CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Tempatan] Dr Asri tolak Kazim ahli panel Forum Perdana Perlis:UPDATE DAH BERDAMAI PG6

[Copy link]
Post time 4-3-2015 06:55 PM | Show all posts
batmana replied at 4-3-2015 05:08 PM
ko paham ke jawapan yg ustaz azhar ckp? ke ko tk paham?

so, minit ke berapa dia sokong adjust m ...

tu la antara masalah binawe si Zehar Derus nih.....dia sendiri x paham apa soklan org tanya dia, mula laa melalut bagi jawapan pusing2, last2 org2 yg dgr tu wat kesimpulan sendiri yg memeningkan diri sendiri......

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2015 07:09 PM | Show all posts
U Kazim mmg selalu buat perumpamaan nak bagi org ramai faham apa maksud dia.......

Dr. Maza ni mcm ada sesuatu aje dgn UKE???????
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak start tak percaya DUKE ne lepas kes ugutan bunuh dan berhenti ceramah tu, tup2 dpt tawaran jadi MT UMNO..

Dr. Maza sebagai mufti kene la pertahan kan negeri nya dan menasihati pemimpin nya, supaya golonga yg berdusta atas nama nabi ne dibanteras. Sorang lagi Stad Don, yg asyik bawak cerita2 kartun.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 08:01 PM | Show all posts
axl_bach replied at 4-3-2015 06:54 PM
ko nih dah kenapa nak twist ayat Zehar Derus?? mana ada dia kata letak kat muka, letak dlm lobang  ...

dah hidung kat muka... bukan kat montot...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku mmg dah syak dari dulu banyak ustaz yang create story ikut sukati diorang. Dah kantoi dah sorang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2015 07:28 AM | Show all posts
“Jabatan Mufti tidak setuju Ustaz Kazim jadi panel forum,” kata Dr Asri
Dr. Asri menulis di dalam surat itu bahawa pihaknya menyambut baik hasrat  penganjuran forum tersebut, namun Ustaz Kazim Elias dianggap terlibat dengan  pembacaan riwayat-riwayat palsu.


[size=100%]
KUALA LUMPUR, 4 Mac:
Sekeping surat rasmi dalaman Jabatan Mufti  Perlis kepada pengurusan penganjuran satu forum agama telah tersebar secara  meluas di laman Facebook sehingga menimbulkan pertikaian di kalangan pengguna  laman sosial itu.

Isi kandungan surat tersebut menyatakan  ketidaksetujuan jabatan itu terhadap jemputan seorang ahli panel pada program  sempena Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis yang ke-69 sehingga mendapat  reaksi daripada pelbagai pihak.

Surat yang ditandatangani oleh Mufti Perlis, Dr.  Mohd Asri Zainul Abdidin atau lebih dikenali sebagai Dr. Maza itu menjelaskan  pihaknya tidak bersetuju sekiranya penganjur mahu menjemput Datuk Kazim Elias  sebagai panel jemputan.
Surat  yang ditandatangani oleh Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abdidin atau lebih  dikenali sebagai Dr. Maza itu menjelaskan pihaknya tidak bersetuju sekiranya  penganjur mahu menjemput Datuk Kazim Elias sebagai panel  jemputan.
Bagaimanapun, tulis Dr. Maza di dalam surat itu  bahawa pihaknya menyambut baik hasrat penganjuran forum tersebut, namun, panel  yang diundang itu dianggap terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu.

Beliau turut menjelaskan perkara itu pada laman  Facebooknya dengan memberitahu penceramah tersebut tidak pula dihalang untuk  berceramah di Perlis.

Katanya, penyebaran surat tersebut tidak  sepatutnya berlaku dan satu bukti yang menunjukkan kepalsuan dilakukan oleh  penceramah itu turut disertakan.

Dalam satu siri ceramah, Kazim dikatakan dengan  jelas menyebut bahawa Rasulullah SAW pernah menyediakan roti jala yang dicelup  dengan kuah kari untuk diberi makan kepada tetamunya.

Ucapan Kazim itu telah menimbulkan kontroversi  sehingga ada pihak yang mendakwa yang diperkatakannya sebagai palsu dan  mengarut.

Lantaran itu, ramai yang memberi reaksi bahawa  Kazim telah menyampaikan informasi salah dan ia boleh menjejaskan akidah  masyarakat yang mengikuti ceramah-ceramahnya.

Bagaimanapun pendakwah terkenal, Datuk Mohamad  Kazim Elias berkata beliau tidak bermaksud memberi contoh Nabi Muhammad S.A.W  melakukan kenduri paling mahal dengan menyediakan roti jala yang dicelup dengan  kuah kari seperti yang dipaparkan dalam sebuah buku dan juga rakaman ceramah  yang tersebar.

Menurut Kazim yang dipetik dalam sebuah portal  berita pada 21 Julai tahun lepas, sebenarnya mengikut sejarah, Nabi pernah  menyediakan roti yang dicicah dengan kuah kambing dan bagi mengikut sunah  Rasulullah, masyarakat zaman ini boleh menyediakan roti jala dicelup dengan kuah  kari kepada tetamu yang hadir.

“Saya tahu ramai yang mempertikaikan tentang  perkara itu. Takkanlah saya bodoh nak cakap Rasulullah beri makan roti jala  kepada tetamunya. Zaman itu ada ke roti jala?

“Ia sebenarnya hanyalah satu contoh di mana jika  Rasulullah menyediakan roti dengan kuah kambing, apa salahnya kita sediakan roti  jala dengan kuah kari. Tetapi ramai yang salah faham,” katanya yang dihubungi  mStar Online.

Pada tahun lalu, sebuah buku berjudul Tuhan  Sedang Menguji Kita yang memetik ceramah-ceramah Kazim telah diterbitkan di  bawah penerbitan Karangkraf.
Bagaimanapun buku tersebut menjadi bualan ramai  apabila pada muka surat ke-51, terdapat artikel yang mengatakan kenduri  Rasulullah S.A.W yang paling mahal adalah roti jala dicelup dengan kuah  kari.


TRP
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2015 09:49 AM | Show all posts
Innrukia replied at 4-3-2015 02:46 PM
Siapa la yg tak amanah viralkan surat ni keluar?

Dan Dr Maza ni instead of bg keterangan kat sura ...

ini yang dinamakan dokumentasi rekod. pemohon memohon melalui surat, jadi jawapan harus secara bersurat, walau mesyuarat atau perbincangan sekali pun, report akan dikeluarkan secara bertulis
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 10:56 AM | Show all posts
dubuk replied at 4-3-2015 03:04 PM
saya hari hari mendengar ceramah agama ustaz Kazim di youtube

pasal roti jala itu, pada pendapat  ...

kalau perumpamaan pun,kena ditekankan dalam teks tu..
contohnya tulis makanan 'umpama' roti jala dsb..
sebab boleh menimbulkan spekulasi..
pada pendapat saya la..



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2015 11:08 AM | Show all posts
DUKE nie masa mula2 x glemer lagi, selalu ada mengajar kat masjid umah mak aku, tapi dia nie banyak dok rasist sgt kat kaun lain...siap kata lg LGE dok minum arak mabuk2...lantak la dah kawan tu memag kapiaq... lepas tu masjid dah x ambil dia ceramah lg dah..

Lagi satu, dia ada sekolah yag di bawah pencawang elektrik, nak ikut x bole la kan sebab bahaya kat budak2..tp abang dia orang kuat Beend, so perkara nie di biarkan saja...

LAgi satu DUKE nie nk glemer ja lebih, bila dah dapat masuk rncangan tibi, syok la dia...

huhu... wallahualam...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 11:21 AM | Show all posts
teks silap typo......
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 01:56 PM | Show all posts
dino posted on 4-3-2015 04:20 PM
dlm dunia skrg nii kite tak tahu mana dah btul.... keliru ngan fitnah sana sini... akhir zaman.... ...

hanya dalam khutbah Jumaat sahaja apabila Khatib naik ke mimbar membaca khutbah,maka adalah dilarang makmum berkata2 apatah lagi bergelak ketawa. jadi rasanya tiada larangan untuk penceramah melantunkan isi ceramah berunsur jenaka dan audiens tersenyum ketawa. Adakalanya isi ceramah yg terus terusan serius akan membuatkan audiens cepat  jemu dan mengantuk. Lebeh baik ramai orang mendengar dan menimba ilmu dlm cara bersahaja drpd tiada langsung org berminat mendengar ilmu. Ada perbezaan antara orang betul2 nak jadi daie, pendakwah, ustad dan ulamak yg belajar dgn cara yg serius dan betul2 khusyuk , jadi mereka kena cari jalan utk hilangkan rasa bosan, letih, mengantuk apabila belajar. Berbanding orang kebanyakkan yg mungkin tak mampu nak menghadam dan mencena ilmu  disampaikan secara serius

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 02:02 PM | Show all posts
dino posted on 4-3-2015 08:01 PM
dah hidung kat muka... bukan kat montot...

eh hidung Sepol kat muntot tau, pasal tu dia x rasa segan Sapiee porn dok jaja cerita pulas dan picit putingnya.
Sedangkan muntotnya bkn lg terletak kat bawah sampaikan semua orang dah boleh nampak muntotnya

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2015 10:14 AM | Show all posts


Bukankah Ustaz Kazim Elias Dengan Jelas,Nyata Dan Terang Menyebut Dalam Ceramah Berkata "Kenduri Nabi Yang Paling Mahai(Mahal),Roti Jala Cicah Kuah Kari..Paling  Mahai(Mahal)..Masyaalah .... Kalau Kita Ikut Yang Nabi Punya..Sempoi".

Masih Enggan Mengaku Ada Menucapkan Ungkapan Seperti Di Atas???Tiada pun Dalam Ceramah Itu, Di Sebut Ini Hanyalah Suatu Perbandingan Sahaja.Mengapa Nak Putar Dan Enggan Mengaku Kesilapan .. Hinakah Kalau Mengaku Membuat Kesilapan???Kalau Dengan Bukti Video Pun Sanggup Enggan Mengaku .. Apa Jaminan Kalau Tiada Rakaman Video Jika Ada Membuat Kesilapan Dan Kesalahan???

Tindakan Shaibul Samaah Dato' Mufti Perlis Dato' Arif Perkasa Dr Maza Tidak Memberikan Sokongan Kepada Ustaz Kazim Elias Sebagai Panel Forum Perdana Ehwal Islam Memang Tepat Lagi Bijak.

Sumber:makkau blogspot

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2015 11:46 AM | Show all posts
Muslim preacher irate with Perlis Mufti’s snub after ‘roti jala’ tale
Published: March 5, 2015 12:46 PM




A screen capture of the video showing popular Islamic preacher Datuk Mohammad Kazim Elias.
























KUALA LUMPUR, March 5 — Popular Islamic preacher Datuk Mohammad Kazim Elias complained against Perlis Mufti Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin for excluding him from a forum in the state, calling the action “hasty and shameful”.

In response, the newly-returned mufti said his disagreement was personal and internal matter, arising from Kazim previously citing a dubious tale of Prophet Muhammad serving his guests roti jala and curry, a predominantly Malay dish.

“I was informed about the cancellation of my invitation to the event two weeks ago, but I did not want to publicise this matter to preserve their dignity,” Kazim said, as quoted by Umno-owned daily Utusan Malaysia.

“But, with the spread of the letter, I regret this injustice. I was not given a chance to answer the allegation.”

Yesterday, a copy of a letter from Mohd Asri was spread online, in which the mufti disagreed with Kazim’s inclusion in a forum in May in conjunction with the Perlis Sultan’s birthday, allegedly because the preacher was involved with the spread of “dubious tales”.

Mohd Asri then defended himself on his official Facebook page, attaching a copy of a book in which Kazim related the roti jala tale.

“After this, there might be those who label me as the spreader of false hadith, and I will not be invited to hold lectures,” Kazim said today, referring to the collection of sayings and practices attributed to Muhammad.

        According to Kazim, he had only used the roti jala example as an analogy for his Malay audience, whereas Muhammad had served his guests with Arabic bread and a mutton dish.

        In another report by Utusan, Mohd Asri said that the letter did not mean that Kazim was banned from preaching in the state.

“[This action] is consistent with the intellectual needs and the society itself to ensure the tales are genuine,” Mohd Asri added in a statement.

        Last month, Kazim was thrust into headlines after a six-year-old clip, in which the popular Islamic preacher asks “who’s the master, who’s the slave”, resurfaced on YouTube.

        In the video just over an hour-long, Kazim berated Malaysia’s ethnic Chinese and Indians for having fun drinking and dancing in clubs while the Malays worked hard for the country as soldiers, police officers, firefighters, and cleaners.-Malaymail Online

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 05:53 PM | Show all posts
Ceramah dalam tv semua ceramah on the surface gelak-gelak je. Dari tengok benda lagho baik tengok ceramah agama gitu. Sesuai untuk kanak2/ budak sekolah yang tak abis ngaji quran lagi. Yang nak mendalami agama, g cari guru la.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2015 11:10 PM | Show all posts

KONTROVERSI membabitkan dua figura yang disegani dalam hal ehwal Islam iaitu Datuk Mohd Kazim Elias dan Datuk Dr. Asri Zainul Abidin nampaknya makin berlanjutan.

Puncanya, apabila sepucuk surat dari Jabatan Mufti Perlis kepada istana menyatakan tidak setuju jika Ustaz Kazim Elias menjadi salah seorang panel dalam Forum Perdana Hal Ehwal Islam, dibocorkan pihak tertentu lalu bertebaran di media sosial.

BACA INI: Polemik Dr. Asri, Ustaz Kazim Makin ‘Panas’

Sebagaimana dijelaskan sebelum ini, Dr. MAZA menyatakan surat itu adalah sulit namun apabila ia tersebar, beliau terpaksa memberi penjelasan.

Memandangkan penjelasan ringkas sebelum ini berkenaan ‘roti jala’ tidak berupaya mendiamkan isu berkenaan, Dr MAZA kemudiannya berjanji akan memberi penjelasan lebih terperinci di Facebook beliau dan nampaknya, inilah yang berlaku hari ini, menerusi status di bawah.

Melalui akaun Facebook rasminya, tulis beliau, surat tersebut tidak bertujuan untuk memalukan Ustaz Kazim.

Sebaliknya, adalah hak Jabatan Mufti untuk menentukan panel forum berkenaan kerana ia bakal dihadiri pihak Istana dan Mufti Negeri.

“Tiada siapa ingin memalukan sesiapa tapi ia adalah hak penganjur menentukan pemilihan panel. Ia kes khusus untuk satu program yang membabitkan keberangkatan pihak istana dan kehadiran Mufti Negeri,” ujar Dr MAZA menerusi tulisannya.

Menyentuh mengenai isu riwayat palsu ‘roti jala cicah kuah kari’ beliau berkata, “Isu-isu riwayat palsu termasuk isu roti jala telah timbul sejak tahun lepas.

“Banyak pandangan terutama mereka yang terbabit dalam bidang hadis telah dilontarkan mengenai isi-isi ceramah pihak berkenaan.

“Maka, dalam pemilihan panel forum pihak jabatan setelah berbincang melihat tidak sesuai untuk program itu, bukan mengeluarkan fatwa khas menghukum dan melarang sepenuhnya pihak terbabit.”

Mufti Perlis tersebut, turut meluahkan kecewa terhadap tindakan Ustaz Kazim kerana tampil membuat sidang media dan mencabar pihaknya agar mengemukakan bukti.

BACA: Tindakan Mufti Perlis Tak Adil, Malukan Saya – Ustaz Kazim

“Pihak saya dukacita apabila pihak berkenaan membuat sidang media dan mencabar bukti. Bukan tiada bukti, tapi elokkah cabar mencabar di media sedangkan laluan perbincangan terbuka?

“Jika surat itu ditujukan kepada awam, mungkin boleh diterima rasional cabaran itu, tapi hal ini hanya urusan pentadbiran dan bukan larangan mutlak.

“Dalam contoh ‘roti jala’ alangkah baiknya jika pihak berkenaan membetulkan hal itu. Ini kerana jika tidak dibetulkan ia boleh membawa anggapan, sunnah Nabi SAW makan roti jala,” katanya.

Tidak ingin memanjangkan drama, Dr. MAZA berkata pintu perbincangan sentiasa terbuka bagi menyelesaikan kemelut yang melanda antara mereka.

Bagi kami, masing-masing merupakan individu yang disegani dan dijadikan rujukan perihal agama, maka moleklah sekiranya kedua-duanya dapat mengaplikasikan nasihat yang selalu diberikan kepada masyarakat luar.

- MYNEWSHUB.CC



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-3-2015 11:13 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 11:37 PM | Show all posts
aku secara peribadi mmg langsung tak berkenan ngan UAi and ustat don
UAI sbb topik dia yg ulang2 gitu2 jekkk...topik yg ko dah tauuu pehtu elaborate ngan lawak2 ala2 lucah gitu.....selang seli cakap bodow gitu jek laaaaa...
ustat don aku rasa dia jadi pelakon mesti best sbb sungguh menghayati watak....isi kurang tapi intonasi suara, body gesturesss pada aku mcm trying too much.....
tapi mungkin tak berapa sesuai ngan jiwa aku kut...

tapi aku dedulu suka ustaz kazim.....sbb walopon tajuknya ringan....dia punya level byk berbentuk adviising, peringatan gitu....sungguhpon macam tak de la ilmu yg baru dia ajar......dia jenis kasikingat balik benda yg ko dah tau....tapi akus etuju dah ujung2 ni melalut pulak dia.....nyanyi industan, pastuuu fefeling hot ada org offer nak jadik binik la hape....cam ewwww sgt.....belum lagi asik ulang cakap berapa org yg dia dah masukkan islam...

so sekian pendapat aku kali ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2015 12:39 AM | Show all posts


r Asri gopoh dan memalukan, kata Kazim

Penceramah popular Datuk Kazim Elias menyelar kembali Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menolaknya sebagai penceramah susulan kenyataannya tentang hadis "roti jala dicelup kuah kari”.

Malah, Kazim menyifatkan keputusan Jabatan Mufti Perlis yang tidak bersetuju pemilihannya sebagai ahli panel forum perdana sempena keputeraan Raja Perlis sebagai tindakan gopoh dan memalukan.

Ini kerana, Kazim berkata, dakwaan itu tidak sewajarnya dilakukan oleh Asri sebagai mufti dan dibuat tanpa peluang memberikan penjelasan, lapor Utusan Malaysia.

“Saya dimaklumkan mengenai pembatalan jemputan saya ke majlis berkenaan dua minggu lalu, namun saya tidak mahu menghebahkan perkara ini demi menjaga air muka mereka yang berkaitan.

“Namun, apabila berlaku penyebaran surat tersebut, saya kesal kerana ini tidak adil, saya tidak diberi peluang untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan.

“Selepas ini mungkin ada yang melabelkan saya penyebar hadis palsu dan tidak lagi dijemput untuk mengadakan ceramah," katanya lagi seperti dilaporkan akhbar Umno itu.

'Hanya perbandingan'

Sementara itu, Kazim juga menjelaskan kenyataan berkaitan hadis "roti jala dicelup kuah kari" dan “kurma celup tepung” yang disampaikannya hanya perbandingan.

Menurut Kazim, perbandingan itu dibuat kerana di Malaysia, roti jala dicicah dengan kuah kari masih boleh dijadikan hidangan pada majlis kenduri.

“Saya cuma kata roti jala pun boleh dijadikan hidangan dalam kenduri masyarakat Islam untuk bagi orang faham," Kazim dipetik sebagai berkata dalam akhbar Utusan Malaysia.

Sehubungan itu, Kazim melahirkan rasa kesal apabila surat daripada Jabatan Mufti Perlis menyebut beliau sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu.

Katanya, ia seolah-olah menggambarkan beliau sering terlibat dengan penyebaran hadis yang salah.

"Jika benar dakwaan itu, saya mahu tahu di mana dan bila saya membacakan hadis-hadis palsu yang didakwa.

"Jika benar, saya sedia memberikan penjelasan,” katanya lagi seperti dilapor akhbar itu. -mk


Dr Asri akan beri bukti riwayat palsu Ustaz Kazim
PETALING JAYA : Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan bahawa beliau akan memberikan bukti berkenaan riwayat palsu yang diminta oleh pendakwah bebas yang terkenal dengan program popular ‘Kalau Dah Jodoh’, Datuk Mohamad Kazim Elias.

Beliau berkata, kes itu sepatutnya berhenti setelah penjelasan berkenaan tujuan surat dalaman rasmi berkenaan.

“Namun, nampaknya tokoh berkenaan (Mohamad Kazim) terus mencabar meminta bukti walaupun bukti-bukti telah diberikan oleh pelbagai pihak.

“Bagi memenuhi hasrat beliau, In Sha Allah FB (Facebook) ini dalam masa terdekat akan memberikan bukti-bukti yang beliau minta itu,” tulisnya dalam Facebook rasmi milik beliau, DrMAZA.com hari ini.

Isu tercetus apabila sepucuk surat daripada Jabatan Mufti Perlis tersebar di laman-laman sosial yang menyatakan tidak bersetuju Mohd Kazim menjadi panel Forum Perdana Ehwal Islam sempena Keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail ke-72.

Dalam surat tersebut, Jabatan Mufti Perlis memberikan sebab kerana Mohamad Kazim ‘sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu’.

‘Riwayat’ atau hadis palsu dimaksudkan dalam surat Jabatan Mufti Perlis adalah mengenai rakaman YouTube sedutan daripada satu ceramah Mohamad Kazim yang menyatakan ‘kenduri Rasululluah SAW menghidangkan roti jala dengan kuah kari’.

Mohamad Kazim berkata, dalam ceramahnya beliau hanya mengatakan perbandingan bahawa di Malaysia, roti jala dicicah dengan kuah kari juga masih boleh dijadikan hidangan pada majlis kenduri.

“Saya cuma kata roti jala pun boleh dijadikan hidangan dalam kenduri masyarakat Islam untuk bagi orang faham.

“Jika benar dakwaan itu, saya mahu tahu di mana dan bila saya membacakan hadis-hadis palsu yang didakwa. Jika benar, saya sedia memberikan penjelasan,” katanya.

greenboc blogspot

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 01:08 AM | Show all posts
nolya replied at 4-3-2015 06:17 PM
Di zaman Rasulullah pun dah ada roti jala dgn kari ke? Apakah karinya kari daging unta versi rempa ...

aku rasa lebih pd nak cakap.. roti ngan kuah...

orng arap kan suka makan roti ngan kuah2..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.086839 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list