CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10564|Reply: 27

Saya Islam, tetapi saya tak lupa asal usul, kata Felixia Yeap

[Copy link]
Post time 20-2-2015 03:26 PM | Show all posts |Read mode

Gambar Felixia Yeap bersama keluarga menyambut Tahun Baharu Cina. – Gambar Facebook Felixia Yeap, 20 Februari, 2015.

Sudah lapan bulan sejak bekas model Playboy Felixia Yeap memeluk Islam. Tindakan beliau pada masa itu menarik pelbagai reaksi daripada orang Islam dan bukan Islam, dengan beberapa pihak menuduhnya hanya mencari publisiti.

Tetapi, wanita berusia 28 tahun dari Ipoh yang kini dikenali dengan nama Islam, Raisyyah Rania Yeap atau Rara itu berkata, keputusan itu dibuat dengan niat yang suci dan baik.

Namun, sebagai seorang Islam, ia tidak menghalangnya daripada meraikan Tahun Baharu Cina dan menyertai keluarganya untuk makan besar bersama, kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Malah katanya, tahun ini beliau pertama kali menyambut kedatangan tahun baru lunar sebagai seorang Islam, membuatkannya lebih menghargai keturunan bangsanya.

Berikut sebahagian daripada temu bual dengannya di mana beliau menjelaskan mengenai pandangannya terhadap perayaan dan tradisi Tahun Baharu Cina.

TMI: Tahun Baharu Cina bukan perayaan agama tetapi lebih merupakan sambutan budaya. Apa pandangan anda mengenai perkara ini? Bagaimana anda menyambutnya dan memastikan ia tidak bercanggah dengan kepercayaan sebagai seorang Islam? Terdapat beberapa ritual yang dijalankan semasa sambutan berlangsung, bagaimana anda melihatnya?

Rara: Ya, saya bersetuju kebanyakan perayaan Tahun Baharu Cina tiada kaitan dengan agama atau kepercayaan agama, tetapi sebaliknya satu sambutan tahun baharu dalam kalendar Cina yang kekal dengan budaya Cina yang berwarna-warni.

Walaupun dahulu saya tidak mempunyai kepercayaan agama (ateis /freethinker), saya hampir tidak pernah terlibat dalam upacara berdoa atau ritual, dan saya percaya saya bukan satu-satunya yang begitu sebagaimana ia banyak dilakukan oleh orang tua pada masa kini. Oleh itu, sebagai seorang Islam kini nampaknya tidak banyak berbeza dengan keadaan di mana sebelum saya mengucapkan syahadah.

TMI: Sebagai seorang Islam apakah perkara-perkara yang anda tidak akan lakukan atau akan elakkan dalam merayakan Tahun Baharu Cina?

Rara: Saya menikmati perayaan budaya seperti yang lain, tetapi saya memastikan ia tidak bercanggah dengan agama saya, seperti mengelakkan semua yang haram – judi, makanan tidak halal, sembahyang dan ritual mereka serta alkohol. Saya tidak berjudi atau minum sebelum Islam, jadi semua ini mudah sahaja bagi saya, tidak banyak yang perlu dielakkan.

TMI: Akan ada makan malam perjumpaan besar dengan keluarga. Bagaimana susunan hidangan untuk anda dan keluarga? Sesetengah keluarga mempunyai daging babi sebagai hidangan utama mereka. Bagaimana pula dengan anda?

Rara: Ya, “Reunion Dinner” memang sangat dinanti-nantikan atau dalam bahasa Kantonis, "Tuen Yuen Farn". Kami Hakka, jadi kita akan mempunyai semua masakan Hakka seperti yang kita hidang setiap tahun, dan ya, daging babi panggang dengan salad dicelup sos manis adalah salah satu kegemaran keluarga.

Bagi pinggan mangkuk saya, ibu saya menyediakan peralatan memasak yang baharu untuk saya memasak makanan halal sendiri dari rumah, dan saya akan membawa makanan yang dimasak untuk dihidang dan dimakan bersama keluarga.

Ia masih sama, hanya saya menikmati hidangan berbeza daripada yang lain. Ia adalah satu simbol kebersamaan sebagai keluarga besar, setiap Tahun Baharu Cina duduk dan makan bersama-sama, dan ia sangat penting bagi semua keluarga Cina pada malam itu. Makanan hanya makanan untuk mengisi perut. Nenek saya memahami perkara ini dan dia hanya mahu saya makan di meja yang sama dengan semua orang, walaupun saya makan makanan yang berbeza.

TMI: Apakah mengenai Tahun Baharu Cina yang anda suka?

Rara: Perasaan semua ahli keluarga berada di rumah dan riuh rendah. Sangat seronok melihat semua ahli keluarga berkumpul di ruang tamu dan ketawa bersama mendengar jenaka bodoh dan juga masa yang terbaik untuk mengimbas kenangan dengan rakan sepermainan masa kecil. Oh, tidak lupa keseronokan balik kampung dan menikmati udara segar juga.

TMI: Ceritakan sedikit mengenai persiapan Tahun Baharu Cina anda, berapa lama cuti yang anda biasa ambil bagi merayakan Tahun Baharu Cina bersama keluarga?

Rara: Sebelum Islam, saya memperuntukkan maksimum 4 atau 5 hari setiap kali Tahun Baharu Cina di kampung dengan alasan saya mahu kembali bekerja dan dapatkan lebih banyak peluang kerja. Tetapi tahun ini dan seterusnya selepas Islam, saya mahu memastikan saya memperuntukkan sekurang-kurangnya 7 hingga 10 hari bersama keluarga setiap tahun, terutamanya pada Tahun Baharu Cina.

Saya suka menghabiskan lebih banyak masa dengan keluarga selepas memberi keutamaan kepada kerja selama bertahun-tahun. Saya sedar, hidup ini singkat dan saya bersyukur kerana masih boleh menghargai mereka. Bagi hiasan Tahun Baharu Cina, ibu saya jarang menghiasi rumah kami kerana kami akan menghabiskan sebahagian besar masa di tempat nenek saya di kampung. Kami hanya akan membersihkan rumah bersama-sama sebelum Tahun Baharu Cina dan meletakkan beberapa lampu.

TMI: Apakah perbezaan anda menyambut Tahun Baharu Cina sekarang berbanding sebelum menjadi seorang Muslim?

Rara: Dahulu saya selalu membeli pakaian dan mahu memakai pakaian paling bergaya dan terkini untuk Tahun Baharu Cina tetapi kini, selepas pengalaman Raya yang pertama pada tahun lepas dan diperkenalkan kepada budaya Melayu, membeli kain dan membuat pakaian raya sendiri, saya lebih teruja untuk merekabentuk dan membuat jubah sendiri dan pakaian untuk Tahun Baharu Cina dengan motif dan gaya Cina.

Ia benar-benar membuat saya tertarik untuk meneliti dan mempelajari pakaian tradisional Cina serta mendapatkan inspirasi dari sana, dengan ciri-ciri Islam dalam rekaannya. Anda akan kagum mengetahui pakaian tradisional Cina hampir sama dengan jubah dan ia longgar dan besar, sama seperti bagaimana wanita Muslimah sepatutnya pakai. Saya katakan, saya kini belajar untuk lebih menghargai akar umbi keturunan Cina saya. Alhamdulillah. – 20 Februari, 2015

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2015 03:35 PM | Show all posts
Tak dapat tengok gambar, gambar tak keluar










Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2015 03:42 PM | Show all posts
Gong xi gong xi felixia
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2015 03:54 PM | Show all posts
Laaa ada lagi dia ni ingatkan dah pencen dahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2015 04:00 PM | Show all posts
takda gambo tt

happy chinese new year felixia!
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2015 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
rara pulak dah.. panggil la aisyah ke.. dah mcm nama anak schawal pulak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2015 04:32 PM | Show all posts
Rileks la melayu2 sekalian. Masuk Islam bukan bermakna masuk Melayu.

Islam bukan Melayu. Kalau tak, baik suruh European Muslims semua main sepak takraw pakai kain batik makan dengan tangan etc.

Haiya!
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2015 05:04 PM | Show all posts
Edited by sepitsiput at 20-2-2015 05:06 PM

meols stand by dgn pop corn caramel nk baca komen2 melayu ultra jap g


p/s: selamat tahun baru cina buat retis2 cina / half cina malaysia felixia yap, johan raja lawak, louisa chong, miera liyana, adam corie,  tan mei ling, douglas lim, noraliah lee, tiara J, shah jezel, sheila rusly, ac mizal etc ..bertuah diorg ni sbb cuti raya 2 kali setahun.
dan tak lupa kpd retis2 cina non muslim malaysia - amber chia, angeline tan, adeline tsen, alan yun, nancie foo, keith foo, etc..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2015 05:11 PM | Show all posts
xnampak gmbooo
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2015 05:29 PM | Show all posts

rangka dan tulang


Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2015 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak tua la felixia masa interview tu..anyway, happy new year felixia
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2015 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau beliau termakan babi sekalipon kenapa ummah kisah? Dosa dikredit dlm akaun ummah kah?..just enjoy the festive moments felixia, while shoving your middle finger to the bigots.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2015 06:27 PM | Show all posts

Motif siarkan balik video2 lama Felixia Yeap?

Dia dah kembali kepada Islam, dah berhijrah, tak payahlah tunjuk video2 camni dah.

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2015 06:28 PM | Show all posts
jigsawpuzzle replied at 20-2-2015 06:27 PM
Motif siarkan balik video2 lama Felixia Yeap?

Dia dah kembali kepada Islam, dah berhijrah, tak  ...

dia sendiri xkisah. kata dia, tanpa dia yg dulu, dia yg sekarang xkan wujud.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2015 06:41 PM | Show all posts
gambo selebret raya cina nyer mana
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2015 06:42 PM | Show all posts
Hahaha
masa kecoh video kpop aritu

felixia ni gigih up status
dia ckp dia x pnah bg lelaki pgg dia pun hatta utk bergambar masa jd modelling

Skali kawan aku tunjuk video drama felixia masa tu bertudung (x sure dah masuk islam ke blum) dgn hero pelakon mr arrogant
siap berdokong2 berpeluk bagai
ekekek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2015 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa produk terbaru dia skang ni? I mean only satu drama je ke (ala yg dia penah belakon dulu2 tu..apa nama tah drama tu)
Ke dia ni one hit wonder jah?
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2015 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Hepi cny felixia
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2015 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 20-2-2015 07:48 PM
Apa produk terbaru dia skang ni? I mean only satu drama je ke (ala yg dia penah belakon dulu2 tu..ap ...

Mcm x biasa reporter mlysia... retis cina dan india kan mmg dpt slot khusus sempena deepavali dan cny... asik2 kencana dewi kluar cerita time deepavali.. jac pun siap disangka sambut deepavali.. so x heran klu cny tetiba kluar cerita felixia yap... reporter mlysia xde cerita yg bagus2 utk retis cina..tu yg kluar bmusim...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2015 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Susan Lancaster tu mix Chinese ek? nengok cite Kuarga Iskandar mcm dia x kekok ckp astaghfirullahal'azim DLL..

suka cara Felixia ni menjawab soalan.. xpe la.. slow slow la berubah.. mungkin sblm ni ada statement dia bajet good.. poyo.. hope leh berubah ckp base on reaility la.. x yah malu mengaku wat silap.. belajar terima kesilapan dan perbaiki serta tak mengulangi pada masa hadapan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.079774 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list