CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: atira

[Jenayah] Ummah menggelupur apabila rotan mahu di jadikan kesalahan jenayah

[Copy link]
Post time 26-1-2015 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya penyokong kerajaan..tapi APA yg sedang diusulkan ini saya rasa tak betul..bagi ibubapa yg merasakan mendidik Anak dgn berberkata2, memujuk, merayu, menangis, menyembah Anak..teruskan..tapi kalau anak bermacam2 cara telah dilakukan tapi masih berdegil..ITU yg nabi haruskan merotan Anak utk mendidik dia jd insan yg berguna..tapi kalau nak tambah hukuman bagi ibubapa yg mendera Anak cara fizikal..ITU saya alu2kan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2015 11:28 AM | Show all posts
NURMIMIE replied at 25-1-2015 11:18 PM
dengar rotan nak sabit jenayah dah mengelabah kenapa?

nampak sangat ramai yang suka ngan rotan ne ...

nanti bila kantoi merotan anak sampai tahap cedera atau pun trauma
bulih lah fitnah anak...
anak saya tak semayang...islam suruh rotan anak kalu tak semayang
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 11:35 AM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 26-1-2015 11:16 AM
Saya penyokong kerajaan..tapi APA yg sedang diusulkan ini saya rasa tak betul..bagi ibubapa yg meras ...

ini saya respek!

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 11:41 AM | Show all posts
Selama ni mmg duk meroyton jadi elok ka ummah malaya ni? Lol
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 11:43 AM | Show all posts
Edited by hzln at 26-1-2015 11:45 AM

yg patut diperjuangkan bukan soal bulih merotan atau tidak
rotan itu cuma satu alat
yg lebih patut diperjuangkan adalah dari segi perlindungan kanak2 dari didera
tak kira guna rotan, pelempang, penumbuk, apa saja

sebab ada beza antara merotan utk lepaskan napsu amarah makpak terhadap peel anak, dengan merotan dgn kasih sayang sekadar utk peringatan jangan buat lagi
yg sokong hukum rotan anak tuh, betul2 ikut tatacara merotan ka? ka sekadar melepas amarah saja? tapi feeling2 jadi isle syumul sbb merotan anak
tiada beza pun merotan anak sampai biru birat dengan menyepak anak sampai terpelanting...dua2 itu perbuatan melampau
yg perbuatan melampau ini yg patut dimasukkan sebagai satu kesalahan jenayah, tak kira apa pun alasan kita dlm melakukannya...tolong jangan jadikan agama sebagai perisai dlm perbuatan melampau kita

dengan orang kita bulih muhung, tapi allah maha mengetahui...kita merotan itu utk tujuan apa...

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 11:44 AM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 26-1-2015 11:16 AM
Saya penyokong kerajaan..tapi APA yg sedang diusulkan ini saya rasa tak betul..bagi ibubapa yg meras ...

Bila pukul anak semua tahap pukulan parents anggap mendidik lol buang karan jah. Jom hidup bertamadun lol
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2015 11:48 AM | Show all posts
Di hrp rakyat malaysia dpt menerima kebidupan yg lebih bertamadun. Harap kejaan tabah dlm membuat perubahan ini bukan senang nak mencivilizedkan rakyat dunia ketiga lol benda2 baru mmg akan ambik masa.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 12:14 PM | Show all posts
Orange1 replied at 26-1-2015 11:41 AM
Selama ni mmg duk meroyton jadi elok ka ummah malaya ni? Lol

dekat fb ada yang tulis lebih kurang begini:

'dengan sy yang ada 10 orang anak , hingar bingar dalam rumah kadang2 tak terkawal, DENGAN MASYARAKAT HARI INI YANG KRONIK, bla bla bla apakah menjadi kesalahan untuk sy mendidik anak dengan merotan mereka?.. kita dulu pun kena rotan bla bla bla'..

sangattttt ramai yang cakap begini.. yang noted point bahawa masyarakat hari ini antaranya dengan gelaran SAKIT, KRONIK, ROSAK, bla bla bla..

bila aku tanya, apakah masyarakat hari ini SAKIT, KRONIK, ROSAK, bla bla tuh semua adalah hasil dari rotan merotan dolo2?

haremm sorang pun tak nak jawab!

mencik!!

aiols bukan kata tak boleh nak rotan untuk lantak ko lah sebagai apa pun kan.. iols pun idak lah suci tak pernah jentik anak kononnya!.. tapi ai tak bangga pun dengan apa yang ai buat tuh, dan langsung tak nak sematkan dalah hati itu adalah salah satu cara nak didik anak!!

otak budak2 belum dewasa.. mereka boleh DENGAR arahan.. tapi ada yang belum mampu AKUR arahan!..

mak pak pula nak anak2 terus boleh berfikir macam mereka??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2015 12:41 PM | Show all posts
NURMIMIE replied at 26-1-2015 12:14 PM
dekat fb ada yang tulis lebih kurang begini:

'dengan sy yang ada 10 orang anak , hingar bingar  ...

Tahu pun dorg mengaku sendiri masyarakat kita kronik, sakit rosak bagaii. So adalah tu sesuatu yg tak kena. Bagilah peluang utk cuba pendekatan baru, ini mcm taknak berubah takut sgt dgn perubahan takut sgt dgn benda baru mentaliti tu thp tu saja nak buat benda yg dah biasa benda baru rasa susah mati akal gitu haha.

Semua org pun penah buat silap tp kita belajar baiki diri, belajar benda2 baru yg lebih bagus, cara tu saja kita blh jd lebih baik. Tp klu kita tutup diri kita utk pembaharuan tak ke manalah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 12:41 PM | Show all posts
Ah_Kwan replied at 26-1-2015 12:38 AM
keh keh keh

akhirnya wa paham mengapa lu jadi ini macam...

kan, sebab tu aku tak jadi terrorist dan aku sangat bersyukur kerananya.

Bagi aku violence dalam keluarga ni is like a vicious circle which is very hard to break but not impossible.

anak2 yang dibesarkan dengan keganasan akan menjadi dewasa dengan kepercayaan yang sama. Cuma rotan menjamin kejayaan ummah. Sudahnya, semua perangai rempit kecik2 minta dirotan bapak, dah besar minta dirotan hakim.

cuma mampu kesian dengan mereka2 yang terperangkap dengan mentaliti sebegini. Harap mereka beroleh hidayah.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2015 12:47 PM | Show all posts
NURMIMIE replied at 26-1-2015 12:14 PM
dekat fb ada yang tulis lebih kurang begini:

'dengan sy yang ada 10 orang anak , hingar bingar  ...

ntahnye..
muntah darah aku baca ummah bangga kene pukul.. bangga lak tu depa memukul
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 12:57 PM | Show all posts
NURMIMIE replied at 26-1-2015 12:14 PM
dekat fb ada yang tulis lebih kurang begini:

'dengan sy yang ada 10 orang anak , hingar bingar  ...

apa ka bangang alasan perlu merotan sebab anak 10 orang....


Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 12:59 PM | Show all posts
dlm family aku xde rotan2.....parents aku paling teruk pun kena marah je

elok je semua adik beradik aku jadi org dan berdisiplin........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2015 01:05 PM | Show all posts
Islam dan Merotan AnakDisiarkan pada January 26, 2015

ISLAM DAN MEROTAN ANAK
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
Ada pihak cuba menggambarkan seakan merotan ataupun memukul anak merupakan satu tuntutan dalam pendidikan Islam. Kenyataan mereka ini boleh memberikan gambaran yang salah mengenai kesantunan dan kerahmatan Islam itu sendiri. Lebih buruk lagi kenyataan itu dibuat pada musim Islam ditohmah sebagai agama yang ganas. Saya ingin menyebut beberapa perkara dalam merotan anak di sini;
1. Asas pendidikan dalam Islam ialah panduan yang jelas, tunjuk ajar yang penuh hikmah (wisdom) dan contoh teladan yang baik. Inilah isyarat al-Quran dalam Surah al-Isra ayat 24 ketika mengajar kita berdoa untuk ibubapa dengan doa:
[size=1em]“Katakanlah: wahai Tuhanku kasihanilah kedua mereka (ibubapaku) SEPERTI mana mereka membesarkanku semasa kecil”.
Ertinya, jika diteliti dari arahan doa yang diajar oleh al-Quran tersebut bahawa pendidikan ataupun membesarkan anak (bringing up process) yang menjadi tanggungjawab ibubapa hendaklah dengan sifat kasihan ataupun rahmah (mercy). Justeru, hanya ibubapa yang membesarkan anak dalam suasana kasih simpati sahaja yang mendapat bahagian dari doa ini. Allah mengajar doa kepada anak, tapi dalam masa yang sama mengingatkan ibubapa tentang cara mendidik dan membesarkan anak.
2. Adapun hadis tentang memukul anak, hendaklah dilihat dalam kerangka maksudnya yang betul. Di sana juga ada ayat al-Quran (Surah al-Nisa: 34) yang menyebut tentang memukul isteri, apakah selepas ini kita akan mempertahankan perangai sesetengah suami yang suka memukul isteri?! Ayat itu berkaitan isteri yang nusyuz (derhaka) setelah segala proses pendidikan yang baik gagal. Sementara suami pula seorang yang bertanggungjawab menunaikan segala kewajibannya di sudut nafkah zahir dan batin. Pukulan pula dengan cara yang tidak mencederakan dan meninggalkan kesan kesakitan yang serious tetapi sekadar memberikan amaran tentang kesungguhan maksud suami. Hanya dalam suasana sebegitu di samping suami dengan ciri yang begitu sahaja boleh memukul isteri dengan syarat yang disebutkan tadi.
3. Tiada galakan dalam nas Islam agar kita memukul anak. Bahkan kita tidak wajar memukul anak yang belum mumayyiz (mampu membezakan antara yang baik dan buruk). Hadis hanya menyebut memukul pada umur sepuluh tahun setelah melalui proses yang panjang. Sabda Nabi s.a.w:
[size=1em]“Suruhlah anak-anak kamu bersolat ketika mereka berusia tujuh tahun, dan pukul kerana meninggalkan solat ketika berusia sepuluh tahun” (Riwayat Abu Daud, sahih).
Ertinya, ketika berusia tujuh tahun saban hari sebanyak lima waktu dia mendengar perintah bapa atau ibunya ‘marilah bersolat’. Maka, selama tiga tahun lamanya dia akan mendengar seruan kepada solat dengan penuh cinta dan manja. Tanpa kekerasan, tanpa paksaan. Pujukan demi pujukan. Sehingga perintah solat sebati dengannya dan dia memahami maksud solat. Solat diingati bersama hubungan kasih sayang ibubapa yang berbicara dan memujuknya setiap kali azan berkumandang. Mungkin pelbagai upah dan janji diberikan. Dia bermesra dengan bapanya yang akan membawanya ke tempat solat. Dia mempelajarinya dari pelajaran dan teladan. Tidak dipukul melainkan setelah tiga tahun melalui tempoh ini. Jika dia dipukul pun setelah berusia sepuluh tahun, dia akan faham itu adalah pukulan kasih dan cinta. Pukulan itu tidak mencederakan atau mendapatkan kesakitan yang serious.
4. Ertinya, betapa untuk sampai kepada tahap memukul memerlukan satu proses yang panjang padahal itu membabit soal asasi dalam hayat seorang muslim iaitu solat. Maka, mana-mana bapa sewenang-wenang memukul anak, dia bukan seorang bapa yang baik dan telah melanggar ajaran agama. Lebih malang lagi jika bapa itu sendiri bukan teladan yang baik seperti bapa yang merokok memarahi anaknya merokok. Sama juga bapa kurang bertanggungjawab terhadap nafkah dan pendidikan anak, tiba-tiba memukul anak, maka mereka adalah pengkhianat amanah Allah.
5. Kegagalan pendidikan hari ini, tiada kaitan dengan rotan ataupun tidak, tetapi berkaitan dengan faktor penting pendidikan insan itu sendiri iaitu; kejelasan arah dalam pembentukan anak, teladan yang baik dan suasana yang membina. Inilah tiga faktor penting yang telah dimusnah oleh pelbagai keadaan. Mereka yang cuba mengaitkan merotan anak sebagai kejayaan pendidikan Islam adalah satu kedangkalan yang nyata.
6. Jika ada ibubapa yang memukul anak tanpa alasan yang benar, dalam keadaan yang tidak munasabah, mendatangkan kecederaan yang kekal ataupun kesakitan yang serious, maka itu bercanggah dengan ajaran Islam dan boleh untuk pemerintah menganggapnya sebagai satu jenayah untuk diambil tindakan.


Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 01:47 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 26-1-2015 12:41 PM
kan, sebab tu aku tak jadi terrorist dan aku sangat bersyukur kerananya.

Bagi aku violence dala ...

keh keh keh

wa tiada nampak bakat lu sebagai terrorist..
yang wa nampak...
lu cuma menjadi tiada berguna kepada masyarakat sekeliing sahaja....

keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 02:08 PM | Show all posts
Ah_Kwan replied at 26-1-2015 01:47 PM
keh keh keh

wa tiada nampak bakat lu sebagai terrorist..

Aku cuma nak kata dalam keluarga aku tiada keperluan untuk sesiapa merotan dan dirotan.

Namun aku tidak menafikan dalam keluarga lain, like yours maybe, ada. Kalau ko dibesarkan dalam keluarga yang berpegang teguh dengan cengkaman kemas pada rotan dan ko rasa itu lah cara terbaik untuk handle keluarga ko so be it.

Semoga berpuas hati


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2015 02:43 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 26-1-2015 02:08 PM
Aku cuma nak kata dalam keluarga aku tiada keperluan untuk sesiapa merotan dan dirotan.

Namun a ...

keh keh keh

wa pun tiada kata apa pasal ini isu rotan...
wa cuma kata kesan tidak dirotan itu terzahir dengan sikap lu sekarang
yakitu..menjadi manusia yang tiada berguna kepada manusia lain..
itupun wa sudah cukup puas hati...

keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 02:52 PM | Show all posts
ape la pelik sgt konsep kena rotan.. aku pn kecik2 selalu je kena rotan sape suruh nakal kn..
tp skrg mak pak dah urban.... nk serang ke ajar anak  pakai psikologi je katenyer...
it depend la pada pendapat masing2... bagi iols.. kalo dh melampau sgt perangai anak2...
tk salah nk rotan pn...
utk pengajaran.. bkn  utk suke3..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 03:42 PM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 26-1-2015 11:16 AM
Saya penyokong kerajaan..tapi APA yg sedang diusulkan ini saya rasa tak betul..bagi ibubapa yg meras ...

saya setuju.,......

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Undang2 bodoh apa ntah nihh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.072835 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list