CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1117|Reply: 0

[Tempatan] Jururawat maut terbabas

[Copy link]
Post time 5-3-2015 11:01 AM | Show all posts |Read mode
Edited by ib-instaforex at 5-3-2015 11:02 AM


Azman (kanan) ketika menunggu jenazah kakak sulungnya di perkarangan Bilik Mayat Hospital Tampin. Gambar kecil: Rokiah

TAMPIN – Seorang jururawat masyarakat tidak sempat ke tempat kerja apabila dia maut selepas motosikal ditunggang terbabas di Kilometer 5.5 Jalan Gemencheh-Sungai Salah, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi, Rokiah Taha, 53, menunggang sendirian, disahkan meninggal dunia selepas dia dibawa ke Klinik Kesihatan (KK) Gemencheh.

Menurut adik mangsa, Nurul Azman Taha, 41, dia sedang berkursus di Nilai ketika mendapat panggilan kakaknya terlibat kemalangan dan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

"Saya terus memaklumkan kepada ahli keluarga lain.

"Namun beberapa minit kemudian saya dihubungi kembali dan dimaklumkan kakak yang sudah meninggal akan dihantar ke Hospital Tampin,” katanya ketika ditemui semalam.

Nurul Azman berkata, kakak sulungnya itu sudah lebih 10 tahun bekerja di Klinik Desa Sungai Jerneh dan tinggal bersama ibu, Habibah Jamil, 71, di Kampung Air Penaga, Gemencheh.

"Kami ada lima beradik dan kakak yang menjaga ibu. Sebelum ini, kakak ada bertugas di Kuala Klawang, Linggi dan lain-lain tempat lagi namun, sejak 10 tahun lalu kakak menetap bersama ibu di Gemencheh.

"Kali terakhir saya bertemu dengannya pada cuti Tahun Baharu Cina lalu dan dia tidak menunjukkan sebarang perubahan," katanya.

Menurutnya,  selain sudah berkhidmat kira-kira 30 tahun sebagai jururawat masyarakat, kakaknya itu juga membantu menguruskan homestay miliknya di Kampung Air Rawa, Gemencheh," katanya.

Sementara itu,  Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Wooi Kooi Cheang berkata, motosikal jenis Modenas Kriss yang tunggang mangsa dipercayai terbabas ke longkang.

"Mangsa disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di KK Gemencheh.

"Mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Tampin untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.110577 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list