CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1075|Reply: 3

[Dunia] Kelaran Kimchi:Duta AS cedera dikelar di Seoul

 Close [Copy link]
Post time 5-3-2015 11:23 AM | Show all posts |Read mode









Duta Amerika ke Korea Selatan, Mark Lippert, meninggalkan dewan untuk mendapat rawatan di hospital di Seoul selepas mengalami kecederaan di muka dan pergelangan tangan. - Foto AP


WASHINGTON: Duta Amerika ke Korea Selatan, Mark Lippert, cedera dalam serangan ketika berucap pada satu forum di Seoul tetapi kecederaannya tidak mengancam nyawa, menurut Jabatan Negara AS.

"Kami mengutuk perbuatan ganas itu," kata jurucakap wanita Jabatan Negara, Marie Harf, sambil menambah Lippert sedang dirawat di sebuah hospital.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih, Bernadette Meehan, pula berkata Presiden Barack Obama menghubungi Lippert dan berharap beliau segera sembuh.

"Presiden menghubungi Duta AS ke Republik Korea, Mark Lippert, untuk menyatakan kepada beliau dan isteri, Robyn, sentiasa dalam ingatan dan doanya

serta berharap beliau segera sembuh," kata Meehan.


Lippert, 42, sedang berucap pada satu forum di Seoul apabila seorang yang tidak dikenali menyerang dan mengelar beliau di muka dan pergelangan tangan kiri. - Reuters




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2015 11:28 AM | Show all posts
Mudahnya penyerang menyelinap masuk. Berhati2lah semua.  Dan harap negara amerika jgn senang2 nak langgar negara org. banyak orang tak sokong tindakkan kau.   
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Tersembur kimchi aku makan tdi bila baca tajuk benang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 12:03 PM | Show all posts
astrok ni tt..link ada kat bwah ..sila kawan2 cari buat report ..duplicate post-

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=861308
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 10:29 AM GMT+8 , Processed in 0.055007 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list