CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3101|Reply: 38

[Tempatan] Penduduk Kampung Gempar

[Copy link]
Post time 5-3-2015 11:10 AM | Show all posts |Read mode

Sepasukan kakitangan Perhilitan daerah memindahkan haiwan liar itu ke dalam pacuan empat roda sekitar jam 2 petang.


Seorang penduduk, Mohd Yusrizal Hashim, 19, merakam gambar bersebelahan tapir yang tersesat dalam kawasan perkuburan itu.


MARANG - Penduduk berhampiran kawasan Tanah Perkuburan Kampung Binjai Bongkok di sini, kelmarin, gempar apabila menemui seekor tapir sesat yang berada dalam kawasan tanah perkuburan bersebelahan jalan menuju Tebakang itu.

Tapir yang dianggarkan berat lebih kurang 200 kilogram itu tersesat ke dalam kawasan perkuburan kira-kira jam 11.50 pagi, sebelum kehadiran haiwan dikategorikan sebagai vegetarian itu ditemui penduduk kawasan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Binjai Bongkok, Zulkarnain Adam, 45, berkata, bagaimanapun haiwan liar yang terperangkap dalam kawasan tanah perkuburan itu tidak mendatangkan ancaman.

Menurutnya, orang ramai mula memenuhi kawasan berkenaan termasuk merakam gambar haiwan itu yang tidak diketahui datang dari mana sebelum tersesat di kawasan itu.

“Tapir itu akhirnya berjaya diselamatkan sekumpulan kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Daerah Marang yang berusaha memindahkannya untuk dihantar ke tempat selamat.

“Sepasukan kakitangan jabatan itu memindahkan haiwan liar itu ke dalam pacuan empat roda sekitar jam 2 petang untuk dihantar ke tempat lebih selamat dan jauh dari penempatan penduduk,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Difahamkan, apabila haiwan itu diancam atau takut, ia mampu berlari pantas meskipun berbadan besar dan juga akan mempertahankan dirinya dengan menggunakan cengkaman kuku yang agak tajam sekiranya rasa terancam.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2015 11:12 AM | Show all posts
comelnya tapir.. masih ada lagi, ingatkan yang liar dah pupus
semoga nasib ia lebih terbela bila di tempat baru
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 11:20 AM | Show all posts
binatang yang diancam kepupusan kan...mesti ada sanak saudara dia berdekatan kampung tu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 11:23 AM | Show all posts
tahukah anda di Malaysia, selain tapir, badak jawa dan badak sumatera juga hampir pupus kerana badak hanya beranak 4 tahun sekali.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 11:23 AM | Show all posts
sian tapir tu mesti dia lapar.. arap dia dijaga dgn baik oleh pihak berwajib..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 11:26 AM | Show all posts
Geram pulak org ramai berkumpul sibuk tangkap gambar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2015 11:27 AM | Show all posts
Aku pernah terjumpa tapir kat dusun buah. Tapir ni macam lembu gak. Mula2 takut tapi lama2 cam jinak..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 11:28 AM | Show all posts
malaysian Panda

dah boleh dijadikan simbol diplomasi mcm china
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2015 11:41 AM | Show all posts
Ni baru betul cipan
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 11:47 AM | Show all posts
kesian dia tersesat.. harap dia baik-baik saja
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 11:50 AM | Show all posts
rospinki replied at 5-3-2015 11:23 AM
tahukah anda di Malaysia, selain tapir, badak jawa dan badak sumatera juga hampir pupus kerana badak ...

baru tau info ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 11:50 AM | Show all posts
wow selalu boley tgk kat zoo je huhu
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 11:51 AM | Show all posts
kesian dia tersesat... mesti tapir nie malu and takut org kerumun dia..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 11:51 AM | Show all posts
rospinki replied at 5-3-2015 11:23 AM
tahukah anda di Malaysia, selain tapir, badak jawa dan badak sumatera juga hampir pupus kerana badak ...

good info
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 12:12 PM | Show all posts
harap2 kena perbanyakkan tmn perlindungan utk haiwan spt badak sumbu, badak sumatera, tapir
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 12:19 PM | Show all posts
Kesian tapir yg cute tuh.....
Patut ada lebih banyak dana/peruntukan untuk hewan2 terancam kat 1Malaysia nih macam tapir, badak sumbu etc daripada panda
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2015 12:23 PM | Show all posts
uols..nak tanya ... apa beda antara tapir dan tenuk yaaa....
kenapa ada peribahasa ... busan macam tapir ....??
cipan tu adik beradik tapir gak ker....
dan sis laba tu ... keturunan tapir gak keww???

tenkiu uols... k byeeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 03:20 PM | Show all posts
MissNigga replied at 5-3-2015 12:23 PM
uols..nak tanya ... apa beda antara tapir dan tenuk yaaa....
kenapa ada peribahasa ... busan macam  ...

tak baik sis cakap macam tu.. laba tu saja usik uouls sis..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 03:47 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 03:48 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.095643 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list