumpulan Ibu Bapa Bertindak Untuk Pendidikan (Page) Datin Noor Azimah Abdul Rahim menyokong cadangan itu kerana perbuatan merotan hanya akan menyebabkan anak-anak dilanda kemurungan dan memberontak.

Katanya, hukuman merotan sudah tidak relevan pada masa sekarang.









  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2015 10:53 PM | Show all posts
HOHA replied at 25-1-2015 09:14 PM
dalam keluarga aku tak de budaya rotan. Rotan pon tak de simpan. dari dulu zaman jepun, sampai la ni ...

sama lah dengan aku

masa kecik2 kami siap tahu rumah mana ada rotan rumah mana tak ada

oleh kerana aku tidak dididik dengan rotan maka aku sangat menentangnya, no discussion.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2015 11:02 PM | Show all posts
dulu boleh dikatakan rotan perkara biasa bagi mak bapak melayu..
tgk la hasilnye skarang...
masih berbondong bondong di pusat serenti.. masih tak berdisiplin.. masih menerima rasuah wpon solat tak tinggal.. masih pengotor dan buang sampah merata rata.. dan banyak lagi.... heheheeh
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 11:08 PM | Show all posts
aku tak dirotan oleh mak pak masa kecik
tp di sekolah, aku selalu kena pukul dgn guru
kena rotan, kena sepak, kenahayun lepas tu lambung, kena tendang, kena pukul dgn lampu kalimantang
sakit wooo
jahanam punya cikgu, aku jumpa aku bunuh kamu semua
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 11:14 PM | Show all posts
the only place yg akak pernah jumpa rotan adalah di sekolah.
sampai akhirat akak takkan maafkan guru2 yg pernah merotan akak.
menggelupor la kamu di neraka kelak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 25-1-2015 11:08 PM
aku tak dirotan oleh mak pak masa kecik
tp di sekolah, aku selalu kena pukul dgn guru
kena rotan,  ...

Hahaha... adoi... sian kucem.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2015 11:18 PM | Show all posts
dengar rotan nak sabit jenayah dah mengelabah kenapa?

nampak sangat ramai yang suka ngan rotan ne sebagai pendekatan untuk didik anak?

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 11:22 PM | Show all posts
Changa replied at 25-1-2015 11:14 PM
the only place yg akak pernah jumpa rotan adalah di sekolah.
sampai akhirat akak takkan maafkan gur ...

sama la saya sis
mak bapak saya tak pernah rotan saya
dtg skeolah aje, kena rotan
kdg2 cikgu stress dgn kerja, dgn famili, lepaskan pada anak murid
masa sekolah rendah saya cukup aktif angkat tangan dan bertanya guru kalau tak paham apa2
tp sejak saya kena pukul dgn cikgu sebab "kau ni ckp bnyak sangat"
saya jadi seorang pendiam, depress, trauma, takut ke sekolah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2015 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa kurg tuan tanah yg buka thread..sama juga mengelupur
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2015 11:42 PM | Show all posts
mau tak menggelupur..
hidup dikalangan teroris pondan pendera kanak2
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
primemova replied at 25-1-2015 09:15 PM
Merotan tu salah satu cara mengajar .. Ia salah satu pendekatan tp terpulang pada masing2 ... Tapi ...

tapi sis pada ummah terorist merotan bukan sebab nak mengajar tapi nak puaskan hati diorang...tengoklah komen akak bimbo seorang tu..dirotan hanya sebab hilangkan lidi.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 12:12 AM | Show all posts
orang sakai jer didik anak dengan rotan.

sebolehnya, tak perlu gunakan keganasan, kekerasan bagai. kita nak anak kita sukakan kita dan hormat pada kita. bukan takut dgn kita
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 25-1-2015 11:22 PM
sama la saya sis
mak bapak saya tak pernah rotan saya
dtg skeolah aje, kena rotan

Cikgu2 gitu skrg masih ada di sekolh..da mkin tua jawatan pon makin tinggi..klu dulu dorg buat gtu dgn anak murid skrg buat kt guru2 lebih muda... Guru baru.. Sbb tu sistem pendidikan kita  x ke mana ..susah nk berubah...org gini masih ada dlm cycle n tarik org yg bermotivasi tinggi nak maju mundur ke blkg..walau negara nk maju ke depan... Sistem berubah  tp masih ada lgi segelintir cikgu mentaliti gini dlm sistem jd virus...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
atira replied at 25-1-2015 11:02 PM
dulu boleh dikatakan rotan perkara biasa bagi mak bapak melayu..
tgk la hasilnye skarang...
masih  ...

Ada pnh buat kajian x yg masuk pusat serenti tu brpa org yg pnh dirotan masa kecik?

Tgk anak jiran mertua di kampung. Ank yg jd jahat hisap dadah pecah rumah org kebnyakn nya ank kesyangan yg xpnh dirotan...yg mak ayah sayang bagai menatang minyak yg penuh...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 12:17 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 25-1-2015 09:38 PM
i rasa amalan merotan ni diamalkan oleh ibu bapa yg mengamalkan parenting bercorak authoritarian, al ...

Jap aku tambahh bagi lengkap!

Well...gosh
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 12:31 AM | Show all posts
sekngucing replied at 25-1-2015 11:22 PM
sama la saya sis
mak bapak saya tak pernah rotan saya
dtg skeolah aje, kena rotan

Sesetengah cikgu mmg mulot mcm bangsattt n tak layak jd cikgu, jenis mentaliti pprt. Aku pun pnh kena sbb bagitahu tanya soalan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2015 12:33 AM | Show all posts
Orange1 replied at 25-1-2015 04:17 AM
Jap aku tambahh bagi lengkap!

Well...gosh

I tambah... ermm... welll.. err... ahhhhh ~
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 12:38 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 25-1-2015 10:53 PM
sama lah dengan aku

masa kecik2 kami siap tahu rumah mana ada rotan rumah mana tak ada

keh keh keh

akhirnya wa paham mengapa lu jadi ini macam...
kasihan..

keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 12:45 AM | Show all posts
Bedah.Cun replied at 26-1-2015 12:33 AM
I tambah... ermm... welll.. err... ahhhhh ~

Lol kak bedd ko mmg
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 12:54 AM | Show all posts
R2D2 replied at 25-1-2015 10:52 PM
Cadangan merotan dijadikan kesalahan jenayah disaran ditarik balik
Bernama | Kemas kini: Januari 25 ...

Pembohong sgt si khair suakagam tu. Takdenya industri anak angkat kat sweden kjaan sana lg rugi adalah klu kena arrange hantar anak org ke foster family sbb semua bwh tanggungan kjaan. N pemberi maklumat tak dpt apa pun dasar pemfitnahh sgt!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.076608 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list