CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1200|Reply: 2

[Tempatan] Tipu identiti, bawa lari kereta sewa

[Copy link]
Post time 5-3-2015 10:55 AM | Show all posts |Read mode


AYER KEROH - Sindiket curi kereta kini menyasarkan pengusaha kereta sewa pula sebagai sasaran.
       
        Perkara itu didedahkan Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) negeri Melaka apabila terdapat kes individu menggunakan identiti orang lain untuk menyewa kereta daripada pengusaha terbabit.
       
        Bagaimanapun, penyewa terbabit terus ‘ghaib’ selepas mengambil kereta disewanya dan tidak memulangkannya selepas tamat tempoh penyewaan.
       
        Pengarah Pembela BN Melaka, Amir Hamzah Aziz berkata, berdasarkan maklumat, modus operandi dilakukan sindiket terbabit ialah dengan menghubungi pengusaha, menyatakan hasrat kononnya mahu menyewa kereta.
       
        Beliau berkata, individu terbabit akan mengatur perjumpaan untuk proses penyewaan.
       
        Menurutnya, dia akan mengikuti segala syarat dikenakan pengusaha kereta sewa termasuk mengisi borang maklumat penyewa, menampilkan dokumen peribadi, lesen memandu, salinan bil elektrik, nombor akaun bank dan bayaran sewaan.
       
        “Namun, sebahagian besar maklumat diberikan itu, terutamanya alamat sudah dipalsukan,” katanya.
       
        Menurutnya, salah seorang pengusaha sewa kereta yang menjadi mangsa tampil ke pejabat Pembela BN memaklumkan kejadian tersebut.
       
        Beliau berkata, pengusaha itu dihubungi seseorang yang kemudian bertemu di Cheng pada 19 Februari untuk mengambil kereta sewa jenis Nissan Navara berwarna hitam bagi tempoh tiga hari sewaan.
       
        “Penyewa yang juga seorang pemuda berusia dalam peringkat remaja membayar sewaan untuk tempoh tersebut berjumlah RM1,250 termasuk bayaran deposit berjumlah RM200.
       
        “Selepas melengkapi segala syarat diperlukan, pengadu sempat mengambil gambar penyewa bersama kereta yang disewa.
       
        “Malangnya, sebaik tempoh ditetapkan sampai, penyewa gagal dihubungi dan alamat yang tertera di kad pengenalan, lesen memandu dan bil elektrik juga didapati palsu,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.
       
        Justeru, Amir Hamzah berkata, beliau menasihatkan orang ramai terutama pengusaha kereta sewa supaya berhati-hati.
       
        “Ini dipercayai modus operandi baru dengan menggunakan anak-anak muda yang mungkin didalangi mereka yang profesional kerana ia sukar dikesan pada peringkat awal.
       
        “Dasar baru Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada hari ini, sesiapa yang kehilangan kad pengenalan tidak perlu membuat laporan polis dan mereka boleh memperolehinya semula dalam tempoh singkat. Pemohon juga boleh menukar alamat di kad pengenalan di mana-mana sahaja dikehendaki.
       
        “Ini memudahkan pihak terbabit untuk menukar dan memalsukan alamat mereka agar mudah untuk melakukan kerja-kerja sebegini,” katanya.
       
        Amir Hamzah berkata, pihaknya akan menyediakan khidmat guaman bagi pengadu kes berkenaan.

sumber:sinar harian

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2015 11:23 AM | Show all posts
kalau dpt tangkap, kita kasi masuk longkap itu orang.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 11:53 AM | Show all posts
tunjuk je la muka penipu tu
mesti tak lama pastu kantoi dah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.373019 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list