CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1434|Reply: 11

[Tempatan] Abah Lu Hilang kawalan

[Copy link]
Post time 5-3-2015 11:00 AM | Show all posts |Read mode

PASUKAN menyelamat memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa kemalangan di Kilometer 59, Jalan Beluran-Telupid, Beluran, Sabah, semalam.

BELURAN 4 Mac - Seorang wanita, Noorlilah Masli, 25, yang baru beberapa hari melahirkan bayi perempuannya dan sedang menuju pulang ke rumah selepas dibenarkan keluar dari hospital maut dalam kemalangan di Kilometer 59, Jalan Beluran-Telupid dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 2.15 petang itu, turut terkorban ialah suaminya, Ridzuan Basnu, 30, manakala ibu mangsa, Gaya Gudang, 50, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Beluran.

Bayi perempuan pasangan berkenaan yang baharu berusia lima hari juga tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Duchess of Kent, Sandakan pada pukul 8.50 malam ini.

Anak sulung pasangan itu, Ahmad Kidam Rizuan, 4, pula dilaporkan cedera parah dan sedang dirawat di Hospital Beluran termasuk adik kepada Noorlilah, Mohamad Hazawan Masli, 16.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintenden V. Sivananthan berkata, kemalangan itu melibatkan dua buah kenderaan yang bertembung iaitu Perodua Myvi yang dinaiki mangsa bersama keluarganya serta pacuan empat roda Toyota Hilux yang dinaiki seorang lelaki dan tunangnya.

Jelasnya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati pemandu pacuan empat roda tersebut yang dari arah Telupid sedang menuju ke Beluran hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.

“Ketika itu, mangsa sekeluarga dari arah Beluran dan menuju ke Telupid. Kedua-dua kereta itu bertembung di Kilometer 59, Jalan Beluran-Telupid. Akibat kejadian itu, kedua-dua kenderaan hancur teruk di bahagian enjin depan manakala kereta Perodua Myvi tercampak ke sebelah kiri jalan dan terbalik.

“Noorlilah dan suaminya maut di tempat kejadian manakala ibu mangsa meninggal dunia di hospital,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau memberitahu, pemandu pacuan empat roda berusia 30 tahun itu kemudiannya hadir ke Balai Polis Beluran selepas berlakunya kemalangan tersebut.

“Dia dan tunangnya yang berusia 25 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tambahnya.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.4FqiJlav.dpuf

xpasal-pasal 4 terkorban siap ada bayi kecil lak tu turut terkorban.. lebih malang lagi..anak sulung yang cedera parah tu..apabila tersedar nanti..mak, ayah, adik n nenek dah xder..siapa nak besarkan dia??kalau dia cacat lagi naya..siapa nak bantu dia??

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2015 11:02 AM | Show all posts
sedihnya
abang ahmad umur 4 tahun dah hilang tempat bergantung

dah macam oliver twist dah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2015 11:06 AM | Show all posts
awanearisu replied at 5-3-2015 11:02 AM
sedihnya
abang ahmad umur 4 tahun dah hilang tempat bergantung

kan..semoga pemandu hilux tersebut dijatuhkan hukuman gantung sampai mati..memandu secara melulu dan menyebabkan kematian 4 sekeluarga termasuk seorang bayi..dan menyebabkan seorang kanak-kanak 4 tahun hilang semua ahli keluarganya..

xboleh diterima langsung perbuatan dia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 11:09 AM | Show all posts
ResellerMaxis replied at 5-3-2015 11:06 AM
kan..semoga pemandu hilux tersebut dijatuhkan hukuman gantung sampai mati..memandu secara melulu d ...

kita setuju..  pemandu sebegini tak layak mendapat belas kasihan menyayat hati sungguh kejadian ni..
harap-harap ada yang sudi bantu adik yatim piatu ni



Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 11:20 AM | Show all posts
ResellerMaxis replied at 5-3-2015 11:06 AM
kan..semoga pemandu hilux tersebut dijatuhkan hukuman gantung sampai mati..memandu secara melulu d ...

memang pemandu hilux tu patut dikenakan hukuman setimpal... tapi tidaklah ke tali gantung... saya harap beliau harus menanggung kehidupan adik ini seumur hidup 100%... macam kat china tu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 11:22 AM | Show all posts
kecian nyer...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2015 11:50 AM | Show all posts
tak pasal-pasal orang lain hilang nyawa dan sorang anak jadi yatim piatu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 11:55 AM | Show all posts
banyaknya berita2 sedih camnie.. pasal Ibu yg baru lepas melahirkan and bayi yg baru dilahirkan. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Nya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2015 12:06 PM | Show all posts
takziah..semoga pemandu hilux tu kene penjara seumur hidup & sebat
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 12:08 PM | Show all posts
org bwk 4wd mcm hilux, mitsubishi ni mmg bwk keta laju nak mamp.... suke suki jek nk potong jln org..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 12:11 PM | Show all posts
think and smart drive....
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 12:26 PM | Show all posts
kalo kat sini hilux mmg selalu hilang kawalan
selalu diorg ketepi ketengah jalan sukati je tanpa bg signal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.446059 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list