CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5009|Reply: 59

[Tempatan] Budaya pembodohan yang berterusan...

[Copy link]
Post time 5-3-2015 07:38 AM | Show all posts |Read mode
Inikah sajian pemikiran generasi muda?
Roslan Hanafi  |  01 Mac 2015 10:08 PM





Umur saya pada relatifnya masih muda, dalam kelompok awal 30-an. Saya selalu membaca tanggapan bahawa orang muda seusia dengan saya menggemari hiburan dan gaya hidup yang urban dan malas berfikir. Walaupun tanggapan itu tidak disertai dengan fakta dan kajian akademik, saya setuju generasi muda memang suka dengan hiburan dan gaya hidup urban. Tetapi saya tidak setuju dengan dakwaan generasi muda malas berfikir. Bagi saya, itu bukan kerana individu itu generasi muda. Orangh tua pun ada yang malas berfikir. Sebab itulah program televisyen untuk orang malas berfikir bertambah banyak.

Bagi saya menganggap generasi muda menggemari hiburan adalah terlalu umum. Memang benar kami menggemari hiburan tetapi hiburan yang bagaimana? Adalah silap kalau mengkelaskan generasi muda menggemari hiburan yang bertaraf rendah, menghina intelektual dan menyuburkan hedonisme. Saya percaya kalau generasi muda dilihat semudah itu, sebenarnya ini sangat tidak adil kepada mereka. Sikit sahaja yang gemar hiburan membodohkan diri, selebihnya tidak.

Barangkali disebabkan pandangan umum generasi muda suka hiburan sedemikian, maka stesen televisyen belumba-lumba menurunkan taraf intelektual program hiburan hingga serendah-rendahnya. Salah satunya lahir program hiburan MeleTop (ejaan pun sengaja disilapkan) di Astro. Baru-baru ini program MeleTop memberi anugerah kepada artis dalam majlis yang spektakular. Dari aspek produksi, saya melihat sudah boleh diangkat ke taraf antarabangsa. Tetapi itu kulit bukan isi.

Maaflah kalau tulisan saya tidak sehebat wartawan hiburan yang membuat liputan penganjuran acara MeleTop itu minggu lalu. Tetapi saya percaya kemampuan saya melihat jauh lebih ke dalam, bukan menyapu lapisan luar sahaja. Daripada sebahagian besar tulisan itu, kebimbangan saya ialah wartawan hiburan pun turut larut dalam kancah hedonisme yang menjadi ancaman utama generasi muda. Mereka kembirikan keazaman untuk berfikir di luar kotak apabila tidak ada tulisan yang analitikal.

Hingga tulisan ini dihasilkan, saya belum membaca lagi ulasan yang "luar biasa" mengenai acara MeleTop. Saya faham laras bahasa penulisan hiburan, itu bukan masalahnya. Yang dipersoalkan ialah pemikiran. Tetapi apabila memuji MeleTop secara melulu, saya fikir ini bukan satu sikap yang bertanggungjawab terutama kepada generasi muda.

Saya cuba meluangkan masa di depan televisyen untuk menonton program yang disasarkan kepada khalayak yang segenerasi saya. Anugerah MeleTop yang saya tonton bertali arus dengan persoalan, "Inikah sajian kepada generasi saya". Bolehlah dijadikan satu kajian kes tentang rendahnya nilai pemikiran dalam program yang disasarkan kepada generasi muda.

Kalau dilihat bab pengacara majlis pun sudah cukup menunjukkan rendahnya pemikiran pelawak-pelawak kita. Seni bagi mereka adalah terloncat-loncat dan terkinja-kinja di atas pentas. Sedarkah apa yang mereka lakukan di atas pentas mencerminkan tahap pemikiran kepada umum? Artis yang boleh dipuji seperti Neelofa dan Siti Nurhaliza juga terseret dalam program yang memberikan tanggapan salah terhadap generasi muda.

Artis atau pelawak yang “suka bagai nak gila” apabila menerima Anugerah Meletop itu memang sudah dijangka. Ini kerana lingkungan alam fikir mereka sempit dan kecil. Tidak hairanlah mereka seolah-olah menjulang trofi Anugerah Meletop seperti trofi Oscar di Anugerah Academy. Bagi mereka ini pencapaian terlalu besar. Itu menunjukkan kualiti yang ada kepada sebahagian artis yang dijadikan umpan untuk menaikkan penarafan (rating) program hiburan tempatan. Kalaulah Anugerah Meletop pun mereka gembira bagai nak gila, tidak tahulah saya gagasan masa depan mereka.

Adalah tidak tepat dan tidak adil membuat kesimpulan mudah bahawa generasi muda menggemari corak hiburan dan gelagat para artis seperti yang ditunjukkan dalam program Anugerah MeleTop. Buktinya saya bukanlah tergolong dalam kelompok generasi muda yang bercita rasa terlalu tinggi. Cita rasa saya terhadap hiburan adalah pada paras orang kebanyakan yang lain. Tetapi saya menolak hiburan begini. Maknanya orang lain juga sama.

Oleh kerana itu para artis harus mempertingkatkan nilai dalam persembahan. Mereka tidak boleh selesa dengan program hiburan bercita rasa rendah. Ini bukan tanda aras kejayaan. Saya melihat penyusutan nilai pemikiran generasi muda makin ketara dalam dunia hiburan.

Sudah pasti kita semua sangat bimbang dengan senario yang menyelubungi generasi muda hari ini. Tentulah tidak munasabah untuk ditanya peranan program seperti Anugerah MeleTop, Melodi dan sebagainya dalam konteks pembinaan negara oleh generasi muda. Tetapi pada masa yang sama tentulah tidak wajar kita membiarkan kerosakan-kerosakan dilakukan ke atas generasi muda dengan alasan ada segelintir merelakan mereka dirosakkan dan diperbodohkan.

Saya bukan dengan sengaja menyasarkan kritikan kepada MeleTop sahaja tetapi ini salah satu contoh sikap kesengajaan stesen televisyen dalam konteks membina generasi muda. Malah banyak program hiburan lain yang menyumbang kepada kerendahan nilai pemikiran generasi muda. Tidak sepatutnya hiburan dipisahkan terus daripada citra seni. Malangnya hiburan kita terlalu nipis seninya sekalipun para artis secara bawah sedar mengaku diri sebagai anak seni.

Saya percaya pengamal media dan stesen televisyen mempunyai keupayaan untuk mengubah keadaan yang semakin tenat ini. Sudah tentu kita semua tidak mahu generasi muda yang akan menggalas tanggungjawab membina negara menjadi mangsa kepada sajian hiburan yang tidak membina.

Perkara ini akan membuatkan mereka berada dalam dunia asing yang selesa sedangkan realiti adalah sebaliknya. Kakak-kakak dan abang-abang wartawan hiburan boleh menyuntikkan perubahan. Gunakanlah pena di tangan untuk mengubah masa depan anak bangsa. -- Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2015 07:55 AM | Show all posts
pedas...tp memang betul pun point2 tu...lgpun tu anugerah dari astro je pun..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 07:59 AM | Show all posts
i follow.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 08:01 AM | Show all posts
Aku tak tahu kenapa orang suka AC Mizal.Dia tak KELAKAR langsung.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 08:04 AM | Show all posts
kebangangang dengan utusan berpisah teda
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 08:48 AM | Show all posts
i couldnt agree more..it's so true...
terlalu banyak program sampah disajikan kpd generasi ni..
family upbringing will definitely help to change this trashy & typical stupidity thinking style..
go go parents out there..save your children from now..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2015 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
GhostWalking replied at 5-3-2015 08:01 AM
Aku tak tahu kenapa orang suka AC Mizal.Dia tak KELAKAR langsung.

Sokom abam gos...wat lawak gelak sdiri..terjerit jerit..

tapi dah rejeki dia  .. syukur alhamdulillah adjaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 09:00 AM | Show all posts
itu yang bila ada thread malaysia kekurangan saintis tu aku hanya mampu senyum sinis adja.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2015 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Dunia retis bukan cerdik sgt
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 09:08 AM | Show all posts
jengkoil replied at 5-3-2015 12:58 AM
Sokom abam gos...wat lawak gelak sdiri..terjerit jerit..

tapi dah rejeki dia  .. syukur alhamdu ...

peminat pun ramai,usaha pun lebih ye dop tu yang menang.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 09:15 AM | Show all posts
ADA ANUGERAH MELETOP KE..EEEUUU MELETOP PUN TAK HINGIN TENGOK DAN SEANGAKATANYA. SUNGGUH BIMBOO..SELAYAKNYELA KENA HENCAP SECARA ILMIAH
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 09:15 AM | Show all posts
eh..terhurup besar pulak, maaf.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 09:19 AM | Show all posts
yang paling aku xleh terima bila..retis beli paper bertimbun2 utk undi diri sendiri..plus undi dr fan club
anugerah yg diterima sudah tidak bernilai..
tu xmasuk undi SMS...

tp yg ni mmg beyond control pihak penganjur...
yg pasti..penganjur gak yg tersenyum lebar..duit byk masuk woo...



Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 09:20 AM | Show all posts
bab hiburan ni mmg org mesia suka ya hamats
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 09:24 AM | Show all posts
Istilah global dia.. "Dumbing Down Society'

Memang dirancang pun zaman skrg ni dibanyakkan hiburan non-stop agar rakyat terus leka, berangan hidup glamor mcm celebrity, kemaruk nak jadi artis, self-indulgent.. tgh2 kerja pun, sempat jugak layan hiburan kat smartphone kan..

Terpulang kat kita la, nak enjoy sampai mampus ke.. nak berusaha utk berubah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 09:26 AM | Show all posts
Retis pun ramai yg IQ rendah...ada yg sekolah tak abis, isap dadah, maksiat, zina.....fuhhh....tp diangkat jadi idola.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2015 09:36 AM | Show all posts
panjangnya karangan  dia... apa2 pun aku setuju dengan banyak points dia...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 09:41 AM | Show all posts
bottom line its all abt money. producer produce program yg boleh dapat rating tinggi. dapat rating tinggi means dapat sponsor tinggi.

pilem david teoh semua hiburan. tak ada moral of the story. naiwatu david teo buat pilem is to make money.
pilem standard david teo yg mampu survive.

surat khabar/ majalah....cerita gosip, cerita hantu, cerita pelik juga yg boleh lariskan jualan mereka.

novel.... cerita kawin paksa, cerita kena rogol oleh jejaka tall dark & encem juga yg laris....

talk show host artist. jemputan artist. makeup & baju main focal point......tepekik2, issue wanita vs lelaki. jadi favorite.

dj radio artist (ape kelulusan academic dorang?) ...sama juga tepekik, ketawa guling2....shiok sendiri.

producer kata rakyaat yn minta. Rakyaat kata producer yg bagi...nak salahkan sapa??

my personnel opinion je....

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 09:44 AM | Show all posts
Spotted on. Masyarakat kita nowadays memang dah dibutakan and disajikan secara dahsyat rancangan2 cmnie sampai everytime bukak tv dah set dalam kpala nak tgk this kind of programmes. Production house will still continue buat rancangan2 camnie to feed the audience's appetite. Pastu lahirla generasi2 yg ntahapa2.. cakap takde isi, melalut merapu ikut apa yg artis2 cakap. Sikit sebanyak akan menghakis nilai2 budaya yg bagus and berilmiah. Pastu artis2 yg camnie la yg sangat laku skarang, yg dijulang2, yg dihargai gila2.. apa lagi nak buat?

P/S : dengar cite AC Kiok tu nak bukak stesen tv sendiri. Aku tak tau la camne rosak lagi otak2 masyarakat nanti esp the younger generations to come. Camne nak bangunkan negara? Sedih!
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 09:45 AM | Show all posts
GhostWalking replied at 5-3-2015 08:01 AM
Aku tak tahu kenapa orang suka AC Mizal.Dia tak KELAKAR langsung.

aku tak paham kenapa AC suka terjerit2 jadik pengacara

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.077949 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list