View: 907|Reply: 1
|
[Dunia]
Operasi mencari MH370 dikecilkan
[Copy link]
|
|
Perdana Menteri Australia masih menaruh harapan agar pesawat MH370 dapat ditemui tetapi mencadangkan pencarian itu dikecilkan memandangkan operasi tersebut sudah mengambil masa setahun.
"Saya memberi jaminan kepada keluarga bahawa kami akan terus berusaha merungkai misteri kehilangan pesawat MH370," kata Tony Abbot.
Australia mengetuai pencarian di Lautan Hindi, kira-kira 1,600 kilometer di luar perairan barat dengan menggunakan empat kapal yang mempunyai sistem sonar.
Kapal-kapal itu memberi fokus kepada zon pencarian seluas 60,000 kilometer persegi, yang sepatutnya berakhir pada bulan Mei ini.
Kos gerakan mencari pesawat milik Malaysia Airlines itu telah mencecah AS$93 juta.
Abbot berkata, kehilangan pesawat itu menggambarkan jurang fundamental dalam menjejaki pesawat-pesawat jarak jauh di kawasan perairan yang luas.
Australia bersama Malaysia dan Indonesia merancang untuk melakukan percubaan sistem dunia pertama bagi meningkatkan jejak pesawat di kawasan laut terpencil jauh kepada kadar minimum setiap 15 minit berbanding 30 hingga 40 minit sekarang.
"Walaupun ia bukan jawapan yang lengkap, ia akan melakukan penambahbaikan segera dalam cara mengesan pesawat manakala penyelesaian yang lebih menyeluruh dibangunkan dan dilaksanakan," kata Abbott yang berharap sistem itu dapat memastikan tidak ada keluarga penumpang pesawat yang derita akibat kehilangan orang tersayang. - MalaysiaGazette
|
|
|
|
|
|
|
|
bila la MH370 nak jumpe.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|