CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 792|Reply: 1

[Tempatan] Putrajaya setuju pinda Perlembagaan perkukuh SPRM, kata Majlis Peguam

[Copy link]
Post time 5-3-2015 11:35 AM | Show all posts |Read mode
Edited by ib-instaforex at 5-3-2015 11:36 AM


Presiden Majlis Peguam Christopher Leong bercakap kepada hadiri di forum bertajuk 'Adakah SPRM sebuah entiti bebas?' di Kuala Lumpur, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 5 Mac, 2015.


Putrajaya secara prinsipnya bersetuju meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengukuhkan kedudukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (PRM) sebagai sebuah entiti bebas dan berdikari tanpa campur tangan kerajaan, kata Presiden Majlis Peguam Christopher Leong.

Leong berkata, perkara itu disahkan kepadanya oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low, susulan usaha mereka menjadikan SPRM lebih berkuasa dalam tugasannya membasmi rasuah di negara ini.

"Saya dimaklumkan oleh menteri pada Disember, secara prinsipnya kerajaan bersetuju," katanya pada forum bertajuk "Adakah SPRM sebuah entiti bebas?" di Kuala Lumpur, malam tadi.

Majlis Peguam bersama Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Transparency International - Malaysia (TI-M) dan Centre for Combating Corruption and Cronyisme (C4) bekerjasama dengan SPRM dalam usaha itu bagi memastikan mereka memperoleh hasil terbaik mencapai tujuan tersebut.

Sehubungan itu, Majlis Peguam turut mencadangkan pembentukan Suruhanjaya Perkhidmatan Pegawai Pencegahan Rasuah (SPPPR) bagi membolehkan SPRM benar-benar bebas bermula daripada pengambilan kakitangan mereka.

"SPRM sekarang di bawah Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Pesuruhjaya SPRM dilantik Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri. SPRM sebuah suruhanjaya tetapi berada di bawah JPM.

"Melalui cadangan ini, SPRM akan terus melakukan siasatan dan penguatkuasaan, tetapi bukan terletak di bawah seliaan JPM, tetapi suruhanjaya bebas.

"Kami merasakan perlu untuk SPRM mampu melantik atau memecat keanggotaan mereka secara bersendirian tanpa melalui Jabatan Perkhidmatan Awam," katanya.

Pembentukan SPPPR dan pelantikan ketua pesuruhjaya SPRM akan melibatkan pindaan Perlembagaan serta undang-undang dan peraturan perkhidmatan yang lain dan memerlukan sokongan majoriti dua pertiga Parlimen untuk dilaksanakan.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) Tan Sri Abu Zahar Ujang pada 10 April, 2014 menyuarakan keyakinan, dua pindaan yang cuba dibawa SPRM itu akan menerima sokongan banyak pihak.

Melalui forum malam tadi, Majlis Peguam berpendapat, pembentukan 15 keahlian SPPPR harus terdiri daripada 60% sektor swasta, dengan baki 40% lagi kakitangan awam.

"Selain itu, turut dibangkitkan ialah, tempoh perkhidmatan ketua pesuruhjaya yang tertakluk di bawah perjawatan dalam kakitangan awam.

"Melalui pembentukan SPPPR, perjawatan itu harus dihadkan, contohnya dua penggal untuk setiap tiga tahun," katanya.

Malah, Majlis Peguam juga turut mencadangkan Akta Perlindungan pemberi Maklumat 2010, Akta Rahsia Rasmi 1972, dan Akta Perlindungan Saksi 2009 dipinda, selari dengan Akta SPRM 2009 bagi membolehkan pihak berkuasa berkenaan menjalankan siasatan mereka dengan lebih berkesan.

"SPRM sering kali berbincang dengan kami berkenaan perkara ini, namun kami masih lagi belum melihat kandungan teks yang didraf SPRM, sebab itu kami mengemukakan cadangan ini, sebagai versi kami," kata Leong.

The Malaysian Insider turut difahamkan, SPRM masih sedang merangka teks draf berkenaan, namun merancang membawa pindaan berkenaan ke Parlimen pada tahun ini. – 5 Mac, 2015.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.BHLUCq5r.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2015 03:52 PM | Show all posts
Putrajaya secara prinsipnya bersetuju meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengukuhkan kedudukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (PRM) sebagai sebuah entiti bebas dan berdikari tanpa campur tangan kerajaan, kata Presiden Majlis Peguam Christopher Leong.
ini makno nya...SPRM buwek laporan dalam parlimen kah.....tanpo melalui kementrian...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.052358 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list