CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 887|Reply: 1

[Tempatan] Curi makanan ringan

 Close [Copy link]
Post time 5-3-2015 10:54 AM | Show all posts |Read mode


                            AYER KEROH - Mahkamah Majistret di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara dan denda RM1,500 kepada seorang pemandu lori selepas mengaku bersalah mencuri 19 karton makanan ringan, tahun lalu.
       
        Pengakuan bersalah Mohd Zulkarnain Abdullah, 36, dari Merlimau itu dibuat di hadapan Majistret Norina Maludin selepas tertuduh mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan jurubahasa.
       
        Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga pemandu lori di kilang SCH Logistic didakwa mencuri 18 karton makanan ringan Mister Potato jenama Mamee bernilai RM1,500 di kilang berkenaan yang terletak di kawasan Perindustrian Cheng, kira-kira jam 7 pagi, pada 21 Oktober lalu.
       
        Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun serta denda.
       
        Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, pengadu yang juga kakitangan syarikat terbabit diberitahu seorang kakitangan lain bahawa stok jenama Mamee diambil tertuduh dengan menggunakan sebuah van.
       
        Pengadu kemudian menghubungi tertuduh meminta memulangkan 18 karton Mister Potato yang dicurinya, sebelum mengadakan pertemuan di satu lokasi.
       
        Hasil pertemuan itu, tertuduh dibawa pengadu ke kilang terbabit untuk bertemu majikan.
       
        Bagaimanapun, tertuduh menyatakan kepada majikannya yang dia tidak dapat memulang dan membayar semula barangan dicuri itu, menyebabkan pengadu menghubungi polis.
       
        Tertuduh kemudian ditangkap sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.
       
        Mohd Zulkarnain yang diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) negeri, Ishak Kari merayu kepada mahkamah agar mengenakan hukuman ringan ke atas tertuduh.
       
        “Tertuduh sudah berkahwin dan mempunyai dua anak, manakala isterinya sedang sakit. Tertuduh sekarang tidak bekerja, jadi saya pohon kepada mahkamah agar menjatuhkan hukuman paling ringan kerana tertuduh juga sudah menyesal,” katanya.
       
        Timbalan Pendakwa Raya Foo Yong Luk pula memohon agar mahkamah mengenakan hukuman setimpal atas kesalahan dilakukan tertuduh.
       
        Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, Norina kemudian memerintahkan tertuduh dipenjara sebulan bermula tarikh ditangkap iaitu kelmarin dan denda RM1,500.
       
        Sekiranya tertuduh gagal membayar denda itu, dia boleh dipenjara selama dua bulan.
       
        Tertuduh (baju hijau) diiring polis ketika hadir ke mahkamah, semalam.
               
                                                                                                                                                                                                                                                          sumber:sinar harian

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2015 04:05 PM | Show all posts
@spiderman80

[Jenayah] Pemandu Lori Curi Jajan.Pegang Kolar Menggeletar Kerana Denda RM1500
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=861301&fromuid=1692638
Post time 5-3-2015 10:37 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.102555 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list