CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36747|Reply: 411

[Tempatan] Roti Jala Cicah Kari Update:Ustaz Kazim, Dr Asri akan berceramah bersama PG16

[Copy link]
Post time 4-3-2015 09:02 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ib-instaforex at 9-3-2015 09:15 PM

UPDATED: Mar 6, 2015 08:27pm

Bukan nak malukan, tapi ia hak penganjur – Dr MAZA



Dr Maza meluahkan rasa dukacita, apabila pihak berkenaan membuat sidang media dan mencabar bukti.

KUALA LUMPUR, 6 Mac:

Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan, tiada siapa ingin memalukan sesiapa, tetapi ia adalah hak penganjur untuk menentukan pemilihan panel, khusus untuk program membabitkan keberangkatan pihak Istana dan kehadiran mufti negeri.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Dr. Maza menegaskan, surat tersebut adalah surat dalaman pentadbiran yang khusus untuk pihak dalaman berkaitan sahaja.

“Isu-isu riwayat palsu, termasuk isu roti jala telah timbul sejak tahun lepas. Banyak pandangan, terutama mereka yang terbabit dalam bidang hadis telah dilontarkan mengenai isi-isi ceramah pihak berkenaan.

“Maka, dalam pemilihan panel forum pihak jabatan, setelah berbincang melihat tidak sesuai untuk program itu, bukan mengeluarkan fatwa khas menghukum dan melarang sepenuhnya pihak terbabit,” katanya yang dipetik daripada laman Facebook miliknya.

Mohd Asri berkata, pihaknya telah menyampaikan salam kepada pihak berkenaan, melalui wakil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Ustaz Zakaria yang merupakan pengerusi forum, sejak isu berkaitan roti jala timbul.

“Saya telah tegaskan, tiada isu peribadi dan bukan larangan mutlak. Pihak saya juga semalam mengelakkan sidang media dan enggan menjawab soalan wartawan tentang isu ini, untuk tidak mengeruhkan keadaan.

“Pihak saya dukacita, apabila pihak berkenaan membuat sidang media dan mencabar bukti. Bukan tiada bukti, tapi elokkah cabar-mencabar di media, sedangkan laluan perbincangan terbuka?

“Jika surat itu ditujukan kepada awam, mungkin boleh diterima rasional cabaran itu, tapi hal ini, hanya urusan pentadbiran dan bukan larangan mutlak,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai contoh ‘roti jala’, Mohd Asri memberitahu, alangkah baiknya jika pihak berkenaan membetulkan hal itu, kerana jika tidak dibetulkan, ia boleh membawa anggapan ‘sunnah Nabi S.A.W. makan roti jala’.

“Adapun hentaman terbuka pihak berkenaan terhadap Tok Guru Nik Aziz (TGNA) rahimahullah dalam banyak video juga adalah salah dari segi fakta. Pendapat TGNA tentang Allah memilih Nabi S.A.W dari kalangan hambaNya yang didapati terbaik itu ada dalil yang sahih.

“Sementara hujah pihak berkenaan menolak TGNA atas alasan Nabi Muhammad lahir dalam keadaan sujud, berkhatan dan menyebut Alhamdulillah, riwayat-riwayat itu banyak pertikaiannya. Itu juga wajar diperbetulkan, jangan sampai orang menganggap pendapat TGNA dalam hal itu salah. Ketepikan isu politik dalam hal ini,” katanya.

Tambahnya, alangkah baiknya, jika pihak berkenaan hentikan perbalahan di media massa, kerana itu mendesak pihaknya yang terbabit dengan pentadbiran sebuah negeri menjawab secara terbuka.

“Alangkah baik, jika pada hari pertama surat itu diviralkan, pihak berkenaan tidak siarkannya dalam FB, sebaliknya hubungi saya dan tanya terlebih dahulu.

“Apapun, atas dasar ukhuwah dan dakwah, pintu pejabat dan jantung hati saya sentiasa terbuka untuk berbincang serta ‘minum dan tersenyum’,” katanya.

Sumber: http://bm.therakyatpost.com/beri ... maza/#ixzz3Tc1MwPBb

++++++++++++++++++++++++++++++++++++
6/3/15 UPDATED: Mar 6, 2015 05:31pm

Pertikaian perlu dihentikan – Dr Fathul Bari


Dr Fathul Bari menyarankan agar sebarang pertikaian diselesaikan dengan pertemuan empat mata tanpa membabitkan media.
KUALA LUMPUR, 6 Mac:

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias perlu menghentikan perbalahan dan menyelesaikan permasalahan mereka dengan lebih berwibawa tanpa membabitkan media.

Pengerusi Jawatankuasa kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO, Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkata, pertelingkahan yang berlaku bukan jalan penyelesaian terbaik, malah ia merugikan dakwah dan mencetuskan perbalahan.

“Sekiranya keadaan ini berterusan, fenomena taksub kepada aliran pemikiran tertentu bakal menjadi hujah kerana ia bukan lagi merujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah yang sesuai dengan petunjuk salaful ummah. Alangkah baiknya jika ada pertemuan empat mata sebelum sebarang surat dikeluarkan.

“Saya sendiri lebih selesa jika teguran diberikan secara langsung kepada saya. Sudah pasti kemanisan ukhuwah terasa. Apatah lagi mereka merupakan tokoh agama yang sangat popular. Impaknya tentu lebih besar,” katanya dalam posting terbaru di laman facebook miliknya hari ini.

Fathul Bari berkata, di kalangan yang ingin menegur biarlah mengkaji, memeriksa juga bertanya terlebih dahulu. Demikian juga, bagi yang mendengar teguran yang diharap dapat menerima dengan hati terbuka sekiranya teguran tersebut membina.

Dalam pada itu, beliau juga membidas sikap pihak yang menyebarkan surat rasmi tersebut.

“Bagi yang terawal menyebar surat tersebut, kalian adalah batu api perpecahan. Alangkah baiknya kalian menjadi pendamai antara dua tokoh agama yang berselisih. Bukan pencetus kepada perbalahan yang tiada berkesudahan ini,” ujarnya.

Ustaz Kazim Elias semalam dalam satu sidang media melahirkan rasa terkilannya berhubung kenyataan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menuduhnya terlibat dengan pembacaan hadis palsu.

Menurutnya, isu yang dibangkitkan oleh Mufti Perlis sebenarnya tidak menjejaskan akidah dan tidak sepatutnya dijadikan isu berbanding kenyataan yang lebih keras yang dibuat oleh musuh Islam tentang Nabi Muhammad S.A.W.

Beliau membuat kenyataan ini sebagai menjawab isu penyebaran surat Jabatan Mufti Perlis yang tidak bersetuju beliau dijemput sebagai ahli panel sebuah forum sempena Hari Keputeraan DYMM Raja Perlis yang disebarkan pihak tertentu di luar pengetahuan Dr Asri, pada 3 Mac lalu.

Dalam surat yang dihantar kepada Pegawai Kanan di Pejabat Menteri Besar Perlis, Asri memaklumkan ketidaksetujuannya atas alasan Ustaz Kazim terlibat dengan pembacaan hadis palsu.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/beri ... bari/#ixzz3TbBLmY3O

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Kepada pihak yang berkaitan, saya sekali lagi ingin jelas begini;

1. Telah ditegaskan dari awal, surat tersebut adalah surat dalaman pentadbiran yang khusus untuk pihak dalaman yang berkaitan sahaja. Tiada siapa ingin memalukan sesiapa tapi ia adalah hak penganjur menentukan pemilihan panel. Ia kes khusus untuk satu program yang membabitkan keberangkatan pihak istana dan kehadiran Mufti Negeri.

2. Isu-isu riwayat palsu termasuk isu roti jala telah timbul sejak tahun lepas. Banyak pandangan terutama mereka yang terbabit dalam bidang hadis telah dilontarkan mengenai isi-isi ceramah pihak berkenaan. Maka, dalam pemilihan panel forum pihak jabatan setelah berbincang melihat tidak sesuai untuk program itu, bukan mengeluarkan fatwa khas menghukum dan melarang sepenuhnya pihak terbabit.

3. Pihak saya sejak hari awal isu timbul telah menyampaikan salam kepada pihak berkenaan melalui wakil JAKIM Ustaz Zakaria pengerusi forum. Saya telah tegaskan tiada isu peribadi dan bukan larangan mutlak.

4. Pihak saya juga semalam mengelakkan sidang media dan enggan menjawab soalan wartawan tentang isu ini supaya tidak mengeruhkan keadaan.

5. Pihak saya dukacita apabila pihak berkenaan membuat sidang media dan mencabar bukti. Bukan tiada bukti, tapi elokkah cabar mencabar di media sedangkan laluan perbincangan terbuka? Jika surat itu ditujukan kepada awam, mungkin boleh diterima rasional cabaran itu, tapi hal ini hanya urusan pentadbiran dan bukan larangan mutlak.

6. Dalam contoh 'roti jala', alangkah baiknya jika pihak berkenaan membetulkan hal itu. Ini kerana jika tidak dibetulkan ia boleh membawa anggapan 'sunnah Nabi s.a.w. makan roti jala'.

7. Adapun hentaman terbuka pihak berkenaan terhadap TGNA rahimahullah dalam banyak video juga adalah salah dari segi fakta. Pendapat TGNA tentang Allah memilih Nabi s.a.w dari kalangan hamba-hambaNYA yang didapati terbaik itu ada dalil yang sahih. Sementara hujah pihak berkenaan menolak TGNA atas alasan Nabi Muhammad lahir dalam keadaan sujud, berkhatan dan menyebut alhamdulillah, riwayat-riwayat itu banyak pertikaiannya. Itu juga wajar diperbetulkan, jangan sampai orang menganggap pendapat TGNA dalam hal itu salah. Ketepikan isu politik dalam hal ini.

8. Alangkah baiknya, jika pihak berkenaan hentikan perbalahan di media massa kerana itu mendesak pihak saya yang terbabit dengan pentadbiran sebuah negeri menjawab secara terbuka juga seperti ini.

9. Alangkah baik, jika pada hari pertama surat itu diviralkan, pihak berkenaan tidak siarkannya dalam FB sebaliknya hubungi saya dan tanya terlebih dahulu.

10. Apapun, atas dasar ukhuwwah dan dakwah, pintu pejabat dan jantung hati saya sentiasa terbuka untuk berbincang serta 'minum dan tersenyum'.

Dr MAZA
Mufti Negeri Perlis.
6/3/15
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



'Printscreen' akaun palsu yang menggunakan nama 'Ustaz Kazim Elias' yang dimuat naik oleh penceramah bebas itu di laman Facebooknya.

KUALA LUMPUR, 6 Mac:

Ustaz Mohd Kazim Elias hari ini mempersoalkan kredibiliti Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abdidin atau lebih dikenali sebagai Dr. Maza di akaun Facebooknya yang bersandarkan kepada akaun Twitter palsu sebagai bukti dirinya mengeluarkan hadis palsu.

Kazim Elias menerusi Facebooknya telah memuat naik ‘printscreen’ yang memaparkan Facebook Dr. Maza telah menggunakan Twitter palsu yang menggunakan nama Ustaz Kazim Elias sebagai bukti dakwaan Kazim mengeluarkan hadis palsu.

Menerusi ‘printscreen’ itu, Dr. Maza menyatakan buat sementara waktu, bagi yang meminta bukti segera, mereka boleh melawati Facebook Ustaz Mohd Kharil Anwar dan Ustaz Kadir Sahak terlebih dahulu memandang dirinya sedang sibuk.

Kazim Elias mempersoalkan bagaimana seorang mufti boleh mengeluarkan bukti bersandarkan kepada akaun Twitter palsu yang menggunakan namanya.

“Apabila kita meminta kemukakan bukti, bawa bukti daripada akaun palsu, apa ini? Main tangkap muat sahaja,” ujarnya.

Sebelum ini, sekeping surat rasmi dalaman Jabatan Mufti Perlis kepada pengurusan penganjuran satu forum agama telah tersebar secara meluas di laman Facebook sehingga menimbulkan pertikaian di kalangan pengguna laman sosial itu.

Isi kandungan surat tersebut menyatakan ketidaksetujuan jabatan itu terhadap jemputan seorang ahli panel pada program sempena Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis yang ke-69 sehingga mendapat reaksi daripada pelbagai pihak.

Surat yang ditandatangani oleh Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abdidin atau lebih dikenali sebagai Dr. Maza itu menjelaskan pihaknya tidak bersetuju sekiranya penganjur mahu menjemput Datuk Kazim Elias sebagai panel jemputan.

Bagaimanapun, tulis Dr. Maza di dalam surat itu bahawa pihaknya menyambut baik hasrat penganjuran forum tersebut, namun, panel yang diundang itu dianggap terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu.

Sumber: http://bm.therakyatpost.com/beri ... lias/#ixzz3TadnaI7P

++++++++++++++++++++++++++++++++
5.3.15 Tindakan Mufti Perlis Tidak Adil, Malukan Saya – Ustaz Kazim  

IPOH – Pendakwah terkenal Datuk Mohamad Kazim Elias hari ini menyifatkan tindakan Mufti Perlis Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang tidak bersetuju beliau dipilih menganggotai panel Forum Perdana Hal Ehwal Islam sebagai tidak adil dan memalukan dirinya.

Beliau berkata Mohd Asri mengeluarkan surat melalui Jabatan Mufti Perlis kira-kira dua minggu lepas bagi membatalkan beliau sebagai ahli panel forum yang diadakan sempena Hari Keputeraan ke-72 Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Mei depan.

“Secara peribadi saya malu apabila dituduh periwayat palsu. Saya hormat dia sebagai seorang mufti tetapi bila dia keluarkan kenyataan sebegitu seolah-olah saya menyampaikan benda yang tidak betul kepada pendengar ceramah saya selama ini. Mereka yang pernah dengar ceramah saya akan jadi keliru dengan isu ini.

“Saya terpaksa mempertahankan diri sebab ia menjejaskan kredibiliti dan imej saya sebagai seorang penceramah yang dituduh menggunakan riwayat palsu,” katanya dalam sidang media di sini.

Mohamad Kazim, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim, diminta mengulas penyebaran surat berkaitan di media sosial sejak pagi semalam yang menyatakan Jabatan Mufti Perlis tidak bersetuju dengan pemilihan beliau sebagai ahli panel forum berkenaan atas alasan sering menggunakan riwayat palsu dalam ceramahnya.

“Kalau saya dikatakan mengeluarkan riwayat yang tak sahih, sepatutnya perkara ini boleh dibawa berbincang, bukan dengan mengeluarkan surat dan tersebar meluas di media sosial,” katanya.

Beliau berkata riwayat palsu yang dimaksudkan dalam surat berkenaan merujuk kepada rakaman di YouTube daripada satu ceramahnya yang antara lain menyatakan ‘kenduri Rasulullah SAW menghidangkan roti jala dengan kuah kari.’

Mengulas perkara itu, Mohamad Kazim berkata beliau hanya membuat perbandingan bahawa di negara ini roti jala yang dicecah dengan kuah kari masih boleh dijadikan hidangan pada majlis kenduri.
“Mungkin dia ada isu lain yang tersirat di hati dia. Sebagai orang Islam (kita) sepatutnya saling tolong-menolong, bukannya menyekat,” katanya.

-mynewshub-

++++++++++++++++++++++++++++++
5 Mac, 2015.

Saya kesal dengan penyebaran surat itu kerana ia tidak adil apabila tidak diberi peluang menawab tuduhan, kata penceramah popular Datuk Kazim Elias. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 Mac, 2015. -

Penceramah popular Datuk Kazim Elias kesal dengan tindakan Jabatan Mufti Perlis menuduhnya 'sering terlibat dengan pembacaan riwayat palsu' dan menggunakan ia sebagai alasan menolaknya sebagai ahli panel dalam Forum Perdana Ehwal Islam pada Mei ini, lapor Utusan Malaysia.
      
Menurut penceramah bebas yang lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Kazim itu, riwayat atau hadis palsu yang disampaikan melalui ceramahnya sepertimana dibangkitkan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hanya merupakan satu perbandingan.

"Saya cuma kata roti jala pun boleh dijadikan hidangan dalam kenduri masyarakat Islam, untuk bagi orang faham," beliau dipetik berkata akhbar milik Umno itu.
                                                                                                                        
Semalam, susulan tersebarnya surat rasmi Jabatan Mufti Perlis kepada pejabat menteri besar yang tidak bersetuju dengan pemilihan Kazim sebagai ahli panel forum tersebut, Asri tampil membuat kenyataan di laman sosial.        Surat itu menyatakan penolakan pemilihan Kazim sebagai ahli panel kerana beliau sering dilihat menggunakan riwayat palsu dalam ceramahnya.
        
Dalam kenyataannya, Asri yang baru dilantik semula sebagai mufti Perlis awal Februari lalu, turut memuat naik dalam akaun Facebook miliknya, teks ceramah Kazim yang didakwa menggunakan riwayat palsu itu.
        
"Maka kenduri Rasullah yang paling mahal pula ialah roti jala yang dicelup dengan kuah kari. Maka bandingkanlah dengan kita," demikian petikan ucapan Kazim.

Mengulas perkara tersebut, Kazim berkata tindakan Jabatan Mufti Perlis menyebut 'riwayat-riwayat' palsu seolah-olah menggambarkan dirinya banyak kali membacakan hadis yang tidak benar.
        
Kazim dalam kenyataannya kepada Utusan Malaysia berkata tuduhan tersebut bukan saja menjejaskan kredibilitinya, namun beliau mungkin berdepan risiko tidak lagi dijemput memberi ceramah.
        "Jika benar dakwaan itu, saya mahu tahu di mana dan bila saya membacakan hadis palsu yang didakwa. Jika benar saya sedia memberikan penjelasan," katanya.
        Beliau mendakwa mengetahui mengenai pembatalan tersebut dua minggu lalu, namun tidak mahu menghebahkannya demi menjaga air muka mereka yang berkaitan.
        
Kazim berkata kenyataan Asri melabelkannya sebagai penceramah yang menggunakan hadis palsu sebagai tindakan memalukan dan gopoh.
Malah, beliau juga kesal, apabila tidak diberi peluang menjawab tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.
"Apabila berlaku penyebaran surat tersebut, saya kesal, kerana ini tidak adil, saya tidak diberi peluang untuk menjawab tuduhan," katanya. – 5 Mac, 2015.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.rjnThK01.dpuf

+++++++++++++++++++++++++++++++++
Berita 4.3.15

Mendakwa Datuk Kazim Elias menyebarkan hadis "roti jala dicelup kuah kari", mutfi Perlis menolak penceramah popular itu menyertai forum agama sempena keputeraan raja.

Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini mendedahkan "bukti" penolakan undangan kepada Kazim, yang pernah ditawar menganggotai Majlis Tertinggi Umno, di laman Facebook hari ini.

Dalam suratnya bertarikh 27 Februari, mufti itu mendakwa penceramah tersebut sering memetik hadis palsu.

"Jabatan ini tidak bersetuju dengan pemilihan panel Datuk Kazim Elyas kerana beliau sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu," surat itu dipetik.

Surat yang ditandatangani Dr Mohd Asri ditujukan kepada Senator Mohd Khalid Ahmad yang beralamat di pejabat menteri besar Perlis.

Jabatan Mufti Perlis menolak penceramah itu sebagai maklum balas kepada pihak penganjur forum perdana ehwal Islam anjuran RTM. Ia diadakan bersempena keputeraan Tuanku Syed Sirajuddin yang ke-72.

Selain surat penolakan itu, Dr Mohd Asri juga memuatkan keratan buku 'Tuhan Sedang Menguji Kita' karya Kazim yang menunjukkan ustaz berstatus 'selebriti' pernah berkata nabi pernah menjamu "kurma dicelup tepung."

'Kenduri paling murah'

"Nabi Muhammad SAW pernah membuat kenduri yang paling murah. Jamuan yang disediakan hanyalah buah kurma yang dicelup dengan tepung. Tepung itu pula digoreng.

"Itulah kenduri Rasulullah SAW yang paling murah sekali. Manakala kenduri Rasulullah SAW yang paling mahal pula adalah roti jala dicelup dengan kuah kari," imej keratan buku itu dipetik.

Dalam penjelasan tambahannya, Dr Mohd Asri berkata pihaknya tidak menyebut penceramah itu dihalang berceramah sebaliknya hanya tidak bersetuju Kazim menjadi panel forum itu.

Beliau turut kesal dengan tindakan pihak tertentu yang menyebarkan surat rasmi jabatannya itu.

Sementara itu, pengendali Facebook milik Kazim menasihatkan mufti Perlis supaya mengemukakan bukti dan tidak menuduh semata-mata.

"Ini apa cerita ini. Seorang mufti boleh keluar kenyataan seperti ini. Nasihat pengendali (Facebook) pada mufti ini, kemukakan bila DUKE mengeluarkan hadis palsu? Jangan main tuduh saja," kata pengendalinya, yang menggelarkan ustaz itu DUKE (Datuk Ustaz Kazim Elias).

"Jangan ambil daripada akaun Facebook palsu DUKE, Instagram atau Twitter palsu, kemudian jadikan hujah nak sekat DUKE."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2015 09:36 PM | Show all posts
tak silap DUKE ni juga dulu kata orang cina mewah sebab boleh shopping kat Giant...


Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 4-3-2015 09:36 PM
tak silap DUKE ni juga dulu kata orang cina mewah sebab boleh shopping kat Giant...

Ok ler tewww. ..ada bau bau zuhud statement tu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kecoh la maza..face to face la..tak gentleman betul..dgn maya karin boleh je berbaik baik..sesama agamawan mcm tu plak caranya..tak boleh ke sound uke tu dgn cara yg tak kontroversi...mengada ok.....ai ada terbaca dulu pasal dia tweet tweet dgn maya..kalau ai salah sori ye..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ostad yg terbaik ialah..

oztad yg x kondem org lain
x buat lawak tapi tetap rasa nak follow sampai abess..

Oztad cenggini kita bleh bau keikhlasan hati beliau disamping mengidap penyakit hati tahap minima.. apa apa pong..ostad manusia biasa jua...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini surat rasmi la.. Sapa org dlm yg sebarkan.. Xde etika..pekerja jenis apa ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2015 09:53 PM | Show all posts
cer tepek keratan dia kata nabi buat goreng kurma celup tepung dgn roti jala celup kari tu....

fitnah ka bohong...

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Maza ni mazhab hanbali
Mmg strict school of thought
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2015 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
magnus replied at 4-3-2015 09:45 PM
Kecoh la maza..face to face la..tak gentleman betul..dgn maya karin boleh je berbaik baik..sesama ag ...

AAaa uke dah minta bukti tu...kalau maza tak boleh buktikan..krebilitinya akan terjejas sebagai mufti.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jari10 at 4-3-2015 10:10 PM

http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/07/21/ustaz-kazim-elias/

Ustaz Kazim Jawab Petikan Ceramah 'Roti Jala Cicah Kari'

Diterbitkan: Isnin, 21 Julai 2014 12:17 PM

Oleh:FERIDE HIKMET ATAK
feride@thestar.com.my


PETALING JAYA: Pendakwah selebriti Ustaz Kazim Elias berkata beliau tidak bermaksud memberi contoh Nabi Muhammad S.A.W melakukan kenduri paling mahal dengan menyediakan roti jala yang dicelup dengan kuah kari seperti yang dipaparkan dalam sebuah buku dan juga rakaman ceramah yang tersebar.

Menurut Kazim, sebenarnya mengikut sejarah, Nabi pernah menyediakan roti yang dicicah dengan kuah kambing dan bagi mengikut sunah Rasulullah, masyarakat zaman ini boleh menyediakan roti jala dicelup dengan kuah kari kepada tetamu yang hadir.

"Saya tahu ramai yang mempertikaikan tentang perkara itu. Takkanlah saya bodoh nak cakap Rasulullah beri makan roti jala kepada tetamunya. Zaman itu ada ke roti jala?

"Ia sebenarnya hanyalah satu contoh di mana jika Rasulullah menyediakan roti dengan kuah kambing, apa salahnya kita sediakan roti jala dengan kuah kari. Tetapi ramai yang salah faham," katanya yang dihubungimStar Online.

Pada tahun lalu, sebuah buku berjudulTuhan Sedang Menguji Kitayang memetik ceramah-ceramah Kazim telah diterbitkan di bawah penerbitan Karangkraf.

Artikel yang ditulis di sebuah buku 'Tuhan Sedang Menguji Kita'.


Bagaimanapun buku tersebut menjadi bualan ramai apabila pada muka surat ke-51, terdapat artikel yang mengatakan kenduri Rasulullah S.A.W yang paling mahal adalah roti jala dicelup dengan kuah kari.

Rakaman video ceramah mengenai topik itu juga turut dirakamkan dan disiarkan menerusi YouTube sehingga menimbulkan komen-komen negatif masyarakat.

Ramai yang memberi reaksi bahawa Kazim telah menyampaikan informasi salah dan ia boleh menjejaskan akidah masyarakat yang mengikuti ceramah-ceramahnya.

Dalam pada itu, Kazim berkata, sebelum buku tersebut diterbitkan, dia telah membuat beberapa pembetulan termasuklah bahagian isu roti jala yang ditulis, namun dia tak pasti sama ada ia telah diperbetulkan atau tidak.

Sementara itu, Kazim berkata, dia tidak mempunyai masalah dengan isu yang ditimbulkan kerana dia tahu ada pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja mencetuskan kontroversi tersebut dengan memanipulasikan kenyataannya itu.

"Sebenarnya perkara itu sudah lama malah buku itu laris dijual. Tetapi kenapa ia perlu dibangkitkan sekarang?

"Saya tahu ada pihak yang tidak puas hati dengan saya yang tidak menyokong sesebuah parti politik itu sehinga ia sengaja mencetuskan isu.

"Dan pendirian saya pula, sebagai pendakwah tidak akan memihak kepada mana-mana parti politik kerana saya hanya mahu berdakwah. Itu sahaja," tegasnya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ustaz Kazim Jawab Petikan Ceramah 'Roti Jala Cicah Kari'

Diterbitkan: Isnin, 21 Julai 2014 12:17 PM

Oleh:FERIDE HIKMET ATAK
feride@thestar.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 10:26 PM | Show all posts
sket2 manipulasi laa,fitnah laa...hek eleh.selayaknyalah... bak kata forumer cari.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku setuju dgn maza.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 11:19 PM | Show all posts
tak respect aku dengan MAZA ni... dulu aku suka... tapi skrg mcm2 la dia ni..dgn isu Wahabi nya... hello ? ko nak tegur UKE sekalipun face to face la... yg ko gi viral dlm FB tu apa hal ? nak bagi MALU UKE tu... fikir la hati dan perasaan org sama... lg pulak memang kes salah faham pun... last2 dah jatuh fitnah kat UKE tu...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
fredbok87 replied at 4-3-2015 11:19 PM
tak respect aku dengan MAZA ni... dulu aku suka... tapi skrg mcm2 la dia ni..dgn isu Wahabi nya... h ...

menda ko ni...

bila masa maza viralkan kat fb..isunya sape bangang gi sebar surat sulit tu.maza hya post di fb bila dh kecoh.

isunya nitizen yg memandai nk tunjuk warak pedulik psl hadis.padahal dgr ceramah uke tersengih2.ikutnya tetap tidak.

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 11:30 PM | Show all posts
Edited by dauswq at 4-3-2015 11:32 PM
fredbok87 replied at 4-3-2015 11:19 PM
tak respect aku dengan MAZA ni... dulu aku suka... tapi skrg mcm2 la dia ni..dgn isu Wahabi nya... h ...

pekerja yg tak de etika yg viralkan..
sbnrnye surat tu tertutup

so bile ade dh share kt fb, dia kenalah clarify

ni mcm kes cadbury lah
yg selamat org yg share yg tak de etika tu
yg kena adalah subject -cadbury smpi merundum syarikat tu
ape dia buat? pggl jakim utk wat testing balik supaya results yg cadbury bkn kandungan babi..
subject tu plak kena cerita

mcm ni kot maza try buat, clarify kenapa dia hantar surat

hati2 bila berkata bro, takut jd fitnah

aku fhm rmi tak suka maza buat camni...aku pun
sbb mcm menidakkan hak org nk berceramah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2015 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
dari dlu sampai skang ulamak tak pernah sependapat.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 11:35 PM | Show all posts
dauswq replied at 4-3-2015 11:30 PM
pekerja yg tak de etika yg viralkan..
sbnrnye surat tu tertutup

disebabkan clarify ni dah org tahu Maza yg sekat UKE.... masalahnya betul ke UKE sebar hadis palsu ? aku tgk lebih kepada salah faham jek... perumpamaan yg UKE bg tu... haiyooooo
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 11:37 PM | Show all posts
makcik2 kampung & PPRT je yg kagum ngan kazim ni ....contoh yg dia buat mmg selalu nampak bodoh & memualkan....ada dengar kat kedai makan dia bagi contoh makcik kene rogol ngan cina
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 11:40 PM | Show all posts
fredbok87 replied at 4-3-2015 11:35 PM
disebabkan clarify ni dah org tahu Maza yg sekat UKE.... masalahnya betul ke UKE sebar hadis palsu ...

idaklah bro
sblm tu lg ,surat tu dh tersebar & jd viral

pastu barulah maza clarify psl content dlm surat yg katanya dinafikan hak dtg kerana suka sebarkan riwayat2 palsu
so maza pun ceritalah psl  stekmen yg dikaitkan  ngan cicah roti jala tu
semuanya kerana public bro..dh jd viral ats ketidaketika org yg sebarkan surat tu

klulah tak tersebar, what do you think will happens?
of cozlah UKE ni akn bersemuka dengan mufti mintak penjelasan , maybe dibuat scr tertutup



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.086872 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list